Tuesday, November 28, 2006

BAB BIDAAH

Segala puji bagi Allah atas segala aturan-Nya yang Maha Halus dan Maha Bijaksana.

Saya seharusnya berterima kasih kepada semua orang, sama ada orang 'Wahabi' yang sudah dua kali saya masukkan ke dalam entri saya kerana mereka banyak membawa saya berfikir. Juga kepada ahli keluarga saya yang selalu mengemukakan saya persoalan ini setiap kali kami berbincang isu pertelingkahan ini. Terima kasih yang ketiga ialah kepada bekas pelajar saya, Sdr Yusamir (haji), yang banyak bermujadalah, bermuhasabah dengan saya tentang isu bidaah.

Isu bidaah ini nampak biasa kerana ada beberapa bidaah yang kita amalkan, sedang kita tidak tahu amalan kita adalah bidaah, sehingga seseorang menegur kita. Sebagai orang yang sentiasa ingin berada di jalan yang lurus, marilah kita mengambil berat tentang isu ini.

Saya memohon ampun sebanyak-banyaknya ke atas segala dosa-dosa saya yang saya tidak sedari selama ini, juga ke atas dosa-dosa suami, kedua ibu bapa saya, anak-anak dan umat Islam yang lain jika mereka pun tersilap. Kami sekali-kali tidak akan menyokong perkara yang salah kecuali kami tidak tahu..

Marilah kita baca risalah yang baru saya dapat ini, semoga bacaan ini dapat membantu kefahaman kita.

http://www.darulkautsar.com/fatwaqardawi/bidaahqardawi.htm

Bid’ah dan Syirik

Penulis: Dr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali.

Ramai orang keliru apakah yang dikatakan ‘bid’ah’. Buku yang dihasilkan oleh ulama ulung ini menyajikan perbahasan yang mudah untuk difahami, praktikal dan realistik dengan mengambilkira perkembangan semasa. Setiap dari kita patut memiliki buku ini kerana manafaatnya amat banyak.Di bawah ialah di antara petikan menarik (dengan sedikit pengubahsuaian) dari bahagian pertama (bid'ah) buku yang amat berharga ini:

1. BID’AH DALAM AGAMA

Bid’ah Haqiqi

Bidaah Idafi

Masalah A’diyah

2. BID’AH DALAM AKIDAH
Perasaan Nasionalisma

3. BIDAAH DALAM IBADAH

Menghias Masjid
Membangun masjid di atas kubur
Masalah Khutbah

BIDAAH DALAM ADAT KEBIASAAN

Bid’ah dalam urusan jenazah

Bid’ah dalam pesta perkahwinan

Perkahwinan dan ikatan keluarga

Peringatan hari ulang tahun, hari Asyura dan hari cuti mingguan


1. BID’AH DALAM AGAMA

Barangsiapa beranggapan bahawa agama Islam ini masih kurang sempurna dan memerlukan tambahan-tambahan demi kemaslahatan diri dan golongan jelas menunjukkan kejahilan mereka sendiri.

Mereka yang menambah-nambah dalam urusan agama ini adalah tukang-tukang bid’ah. Tukang-tukang bid’ah ini kelak akan menanggung dosanya dan dosa para pengikutnya yang tertipu dan tersesat.

Imam Malik Bin Anas berkata, “Barangsiapa menganggap baik perbuatan bid’ah, sama dengan menuduh Nabi Muhammad telah mengkhianati risalahnya”.

Imam Syafi’ berkata : Andaikata aku mengetahui ahli Bidaah itu dapat berjalan di angkasa, aku tetap tidak akan menerimanya.

Amar Bin Yahya pernah berkata, “Aku pernah mendengar ayah menceritakan dari datuk , “Kami pernah duduk di pintu rumah Abdullah Bin Mas’ud sebelum solat subuh. Tiba-tiba Abu Musa datang, lantas bertanya : Apakah tadi Abu Abdul Rahman datang?. Kami menjawab : Tidak. Lantas ia duduk bersama kami, sampai beliau datang. Dan tatkala ia datang, kami semua berdiri mendampinginya. Kemudian Abu Musa bertanya kepada Abu Abdul Rahman, “Hai Abu Abdul Rahman sesungguhnya saya tadi melihat di masjid ada satu perkara yang belum pernah saya lihat. Menurut anggapanku, perbuatan itu adalah baik”. Abu Abdul Rahman kemudian bertanya, “Apakah dia itu?” Jawab Abu Musa “Jika kau mahu, akan saya terangkan. Iaitu tadi aku melihat di masjid ada satu kumpulan duduk dalam bulatan sambil menantikan solat, dalam tiap-tiap bulatan ada seorang lelaki membawa batu kerikil, seraya ia berkata: Bacalah takbir seratus kali, merekapun kemudian bertakbir 100 kali. Dan ia berkata : Bacalah Lailahaillallah 100 kali! Mereka pun kemudian membacanya 100 kali juga. Lalu ia berkata : Bacalah Subhanallah 100 kali! Mereka pun kemudian membacanya! Mereka pun kemudian membacanya 100 kali juga”.

Mereka kemudian berkata, “Demi Allah kami tiada bemaksud melainkan yang benar”.

Abu Abdul Rahman kemudian menyanggahnya, “Banyak sekali orang yang bermaksud berbuat baik, tetapi mereka tidak mendapatnya”.

Para ulama mendefinisikan bid’ah ialah satu cara ibadah yang direka orang yang menyerupai syarak (agama); yang dimaksud dengan ‘cara’ di sini ialah sebagaimana yang dilakukan oleh syarak dengan tujuan untuk mengabdi kepada Allah dengan berlebih-lebihan.

Orang yang membuat cara baru dalam bentuk apa pun yang disandarkan pada agama (ibadah), dapat dicop sebagai penipu agama. Mereka mengkhayalkan kebatilannya itu untuk dilihatkan kepada orang lain sebagai sesuatu yang benar (haq) . Mereka gemar membuat sesuatu perkara yang nampaknya seolah-olah agama tetapi pada hakikatnya menyimpang dari tuntutan agama.

Sabda Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa mengada-ada cara baru tentang urusan kami (ibadah) ini, padahal tidak bersumber darinya, dia itu tertolak”.

(Hadis Riwayat Muslim)

“Barangsiapa beramal satu amalan (ibadah) yang tidak ada contoh dari kami, ia tertolak”
(Hadis Riwayat Muslim)

Bila bid’ah bermaharajalela ianya merupakan kesempatan bagi musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Dengan tersebar luasnya perbuatan dan amalan bid’ah di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang jahil, orang ramai akan menyangka amalan bid’ah itu adalah dari agama Allah yang murni. Akibatnya yang murni menjadi kabur dan rosak.

Ada yang berpendapat bahawa untuk melumpuhkan kemajuan Islam, harus dibesar-besarkan bid’ah dan khurafat, kerana kedua hal ini merupakan penghalang bagi cepatnya perkembangan Islam.

Mengapa bid’ah dapat melumpuhkan potensi Islam dan dapat menghancurkan pemerintahan? Sebabnya bid’ah merupakan tipuan yang tak ubahnya dengan tipuan dalam perdagangan. Barang yang baik dicampur dengan barang yang buruk yang kemudiannya dibawa ke pasar untuk ditawarkan kepada orang ramai seraya dikatakan bahawa barang tersebut adalah baik, tidak cacat dan tidak ada aib sedikit pun.

Sedangkan dalam hal ibadah, kita wajib berittiba’(mengikut sepenuhnya tanpa pindaan) kerana itu adalah asas dalam agama. Jadi mereka model-model dan cara-cara baru dalam ibadah adalah bid’ah yang sesat dan terkutuk.

Apabila sesuatu perkara bid’ah itu dihubungkan dengan agama, misalnya minta upah kerana membaca Al Quran ketika menghantarkan mayat dengan maksud bertaqarrub kepada Allah, perkara seperti itu merupakan perbuatan dosa dan maksiat yang berlipat ganda.

Manakala dalam urusan muamalah , dasarnya pula ialah mengikuti perkembangan kemaslahatan umat.

Firman Allah swt :

Lebih kurang ertinya :

“…..dan berbuat baiklah kamu sekelian agar kamu memperolehi kejayaan.”
(Al-Haj ayat 77)

Lebih kurang ertinya :

“...... dan bertolong-tolonglah kamu sekalian untuk kebaikan dan ketakwaan”.
(Al-Maidah ayat 2)

Berbuat baik dan tolong menolong untuk kebaikan dan bertakwa adalah soal-soal yang pelaksanaannya diserahkan penuh kepada kita, sehingga kita bebas membuat cara-cara baru. Cara-cara baru tersebut tidak boleh disalahkan dan ditolak.

Allah swt berfirman :

Maksudnya lebih kurang :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh ingat yang banyak dan bertasbihlah kepada Allah di waktu pagi dan petang”.

(Al Ahzab ayat 41-42)

Perintah memperbanyak zikir dan bertasbih seperti tersebut di atas, bukanlah bererti memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menambah rakaat sembahyang, azan dan sembahyang hari raya atau menyusun wirid yang kemudian ditetapkan untuk selalu dibaca dalam waktu-waktu tertentu.

Ibadah-ibadah ini pokok persoalannya adalah masalah akhirat. Sedangkan masalah akhirat itu ghaib bagi manusia.

Kerana itu, biar bagaimanapun tingginya kedudukan seseorang, mereka tidak mempunyai hak dan kebebasan untuk menambah cara-cara baru. Sedangkan dalam masalah keduniaan, tidak ada satu pun halangan untuk melaksanakan satu perintah dengan berbagai macam cara, baik cara-cara itu sudah pernah dipakai oleh orang-orang dahulu mahu pun belum. Misalnya tentang menjaga hak dan harta orang lain serta mengatur kemaslahatan umat, kesemuanya itu merupakan maksud yang menjadi matlamat syariat Islam.

Bid’ah yang diharamkan oleh syarak berkisar pada masalah ubudiyah yang sama sekali tidak dapat diagak-agak atau diijtihadkan.

Orang yang mengerjakan satu perbuatan (ibadah) yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w. , sama seperti meninggalkan perintahnya.

Apabila sudah pasti bahawa Rasulullah saw tidak pernah mengerjakannya, kita wajib meninggalkannya sekalipun larangannya tidak ada. Dan kalau kita kerjakan, itu termasuk bidaah.

Sebagai contoh , amalan ta’ziyah (bela sungkawa) terhadap orang yang meninggal dunia dengan membaca Al Quran dan berkumpul dengan makan-makan bersama.

Mencari rahmat dan pahala memang sudah ada sejak dahulu, tetapi cara tersebut tidak pernah terjadi pada masa Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Padahal, waktu itu sudah ramai orang yang mati dan sahabat-sahabat r.a. pun adalah di kalangan mereka yang sentiasa mencari rahmat. Waktu itu tidak ada seorang pun yang mendirikan khemah kemudian diadakan pembacaan Al Quran dan berkabung berganti-ganti.

Tradisi ini jelas hukumnya bid’ah dan agama tidak membenarkannya kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakannya, walaupun larangannya pun tidak ada. Jika tradisi itu kita biarkan, kita setujui dengan alasan mencari keredaan Allah dan untuk menghantarkan orang yang pergi (mayat) supaya mendapat kasih dan rahmat Allah swt, kita sebenarnya berburuk sangka (su’u zhon) terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.

Nauzubillahimin zalik!

Contoh lain ialah melafazkan niat ketika akan mengerjakan ibadah (seperti membaca ‘Usalli’ ketika hendak memulakan solat) , padahal Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakannya.

Amalan tersebut wajib kita tinggalkan dan bid’ah hukumnya kalau dikerjakan.

Kami merasa sangat khuatir terhadap amalan ibadah yang banyak dikerjakan orang yang nabi sendiri dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya. Padahal merekalah sebenarnya yang lebih patut untuk mengamalkannya kalau sekiranya hal tersebut dipandang baik sebagai jalan untuk bertaqarrub kepada Allah swt.

Mengapa kita harus memberatkan diri terhadap sesuatu yang Allah sendiri sudah memberikan keringanan (rukhsah)? Mengapa pula kita harus menyibukkan diri pada sesuatu yang Allah sendiri mendiamkannya? Bahkan Nabi s.a.w. sendiri pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa ketetapan maka jangan kamu sia-siakan dia. Allah telah menentukan beberapa ketentuan, maka jangan langgar dia. Allah telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu bukan lantaran lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia”.

