Sunday, July 07, 2013

Ramadan Mubarak...

Assalamualaikum...

Oh...lamanya tak berblog...apa khabar semua, semoga semuanya ceria dan teruja...maklumlah sekarang Syaaban akan bertukar baton dengan Ramadan dah tinggal lebih kurang 3 hari saja lagi...

Dah bersedia menyambut tetamu kita? Insya-Allah, jom buat yang terbaik, entahkan ini Ramadan terakhir kita. Pertama sekali perbetulkan niat, bersihkan hati. Bukan nak buat ibadah yang terbanyak, tapi ikhlaskan hati. Contoh nak baca al-Quran, bukan setakat nak khatam (4 muka surat selepas solat) tapi nak menghayati ajaran al-Quran. Berbeza kan jika kita baca al-Quran laju-laju dengan kita baca al-Quran tapi menghayati...

Azam lain ialah membuang sifat mazmumah. Entah bila ya nak hapus sifat mazmumah ni? Sampai habis nyawa agaknya. Ya lah, kan syaitan dah berjanji untuk memusnahkan manusia. Mohon banyak-banyak Allah beri kekuatan dan jadikan kita sentiasa tabah menghadapi dugaan. Kita menang dan syaitan kalah. Allah Maha Kuat, syaitan tersangat lemah.

Alhamdulillah saya baru lepas mengerjakan umrah cuti sekolah bulan Mei yang lepas. Seperti jamaah lain juga apabila ke sana, saya cuba lakukan ibadah yang terbaik. Tetapi, seperti yang saya sebut di atas, banyak betul cabaran yang mendatang menyebabkan iman seperti ombak samudera, berdebur tidak berhenti, sekejap melambung sekejap terhempas. Jadi syukur dengan Ramadan ini saya mohon kepada Allah agar dapat membersihkan, mensucikan hati ini, sentiasa memohon keredhaan-Nya.

Kepada yang belum pergi umrah/ haji, gunakan kesempatan yang Allah kurniakan ini, sambutlah anugerah Ramadan ini untuk melakukan ibadah sebaik mungkin kepada Allah.  Ini adalah beberapa amalan kesukaan Rasulullah saw untuk Ramadan;
1. Bersedekah
2. Memberi makan/ berbuka puasa
3. Membaca al-Quran
4. Qiamullail
5. Solat tarawih
6. Zakat fitrah
(Boleh rujuk di sini)

(sebenarnya banyak perkara yang ada dalam fikiran, insya-Allah akan di update dari semasa ke semasa)