Sunday, December 03, 2006
Saya ada menziarah blog Sdr NiezamPhg.blogspot sebelum ini dan terdapat satu artikel tentang Kaabah ini, iaitu seolah-olah ada cahaya yang dipancar dari langit. Imej ini diambil dari satelit. Semalam saya cuba search melalui Google Earth nak tengok sendiri fakta ini. Saya cari tanah Arab, Mekah. Dari jauh sudah nampak tompok putih bersinar. Bila saya klik dan besarkan tepat-tepat saja Masjid Allah itu sahaja yang diselaputi cahaya,Subhanallah!
DUGAAN HAJI
Seronoknya mendengar berita jemaah haji Malaysia sudah tiba di sana, sedang melakukan umrah dan akan mula mengerjakan ibadah haji minggu depan. Huhu,sedang saya di sini diserang demam yang agak teruk, sakit dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Tidak dapat berbuat apa-apa kecuali makan ubat dan tidor (dan solat). Berselimut toto, berbaju sejuk, berstokin tebal..Inilah gamaknya dugaan haji. Saya redha, dan saya menulis ini bukan bertujuan untuk bersungut, cuma untuk memaklumkan kepada pelayar saja, saya tidak berdaya berbuat apa-apa sekarang, kecuali untuk diri sendiri dan keluarga. Persiapan haji dan persiapan rumah untuk ditinggalkanpun belum beres.
Doakan kesejahteraan saya di sana ya, agar saya sihat, bersemangat, dapat menunaikan segala tuntutan haji dengan sempurna.
"Ya Allah, diri ini, cuaca-Mu, tanah suci-Mu, haji-Mu adalah semua milik-Mu. Peliharalah aku di sana sebaik-baiknya, sebagai tetamu-Mu yang Kau raikan. Ya Allah, aku teringat satu cerita tatkala Nabi Sulaiman membawa tenteranya untuk menuju istana Balkis, si Ratu semut menyeru kaumnya supaya menyembunyikan diri daripada dipijak tentera Sulaiman. Ya Allah, kiranya aku sang semut yang lemah itu, peliharalah aku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, lagi Maha Pengasih"
ps - terima kasih kepada semua yang telah memberi panduan kepada saya. kalau ada tips tambahan sendlah lagi, tq.

Subscribe to:
Posts (Atom)