Misalnya, Imam berdoa sesudah solat subuh dan asar sambil menghadap makmum dan disambut oleh makmum dengan bacaan amin. Nabi tidak pernah berbuat demikian walaupun sekali.

Bid’ah Haqiqi

Bid’ah Haqiqi misalnya tawaf di kuburan orang yang sudah meninggal dunia seperti tawaf di Baitullah. Contoh lain misalnya membujang seperti pendeta dengan menganggap dirinya suci.

Bid’ah semacam ini tidak banyak terdapat di kalangan masyarakat.

Bidaah Idafi

Bid’ah idafi ialah masalah-masalah yang dapat ditinjau dari berbagai segi; dari satu sudut boleh menjadi sunnah tapi dari sudut lain boleh menjadi bid’ah.

Jika dilihat dari satu sudut, kita akan menjumpai bahawa masalah tersebut berlandaskan kaedah yang baik dan nas yang jelas. Tetapi jika dilihat dari sudut lain, kita dapati unsur-unsur bid’ah yang jelas. Contohnya, membaca tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (Allahu Akbar) sesudah solat. Kesemuanya itu merupakan sunnah dan seluruh ulama sudah menyepakatinya. Tidak satu pun di antara mereka yang menentangnya kerana memang ada dalil-dalil dari beberapa hadis sahih. Bahkan Rasulullah saw dan para sahabatnya selalu berbuat demikian. Namun mereka melakukannya dengan sendiri-sendiri dan dengan sirri (tersembunyi).

Kemudian ada orang yang sengaja menyusun wirid dan zikir, dan ada seorang yang bertindak sebagai pemimpin dan kemudian orang ramai dikumpulkan untuk mengikuti bacaannya.

Cara-cara tersebut dijadikan kebiasaan setiap selesai solat dengan irama yang dibuat-buat. Orang ramai kemudian mengikutinya dan disambutnya dengan bacaan amin.

Bertasbih, tahmid dan takbir setelah solat adalah sunnah tetapi cara yang dibuat-buat inilah yang termasuk bid’ah. Mereka sudah mengetahui bahawa asas yang digunapakai dalam amalannya adalah hadis yang datang dari Rasulullah s.a.w. Tetapi, anehnya, mereka beranggapan bahawa cara semacam itu ( berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat) sebagai salah satu langkah untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Contoh bidaah Idafi yang lain adalah seperti membaca selawat sebelum azan sehingga orang awam mengira bahawa bacaan tersebut merupakan sebahagian daripada azan. Padahal yang sebenarnya kalimat-kalimat azan itu adalah terpelihara dan sudah menjadi ketetapan syarak.

Cara-cara seperti inilah yang dapat digolongkan bidaah Idafi. Namun anehnya, para mu’azin sebaliknya merasa selesa dan gembira menggunakan cara tersebut untuk memanggil orang beribadah kepada Allah. Dengan demikian, status azan yang tadinya sunnah berubah menjadi bid’ah dan sia-sia.

Dari sekian contoh di atas dapat disimpulkan bahawa bid’ah Idafi itu umumnya berupa amalan-amalan yang diambil dari ajaran agama, tetapi diamalkan dengan cara yang keluar dari batas yang telah ditentukan oleh agama itu sendiri. Ajaran-ajaran agama itu tak ubahnya seperti anggota tubuh yang lengkap dengan pancaindera dan perhiasannya. Jika kaki pindah ke tempat tangan dan telinga pindah ke tempat hidung atau sebaliknya, nescaya amatlah janggal dan hodoh, walaupun pemindahan itu tidak mengambil anggota lain di luar tubuh.

Contoh seterusnya ialah mengadakan solat khusus bulan Rejab dan Syaaban dengan maksud tertentu. Malangnya, ada sebahagian ulama yang beranggapan amalan tersebut dibolehkan dengan alasan memandang prinsip bahawa sembahyang bukanlah perbuatan mungkar.

Khusus dalam masalah sembahyang ini, Imam Nawawi pernah berkata, “Bahawa kedua macam sembahyang tersebut adalah mungkar”.

Begitu juga, membaca Al Quran dan zikir di hadapan jenazah dengan suara keras, termasuk bid’ah Idafi. Tentang membaca Al Quran dan zikir itu sendiri memang sudah jelas ada dalam Islam, tetapi bukan dengan cara demikian.

Puasa pada tanggal 27 Rejab (dikatakan tarikh Isra’ Mi’raj) dan 15 Syaaban (nisfu Syaaban) termasuk bidah Idafi. Prinsip puasa memang ibadah yang dibenarkan, tetapi dengan mengkhususkan pada hari-hari tersebut hukumnya bid’ah.

Dengan demikian, jelaslah bahawa orang yang mengerjakan bid’ah itu bererti mencampuradukkan amalan soleh dengan yang batil, sekalipun untuk tujuan yang baik.

Amalan-amalan sebagaimana disebutkan tadi itu tidak lain kerana kebodohan mereka tentang sunnah dan kerana berfikiran jumud (sempit) ; tidak mahu menilai dan mengkaji ajaran yang dibawa oleh orang-orang jahil.

Harapan kami semoga dengan memahami kejanggalan amalan-amalan tersebut, sedikit sebanyak dapat memberikan semangat untuk mereka mempelajari hakikat ajaran Islam yang sebenarnya.

Kami berharap, dalam membanteras seluruh macam bid’ah itu hendaknya dilakukan dengan beransur-ansur dan dengan sikap lemah lembut serta memberikan penjelasan yang berhikmah kepada mereka yang mengamalkannya. Hal ini dilakukan untuk menjaga dari segala macam kekaburan yang selama ini menyelubunginya, juga untuk menjaga agar jangan sampai nasihat-nasihat yang demikian baik itu bertukar menjadi fitnah yang menyerang pula soal-soal yang tidak ada kaitannya.

Masalah A’diyah

Memasukkan persoalan a’diyah ke dalam bidang ibadah merupakan bahaya besar bagi agama dan umat manusia umumnya.

Contohnya, Rasulullah s.a.w. memakai terompah yang disepit dengan dua jari kaki (Riwayat Imam lima kecuali Muslim). Adakah memakai terompah seperti itu termasuk sunnah ugama? Apakah orang yang tidak memakai terompah seperti itu bererti meninggalkan sunnah? Atau sama sekali didiamkan?

Contoh lain, ialah kaum muslimin (termasuk Rasulullah) dan musyrikin di zaman Rasulullah berpakaian putih dan memakai tutup kepala dari terik matahari yang membakar. Apakah pakaian putih dan menutup kepala juga disunatkan bagi penduduk-penduduk negeri sejuk, semata-mata kerana Rasulullah s.a.w. berpakaian begitu.

Ustad Al Adawi berkata: “Yang termasuk bid’ah pada masalah ‘adiyah, contohnya, ialah menghias masjid dengan berbagai warna yang dapat mengganggu orang yang sedang melakukan solat . Begitu juga lantai yang beraneka warna dan menggantungkan lampu-lampu yang harganya sangat mahal”.

Sedangkan yang dianjurkan ialah membina masjid yang luas cukup untuk menampung jemaah dengan tinggi yang munasabah, dindingnya nampak bersih, dicat dengan warna yang tidak mengganggu orang bersembahyang dan tikar solah yang sederhana.

Sebenarnya seluruh persoalan ‘adiyah, baik fi’liyah ( perbuatan ) atau qauliah ( perkataan ) bukan termasuk risalah yang dibawa oleh nabi s.a.w. Sebabnya, masalah-masalah duniawi selalu berkembang yang mungkin diijtihadkan dengan seluas-luasnya; mungkin dikurangi, ditambah malah ditinggalkan.

Menetapkan mestinya mengikut nabi s.a.w. dalam hal-hal duniawi menunjukkan kejumudan ( sempitnya ) berfikir dan amat berbahaya untuk kehidupan.

Mundurnya kaum muslimin dalam segala lapangan hidup seperti yang kita alami sekarang ini mungkin berpunca pada berbagai ikatan dan halangan yang berdalih “Demi berpegang pada ajaran Islam”. Akibatnya mereka terus hidup dalam belenggu ini. Mereka tidak dapat bergerak seperti yang dilakukan oleh orang lain.

Menjunjung tinggi belenggu-belengu kebatilan ini, bererti melepaskan kesempurnaan jiwa dan inti ajaran agama. Dengan begitu, hubungannya dengan agama menjadi retak, hubungannya dengan lapangan keduniannya pun menjadi kacau. Akhirnya mereka lari dari dunia ini.


2. BID’AH DALAM AKIDAH

Banyak sekali noda-noda yang secara lahiriahnya nampat taat kepada Allah tetapi pada hakikatnya melanggar hukum dan norma-norma yang ditetapkan Allah.

Tidakkah telah dimaklumi, betapa orang-orang musyrikin itu bertelanjang bulat waktu tawaf di Baitullah, baik lelaki mahupun perempuan dengan alasan tidak layak di Baitullah berpakaian yang dipakai berbuat maksiat kepada Allah.

Di antara sekian banyak yang terjadi di kalangan orang awam ialah pergi ke kubur orang-orang soleh untuk sesuatu yang tidak patut dipinta kecuali kepada Allah semata-mata.

Perasaan kurang puas dalam berhubungan dengan Allah tanpa wasilah, merupakan adat kebiasaan kaum Watsaniyah, penyembah berhala. Alasan-alasan mereka itu seperti firmannya yang bermaksud :

“Kami tidak menyembah berhala-berhala itu melainkan supaya mereka itu mendekatkan kami kepada Allah.
(Az Zumar : 3)

Alasan ini pula yang dipakai kaum jahiliah moden untuk membela pengunjung kubur untuk minta sembuh dan keberuntungan, serta mencari keluhuran dan pertolongan.

Beraneka macam khurafat mengelilingi masalah wali dan kewalian. Sehingga lama-kelamaan ramai orang-orang yang beranggapan bahawa nasib dunia berada di tangan para wali. Merekalah yang mengendalikan dunia dengan sesuka hatinya.

Orang-orang yang dianggapnya wali itu kekuasaannya dapat melampaui hukum sebab akibat. Akibat dari itu, pandangan kaum muslimin terhadap sunnatullah yang berhubungan dengan alam ini menjadi kacau bilau. Mereka beranggapan bahawa sunnatullah akan tunduk kepada orang yang tekun beribadah.

Yang jelas, anggapan-anggapan itu semua, sudah bercampur aduk berasal dari pengaruh-pengaruh jahiliah.

Berhala adalah batu yang layak dipakai untuk membina bangunan atau untuk membina jalan. Inilah keistimewaannya. Selain dari itu sama sekali tidak ada, tidak seperti yang dianggap oleh penyembah-penyembahnya.

‘Lembu’ yang dijadikan persembahan oleh orang-orang Hindu, keistimewaannya, adalah susunya yang dapat diminum dan dagingnya untuk dimakan. Selain itu sama sekali tidak ada, baik mengenai kesuciannya atau pun dekatnya kepada Allah.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang lelaki memakai gelang di lengannya dari tembaga kemudian beliau bertanya, “Celaka kau, apa ini? “Jawab lelaki tersebut, “Ini adalah benda yang lemah”. Kemudian Rasulullah bersabda : “Ingat sesungguhnya dia hanya menambah kelemahanmu. Kerana itu buang dia. Kerana kalau kamu mati sedang dia masih tetap kamu pakai, selamanya kamu tidak akan selamat.”

Kadang-kadang kita jumpai sebahagian orang menggunakan Al Quran sebagai pelindung dirinya dengan beranggapan bahawa Al Quran tersebut dapat melindungi diri dari muflis, kalau dia sebagai pedagang atau dapat menolak tamparan kepala kalau dia sebagai pegawai.

Ini adalah kekacauan fikiran yang sudah sangat parah. Kalau dia masih beranggapan beriman kepada Allah dan meluhurkan Al Quran, sesungguhnya itu adalah anggapan yang salah. Hubungan seorang muslim dengan Al Quran, adalah mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.

Kalau dia sebagai pegawai dan pedagang supaya berjaya dalam usahanya, dia mesti bekerja kuat, tidak malas, jujur dan jangan menyeleweng.

Kekeliruan terhadap prinsip ini tidak dapat ditebus dengan dengan menggantungkan Al Quran kecil atau pun besar.

