Tuesday, September 26, 2006

Roti Penemuan Yang Mengejutkan
S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.



APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

Tepung Beracun
Pelembut Doh
Sisa Racun Makhluk Perosak
Logam Berat
Pemutih
Pengemulsi
Rambut Manusia (L-cysteine)
Agen Pengurang
Pengawet
Terlalu Banyak Garam
Lemak Trans
Terlalu Banyak Yis
Enzim Ubah Suai Genetik
Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.


Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).


Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.


Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.


“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.


1. Terlalu Banyak Bahan Penambah


Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)


Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.


Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.


Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti.


Apa Lagi Dalam Roti Anda?


Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.


Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate, calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji (karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat dalam satu masa.


Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk memastikan bentuk bulat dan ringan.


Sesetengah pelembut doh yang dipanggil “agen pengoksidaan” (contohnya bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang lebih halus dan serbuk halus.


Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya Stearoyl-2-lactylate, melembutkan serbuk dan menguatkan doh. Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.


Pengemulsi: Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti menjadi hapak. Beberapa contoh adalah


Agen Pengurang: Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920), cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu binatang dan juga rambut manusia.


Bahan Pengawet: Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.


2 Terlalu Banyak Garam


Tahukah anda bahawa di United Kingdom, kerajaan mengklasifikasikan roti yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perisa dalam roti.


Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.


Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.


3 Lemak Trans Tersembunyi


Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu membakar dan menyejukkan roti.


Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk proses membuat roti secara industri.


Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran - proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih tepu).

Lemak trans menyebabkan:

Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
Arteri tersumbat.
Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk digunakan sebagai sumber tenaga). (Penentangan insulin dikaitkan dengan kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

4. Penggunaan Yis Berlebihan


Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan – tepung, air, garam dan ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 – 3 kali jumlah yis biasa berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida albicans dalam beberapa dekad yang lalu.


Yis diubah suai secara genetik:
Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik. Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian boleh didapati – satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori.)


Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik daripada organisma hidup – dalam perkataan lain, mengubah blueprint keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal. Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian, tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.


Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya mereka boleh makan dengan selamat.


Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang dinamakan methylglyoxai.


5. Enzim Meragukan


Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia diperolehi daripada sumber tumbuhan, binatang, kulat dan bakteria. Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.


Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden.. Malah, seluruh enzim digunakan dalam pembakaran. Namun ia dinamakan “bantuan pemprosesan,” yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah, kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim tambahan.


Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang selepas pembakaran.


Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak berbanding dalam roti biasa.


Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutaminase, digunakan untuk menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.


Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen). Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: “The Shocking Truth About Bread,” The Independent, 29 Ogos 2006).


Enzim diubah suai secara genetik:
Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan. Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar boleh menjadikan roti tahan lebih lama.


Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar. Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.


Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap kesihatan.


Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.


6 Tepung beracun


Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang kekal di dalam tepung itu.


Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.


Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai sifat yang menyerap dan menyimpan air.


Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut, tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.


Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.


Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300) boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai palsu.


Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah lazim digunakan.


Fakta mengenai tepung:
Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan.


Tidak seperti hari ini. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu, tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.


Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada kanji tidak putih.


Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat kaki makan air (athletes’ foot).


Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden. Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan germa.


Vitamin E di dalam germa dimusnahkan – satu kehilangan disebabkan gandum tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.


7 Sisa racun makhluk perosak


Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan, juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual hari ini.


Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.


Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan endometriosis.


Dikesan dalam roti:
Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 “roti biasa” yang diuji, yang termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti “lain” (9).


Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk perosak bijirin yang disimpan).


Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun, sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti “lain” mengandungi 2 sisa racun.


Ini menimbulkan kebimbangan di Britain memandangkan kesan jangka panjang ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta kanak-kanak kecil.


8 Logam berat


Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat. Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya jarang ditemui di dalam roti Australia. Kadmium datang daripada baja fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria Australia 2003).


9 Tiada Nutrien


Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud “Roti putih yang diperkaya” seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan.


Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya sehingga 90% malah 100% nutrien.


Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus, lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam proses yang dinamakan “pengayaan.”


Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E, 52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium, kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).


Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah “Kurang bermutu” (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.


10 Rambut manusia – Haram bagi umat Islam


Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk roti.


Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).


Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di Malaysia. Menurut Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.


Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan kilang roti atau pelembut doh.


Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.


PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE


Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh diperolehi daripada rambut manusia.


Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi L-cysteine, seperti roti, pisa (dan juga perisa makanan lazat).