Firman Allah s.w.t. ertinya lebih kurang:

“Dengan al-Quran itu Allah membimbing orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan”
(Al-Maidah ayat 16)

“Dengan nyamuk Allh sesatkan orang ramai, tetapi dengan sebab itu juga Ia bimbing orang ramai”

(Al-Baqarah ayat 26)
Aishah r.a. pernah berkata, “ Aku belajar ilmu pengubatan kerana banyak penyakit-penyakit Rasulullah s.a.w.
Ayat-ayat dan hadis di atas menegaskan bahawa Allah membuat sesuatu dengan sebab. Kerana itu barangsiapa berpendapat bahawa Allah membuat sesuatu ketika adanya sebab-sebab ini, bukan dengan sebab-sebab tersebut, sesungguhnya dia telah menyimpang dari garis yang dibawa Al Quran dan menentang adanya tenaga dan daya yang telah di cipta Allah sendiri.
Perasaan Nasionalisma

Kehancuran dan seksaan yang memuncak ke atas umat Islam silam dan masakini kemungkinan besar disebabkan mereka telah membuang risalah Islam yang universal itu menjadi risalah nasional ( kebangsaan ). Ini merupakan pokok seluruh bencana yang menimpa mereka. Dan ini sungguh merupakan bahaya yang sangat besar untuk masa depan umat manusia.

Kepada kaum muslimin, kami ingin mengingatkan hendaklah mereka dapat menyedari dan menilai realiti yang ada :

1. Bahawa mengembalikan manusia kepada situasi jahiliyah dengan fanatik pada tanahair, warna dan darah adalah satu bentuk faham politheis (syirik) yang tidak patut bagi kita.

2. Kembali kepada tatacara ini hanya akan membawa kerugian bagi Islam dan kaum muslimin serta menguntungkan bagi Eropah.

Kaum Salib antarabangsa menghancurkan dan meruntuhkan Islam dengan tabir nasionalisme. Bahayanya tidak kurang daripada perbuatan gerakan Zionis. Akibatnya kaum muslimin menderita dalam masa yang lama sekali.


3. BIDAAH DALAM IBADAH

Lawan ‘zikir’ adalah ‘lupa’ yang merupakan pekerjaan hati, bukan pekerjaan lidah. Kerana itu kadang-kadang kita jumpai ada sebahagian orang yang mempunyai ingatan yang tajam dan baik yang dapat memenuhi seluruh jiwanya, padahal lidahnya sama sekali tidak bergerak dan tidak satu pun anggota badannya yang berubah. Ketenangan badannya itu menolong untuk selalu ingat. Jika dia tunduk dan tenggelam, jiwanya dengan sempurna dapat membentuk seluruh lukisan yang dimaksud. Gerakan lidah waktu itu hanya sekadar manifestasi, bukan satu natijah dari meluasnya perasaan.

Banyak sekali orang pendiam yang tidak keluar satu pun huruf dari mulutnya, namun hatinya penuh ingat kepada Allah. Sebaliknya, orang yang lidahnya bergerak-gerak menyebut asma Allah, tetapi hatinya kosong dari berzikrullah. Orang seperti itu tak ubahnya seperti pita rakaman Al Quran. Dia akan menyuarakan ayat-ayat sebanyak yang dirakam itu, tetapi tidak mempunyai tanggungjawab hukum sama sekali. Mereka ini tidak mendapat pahala ataupun seksa.

Adalah suatu kebaikan bagi setiap muslim jika mahu membiasakan membawa zikir-zikir tersebut ( tasbih, tahmid dan takbir dan sebagainya) dan menanamkan pengaruh-pengaruh positif ke dalam jiwanya. Tetapi sayang sekali, banyak kita jumpai kekeliruan yang melampaui batas. Sehingga untuk mengulangi-ulangi bacaan zikir tersebut itu, mereka terpaksa berhenti dari bekerja.

Kalau ada sebahagian orang membuat program membaca Al Quran, berdoa dan berzikir sesuai dengan keperluannya, itu tidak dapat dikategorikan sebagai ketentuan agama. Orang lain juga tidak boleh diharuskan untuk menirunya.

Sehingga banyak pengikut tarikat membuat wirid-wirid khusus untuk pagi dan petang, yang dirangkaikan pula dengan solat-solat tertentu sebagai satu ketentuan agama.

Kami sudah banyak menyaksikan orang yang bergelumang dalam wirid-wirid. Pada umumnya mereka itu mengabaikan dunia ilmu pengetahuan dan pendidikan. Dan kami yakin pula bahawa kemunduran Islam dalam lapangan pengeluaran atau pun kekayaan, disebabkan oleh manusia-manusia seperti ini. Sebabnya tidak lain mereka itu telah sesat dari tuntutan Rasulullah s.a.w., sehingga mereka menyimpang dari jalan yang lurus.

Allah swt berfirman :
Artinya :

“Orang yang bertakwa kepada Allah dari hamba-hambanya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan”.

(Fathir : 2

Memperluaskan perkenalan kepada Allah merupakan Ibadah yang tertinggi. Dan mengenal Allah dalam kerajaannya yang luas ini, bererti menyambut seruan Allah yang dituangkan dalam kitab-kitabNya. Kesimpulan-kesimpulan yang dihasilkan oleh ilmu pengetahuan alam tidak lain hanya akan sesuai dengan wahyu yang datang dari sisi hukum material. Kedua-duanya itu juga datangnya dari Allah semata-mata.

Mempersempitkan pengertian “amal soleh” hanya dalam bidang ibadah semata-mata, dapat membawa orang-orang yang ingin bertakwa menghabiskan seluruh waktunya hanya untuk mengulang-ulang perbuatan-perbuatan yang terbatas ini. Seolah-olah mereka tidak kenal cara lain untuk mencari keredhaan Allah.

Dengan tekun mereka mengerjakan amal-amal ini. Kalau sudah selesai diulang lagi. Begitulah seterusnya.

Apa yang kami tentang adalah adanya perasaan bahawa yang disebut taat kepada Allah itu hanya bergelumang dengan zikir, membaca al-Quran dan solat dengan mengulang-ulang sahaja.

Apakah anda mengira bahawa seorang hakim yang sibuk menyelesaikan persengketaan dan bangun malam untuk mempersiapkan hukumnya, itu kurang mendapat keredaan Allah dibandingkan dengan orang yang tekun membaca Al Quran?

Apakah anda menduga, bahawa guru yang berjuang untuk membenteras kejahilan, dengan bangun malam untuk mempersiapkan pelajaran-pelajaran, itu nilainya lebih rendah dibandingkan dengan orang yang bergelumang dalam zikir?. Tidak, bahkan kedua-duanya lebih dekat kepada Allah dan lebih dekat dengan jalan yang benar.

Kerana itulah orang yang tidur lelap pada malam hari kerana kepenatan membanting tulang di siang hari dinilai sebagai mujtahid. Dia dapat tidur dan bangun dengan mata Allah, selama kesucian hatinya itu hidup.

Kekeliruan memahami erti ibadah, akan memesongkan kemajuan dan kebudayaan kita dari jalan yang benar dan menyebabkan kita menganggap orang yang bodoh sebagai pandai dan sebaliknya. Dan inilah sebab kehancuran yang kini menimpa bangsa kita.

Akhir-akhir ini saya melihat ada sebahagian pemuda yang fanatik kepada agama. Mereka hendak meniru-niru cara-cara yang tidak benar itu. Dia beranggapan bahawa perwujudan keikhlasan kepada Allah dapat dicapai dengan bergaul dengan salah satu jamaah dari jamaah Islam, memberi nasihat dan petua, serta membaca bacaan-bacaan yang panjang dalam kitab-kitab tafsir dan fiqih. Kadang-kadang sesudah itu dia menjadi doktor yang tidak berfungsi dan jurutera yang tidak bersemangat.

Saya sangat hairan, apa yang menyebabkan doktor tersebut harus mengesampingkan fungsinya yang mulia itu? Mengapa dia tidak tahu, bahawa pembedahan yang baik dan ubat yang sesuai itu termasuk puncak amal soleh yang oleh Islam dinilai sebagai satu sendi kejayaan dan jalan untuk mencapai kejayaan? Dan nilai perbuatan ini tidak kurang daripada nilai solat dan zakat.

Menguasai dunia adalah satu hal yang mesti, dalam rangka pengabdian kepada agama. Tidak ada tempat di dunia ini bagi orang yang tidak mengetahui ilmu pengetahuan duniawi.

Kerana itu, Imam Abu Hanifah pernah berkata, “Jangan kamu bertukar fikiran dengan orang yang di rumahnya tidak ada tepung”.

Perkataan ini sungguh berharga sekali. Kalau sekiranya ahli-ahli tasawuf dapat memahami cara-cara seperti tersebut di atas, dia termasuk Islam. Kalau tidak bererti dia telah rosak.

Bukanlah yang dimaksud takwa itu mesti meninggalkan kehidupan duniawi. Yang dinamakan takwa itu seharusnya dapat menguasai duniawi. Jika dunia dapat dikuasai, bererti anda benar-benar hamba Allah dan kekayaan yang di tangan anda itu juga milik Allah.

Orang yang lari dari kehidupan duniawi bukanlah orang yang bijaksana dan bukan mukmin sejati.

Termasuk kurang sihat akalnya orang yang berpendirian bahawa keredaan Allah hanya dapat ditempuh dengan mengkhususkan dalam sebahagian ibadah dan menjauhi sebahagian yang lain.

Beribadah kepada Allah dapat dilakukan di pasar dan di semua lapangan, bukan hanya di masjid dan di surau-surau.



Alangkah indahnya apa yang diungkapkan oleh penyair Iqbal :

- Orang kafir akan menjadi hamba kepada dunia Sedangkan dunia akan menjadi hamba kepada orang mukmin

Saya sendiri tidak tahu, bagaimana suatu risalah dapat berjaya sedangkan pembawaannya selalu terkebelakang dari umat lain dalam lapangan penghidupan. Dan saya pun tidak tahu, mengapa dapat begitu tersiar bahawa membawa tasbih itu bererti ibadah, sedangkan menghayunkan kapak bererti hanya kerja peribadi sahaja.

Menghias Masjid

Masjid bukanlah tempat untuk memperkenalkan keindahan seni, tidak pula untuk mempamerkan keelokan teknik dan bukan tempat untuk berbuat berlebihan dan bermegah-megah.

Menurut sunnah Nabi, atap mahupun lantai masjid itu menggambarkan bentuk kesederhanaan. Memperluas masjid tidak juga dilarang, bahkan suatu perbuatan yang baik sehingga dapat menampung beribu-ribu jemaah. Memperbesarkannya sehingga dapat menyerupai benteng juga tidak dilarang. Perbuatan semacam ini tidak termasuk berlebih-lebihan dalam memperelok masjid dan menakjubkan pandangan orang.

Tetapi sebahagian orang ada yang cenderung memperhias dan memperelok bangunan masjid, kerana didorong menyaingi gereja-gereja Kristian yang memang sengaja dibuat secara berlebih-lebihan. Kami memandang, berjalan mengikuti jiwa Islam adalah lebih baik. Sebabnya bertakwa kepada Allah bukanlah pembebanan seperti tersebut di atas.

Membangun masjid di atas kubur

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Mereka itu ialah orang-orang yang apabila salah seorang soleh di antara mereka meninggal dunia, kemudian mereka mendirikan masjid (tempat sembahyang) di atas kuburnya dan disertai dengan berbagai lukisan. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah”.

Kami pernah menyaksikan dengan mata kepala sendiri berpuluh-puluh surat yang ditujukan kepada makam Imam Syafi’ baik yang dibawa tangan atau pun melalui pos. Saya pun telah mendengar, ada beratus orang awam yang meringik-ringik di hadapan kubur Sayyidina Husein dan lain-lain.

Cara untuk mengubati kemungkaran ini, hanya dapat diselesaikan dengan jalan menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan akhlak yang sebenarnya serta memperbaiki cara berfikir.

Kerana itu seharusnya para imam masjid mengambil peranan besar ini. Untuk itu mereka perlu menguasai persoalan-persoalan dunia dan agama. Hendaknya mereka suka mempelajari penyakit masyarakat dan bagaimana cara mengubatinya. Mereka juga harus menguasai pengetahuan yang luas tentang aliran-aliran politik dan sosial ekonomi, serta pendapat para ahli pendidik dan ilmu jiwa, baik di kalangan kaum muslimin ataupun orang lain. Tetapi satu hal yang cukup kita sesalkan, bahawa manusia seperti ini tidak terdapat di kalangan ahli baca Al Quran, kecuali hanya segelintir sahaja

Masalah Khutbah

Khutbah yang panjang seperti khutbah-khutbah yang pernah disusun oleh imam-imam masjid , pada hakikatnya bertentangan dengan tuntutan Islam. Banyak sekali para da’i yang berpidato satu jam atau dua jam, bahkan ada sampai tiga jam.