-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP)

Nota:

ai geram betul apabila membaca berita ini. apa tidaknya, roti coklat gardenia tu menjadi kegemaran anak-anak saya. Sebelum anak-anak tiba di sekolah waktu pagi, saya sering singgah di kedai mamak untuk membeli roti tersebut. Anak-anak sayapun dah terlatih membeli pantas - 1 @ 2 minit sahaja kemudian terus 'melompat' ke dalam kereta. Tak sangka, saya telah membekalkan roti yang banyak bahan kimia beracun. Roti ban coklat ini lebih banyak asid propionik 3.1 kali melebihi had yang dibenarkan, lebih banyak berbanding roti jenama Gardenia sendiri atau roti-roti jenama lain.

siapakah yang akan menjadi penyelamat kita? saya teringat suatu masa dulu di televisyen disiarkan satu rancangan bersiri alih bahasa dari Jepun bertajuk "Oh, My Home!" Cerita ini seputar suri rumah yang menjual makanan harian tapi sangat menitikberatkan kesihatan/ zat pemakanan. Mula-mula beliau menjual dikiosk kecil, namun tidak mendapat sambutan. Tetapi, dengan usaha gigihnya gerainya berkembang maju dan dibuat khidmat penghantaran macam pizza hut.

Di Malaysia ni tidak adakah gerai seperti ini. Kalau makan sup terutama sup sayur tak boleh dinamakan sup sayur, tapi sup aji nomoto. Patutlah kita dengar kanak-kanak pun sudah diserang penyakit jantung!

Nampaknya saya tidak boleh menulis panjang-panjang lagi. Tadi kertas saya iaitu Ekonomi Asas kertas 2 sudah selesai dijalani (percubaan SPM)dan bersedialah untuk menandanya. Kertas soalan akhir tahun belum siap ditaip( 3 kertas!). Lepas tu bersedia menanda kertas akhir tahun pula...huhuhu...baju raya baru separuh dipotong ...haru haru! (ps saper suruh jadi cekgu...!)

Selamat menjalani ibadah puasa...wa ilal liqa'

Saturday, September 23, 2006

Syukur Syukur Syukur
Ramadhan menjelma lagi!
(The Great Carnival Sale)


Syukur kerana Allah masih memberi kita peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya ini pada bulan penuh barakah ini. Marilah kita semua mengambil peluang detik-detik waktu yang bersisa dengan amalan-amalan yang disukai-Nya.

Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: Allah taala berfirman:
"Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus lipat ganda, kecuali puasa, maka puasa itu melulu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum kerana-Ku dan puasa itu sebagai perisai, dan untuk orang yang puasa dua kegembiraan, gembira ketika menghadapi saat berbuka puasa dan gembira kelak apabila bertemu Tuhan pada hari kiamat".

Jika kita membaca kitab-kitab yang menulis tentang fadilat ramadhan, maka terlalu banyak ganjaran yang Allah sediakan. Namun, kita sebagai umat Islam, beribadah bukan semata-mata untuk mendapat ganjaran. Kita membuatnya kerana Allah suka.

Tidak terbayang di hati ini betapa Maha Pemurahnya Tuhan kita. Diadakan satu bulan penuh kemuliaan untuk diberikan ganjaran berlipat, hanya untuk umat Muhammad. Diberi pelbagai tawaran sama ada di dunia atau di akhirat. Buatlah ibadah sama ada secara terang-terangan atau bersembunyi,secara khusus atau tidak formal segalanya dihitung dan digandakan.

Antara amalan yang kita boleh lakukan ialah:
1. perbanyakkan sembahyang sunat seperti terawih, witir dan sembahyang sunat lain,
2. bersedekah walaupun sedikit
3. banyakkan zikrullah
4. banyakkan membaca al Quran
5. ringankan tulang dengan memudahkan kerja orang lain
6. teruskan kegiatan harian dengan ikhlas dan giat,
7. cuba elakkan membuat perkara ditegah atau sia-sia dll.

(ps ini cerita peribadi pula).
Puasa dan raya tahun ini agak berbeza daripada tahun lepas, terutama sambutan raya. Entah apa yang tidak kena menjadikan saya terlambat membeli baju raya dan menempahnya di kedai. Tukang jahitpun sudah tidak mahu menerimanya. Nampaknya kena menjahit sendirilah, tidak sempat dua pasang, sepasang sajalah seorang. Kesihan juga dekat anak-anak saya. Kuih raya pun insya Allah buat sendiri, tambah beli kerepek sahaja. Boleh juga save budget.

Keadaan ekonomi negara yang gawat ini menjadikan kita perlu berhati-hati. Seperti saya semua anak berada dalam alam persekolahan. Kelengkapan rumah asal tidak koyak/'reban' gunalah lagi. Cuma pakaian anak-anak perlu ada supaya mereka tidak bersedih. Itulah, kenaikan harga minyak telah menjejaskan banyak perkara. Harga ayam yang naik 65 sen sekilo pun banyak menjadikan orang mengeluh. Kalau saya yang berpendapatan tetap ini terasa bahangnya, apa lagi orang yang tidak berpendapatan tetap, menganggur, sakit kronik, ibu tunggal, anak-anak yatim? Siapa yang ingin memikirkan/membela nasib mereka?

Keadaan ekonomi kami tidaklah seteruk mereka, tapi, kami mengambil langkah berjaga-jaga. Tahun lepas-lepas kami sudah beraya dalam keadaan mewah... Kepada suri rumah, walaupun kita sibuk menjahit baju, membuat kuih, dan persiapan-persiapan raya yang lain, kita masih boleh menambah amal akhirat dengan memasang kaset al Quran/ agama atau dengan zikrullah. Sambil berbual, cuba kita saling mengingati. Puasa kali ini kalau boleh hendak berjihad sedikit ialah membuang sifat-sifat mazmumah, seperti perasaan dendam, malas, mudah kecewa/sedih dan menggantikan dengan sifat-sifat mahmudah yang disukai Tuhan.

Ok semua, Selamat Berpuasa dan marilah kita sama-sama 'bertanding' mencari keredhaan Allah..Insya Allah!

Thursday, September 21, 2006

Kuiz Pengguna

Sebelum saya menceritakan sedikit sebanyak tentang Kuiz Pengguna peringkat kebangsaan kali ini, saya ingin membuat sedikit imbas kembali Kuiz Pengguna peringkat negeri terlebih dahulu.

Peserta kuiz kali ini merupakan 3 pelajar tingkatan 5 dan seorang pelajar simpanan tingkatan 4. Saya memang membuat persediaan dari awal, apatah lagi pelajar-pelajar tersebut sudah mempunyai pengalaman kerana telah melalui kuiz pengguna peringkat kebangsaan tahun lepas.

Perjalanan kuiz peringkat negeri berjalan lancar walaupun tersangat lewat waktunya dan persediaan untuk ke peringkat kebangsaan tidak sampaipun seminggu.

Pada peringkat negeri, peserta dikehendaki menghadapi kuiz bertulis dan kuiz secara lisan. Soalan bertulis boleh dikatakan sukar tetapi kemudiannya saya diberitahu pelajar kami memungut skor tertinggi. Sekolah kami, SMKA SHAMS dan SMK Dato' Taha Gemenceh menduduki pusingan akhir negeri dan sekali lagi kami menjadi johan negeri. Mungkin faktor 'rezeki' juga menjadi penentu kejayaan kerana banyak juga kami mendapat soalan yang bagi kami 'mudah', dan kalau soalan sukarpun pelajar kami boleh menjawabnya.

Menjelang peringkat kebangsaan, kuiz dijalankan dalam 3 pusingan, awal, separuh akhir dan akhir. Tapi, nampaknya 'rezeki' tidak menyebelahi kami. Kami tewas 'mengejut'. Saya begitu kecewa, tidak percaya dan sukar menerima hakikat kekalahan kerana pencapaian tahun lepas adalah lebih baik. Saya sudah cuba membuat apa yang saya terdaya...

Apa yang saya buat selepas itu ialah berbual-bual dengan beberapa orang guru pengiring, pegawai KPDN & HEP supaya kekecewaan dapat reda sedikit. Saya mengajak Ust. Norani yang membawa Citranya ke Perpustakaan Tun Sri Lanang menghantar buku yang dipinjam dan sebaliknya saya meminjam lebih banyak lagi supaya dapat 'melarikan' fikiran saya. Seorang sahabat mengsms saya; "kalah menang adat pertandingan, semasa kita menang, ada orang lain yang kecewa". Terima kasih wahai sahabat. Saya berteleku di hadapan Tuhan minta diteguhkan iman dan dihapus rasa gundah. Alhamdulillah, pagi esoknya saya pulih kembali. Sebelum itu saya sempat memberitahu pelajar tahun depan saya ingin bersara daripada kuiz pengguna. Tapi, esoknya saya menarik balik kata-kata saya dan berazam akan membuat lebih baik untuk kuiz tahun depan.

Pasukan yang menjuarai Kuiz Pengguna Kebangsaan tahun ini ialah Perlis, naib johan pasukan Kuala Lumpur dan ketiga Terengganu. Pasukan favourite iaitu Sarawak (sebelum ini telah 3 tahun berturut-turut menjadi johan kebangsaan),tumpas dalam pusingan kedua. Pasukan Perak yang diterajui guru yang cukup berpengalaman dan membuat pelbagai persediaan untuk kuiz ini, tewas dalam pusingan kedua. Kedua-dua pasukan menghantar wakil pelajar tingkatan 6 atas. Kekalahan mereka bagi saya cukup menginsafkan.

Hasil perbualan dengan guru-guru pengiring, saya dapat melihat mereka masing-masing sangat gigih dalam menjayakan kuiz. Bukan baru pertama kali mereka mewakili negeri hingga ke peringkat kebangsaan bahkan ada yang sudah berbelas tahun bergiat dalam kuiz ini. Kami bertukar-tukar idea, pendapat bagaimana membuat persediaan untuk tahun depan pula. Kami juga bertukar-tukar nota. Kata saya "aik, kalau semua orang dapat bahan yang sama, abis tu tahun depan siapa nak menang?" (hehe) Seorang guru menjawab, tak apalah, yang penting ilmu kepenggunaan dapat disebarkan". Pada malam terakhir pula, seorang guru mengesyurkan agar bahan-bahan kuiz dijadikan cd dan diedarkan ke sekolah-sekolah...