Tiga jam adalah cukup untuk membaca seperempat Al Quran yang diturunkan Allah s.w.t. secara beransur-ansur selama 23 tahun.



Yang jelas dakwah Islamiah yang dilakukan dengan pidato-pidato tanpa persiapan, keberanian yang bermusim hanyalah sekadar mengisi waktu kosong untuk orang-orang yang ingin berbuat baik dan dengan jiwa yang mati bagi orang-orang yang hendak mencari pekerjaan. Akhirnya masa depan dakwah Islamiah sangat memmbimbangkan. Begitu juga masa depan Islam berjalan seiring dengan dakwah ini.

BIDAAH DALAM ADAT KEBIASAAN

Orang-Orang Timur mempunyai tradisi yang tidak dikenal di negara-negara lain. Segolongan manusia terkeliru bila menyaksikan sebahagian orang Islam yang memegang teguh tradisi ini. Sehingga dianggapnya tradisi tersebut tumbuh dari prinsip-prinsip agama dan syariat Allah. Atau paling tidak, tradisi itu dianggapnya sesuai dengan perasaan-perasaan yang sudah dikenal dalam agama kita. Anggapan ini tidak benar, kerana tradisi-tradisi bangsa timur bukan prinsip-prinsip agama, dan amal perbuatan manusia bukanlah perintah-perintah Allah.

Firman Allah swt
Ertinya :

“Sesungguhnya nenek moyang mereka itu dalam keadaan sesat. Kemudian mereka dengan segera (meniru) jejak-jejak mereka itu. Padahal sesungguhnya kebanyakan orang-orang dulu sebelum mereka telah sesat dan kepada mereka telah kami utus beberapa nabi yang bertugas untuk menyedarkan (munzirin). Kerana itu, lihatlah betapa akibatnya orang-orang yang diancam itu! Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan”.

(Ash Shaffat : 69-74)

Kita hendaklah ittiba’ (mengikut) dalam hal ibadah dan masalah duniawi hendaklah kita permoden dan majukan. Ini saja sudah cukup untuk dapat memimpin kehidupan kita. Tetapi sebahagian kaum muslimin ada yang membuat sebaliknya, dia bersikap jumud (sempit) dalam hal yang seharusnya dia mesti bergerak. Dia bertindak mengubah dan menambah sewenang-wenangnya dalam hal yang seharusnya membatasi diri.

Kesalahan seperti ini dapat membawa kaum muslimin pada hidup yang tidak menentu. Urusan keduniaannya menjadi sempit dan urusan agamanya menjadi kabur.

Sesungguhnya perjuangan untuk membersihkan tradisi-tradisi ibadat dari segala macam bid’ah yang telah bersarang itu tidak boleh ditangguhkan.


Bid’ah dalam urusan jenazah


Saya sudah sering menyaksikan beberapa orang miskin yang kekurangan makan, tetapi dia berani berhutang untuk menghidupkan tradisi-tradisi yang menyimpang sebagai ketentuan agama atau lebih dari agama.


Diupah pembaca-pembaca al-Quran untuk satu atau dua malam, dilanjutkan seminggu atau dua minggu.


Pengorbanan berupa moral mahupun material ini diulang pada hari ke 40 , satu tahun, dua tahun dan seterusnya.


Tradisi-tradisi ini sama sekali tidak dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai kefahaman yang baik terhadap dunia ini, apalagi oleh orang-orang yang mempunyai pemahaman yang baik terhadap agama.


Berapa banyak tempat berhimpun yang harus kita sediakan untuk para tetamu yang ke kubur? Berapa banyak perayaan untuk minggu pertama, hari ke empat puluh dan ulang tahunnya yang pertama.

Tidak diragukan lagi, bahawa apa yang dilakukan oleh orang-orang Islam seperti ini menunjukkan kebodohannya.

Tetapi sayangnya ramai dari kalangan orang awam, termasuk juga ulama-ulama, yang mempertahankan kebodohan ini dalam bentuk-bentuk keagamaan yang mengaburkan.


Padahal Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

“Barangsiapa membaca inna lillahi wainna ilaihi raji’un ketika ditimpa musibah, Allah akan menghilangkan musibahnya itu dan memperbaiki keadaan selanjutnya serta memberikan ganti yang diredaiNya”.


Setiap muslim lelaki atau perempuan tidak boleh memakai pakaian khusus untuk berkabung atau membuat membuat tanda-tanda pada badannya, keadaannya, rumahnya dan pekerjaannya. Sebabnya pemergian seseorang ke akhirat, tidak bererti mencetuskan suasana krisis dan duka dalam percaturan hidup ini.

Persoalannya cukup seperti apa yang dikatakan oleh seorang ahli hikmah, “Di mana ada orang mati, di situ ada juga yang hidup”.

Tidak ada tempat dalam Islam untuk berteriak-teriak untuk mengiringi jenazah. Mengeraskan suara walaupun dengan membaca Al Quran tetap tidak boleh.

Semua ini bertentangan dengan apa yang terjadi terhadap jenazah orang-orang salaf. Mereka melakukannya dengan penuh khusyuk sehingga keluarga yang ditinggal mati itu tidak diketahui mereka diliputi kesusahan dan kesedihan walaupun oleh orang-orang yang menghantar jenazah. Sedikit pun mereka tidak termenung dan cemas ketika mengingat pada mayat itu. Mereka bergantung kepadaNya, sebab mereka juga datang dariNya.

Takziah (Belasungkawa) yang digariskan Islam cukup mudah. Tidak perlu orang yang kesusahan itu menyediakan sesuatu dan mempersiapkan tempat khusus untuk para tetamu yang datang untuk bertakziah.

Kini prinsip-prinsip akhlak itu telah goncang. Sudah menjadi kebiasaan, bahawa orang yang kesusahan, mesti pula menyediakan tempat khusus untuk bertakziah dan menghidangkan makanan-makanan dan minuman-minuman kepada para tetamunya. Padahal menurut Sunnah Nabi, keluarga yang kesusahan itu harus dibantu, misalnya dengan menyiapkan makanan untuk keluarganya. Bukan sebaliknya yang ditimpa kesusahan pula mesti menyediakan makanan dan minuman.

Sedangkan Imam Ahmad berkata, “Cara semacam ini adalah cara-cara jahiliah”. Kerana itu dia sangat membencinya.

Dengan kefahaman yang tersasar bahawa si mayat memperoleh faedah daripada perbuatan orang hidup, ramai orang awam yang mengupah pembaca Al Quran untuk membacakan Al Quran kepada si mayat atau dengan membahagi-bahagikan makanan kepada orang yang menziarahi jenazah.


Bid’ah dalam majlis perkahwinan

Kebanyakan majlis perkahwinan dilakukan dengan berlebih-lebihan dan memaksakan diri. Jarang sekali mereka yang mengadakan pesta perkahwinan itu dengan sederhana sahaja. Di antaranya mereka berlebih-lebihan dalam perkara yang hanya berstatus harus (mubah) sahaja. Mereka perluas ruangnya dan sehingga berlebih-lebihan, melebihi cara yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain.

Perempuan-perempuan agama lain cukup berpakaian sederhana tapi kemas, sedangkan perempuan muslimah tidak mahu kalau tidak memakai kain yang termahal.

Seharusnya umat Islam mempermudahkan amalan tradisi yang menyebabkan pesta-pesta perkahwinan mereka itu hanya penuh dengan nafsu makan, riya’ dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia dan tidak bererti itu.

Walimatul urus (pesta perkahwinan) merupakan satu tradisi yang baik dan perlu pengorbanan dan keringanan. Tetapi di sebalik tradisi yang baik itu, Islam tidak merestui adanya berlebih-lebihan dan bermewah-mewahan dalam makanan.

Isteri dan anak-anak Nabi s.a.w. kahwin , dengan suatu majlis yang tidak memberat-beratkan diri dan tidak berhutang. Kemudian lihatlah apa yang dilakukan oleh kaum muslimin dalam merayakan perkahwinan mereka. Berapa banyak belanja yang disediakan untuk membuat walimah sehingga tidak habis dimakan oleh yang lapar dan papa.


Perkahwinan dan ikatan keluarga

Umat Islam dewasa ini terbahagi kepada dua bahagian. Yang sebahagian tidak memberi tempat kepada kaum wanita, seperti yang terjadi di Yaman dan Hijaz. Sedangkan yang sebahagian lagi memberikan tempat kaum wanita tetapi terkeliru. Kedudukan wanita sangat membingungkan seperti yang kini berlaku di Mesir.

Umat kita mendiamkan kemungkaran yang diperbuat oleh para ‘play boy’. Mereka membiarkan para pemuda bertahun-tahun bergelumang dengan maksiat seperti bersekedudukan dan bercinta sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Perempuan yang dibiarkan untuk melacur dan menjadi permainan hawa nafsu akan dapat menggoncangkan umat seluruhnya dan akan dipermainkan oleh syaitan.

Umat kita dapat menerima kemungkaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima untuk meringankan pesta besar-besaran yang diadakan ketika akad nikah.

Saya pernah menyaksikan di Hijaz dan Palestin (dan juga di Malaysia – pent) adanya berlebih-lebihan dalam masalah mahar. Sehingga orang lelaki tidak akan dapat berdampingan dengan seorang perempuan, kecuali bila dia dapat membawa beratus-ratus dan beribu-ribu wang.

Kemudian apa yang terjadi akibat dari itu semua? Kemungkaran bermaharajalela di sana sini.

Tidak layak orang-orang jahil itu berbicara tentang dibolehkan berlebihan dalam hal mahar menurut syarak. Walaupun dianggap sebagai suatu perbuatan yang baik, hal tersebut tidak patut diamalkan. Sebabnya sunnah Nabi tidak membolehkannya kecuali sesudah sempurnanya yang wajib. Jika hal yang wajib itu telah dipijak-pijak, di mana letak yang sunat?

Dan kalau kehormatan diri sudah tidak ada lagi dan perbuatan sundal sudah merata, apakah perlu berbicara soal dibolehkannya berlebihan dalam masalah mahar?

Ramai orang Islam yang menjadikan masalah perkahwinan syari’ sebagai suatu hal yang sangat sukar dan payah, sehingga menyebabkan berleluasanya maksiat di dalam masyarakat.

Alangkah baiknya jika kaum muslimin mempelajari bagaimana cara mengatur hubungan antara lelaki dan wanita dengan cara yang benar dan bagaimana caranya agar setiap anggota keluarga dapat berhimpun di halaman masjid pagi dan petang dan sebahagian waktu malam.

Bahkan bagaimana caranya supaya lelaki dan perempuan dengan serentak mahu berjuang untuk menegakkan kalimatullah.

Dari sekian banyak yang kita saksikan, ada sebahagian ahli masyarakat yang memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada anak-anaknya.

Di segi mencari nafkah seluruh masyarakat Eropah telah sampai pada suatu batas di mana suami isteri sama-sama aktif dalam berbagai pekerjaan dan lupa mengurus rumahtangga.

Peringatan hari ulang tahun, hari Asyura dan hari cuti mingguan

Orang pertama yang mengadakan perayaan maulid Nabi di Kota Erbel ialah Raja Al Mudhaffar Abu Sa’id pada abad ketujuh. Kemudian peringatan ini meluas ke mana-mana dan banyak penggemarnya.

Manakala hari peringatan lain yang bid’ah ialah sambutan hari Asyura (pada 10hb Muharram ) yang dirayakan oleh golongan Syiah dan golongan ahli sunnah.

Golongan Syiah pada hari tersebut mereka memukul tubuh mereka dengan apa saja yang ada di tangannya, sebagai tanda berduka cita atas kematian Husain. Manakala golongan Ahlus Sunnah adalah sebaliknya iaitu merayakan hari tersebut dengan membuat kenduri dengan beraneka makanan dan kuih.

Apa yang diperbuat oleh kedua golongan tersebut sama sekali tidak bersumber dari ajaran Islam .

Di antara perbuatan bid’ah ialah peringatan maulid Nabi, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan awal tahun Hijrah.