Sebelum berpisah, saya sempat membuat post mortem/muhasabah dengan pelajar saya. Mereka meminta maaf daripada saya kerana tidak menang. Tapi, saya tidak memarahi mereka cuma saya memberitahu mereka, pertandingan bukan sekadar menjadi johan dan menang. Banyak perkara yang mereka boleh cedok daripada segala peristiwa yang mereka alami. Membuat persediaan dengan membaca buku kemudian menduduki SPM kemudian berjaya dengan cemerlang bukan menjamin kecemerlangan hidup. Apa yang penting ialah bagaimana kita hendak survive, mendepani dan menjalani kehidupan dengan tabah juga gigih. Sebagai pemimpin, pertandingan sebegini sangat melatih sahsiah seseorang. Setakat mana kita membuat persediaan, komitmen diri, kerjasama daripada semua pihak, persediaan mental, kesabaran, pengorbanan, pergantungan kepada yang Maha Kuasa, itulah yang penting. Kita berada di pentas dan berjuang mengalahkan pihak lawan itu lebih sukar daripada membaca buku kemudian menjawab soalan peperiksaan di dalam dewan yang sunyi sepi.

Kemudian, pelajar akan dilepaskan ke dunia luas selepas menjalani alam persekolahan, seterusnya mengharungi kehidupan berkerjaya dan berkeluarga. Ini ialah tentang survival atau kelangsungan hidup. Menjadi pemimpin masyarakat mahupun pemimpin diri sendiri adalah sesuatu yang amat sukar. Salah satu cara melatih jati diri ialah melalui kokurikulum. Berfikir akan kepentingan kokurikulum untuk membentuk jati diri, itu menguatkan azam saya untuk bergiat aktif. Sementelah saya telah dua kali dianugerah 'anugerah khas kokurikulum' oleh pihak sekolah. Kelab kami telah terpilih sebagai Kelab Pengguna terbaik Negeri Sembilan, 2 kali mewakili Kelab Pengguna menjayakan Ekspo Pendidikan peringkat negeri. Aktiviti yang kami jalankan telah banyak memberi kredit kepada para pelajar. Semua ini saya lakukan dengan suka hati dan seronok kerana saya dulu pun pernah bersekolah. Kadang-kadang apa-apa yang kita
belajar di dalam kelas tidak melekatpun di kepala kita sebab kita bertujuan untuk menjawab peperiksaan. Habis periksa, kita simpan buku dan lupakan subjek dipelajari. Tetapi, aktiviti kokurikulum seperti menjayakan Ekspo, seminar, aktiviti luar dsb itu lebih melekat di jiwa kita. Itu sayalah kot, tidak tahulah orang lain. Saya memang tidak tinggalkan subjek saya, namun, saya tidak suka membuat satu perkara saja dalam sesuatu masa. Apa yang lebih dahsyat dan memualkan daripada membuat sesuatu yang rutin?

(Saya juga ingin mengadakan Sudut Pengguna di sekolah kami, dengan meletakkan bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber atau melekatkan info kepenggunaan di sudut yang mudah dibaca. Insya Allah kami akan rancangkan aktiviti kelab yang memberi manfaat kepada pelajar semasa pelbagai isu kepenggunaan sangat mencabar bangsa)

Tahniah kepada pemenang. Yang tidak berjaya jangan merasakan pintu di hadapan kita sudah tertutup. Ada banyak lagi pintu lain, cari dan bukalah. "Take the risk. If you win you'll happy. If you lost, you'll be more wise!"

Jadilah pengguna yang bijak.

Sunday, September 17, 2006



Penghormatan terakhir buat "Crocodile Hunter", Steve Irwin yang berjaya menceriakan suasana, juga berjaya mengubah persepsi masyarakat mengenai hidupan liar.


Ust. Norani, Amirah, Athirah, Syazwan,, En. Siva dari Jab. Alam Sekitar N.S, Hazri dan saya sejurus selepas kemenangan diumumkan;
"Selamat Berjuang di Peringkat Kebangsaan"

Friday, September 15, 2006

Kuiz Pengguna Sekolah-sekolah Menengah Negeri Sembilan 2006

12 September, Suatu pertandingan kuiz pengguna peringkat negeri Sembilan telah diadakan di SMK Kompleks KLIA. Semua sekolah menengah telah mengambil bahagian dan syukurlah, pasukan sekolah kami telah merangkul juara buat kali kelima. 3 tahun terakhir ini kami johan berturut-turut.

Pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 17 hingga 21 Semptember ini. Doakan kejayaan kami!

Monday, September 11, 2006

Roti High 5 - Cabaran Kepada Umat Islam

Dalam Berita Harian, Harian Metro (7 Sept) telah dijelaskan sebuah kilang roti berjenama terkenal diarahkan tutup selama 2 minggu kerana pembikinannya tidak bersih dan bahan lemak yang digunakan diragukan kehalalannya.