Kota-kota besar sekarang ini hampir tidak bergerak pada hari minggu (hari Ahad) , kerana tempat-tempat pekerjaan semua bercuti. Sebaliknya pada hari Jumaat tidak ada kesempatan bagi seorang buruh untuk berhias, bersenang-senang atau beristirehat. Kini kita dapati kemenangan tradisi Eropah , (yang sebenarnya tradisi Kristian) ke atas tradisi Islam.

Bid’ah dan Syirik
Penulis: Dr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali.

Penterjemah : Jasmin Enterprise
Penerbit : Jasmin Enterprise, P.O. Box No 12649 , 50786 Kuala Lumpur

Tebal : 276 ms
Harga: RM15.00
ISBN 983-2087-20-1

Monday, November 27, 2006

Gamitan Tanah Suci..

Hati saya bukan setakat digamit-gamit untuk mengunjungi Baitul Atiq, bahkan bagai dicuit-cuit untuk ke sana. Dan sejak awal tahun lagi ketika saya ke Tabung Haji cawangan Rembau, saya merayu pegawai bertugas, 'naikkan' nama saya bagi musim haji tahun ini. "Saya hendak ke sana tahun ini walau apa carapun..."tegas saya.

Suatu hari (kira-kira bulan 3), saya terbaca satu kisah tentang catatan seorang jemaah haji Malaysia yang telah ke sana. Jemaah lelaki tadi berumur awal 50an, pergi bersendirian tanpa ditemani anak isteri atau saudara mara yang lain. Dijadikan cerita, si fulan telah diserang demam yang agak teruk dan merasa agak kepayahan untuk beberapa ketika. Masa itulah beliau begitu berharap agar keluarganya ada bersama-samanya. Sambil menangis beliau berpesan, kalau ke Mekah, pergilah bersama-sama keluarga, sementelah kita berada jauh dari tanah air. Beliau masih bernasib baik kerana dalam kumpulannya ada sebuah keluarga yang mengambil berat tentang kesihatannya.

Saya tidak dapat menahan rasa sebak hingga berjujuhan titis-titis jernih daripada tubir mata..kerana, saya akan bersendirian ke sana nanti..kalau dia lelakipun boleh kepayahan, dan menangis begitu, mengapa tidak saya. Apa kuatnya saya..

"Ya Allah. Terimalah aku sebagai tamu-Mu musim ini walau apapun terjadi..." itulah secebis doa saya ke hadrat Illahi penuh luhur. Ada banyak kisah yang akan saya kongsikan dengan-Nya nanti di sana..(walaupun Dia sentiasa mengetahui).

Alhamdulillah petugas Tabung Haji agak sporting. Katanya, nanti semasa berkursus, saya carilah seseorang yang boleh dijadikan muhrim atau teman. Dan, semasa berkursus, saya berjumpa 2 rakan yang masih solo. Syukur. Kami telah berpakat beberapa perkara semasa di sana nanti. Sahabat saya itu siap membuat grup dan memasukkan nama saya ke dalam grupnya.

Hendak dijadikan cerita lagi, nama saya terpilih untuk ke Tanah Suci manakala nama kedua-dua sahabat saya masih dalam senarai menunggu. Ya Tuhan, saya tidak berputus asa. Saya hendak juga menjejakkan kaki saya ke sana tahun ini...

Cuti sekolah akhir tahun. Rabu. Kami sekeluarga kecuali anak pertama dan kedua (sedang exam semester dan SPM ) pulang ke Kota Bharu. Saya ingin mendapatkan restu daripada bonda saya. Kakak sulung saya bertanya, bila tarikh saya berlepas. Saya beritahu 14 Disember. Katanya emak saudara saya pun akan ke sana pada tarikh yang sama. Saya pun menelefon emak saudara saya, subhanallah, kami ditempatkan di KT yang sama - KT 64! Emak saudara saya juga bersendirian dan anak perempuannya akan menjadi pengiring (ustazah). Tambah memudahkan urusan, Maksu Jah telah mengambil perkhidmatan seorang jurupandu. Beliau akan membawa kami ke tempat-tempat yang perlu kami pergi, termasuklah program ziarah dan membayarkan dam untuk kami (saya minta dimasukkan nama saya juga). Maha Suci Allah, betapa murahnya Rahmat-Mu ka atas hamba-Mu yang banyak berdosa ini..

Semasa di sekolah, saya ada meminta pelajar sekolah kami membuat sedikit tahlil mendoakan keselamatan saya pergi dan balik, dapat menunaikan ibadah haji sesempurna mungkin. Terima kasih kepada Amirul Aiman dan semua yang telah berdoa untuk saya, jazakumullu khairan kathira!

Semasa kami pulang ke kampung pun abang ipar ada meminta jemaah masjid Pasir Pekan membuat tahlil untuk saya. Sebenarnya tahlil tahlil ni sudah lama tidak diadakan di masjid tersebut. Cuma, setelah tampuk imam bertukar ganti barulah tahlil dll acara keagamaan berjalan semula. Bidaah kata diorang. Memanglah Rasulullah tidak buat pada zamannya. Tetapi tidak bolehkah kita umat Islam berdoa untuk kesejahteraan sesama umat Islam? Buat beramai-ramai dalam suasana yang aman (kami tidak menjerit-jeritpun dalam tahlil kami).

Nampaknya isu 'Wahabi vs Sunni' masih belum selesai di kampung saya. Pada hari raya keempat dahulu, keluarga kami ada membuat kenduri aqiqah dan tumbang seekor lembu (saiz XXL). Jemaah 'Wahabi' pun kami undang sama. Sampai hati mereka tidak datang ke majlis kami kerana kata mereka kami mengamalkan bidaah. Masya Allah. Nak berkelahipun tak baik tolak rezeki. Kami teringatkan pelajar pondok itu yang datang dari jauh, nak belajar. Apa salahnya kami menjamu mereka. Dahulu pun, semasa kakak saya naik rumah baru, kakak saya menjemput semua pelajar pondok, namun, mereka tidak datang..jenuhlah tuan rumah membungkus lauk pauk untuk dibahagi-bahagikan kerana banyak tidak habis.

Nampaknya mereka begitu marah kepada keluarga kami, sehingga ada yang berkata (sungguh ke bergurau ke), "darah abang ipar saya tu halal kerana membawa bidaah!" Astaghfirullah.. Tidak takutkah bencana yang terjadi di Selatan Thailand dan Iraq akan datang ke negara kita sama? Di sana puak Islam telah berpecah-pecah seperti di kampung sayalah (walaupun dalam degree yang berbeza).

Kekalutan itu telah membawa saya ke kedai buku dan berusaha mencari uraian kepada kekusutan ini. Saya telah membeli beberapa buah buku, salah satunya ialah Hadis 40 menjelang akhir zaman dan sebuah lagi "Fiqh Ikhtilaf- perbezaan pendapat Gerakan Islam Yang dibenarkan dan dilarang" oleh Dr. Yusuf Qardhawi.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Al Hakim;
"Orang-orang Yahudi berpecah belah menjadi 71 atau 72 golongan, orang-orang Nasrani berpecah belah menjadi 71 atau 72 golongan, sedangkan orang Islam berpecah belah menjadi 73 golongan" bahkan ada perawi yang menyambung hadis di atas (dalam buku 40 hadis akhir zaman) hanya satu saja yang masuk syurga iaitu ahli sunnah wal jamaah, lain-lain masuk ke neraka.

Saya ringkaskan berdasarkan buku Fiqh Ikhtilaf tadi, pendapat Al-Allamah Ibn Wazir menganggap hadis ini lemah, boleh membawa pertelingkahan dan saling menkafirkan antara umat Islam. Hadis ini juga membawa banyak kemusykilan, iaitu orang Islam lebih banyak berpecah berbanding orang Yahudi dan Nasrani. Ibn Wazir berkata dari Ibn Hazm: "Ini adalah hadis palsu"

Hadis di atas tidak terdapat dalam kitab As-Sahihain, sedangkan masalahnya sangat penting, jadi hadis tersebut tidak termasuk hadis sahih (Bukhari dan Muslim)

Kenyataan di atas hanya ringkasan. Untuk menulisnya di sini terlalu banyak, rujuk buku tersebut hal. 41.

Bukankah umat Islam semua bersaudara. Mana boleh kita merasakan diri kita lebih mulia berbanding orang lain, apa tah lagi merasakan kita saja yang betul dan layak masuk syurga dan orang lain salah dan masuk neraka (astaghfirullah), dan orang lain pun akan berkata begitu kepada kita pula. (Last2 semua kapir la; nauzubillah). Kalau kita sayang sesama umat Islam sepatutnya kita saling menasihati dan merendah hati.

Sedangkan Rasulullah saw menghormati orang Yahudi yang buta, yang tua, yang sentiasa mencaci baginda. Kita ini hanya kerana perkara furu' pun sudah berkelahi dan berpecah belah. Berkelahi sesama Islam, musuh Islam ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan kita..

Saya sangat mengharap agar pemergian saya ke Tanah Suci dapat mendapat hidayah Allah, ditunjukkan jalan yang benar dan lurus. Ditambah ilmu akhirat dan ilmu dunia.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan pemergian saya. Juga doakan saya sihat kerana saya tidak mengambil dua suntikan tambahan kerana tidak mahu mengambil risiko alahan vaksin (atas nasihat doktor juga). Jadi saya dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan daripada diserang selsema yang teruk. Memang agak sukar kerana suasana di sana berdebu, malam yang sejuk melampau dll yang pada normalnya 'tidak sesuai dengan saya'. Dengan pertolongan Allah saya harap saya dapat menjalankah segala tuntutan dengan sempurna. Doakan
saya dapat serahkan jiwa dan raga saya sepenuhnya kepada Sang Pencipta dan bertawakkal sepenuhnya kepada-Nya.

Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi panduan, nasihat yang sangat berguna kepada saya. Semasa saya pulang ke kampung dua hari lepas, banyak jugalah saudara mara yang datang menziarah.

Hingga ketemu lagi, alhamdulillah.


pertelingkahan antara umat Islam

"Ya Tuhan, jika apa yang kami lakukan ini tidak benar di sisi-Mu, maka tunjukkanlah kami jalan yang benar. Tidak ada jalan yang benar lurus kecuali jalan yang Engkau tunjuki. Tunjukkanlah Kami jalan yang benar, sebagaimana jalan yang Engkau unjurkan kepada Rasul-rasul-Mu, Anbiya, syuhada'. Amin.."
(Ya Allah, lebih baik aku menjadi sehelai rumput yang hina dipijak-pijak daripada menjadi manusia yang mengikut jalan yang salah..)

Sunday, November 19, 2006

musibah

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala' bencana yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. - Al Hadid ayat 22.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri - Al Hadid 23

tawakkal (ayat seribu dinar)

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (At talaaq, 2)

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya sesuatu. -(At talaaq, 3)
Mahkamah Tinggi: ‘Dia mati baru senang hidup aku’

Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: “Ketika tidur di lokap, arwah emak saya (Rohayu Wan Chik), datang dalam mimpi. Saya tidak ingat bila, tapi dalam masa dua tiga hari ditahan di lokap itu. Dalam mimpi, mak (suruh) cakap cerita perkara betul kalau sayangkan emak dengan abah. Selepas itu saya tersedar,” kata saksi pendakwaan keempat (SP4) yang menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.



“Apabila tersedar saya menangis dan kemudian sambung tidur semula. Esok paginya, saya jumpa ASP (Asisten Superintendan) Omar Hasan dan ceritakan semua perkara sebenar (iaitu) adik Syakir dipukul dan ditendang emak (Salina) saya,” katanya.

Menurut SP4, Omar yang juga pegawai penyiasat kes itu terkejut dan berkata kes itu sudah berlaku lama, mengapa dia baru menceritakannya.

“Saya jawab saya takut kepada emak (Salina) saya. Selepas itu saya dimasukkan semula ke lokap sebelum dihantar ke Pusat Perkembangan Kemahiran, Serendah oleh ASP Omar, beberapa hari kemudian.

“Dia (Omar) cakap rumah saya sudah roboh dan tiada tempat duduk lain, sebab itu dia hantar saya ke pusat itu selama dua bulan. Di situ saya belajar kemahiran kimpalan,” kata SP4.

SP4 berkata, dia tidak dipengaruhi sesiapa untuk menceritakan kepada Omar perkara sebenar iaitu ibunya yang membunuh adik tirinya, Syakir dengan memukul dan menendang mangsa di perut.

Saksi itu berkata demikian ketika memberi keterangan terhadap suri rumah, Salina Abdul Shukor, 27, yang juga ibu tirinya, yang didakwa membunuh anak kandungnya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.

Salina diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail dalam perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.



SALIM: Kamu kata nampak adik Syakir sedang nazak ketika masuk ke rumah pada 7 April 2004. Boleh jelaskan bagaimana keadaannya? Adik Syakir boleh berjalan?

SP4: Boleh jalan sikit-sikit tapi kakinya patah tiga atau empat kali. Sebelum 4 April 2004, dia boleh jalan seperti biasa. Kakinya patah kerana emak pukul. Saya tahu kerana emak pukul depan mata saya. Saya tahu kaki Syakir patah kerana bila berdiri dia ‘gantung’ sebelah kakinya dan bila saya pegang dia menangis.

Sementara itu, ketika disoal balas Hazlan, SP4 menafikan dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya (Abang Talib) kerana marahkan ibu tirinya.

Sebaliknya, menurut saksi dia gembira apabila bapanya berkahwin dengan ibu tirinya itu, memandangkan ketika itu dia baru berusia 10 tahun.

Selain SP4, seorang pekerja restoran, Nor Afifah Bahran, 20, memberitahu mahkamah dia menemani rakannya, Nor Azliza Abu Hassan, 20, yang juga kakak angkat Syakir ke rumah mangsa pada hari kejadian kerana wanita itu mahu membawa adik angkatnya yang sakit ke klinik.

Bagaimanapun, katanya, ketika tiba di rumah mangsa, ibunya (tertuduh) yang dikenali sebagai ‘Ina’ menghalang mereka masuk ke rumah dan membawa mangsa ke klinik.

“Ketika itu Ina berdiri depan depan pintu rumah dan kedua-dua tangannya menghalang pintu. Azliza cakap pada Ina dia hendak bawa Syakir ke klinik. Kemudian Ina dengan kasar kata `biarlah dia (Syakir) mati, baru senang hidup aku’,” katanya yang turut memberitahu mahkamah dia dapat melihat Syakir yang memakai baju putih dan seluar merah terbaring dalam rumah ketika itu.

Selamat tinggal Syakir, tamatlah sudah penderitaanmu. Hidupmu di dunia yang fana ini hanya untuk menanggung derita. Tapi Allah Maha Pengasih. Semoga berbahagia di alam sana.
Kepada SP4 (abang Syakir), semoga kamu tabah menempuh kehidupan yang begitu mencabar. Membaca kisah kamu dan Syakir membuatkan saya begitu hiba. Semoga ada sesiapa yang dapat membantu kehidupan mereka sekeluarga, membantu SP4 hingga tamat belajar dan menjadi insan cemerlang. Kepada keluarga angkat yang telah membantu SP4 selama ini, hanya Allah jugalah dapat membalas budi baik kalian, begitu besarnya kebajikan yang telah kalian lakukan. Teruskan usaha membantu anak yatim ini.)

Sebaik-baiknya adik beradik mangsa (juga kes-kes yang seumpama ini) diberi sesi fisioterapi supaya mereka dapat melupakan trauma dalam hidup mereka. Melihat ibu memukul, menendang adik, atau diri sendiri kena pukul sampai patah-patah, itu sudah perkara luar biasa yang tidak sepatutnya dialami pada usia yang sebegitu muda.

Kepada ibu bapa, seteruk manapun kita bekerja mencari rezeki, anak adalah tanggungjawab utama kita. Cukupkan keperluan rumah tangga sebelum mendirikan masjid (sebaik2nya) supaya rumah tangga yang dibina aman damai, bahagia berkekalan, anak isteri tidak menjadi mangsa.

Juga kepada anak-anak gadis, beringatlah, perkahwinan adalah suatu perjudian, sama ada anda menang atau anda akan tewas tanpa anda duga. Jangan ingat perkahwinan itu pasti menyelesaikan segala masalah, bahkan mungkin memcatat satu bab duka yang baru pula...

ps; saya rasa si Salina ni kena meroyan, suami asyik tidak ada di rumah (cari rezeki), bela anak2 tiri, tidak ada pendapatan tetap, dan melahirkan anak kecil. Mana ada ibu yang sanggup berbuat kekasaran sebegitu sehingga menyebabkan kematian si kecil yang tidak tahu apa-apa itu.

Pawang mahu santau Bush

TERUS MEMBANTAH: Aktivis Indonesia menyertai tunjuk perasaan
anti-Bush di Jakarta, semalam. Tunjuk perasaan turut
diadakan di bandar Surabaya, Yogyakarta, Bandarlampung
dan Mataram, serta di pusat peranginan Bali.

Ki Gendeng jadi buah mulut apabila bersumpah akan sihir Presiden AS

BOGOR: Jika ada orang yang dikatakan dapat meraih keuntungan dari lawatan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush ke kota ini esok, beliau ialah Pawang Ki Gendeng Pamungkas.

Tindakan dukun ini paling menarik dari kalangan banyak pihak termasuk sejumlah besar pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan bantahan di seluruh negara sejak dua minggu lalu membantah lawatan Bush ke Indonesia selama 10-jam.

Ki Gendeng menjadi buah mulut penduduk kota ini selepas beliau bersumpah dan menyatakan akan mengenakan santau ke atas Bush di Medan Kujang.

Perbuatannya itu mendapat liputan utama akhbar tempatan yang menyertakan gambar beliau sedang melakukan jampi serapah.

Dukun itu yang mendakwa menggunakan gabungan darah kambing, ular dan gagak berkata beliau melakukan sumpahan itu bukan kerana beliau tidak sukakan rakyat Amerika tetapi bencikan Bush.

Mengulas secara on-line tindakan Ki Gendeng, ramai orang berpendapat ia tidak lebih daripada satu pertunjukan menghiburkan sementara yang lain berkata ia menjatuhkan imej negara.

Seorang daripada mereka secara berjenaka berkata, jika sumpahan itu terbukti mendatangkan kesan ke atas Bush dan rombongannya, yang dikata akan kerasukan ketika memasuki Istana Bogor untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, maka Ki Gendeng akan ketawa besar menuju ke bank.

Beliau akan jadi rebutan di seantero dunia dan akan diambil bertugas oleh CIA (Agensi Perisikan Pusat) AS atau Arab untuk menghapuskan musuh masing-masing.

Tetapi jika beliau gagal, Indonesia akan jadi bahan ketawa dunia, kata seorang pengulas.

Seorang penganalisis sosial, Salleh Dani memberitahu Bernama beliau sedih membaca berita mengenai demonstrasi membantah Bush, bukan kerana beliau pro-Bush atau lawatan itu sendiri, tetapi ia membuktikan betapa mudahnya pihak tertentu mengalihkan perhatian warga Indonesia hingga sanggup meninggalkan kerja dan kehilangan punca rezeki.

Sementara itu, bantahan anti-Amerika semakin memuncak semalam menjelang lawatan Bush ke negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia itu. – Bernama/AP

Memang dah lama terfikir akan perkara ini..harap menjadi.. (tapi saya tak syubhat pada penggunaan ilmu hitam - syirik..)
Dasar Rumsfeld ibarat ‘senjata makan tuan’


Oleh Nurul Adlina Kamaludin


Bekas Setiausaha Pertahanan AS hadapi dakwaan jenayah perang

DIA memiliki deretan pingat dan penghargaan yang hebat – daripada anugerah sebagai rakyat awam terbaik atau ‘Presidential Medal of Freedom’ serta mencatat sejarah memegang jawatan penting kerajaan sebanyak dua kali dalam pentadbiran berbeza.

Catatan profilnya juga cemerlang – jutawan, bekas juruterbang tentera laut, peninju universiti dan tentera, ahli politik, pemimpin kerajaan, duta serta pencapaian membanggakan dalam sektor swasta.

Namun, siapa sangka, sehebat mana pun latar belakangnya, dia akhirnya tersungkur kerana tumbukan lawan bukan dalam negara, tetapi nun di Iraq dan Afghanistan.

Inilah nasib bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Donald Rumsfeld, 74, yang meletakkan jawatan minggu lalu selepas berkhidmat dengan pentadbiran Presiden George W Bush pada 2001. Berita pengundurannya disambut banyak senyuman daripada tangisan, diumumkan Bush, serentak dengan kekalahan Parti Republikan pimpinan Bush dalam pilihan raya Kongres.

Pilihan raya yang tidak hanya memilih barisan Senator dan anggota Dewan Perwakilan, tetapi menjadi kata putus rakyat Amerika terhadap dasar Rumah Putih, termasuk kempen ketenteraannya di luar negara yang lebih banyak gagal daripada berjaya.

Dasar yang akhirnya menjerut leher Rumsfeld yang tidak hanya menjadi pemimpin Jabatan Pertahanan atau Pentagon, tetapi arkitek kempen tentera di Iraq dan Afghanistan. Hakikatnya, Rumsfeld yang menjadi Setiausaha Pertahanan paling muda pada usia 43 tahun dan tertua dalam sejarah Amerika, pertamanya ketika era pentadbiran Presiden Gerald Ford antara 1975 sehingga 1977 dan kemudian Bush, sudah dua kali menyuarakan hasrat mahu berundur.

Ia selepas pentadbiran Bush dipalit skandal memalukan membabitkan kes penderaan tahanan di penjara Abu Ghraib, Iraq pada 2004. Namun, ketika itu, hasrat Rumsfeld ditolak Bush yang masih yakin dan percaya dengan kebolehan orang kanannya itu.

Namun, Bush yang kecewa dengan keputusan pemilihan Dewan Perwakilan terpaksa akur yang Rumsfeld perlu dilepaskan kerana menjadi antara punca kekalahan mengaibkan itu. Malah, jika dibiarkan, Rumsfeld hanya menjadi bebanan yang mengundang kecaman terhadap pentadbiran Bush yang sudah pun goyah.

Rumsfeld ibarat cermin kegagalan Bush dan itu saja cara memastikannya lenyap daripada pandangan.

Tetapi, silaplah jika ada pihak yang cuba mengaitkan Rumsfeld sebagai ‘kambing hitam’ atau mangsa yang dipertanggungjawabkan dalam krisis kepemimpinan Bush. Rumsfeld, seperti laporan media Amerika, bukanlah jenis itu kerana sikapnya sendiri yang lebih suka memanipulasi daripada diperalatkan.

Ditambah pula dengan identiti dirinya sebagai bermulut celupar, kasar, pemimpin yang keanak-anakan apabila mengajuk soalan wartawan pada sidang media, enggan beralah, keras kepala serta angkuh.

Tidak hairanlah pelbagai jolokan nama diberikan kepadanya termasuk ‘Rummy’ selain jenaka sinis mengenai petikan yang pernah dibuat Rumsfeld.

James Mann, wartawan veteran Amerika dan penulis kanan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Amerika dalam bukunya Rise of The Vulcans mengenai tujuh anggota Kabinet ‘Perang’ Bush menyifatkan stail pentadbiran Rumsfeld jenis ‘kawalan jauh’ yang memerlukan terlalu ramai pembantu berbanding pemimpin lain. Jeneral tentera yang sepatutnya menjadi penasihat, tidak ubah seperti hambanya. Bekas Setiausaha Negara, Henry Kissinger juga pernah menggelar Rumsfeld ‘lelaki paling kejam’ pernah dikenalinya.

April lalu, dalam kejadian yang jarang berlaku, sekumpulan jeneral bersara tentera membuat kecaman terbuka terhadap Rumsfeld kerana dasar pertahanannya yang keras termasuk tidak mempedulikan nasihat pegawai tentera selain mentadbir Pentagon secara kuku besi.

Tarikh keramat 8 November lalu, segala kecaman jeneral itu dan doa mangsa di Iraq khususnya, terlaksana apabila berita pengunduran Rumsfeld diumumkan menyusuli pengunduran bekas anggota Kabinet Perang Bush, Colin Powell.

Namun, bukan kerana mulutnya yang celupar atau pendirian kerasnya yang menjadikan Rumsfeld sejarah. Tetapi ‘dosa’ atau kegagalan yang menjadikannya Setiausaha Pertahanan Amerika yang paling kontroversi dan dibenci. Dia dibenci kerana dasar kejamnya di Afghanistan dan Iraq – dua negara menjadi sasaran kempen anti pengganas Amerika selepas kejadian 11 September, 2001 yang penuh teka-teki hingga kini.