Dalam Edisi Siasat semalam pun ditunjukkan suasana kilang tersebut yang begitu kotor pengendaliannya. Bekas-bekas roti diletakkan di atas lantai begitu sahaja. Keadaan keseluruhan amat kotor.

Pagi tadi saya menerima SMS yang mengatakan roti High 5 sudah diputuskan tidak boleh dimakan kerana mengandungi lemak bab1 yang diimport dari Jerman. Kurang lebih 2 minggu lepas saya telah mendapat maklumat tersebut daripada laman web Persatuan Pengguna Islam, lantas saya menelefon kenalan saya yang bertugas di JAKIM. Beliau masih belum tahu tentang kedudukan sebenar perkara itu dan berjanji untuk menyiasat.

Saya sungguh marah, kesal kerana isu makanan halal ini. Setiap kali mengambil makanan, saya sedaya upaya meneliti label dan memastikan ada perkataan Halal JAKIM bertulisan jawi. Begitu juga anak-anak saya (walaupun sekali sekala mereka main redah makan gula-gula di belakang saya yang tidak bercop Halal JAKIM tapi kalau saya tahu siaplah kena khutbah).

Tapi, jika makanan yang telah diletakkan Halal JAKIM pada labelnya, tetapi tidak boleh dipercayai status halalnya, apa lagi yang harus kita percaya dan harap?

Saya betul-betul kecewa. Jika saya masuk ke kelas mengajarkan subjek ekonomi, saya akan mengingatkan hal ini kepada pelajar-pelajar saya dan mencabar; saya ingin melihat mereka menjadi usahawan Islam suatu hari nanti. Benar, usahawan ialah kerjaya pilihan. Buat apa berebut hendak makan gaji? Sedangkan sektor pekerjaan awam atau swasta sekarang begitu terhad. Siswazah setiap tahun dilahirkan dan pengangguran semakin bertambah. Jadi, mengapa tidak anda/kita bergabung tenaga dan mengguna segala kepandaian untuk menghasilkan produk makanan, yang halal, suci dan bersih? Jangan risau tentang permintaan, makanan yang halal dan bersih semua orang suka...

Sunday, September 10, 2006

Pulau produk: Denmark rugi RM616j


COPENHAGEN 9 Sept. – Tindakan masyarakat Islam dunia memulaukan barangan pengeluaran Denmark berikutan penerbitan karikatur Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah akhbar tempatan awal tahun ini, mengakibatkan negara ini kerugian RM616.4 juta (134 juta Euro).

Nilai kerugian tersebut terkandung dalam satu perangkaan yang dikeluarkan oleh Institut Statistik Kebangsaan semalam.

Menurut perangkaan itu, eksport Denmark antara Februari sehingga Jun tahun ini merosot sebanyak 15.5 peratus selepas negara-negara Islam memulakan pemulauan barangan Denmark pada 20 Januari lalu.

Selain itu, eksport Denmark ke negara rakan dagang di Asia Barat turut mengalami penurunan apabila ia merosot sebanyak 50 peratus.

Bagi 2006 sahaja, nilai eksport Denmark hanya mencatatkan RM3.1 bilion (5 bilion Kroner Denmark) berbanding RM3.7 bilion (6 bilion Kroner Denmark) bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pasaran eksport terbesar Denmark di dunia Islam, Arab Saudi mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus manakala Iran yang menjadi rakan dagang ketiga terbesar di Asia Barat, menjunam 47 peratus.

Lain-lain negara Islam yang turut menghentikan pengimportan barangan dari Denmark ialah Libya sebanyak 88 peratus, Syria (41 peratus), Sudan (55 peratus) dan Yemen (62 peratus).

Syarikat-syarikat makanan yang menjual produk tenusu seperti Arla Foods paling teruk terjejas dengan pemulauan itu dengan nilai eksport antara Februari hingga Jun jatuh sebanyak 25.3 peratus secara keseluruhannya.

Nilai eksport barangan siap Denmark ke negara-negara Islam turut jatuh sebanyak 7.4 peratus.

Ketua Perunding Dansk Industri, Peter Thagesen ketika dipetik oleh agensi berita Ritzau sebagai berkata, pemulauan itu telah memberikan kesan yang cukup buruk kepada sektor perniagaan.

– AFP

Mari kita boikot barang-barang Yahudi dan AS. Kesihan kepada saudara kita di Iraq yang sudah kucar kacir, Palestin juga Lubnan yang sudah parah.


Thunbergia grandiflora - dan debaran pun semakin terasa..

Spesis bunga menjalar di atas amat sukar diperoleh. Sudah jenuh saya menjejak nurseri-nurseri seputar Seremban, Sungai Buloh, tapi hasil hampa. Semasa lawatan saya ke Taman Botani, Putrajaya, saya terpempan seketika menikmati keindahan bunga kesukaan saya ini. Mereka tidak menjualnya. Kecewa tetapi hati menaruh harap agar dapat memeiliki juga bunga ini.