Dosa pertamanya di Afghanistan apabila mengetuai tentera pakatan menceroboh bumi Afghanistan bagi menyingkirkan kerajaan Islam Taliban dan memburu Osama Laden. Dasarnya berjaya apabila Taliban digulingkan, tetapi ia terbukti bukan jaminan bumi Afghanistan dapat dijinakkan. Kehadiran tentera asing itu terbukti hanya mengkucar kacirkan keadaan sehingga kini biarpun kerajaan baru boneka Washington sudah pun berkuasa.

Disebabkan terlalu yakin dengan kejayaan menggulingkan Taliban di Afghanistan, mendorong Rumsfeld melakukan dosa atau kesilapan terbesarnya di Iraq, menerusi pencerobohan tentera Amerika pada Mac 2003. Alasannya menggulingkan kerajaan bekas Presiden Saddam Hussein yang memiliki senjata pemusnah. Malangnya, sehingga kini senjata dimaksudkannya tidak ditemui. Rumsfeld dalam jawapan pada sidang media dengan selambanya berkata: “Kami tahu senjata itu berada di kawasan sekitar Tikrit dan Baghdad, di timur, barat, selatan, utara dan mana-mana pun.” Bukan setakat senjata pemusnah tidak ditemui, sebaliknya dasar Amerika di Iraq yang benar-benar didapati gagal. Realitinya hampir 3,000 askar Amerika dan lebih 150,000 orang awam Iraq mati, manakala beribu-ribu lain cedera. Kos kempen ketenteraan itu mencecah berbilion-bilion dolar hanya menyusutkan lagi kekayaan Amerika.

Kegagalan lain Rumsfeld di Iraq didedahkan wartawan veteran Amerika, Seymour Hersh, mengenai skandal penderaan melampau tentera Amerika ke atas tahanan penjara Abu Ghraib. Taktik soal siasat kejam seperti tahanan disuruh melakukan piramid manusia secara berbogel, menggunakan anjing bagi mengugut tahanan beragama Islam, dikurung dalam bilik gelap selama 30 hari dan soal siasat sehingga 20 jam adalah antara teknik diluluskan Rumsfeld bukan saja di Abu Ghraib, tetapi di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Taktik kejam mencabuli Konvensyen Geneva itu disambut kecaman dunia dan kini menjadi antara alasan sekumpulan peguam antarabangsa, termasuk dari Amerika, memfailkan dakwaan jenayah perang ke atas Rumsfeld di Jerman pada 14 November lalu.

Kes ini sudah pasti diikuti rapat masyarakat dunia, termasuk kalangan Eropah yang turut membenci Rumsfeld kerana pernah menggelar Perancis dan Jerman sebagai ‘Eropah Lama’ kerana mengecam tindakan Amerika di Iraq.

Kegagalan lain adalah hasrat Rumsfeld yang mahu merubah Pentagon dan menjadikan tentera Amerika sebagai pasukan disegani tanpa meneliti apakah masalah sebenar menyelubungi pasukan itu. Cita-citanya mahu mewujudkan pasukan tentera hebat dengan kelengkapan canggih, masih belum nampak hasilnya. Apa yang ketara, aspek moral menjadi asas pasukan tentera lebih-lebih lagi ketika berperang di medan tempur, tidak dipedulikan Rumsfeld. Akibatnya, wujudlah askar rapuh bermoral rendah dengan kebanyakannya anggota simpanan, kurang pengalaman dihantar berkhidmat di Iraq.

Kini, Rumsfeld tinggal sejarah. Pengundurannya bukan secara terhormat, tetapi mangsa ‘senjata makan tuan’ atau jerat yang ditebarkan sendiri menerusi dasarnya.

Lebih mengaibkan, biar sehebat mana pun profil dirinya, Rumsfeld akan dikenang sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika yang gagal dan dalang kempen serangan di Iraq, Afghanistan serta memerangi keganasan di seluruh dunia.

Pengundurannya tidak mungkin dapat menghilangkan lumuran darah pada tangannya. Darah anak kecil, wanita, warga tua serta kalangan askar Amerika sendiri yang maut akibat dasarnya yang kejam. Biarpun kelibatnya hilang, tetapi mata dunia pasti terus mengekori Rumsfeld bagi melihat apakah kesudahan nasibnya, dasarnya serta masa depan dua rakan baiknya, Bush serta Naib Presiden Dick Cheney, selepas ini.

Padan muka! Seluruh umat Islam mengutuk kekejaman yang kamu lakukan! Sekarang, siapa yang paling berkuasa?
Tak setuju dedah agama

JAKARTA: Cendikiawan Islam mengutuk persetujuan antara Dewan Perwakilan dan kerajaan untuk menyenaraikan agama dalam kad pengenalan sambil menyifatkan ia sebagai halangan kepada kempen menggalakkan masyarakat majmuk.





Budhy Munawar Rachman dari Universiti Paramadhina dan paderi Katholik Benny Susetyo dari Majlis Bishop Indonesia bersetuju bahawa maklumat agama dalam kad pengenalan adalah asas kepada pelanggaran hak kemanusiaan.

“Setiap kerajaan perlu memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memeluk atau menolak sebarang agama,” kata Budhy kepada The Jakarta Post.

Budhy berkata, persetujuan berkenaan boleh membawa kepada penyalahgunaan agama bagi tujuan politik.

“Ahli politik menyedari bahawa agama adalah perkara penting yang memperkenalkan seseorang dan mereka memainkan kad agama untuk mendapatkan sebanyak mungkin sokongan, seperti tindakan mereka menggunakan syariah untuk meraih sokongan,” katanya. – Agensi

Ya Allah, selamatkan umat Islam seluruh dunia daripada gejala Islam liberalisme, kemurtadan..
Penderitaan Ariel Sharon berterusan
Oleh Shamsiah Sanin


PADA 3 November lalu, bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, 78, kembali dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Sheba, selepas dikesan mengalami jangkitan baru di bahagian jantungnya.





Selepas tiga hari dia dikeluarkan dari unit itu dan ditempatkan semula di unit pemulihan pernafasan di hospital itu. Ia bagaimanapun bukanlah kali pertama bekas pemimpin Israel ‘keluar masuk’ unit rawatan rapi dan bilik pembedahan untuk menerima rawatan. Ogos lalu, Sharon dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas dikesan mengalami neumonia dan ditempatkan di situ selama dua minggu.

Sejak koma akibat diserang angin ahmar pada 4 Januari lalu, bekas pemimpin Israel yang terkenal dengan kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan itu sudah menjalani pelbagai pembedahan besar di bahagian otak serta bahagian lain tubuhnya.

Bagaimanapun, tidak banyak perubahan positif berlaku. Kini sepanjang masa, dia hanya terlantar, tidak sedarkan diri, tidak mampu langsung untuk menggerakkan badan malah tidak berupaya walau untuk sekadar menggerakkan mata. Dia juga tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Malangnya pada masa sama maut masih belum mahu mengakhiri riwayatnya dan Sharon terpaksa melalui hari dengan penuh kesengsaraan dan kesakitan.

Jun lalu, sebuah majalah di Jeddah melaporkan sekumpulan doktor terpaksa mengusung Sharon ke bilik pembedahan selepas luka dialaminya menjadi busuk dan mengakibatkan jangkitan teruk.

Pembedahan itu adalah untuk memotong dan menyambung semula ususnya yang busuk dan mengelak jangkitan itu merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Demikianlah nasib seorang bekas pemimpin yang ketika sihat begitu angkuh, kejam, tidak berperikemanusiaan dan terkenal dengan pelbagai tindakan kejam di luar jangkauan pemikiran manusia waras. Ketika itu dia seperti terlupa akan putaran hidup insan yang tidak selamanya berada dalam keadaan sihat dan mampu melakukan apa saja.

Umat Islam terutama rakyat Palestin sama sekali tidak melupakan bagaimana pemimpin kejam itu menyebabkan mereka kehilangan tanah kelahiran, tempat tinggal dan anggota keluarga tercinta.

Dia memulakan kerjayanya di bidang ketenteraan dengan menyertai unit komando utama Israel, Haganah yang bertanggungjawab melakukan keganasan dan kekejaman sehingga memaksa penduduk Palestin melarikan diri dari tempat tinggal mereka.

Pada 1953, dia mengasaskan Unit 101 yang melancarkan serangan terhadap kawasan pelarian dan perkampungan Palestin. Pada tahun sama dia menyerang Kampung Qibya di Jordan dan mengarahkan anggotanya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap sebelum melontarkan bom tangan, menyebabkan 69 orang awam terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Pada 1971, dalam usahanya menawan Gaza, Sharon mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, memenjarakan dan menyeksa beratus-ratus penduduk Palestin.

Pada 1977, dia dilantik sebagai menteri pertanian selepas menyertai Parti Likud dipimpin Menahem Begin bertanggungjawab mewujudkan penempatan haram Yahudi di Palestin. Pada masa sama dia juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan pelampau Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Kekejamannya semakin ketara selepas dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Pada awal 1982. Dia merancang melakukan pencerobohan terhadap Lubnan menerusi dasar ‘Keamanan untuk Galilee’ dengan menempatkan ribuan tentera di sempadan supaya dapat menceroboh Lubnan.

Dalam serangan dari udara dan darat, sebahagian Lubnan musnah manakala 14,000 orang awam terbunuh.

Pada 12 Ogos tahun sama, tentera Zionis sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lubnan menyebabkan 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin terbunuh. Kejadian ini dikenali sebagai ‘Black Thursday’. Sebulan kemudian dia mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin dari bandar raya itu.

Sharon juga yang mengarahkan serangan ke atas kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila yang berlaku pada 18 September 1982, menyebabkan kira-kira 1,500 orang terbunuh. Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan angka korban lebih daripada 3,000 orang. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh.

Inilah kekejaman paling dahsyat pernah dilakukan Sharon dan dosa besarnya tidak akan sedikit pun dilupakan umat Islam.

Namun begitulah hakikat putaran hidup manusia yang gemar menumpahkan darah ini. Saluran ke otak yang tersumbat menyebabkan seluruh sistem tubuhnya rosak dan dia lumpuh seluruh badan, tidak lagi dapat berbuat apa-apa.

Tuhan memperlihatkan kekuasaannya untuk menjadi teladan manusia lain apabila jasad Sharon mula membusuk satu demi satu sedangkan dia masih hidup. Kini hanya masa menentukan bila riwayat Sharon berakhir.

Jelas seperti apa dinyatakan dalam al-Quran surah Fusilat ayat 53, Allah berfirman yang maksudnya: “Kami akan memperlihatkan mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”

Allah Maha Adil, tunggu nasib pemimpin-pemimpin lain pula

Saturday, November 18, 2006

Harga minyak terendah hampir setahun


NEW YORK 17 Nov. – Harga minyak mentah di pasaran hadapan Amerika Syarikat jatuh lebih empat peratus pada 16 November untuk mencapai paras terendah dalam tempoh hampir setahun.

Harga minyak mentah hadapan sebelum ini telahpun jatuh terus bersama-sama gas asli hadapan yang mengalami jualan selepas terdapat peningkatan dalam simpanan gas asli dilaporkan oleh Pentadbiran maklumat Tenaga AS.

Dalam urusniaga laungan terbuka di New York Mercantile Exchange, harga minyak mentah bagi bulan Disember ditutup pada AS$56.26 (RM206.32) setong, jatuh AS$2.50, atau 4.3 peratus. Ia adalah penyelesaian urusniaga terendah sejak 18 November apabila harga ditutup pada AS$56.14. Komoditi itu diniagakan pada paras sehingga AS$56.15, paras terendah sejak harga mencecah paras AS$55.72 pada 30 November.

– Reuters

ps tengoklah harga barang-barang di pasaran nanti..
Saya tetap Islam: Azhar Mansor

KUALA LUMPUR: Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor (gambar), semalam melenyapkan spekulasi kononnya beliau murtad, apabila menegaskan dirinya masih seorang Melayu yang beragama Islam.





Azhar, 48, yang berjaya mengelilingi dunia secara solo pada 1999, mengisytiharkan demikian pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat di mana Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

Sehubungan itu, beliau yang dikaitkan dengan dakwaan upacara pembaptisan orang Islam di sebuah gereja di Perak baru-baru ini, berharap penjelasan itu menamatkan pelbagai desas-desus yang mempertikaikan akidahnya.