Pada tahun lepas, kami pasukan Kuiz Kepenggunaan mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan Kuiz Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Kota Kinabalu, Sabah (gambar peserta ada disertakan di blog ini dalam entri terdahulu). Semasa di sana, pada hari ketiga kami telah dibawa melawat sekitar KK. Destinasi pertama ialah Pantai Tanjung Aru. Hujan turun renyai-renyai rupa-rupanya membawa seribu rahmat. Saya telah melihat pokok thunbergia ini melilit dengan indahnya di kawasan resort tersebut. Dengan muka tebal 5 inci, saya telah memohon benih pokok tersebut. Beberapa pekerja telah memotong beberapa ranting yang matang dan memberi kepada saya. Mereka berpesan pokok ini sukar hidup. Saya diminta mencari penggalak akar. Sekembalinya ke rumah, saya pun menanam pokok tersebut di pergola saya. 2 daripada 6 batang tumbuh dengan galaknya seolah ingin menjengah angkasa. 5 bulan kemudian, saya hampir terjerit melihat 3 kuntum bunga telah kembang menyerikan kawasan rumah, taman hati saya. Saya tidak henti-henti mengucap subhanallah dan bersyukur. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pekerja resort di Pantai Tanjung Aru yang menjadikan pergola rumah kami sekarang indah berseri, dan impian saya tercapai..(hehe) (orang lain berimpian nak daki Everest...masing2 menakrif kebahagiaan cara tersendiri...)

Pada 12 September nanti, pertandingan Kuiz Kepenggunaan peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di SM Kompleks KLIA (seperti tahun-tahun lepas). Pasukan sekolah kami sedang giat berlatih. Doakan semoga mereka/kami berjaya.

Banyak kenangan manis sepanjang menjadi penyelaras kuiz ini. Kenangan terindah setakat ini ialah apabila sekolah kami menyandang Naib Johan Kebangsaan pada tahun 2004.

Selamat Berjuang.


Syamil dan roti

Syukur! Saya telah mencuba beberapa kali untuk membuat roti ini. Macam-macam masalah yang timbul iaitu yis, menguasai kemahiran sukatan dll. Akhirnya..berjaya juga. Tak kisahlah kalau ada pembaca yang gelakkan entri ini tapi saya seronok sangat ni..

Idea untuk membuat roti ini ialah pertama untuk memudahkan proses mendapat makanan. Kemudian, semenjak dua menjak ni, setelah timbul isu Yahudi dll, dan 2 hari lepas keluar pula dekat akhbar sebuah kilang roti berjenama terkenal di Nilai (tak sebut nama kilang pulak tu) diarahkan tutup sebab menyediakan roti dalam keadaan tidak bersih, (juga menjadi agen Yahudi). Jadi, kesedaran untuk menghasilkan roti sendiri sangat membuak-buak.

Masa paling seronok dalam proses pembikinan roti ialah semasa hendak masak nak ketika sedang masak. Anak-anak tidak sabar untuk melihat roti yang dibuat sendiri. Dan makan panas-panas tentulah satu kepuasan tidak terhingga.

Itulah edisi gayat saya hari ini. Sekian adanya

Tuesday, September 05, 2006

Ujian


Alhamdulillah, kami baru menjalani kursus haji intensif bagi daerah Rembau. Nama saya hanya tersenarai sebagai calon menunggu, namun, saya kena menjalani segala agenda yang dihadapi oleh bakal-bakal haji yang telah confirm. Sehari dua ni saya memang rajin mengulangkaji kuliah haji tidak rasmi melalui cd. Siri kuliah haji 16 minggu kurang memberi kesan kepada saya (maklumlah tak 100% hadir, pelbagai hallah lagi). Semalam dan hari ini kami diberi ujian bertulis. Ha..di sini ada sedikit kisah yang nak saya nukilkan. Walaupun isu ini tidak sebesar mana, tapi, saya saja hendak tulis juga di sini.

Ada seorang hamba Allah tu (eh ramai orang kenal dia), mempunyai anak yang OKU mental. Saya perhatikan mereka sekeluarga dari awal mengikuti kursus haji termasuklah kursus haji intensif ni. Semalam saya sengaja ambil tempat di depan, tup-tup anak dia duduk di depan saya. Suka betul dia menegur saya (dia lelaki umur 20an). Tak kisah sangatlah sebab semalam banyak bahagian teori. Tetapi, hari ini, banyak praktikal. Dia asyik mengekor saya dan menegur-negur saya itu ini (bukan bercakap macam orang normal). Mula-mula saya layan, tapi lama-kelamaan saya naik rimas kerana saya tidak dapat menumpu sepenuh perhatian terhadap acara yang dijalani. Sampai suatu masa saya termengomel-ngomel "awatlah ayahnya biar saja anaknya" itu kepada kawan-kawan sekursus berhampiran saya. Beberapa orang makcik rajin juga menegur-negur dia tapi saya saja yang dia suka ekori. Kadang-kadang dia nak salam dengan saya, calit atau "give me 5". Adus..

Semasa ujian tadi, dia dari awal lagi suruh saya tandakan untuk dia. Saya ingat saya nak skor. Saya kata dekat dia nanti dulu, saya nak jawab kertas saya dulu. Dia masih suruh lagi. Saya buat muka geram, tak peduli (dan marah) dan saya terus menjawab. Dia beredar. Walaupun saya rasa lega, tapi, terfikir juga adakah adil tindakan saya itu? Tahu pula dia, sebaik sudah saya menjawab(tak sudah betul pun) dia terus tercangak di depan saya. Saya terus tandakan untuk dia.

Setelah selesai kursus dan kertas ujian diserahkan balik kepada peserta, pegawai Tabung Haji tu hairan kerana budak "Ajis" tu boleh jawab (80%). Emak dia pun datang jumpa saya dan mengucapkan terima kasih kerana telah mengajar anak dia...

Tiba-tiba hati saya rasa hiba. Pandai pula budak Ajis ni memberitahu emak dia "jasa" saya itu. Kalau ikut hati memang saya rasa tidak selesa terutama semasa aktiviti "tawaf, saie, jamrah" kerana dia selalu saja terjengol di depan, di sisi, di belakang menegur-negur saya. Apabila diingat-ingat dan difikir-fikir, orang-orang seperti Ajis ada satu keistimewaan berbanding orang lain. Mereka lebih prihatin dan mengharap kasih sayang. Biasanya remaja tidak kisah kepada orang dewasa.

Markah saya peroleh 88% (lebih 8 markah daripada Ajis sebab saya tidak sempat habis jawab semua untuk dia, saya taram saja). Saya harap saya dapat merkah penuh. Tapi, selepas itu, saya redha. Saya terfikir, ada juga baiknya saya tidak skor. Pertama, biar saya tahu ilmu saya masih sedikit. Dan pengajaran paling besar ialah, saya telah diuji dari awal lagi. Saya pun tidak tahu ujian ini lulus atau tidak. Saya bertindak wajar atau tidak kepada budak Ajis tu. Di Makkah nanti entah apa ujian yang akan kita tempoh nanti.

Cuba bayangkan, jika adik kita, atau anak kita, atau saudara mara terdekat kita ialah Ajis itu, apakah perasaan kita sebagai ibu, sebagai ayah, sebagai kakak, sebagai abang? Mungkinkah terdapat manusia berhati mulia yang ingin membimbing dan melayan dia sebagai manusia biasa? Sudahlah dia tidak normal, diperlakukan tidak adil pula? Di mana hak dia sebagai warga bumi?

Minggu lepas, seorang bekas pelajar saya itu Firdaus Zainal yang pulang bercuti dari Korea ada bercerita suasana di sana. Tahap kesopanan orang-orang Korea tersangat tinggi. Perkhidmatan pula ekselen. Mengenai OKU pula, mereka ada banyak kemudahan untuk golongan ini. Ada bas khas yang rendah untuk kegunaan mereka. Sukarelawan pun banyak.

Insya Allah, jika di Tanah Suci nanti, saya akan cuba menolong warga emas dan orang-orang yang memerlukan. Peserta kali ini banyak yang berumur 50an, 60an, yang sudah uzur pun ada. Sedih juga saya tidak dapat pergi bersama-sama ayah (arwah) dan ibu saya untuk berbakti kepada mereka, semoga dengan pertolongan saya dapat mengembirakan orang-orang tua saya nanti.

Itulah saya, kata belum confirm tapi bercakap macam dah nak pergi. Sambung lagi angan-angan. ziarah bla bla bla..

Mengikut pegawai TH, tahun ini dijangkakan Haji Akbar, maka warga Arab Saudi dan jiran-jiran ramailah yang akan turun. Dugaan lagi. Tak kisahlah, semoga saya dapat pergi..

(tukar topik sikit)
Walaupun saya tidak pernah mengulas kisah pemergian Hani Mohsin, tapi saya sebenarnya banyak tersentuh membaca kisah hidupnya. Melihat Hani Karmila di sisi jasad si ayah menjadikan saya begitu pilu. Hani Mohsin lebih mudah daripada saya (hampir sebaya juga). Saya juga peminat cerita fiksyen Armageddon, the Day after tomorrow dll, menjadikan saya rasa hidup kita ini bagai di hujung tanduk. Bila-bila masa kita pula akan dijemput pergi. Semasa nyawa masih dikandung badan, ketika inilah kita harus berusaha untuk mencari seberapa banyak kebajikan dan keredhaan Allah, berbuat baik sesama manusia..

labbaikallahumma labbaik...


Steve dan Terri Irwin. Kata-kata yang selalu keluar dari mulutnya apabila melihat ular ialah "very beautiful!". Episod yang paling sukar dilupakan ialah semasa pengembaraan di Kepulauan Indonesia untuk menjejaki biawak komodo. Ha..Steve nampak cemas lantas memanjat pokok akibat dikejar biawak-biawak ganas itu. Kakinya terluka sedikit lantas reptilia tersebut menjadi agresif.

Kerana terlalu kasihkan binatang, anak sulungnya dinamakan Bindi Sue sempena nama buaya dan anjing kesayangannya. Apa-apalah pandangan orang ramai tentang Steve, bagi saya dia telah berjaya mengubah persepsi saya dalam banyak aspek kehidupan.

Monday, September 04, 2006

Crocodile Hunter Steve Irwin killed


CAIRNS, Australia - Steve Irwin, the hugely popular Australian television personality and conservationist known as the "Crocodile Hunter," was killed Monday by a stingray while filming off the Great Barrier Reef. He was 44.

Irwin was at Batt Reef, off the remote coast of northeastern Queensland state, shooting a segment for a series called "Ocean's Deadliest" when he swam too close to one of the animals, which have a poisonous bard on their tails, his friend and colleague John Stainton said.

"He came on top of the stingray and the stingray's barb went up and into his chest and put a hole into his heart," said Stainton, who was on board Irwin's boat at the time.

Crew members aboard the boat, Croc One, called emergency services in the nearest city, Cairns, and administered CPR as they rushed the boat to nearby Low Isle to meet a rescue helicopter. Medical staff pronounced Irwin dead when they arrived a short time later, Stainton said.

Irwin was famous for his enthusiasm for wildlife and his catchword "Crikey!" in his television program "Crocodile Hunter." First broadcast in Australia in 1992, the program was picked up by the Discovery network, catapulting Irwin to international celebrity.

He rode his image into a feature film, 2002's "The Crocodile Hunters: Collision Course" and developed the wildlife park that his parents opened, Australia Zoo, into a major tourist attraction.

"The world has lost a great wildlife icon, a passionate conservationist and one of the proudest dads on the planet," Stainton told reporters in Cairns. "He died doing what he loved best and left this world in a happy and peaceful state of mind. He would have said, 'Crocs Rule!'"

Prime Minister John Howard, who hand-picked Irwin to attend a gala barbecue to honor President Bush when he visited in 2003, said he was "shocked and distressed at Steve Irwin's sudden, untimely and freakish death."

"It's a huge loss to Australia," Howard told reporters. "He was a wonderful character. He was a passionate environmentalist. He brought joy and entertainment and excitement to millions of people."

Irwin, who made a trademark of hovering dangerously close to untethered crocodiles and leaping on their backs, spoke in rapid-fire bursts with a thick Australian accent and was almost never seen without his uniform of khaki shorts and shirt and heavy boots.

His ebullience was infectious and Australian officials sought him out for photo opportunities and to promote Australia internationally.

Irwin's public image was dented, however, in 2004 when he caused an uproar by holding his infant son in one arm while feeding large crocodiles inside a zoo pen. Irwin claimed at the time there was no danger to the child, and authorities declined to charge Irwin with violating safety regulations.

Later that year, he was accused of getting too close to penguins, a seal and humpback whales in Antarctica while making a documentary. Irwin denied any wrongdoing, and an Australian Environment Department investigation recommended no action be taken against him.

Stingrays have a serrated, toxin-loaded barb, or spine, on the top of their tail. The barb, which can be up to 10 inches long, flexes if a ray is frightened. Stings usually occur to people when they step on or swim too close to a ray and can be excruciatingly painful but are rarely fatal, said University of Queensland marine neuroscientist Shaun Collin.

Collin said he suspected Irwin died because the barb pierced under his ribcage and directly into his heart.

"It was extraordinarily bad luck. It's not easy to get spined by a stingray and to be killed by one is very rare," Collin said.

News of Irwin's death spread quickly, and tributes flowed from all quarters of society.

At Australia Zoo at Beerwah, south Queensland, floral tributes were dropped at the entrance, where a huge fake crocodile gapes. Drivers honked their horns as they passed.

"Steve, from all God's creatures, thank you. Rest in peace," was written on a card with a bouquet of native flowers.

"We're all very shocked. I don't know what the zoo will do without him. He's done so much for us, the environment and it's a big loss," said Paula Kelly, a local resident and volunteer at the zoo, after dropping off a wreath at the gate.

Stainton said Irwin's American-born wife Terri, from Eugene, Ore., had been informed of his death, and had told their daughter Bindi Sue, 8, and son Bob, who will turn 3 in December.

The couple met when she went on vacation in Australia in 1991 and visited Irwin's Australia Zoo; they were married six months later. Sometimes referred to as the "Crocodile Huntress," she costarred on her husband's television show and in his 2002 movie.

Tumpang sedih dengan berita ini. Harap Terri dan anak-anak Bindi Sue dan Bob akan bersabar. Steve mengajar saya ular "bukanlah binatang liar" (walaupun masih rasa geli). Kesungguhan yang ditunjukkan, sifat kasihkan binatang dan keluarga banyak memberi inspirasi kepada semua.