“Tanggungjawab saya, pegangan saya dan akidah saya adalah kepada Allah SWT dan jangan lagi dipersoal,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat Hal Ehwal Islam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman; Penasihat Agama Perlis, Datuk Mohd Jahya Hussin; dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan agung Umno semalam turut mengumumkan kehadiran Azhar ke majlis itu.

“Azhar Mansor datang ke perhimpunan ini untuk menyatakan bahawa dia masih seorang yang beragama Islam,” katanya.

Abdullah berkata, Azhar masih menganut Islam dan bukan bertukar kepada Kristian seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

“Kalau sebelum ini dia senyap saja, dia ambil masa ini, di tempat Umno bersidang di mana ahli media berkumpul untuk membuat kenyataan yang sah, yang betul dan muktamad bahawa beliau adalah seorang Islam.

“Saya harap tiada lagi isu ditimbulkan mengenai perkara ini. Kasihanlah dia. Membuat tuduhan yang bukan-bukan sebenarnya tidak baik. Kalau orang menuduh seseorang itu kafir sedangkan orang itu Islam, maka dosanya mungkin bala akan menimpa orang yang membuat tuduhan,” katanya.

Dalam sidang medianya, Azhar menjelaskan beliau anak Melayu yang dilahirkan sebagai seorang Islam dan keluarganya adalah Islam.

Azhar berkata, isu sama ada beliau Islam atau sebaliknya, tidak harus ditimbulkan kerana beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk keluar Islam, sama ada di dalam atau di luar negara.

Beliau berkata, dakwaan kononnya beliau keluar Islam bermula pada 1999 selepas menamatkan pelayaran solonya, yang disebarkan melalui Internet oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketika itu, katanya, beliau tidak menyangkal dakwaan itu sehingga namanya dikaitkan semula dalam isu murtad menerusi SMS, baru-baru ini.

“Saya cuma mahu menjalani hidup saya di Malaysia mengikut panduan hukum Syarak dan perundangan negara saya.

“Saya tak pernah buat salah, kalau nak tanya orang Islam ke tak Islam, tanya pada perogol tu lagi bagus. Saya buat kerja saya saja, tidak ganggu orang pun,” katanya.

Syukur Alhamdulillah, baru lega rasanya. Saya pun rasa bersalah dan berdosa kerana ada menyebarkan khabar angin ini. Itulah, lain kali kalau perkara yang melibatkan keimanan ni, baik isytihar cepat-cepat supaya tidak banyak fitnah akan dibuat. Kisah ini menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak terus menerima khabar angin yang diterima.

Tentang Datuk Azhar yang memakai seluar pendek, memakai rantai dll, itu antara dia dengan Tuhan. Kita, sebagai hamba-Nya juga, mana boleh nak hakimkan dia. Kita tahukah kita ini lebih baik daripada dia? Kita buat kerja dan kita rasakan kerja kita tu baik, adakah kita benar-benar ikhlas dan kerja kita itu diterima? Wallahu a'lam. Bukan dia seorang kan yang berpakaian begitu, banyak orang di sekeliling kita pun begitu..Adillah sikit..

Syukur sekali lagi ikon pujaan ramai ini masih terpelihara dan utuh akidahnya (walaupun sedih banyak anak muda kita yang telah murtad hanya kerana ingin hidup senang, dan tidak tahan dugaan..)

Tuesday, November 14, 2006

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK..










LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK..,

sekujur tubuh yang hina ini, terimalah menginjak bumi suci-Mu,
aku tidak punya apa-apa,
juga aku tidak punya tempat untuk kutuju kecuali bersujud 'di kaki-Mu'.
tidak ada yang indah dan agung kecuali kasih, rahmat, inayah-Mu..
oh Tuhan, terimalah aku walaupun hanya sebagai hamba-Mu yang paling lemah..

KT 64
14-15 Disember 2006

Kepada semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini, saya memohon berjuta-juta kemaafan jika terdapat barang salah dan silap saya. Jika terdapat 'hutang' dalam apa-apa bentuk sekalipun, saya akan cuba menghubungi anda (atau dengan rendah hati saya pohon, hubungilah saya, terima kasih).

Juga, doakanlah keselamatan, kesejahteraan saya pergi dan balik, juga orang-orang di sekeliling saya. Mintalah ke hadrat-Nya agar saya dapat menumpukan ibadah saya sesungguhnya semasa saya berada di sana dan setelah kembali nanti saya dapat mempertahankan apa-apa (yang positif)yang telah saya peroleh.

Kepada jemaah yang seangkatan dengan saya, doa saya semoga kita semua dapat melakukan segala tuntutan dan ibadah dengan sebaik-baik mungkin dan menerima kita sebagai hamba-Nya yang diredhai..insya Allah..Amin.
KEBESARAN ALLAH









SUBHANALLAH!
PINTU-PINTU MASUKNYA SYETAN

Hati manusia bagaikan benteng sedangkan syetan adalah musuh yang senantiasa mengintai untuk menguasai benteng tersebut. Kita tidak bisa menjaga benteng kalau tidak melindungi atau menjaga/menutup pintu-pintu masuknya syetan ke dalam hati.

Pintu tempat masuknya syetan adalah semua sifat kemanusiaan manusia yang tidak baik (sifat mazmumah).

1. Marah


Marah adalah kalahnya tentara akal oleh tentara syetan. Bila manusia marah maka syetan bisa mempermainkannya seperti anak-anak mempermainkan kelereng atau bola. Orang marah adalah orang yang sangat lemah di hadapan syetan.

2. Hasad

Manusia bila hasud dan tamak menginginkan sesuatu dari orang lain maka ia akan menjadi buta. Rasulullah bersabda:” Cintamu terhadap sesuatu bisa menjadikanmu buta dan tuli” Mata yang bisa mengenali pintu masuknya syetan akan menjadi buta bila ditutupi oleh sifat hasad dan ketamakan sehingga tidak melihat. Saat itulah syetan mendapatkan kesempatan untuk masuk ke hati manusia sehingga orang itu mengejar untuk menuruti syahwatnya walaupun jahat.

3. Perut kenyang

Rasa kenyang menguatkan syahwat yang menjadi senjata syetan. Dalam satu riwayat disebutkan bahwa Iblis pernah menampakkan diri di hadapan Nabi Yahya bin Zakariyya a.s. Beliau melihat pada syetan beberapa belenggu dan gantungan pemberat untuk segala sesuatu seraya bertanya. Wahai iblis belenggu dan pemberat apa ini? Syetan menjawab: Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menggoda anak cucu Adam.Yahya bertanya: Apa hubungannya pemberat ini dengan manusia ? Syetan menjawab: Bila kamu kenyang maka aku beri pemberat sehingga engkau enggan untuk sholat dan dzikir. Yahya bertanya lagi: Apa lainnya? Tidak ada! Jawab syetan. Kemudian Nabi Yahya berkata: Demi Allah aku tidak akan mengenyangkan perutku dengan makanan selamanya. Iblis berkata. Demi Allah saya tidak akan memberi nasehat pada orang muslim selamanya.
Kebanyakan makan mengakibatkan munculnya enam hal tercela:
· Menghilangkan rasa takut kepada Allah dari hatinya.
· Menghilangkan rasa kasih sayang kepada makhluk lain karena ia mengira bahwa semua
makhluk sama kenyangnya dengan dirinya.
· Mengganggu ketaatan kepada Allah
· Bila mendengarkan ucapan hikmah ia tidak mendapatkan kelembutan
· Bila ia bicara tentang ilmu maka pembicaraannya tidak bisa menembus hati manusia.
· Akan terkena banyak penyakit jasmani dan rohani

4. Cinta perhiasan dan perabotan rumah tangga

Bila syetan melihat hati orang yang sangat mencintai perhiasan dan perabotan rumah tangga maka iblis bertelur dan beranak dan menggodanya untuk terus berusaha melengkapi dan membaguskan semua perabotan rumahnya, menghiasi temboknya, langit-langitnya dst. Akibatnya umurnya habis disibukkan dengan perabotan rumah tangga dan melupakan dzikir kepada Allah.

5. Tergesa-gesa dan tidak melakukan receck

Rasulullah pernah bersabda: Tergesa-gesa termasuk perbuatan syetan dan hati-hati adalah dari Allah SWT. Allah berfirman: ”Manusia diciptakan tergesa-gesa” dalam ayat lain dditegaskan: “Sesungguhnya manusia itu sangat tergesa-gesa. Mengapa kita edilarang tergesa-gesa? Semua perbuatan harus dilakukan dengan pengetahuan dan penglihatan mata hati. Penglihatan hata hati membutuhkan perenungan dan ketenangan. Sedangkan tergesa-gesa menghalangi itu semua. Ketika manusia tergesa-gesa dalam melakukan kewajiban maka syetan menebarkan kejahatannya dalam diri manusia tanpa disadari.

6. Mencintai harta

Kecintaan terhadap uang dan semua bentuk harta akan menjadi alat hebat bagi syetan. Bila orang memiliki kecintaan kuat terhadap harta maka hatinya akan kosong. Kalau dia mendapatkan uang sebanyak satu juta di jalan maka akan muncul dari harta itu sepuluh syahwat dan setiap syahwat membutuhkan satu juta. Demikianlah orang yang punya harta akan merasa kurang dan menginginkan tambahan lebih banyak lagi.

7. Ta’assub bermadzhab dan meremehkan kelompok lain.

Orang yang ta’assub dan memiliki anggapan bahwa kelompok lain salah sangat berbahaya. Orang yang demikian akan banyak mencaci maki orang lain.
Meremehkan dan mencaci maki termasuk sifat binatang buas. Bila syetan menghiasi pada manusia bahwa taassub itu seakan-akan baik dan hak dalam diri orang itu maka ia semakin senang untuk menyalahkan orang lain dan menjelekkannya.

8. Kikir dan takut miskin.

Sifat kikir ini mencegah seseorang untuk memberikan infaq atau sedekah dan selalu menyeru untuk menumpuk harta kekayaan dan siksa yang pedih adalah janji orang yang menumpuk harta kekayaan tanpa memberikan haknya kepada fakir miskin. Khaitsamah bin Abdur Rahman pernah berkata: Sesungguhnya syaitan berkata: Anak cucu Adam tidak akan mengalahkanku dalama tiga hal perintahku: Aku perintahkan untuk mengambil harta dengan tanpa hak, menginfakkannya dengan tanpa hak dan menghalanginya dar hak kewajibannya (zakat).


9. Memikirkan Dzat Allah

Orang yang memikirkan dzat Allah tidak akan sampai kepada apa yang diinginkannya ia akan tersesat karena akal manusia tidak akan sampai kesana. Ketika memikirkan dzat Allah ia akan terpeleset pada kesyirikan.

10. Suudzon terhadap orang Islam ghibah.

Allah berfirman dalam Surat Al Hujuroot 12 sbb.:

Artinya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Rasulullah pernah bersabda: Jauhillah tempat-tempat yang bisa memunculkan prasangka buruk.

Kalau ada orang yang selalu suudzdzon dan selalu mencari cela orang lain maka sebenarnya ia adalah orang yang batinnya rusak. Orang mukmin senantiasa mencari maaf dan ampunan tetapi orang munafik selalu mencari cela orang lain.

(dipetik daripada web hajiumroh.com)

Saturday, November 11, 2006

Gagal stabilkan Iraq - Rumsfeld mengaku AS tiada pengalaman mengawal pemberontak

PENING...Donald Rumsfeld mengusap dahinya sebelum menyampaikan syarahan di Kansas State University di Manhattan, Kansas, kelmarin. – AFP.
--------------------------------------------------------------------------------



WASHINGTON 10 Nov. – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Donald Rumsfeld hari ini membuat pengakuan yang usaha negaranya untuk menstabilkan Iraq tidak berjalan dengan baik dan pihak tentera tidak sesuai bagi melaksanakan hasrat AS dalam memerangi keganasan puak pelampau. Dalam ucapan pertamanya sejak Presiden George W. Bush mengumumkan peletakan jawatan beliau kelmarin, Rumsfeld memberitahu para hadirin di Kansas bahawa Iraq sebuah negara yang demokratik dan aman adalah ‘harapan dan doa semua orang yang terlibat’.

“Adalah sangat jelas operasi tentera secara besar-besaran adalah sangat berjaya. Adalah jelas pada fasa kedua ini, ia tidak berjalan dengan cukup baik atau cukup cepat,” katanya.

Rumsfeld mengutarakan kekurangan AS di Iraq dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan kepada para pelajar dan askar di Kansas State University di Manhattan, Kansas, semalam.

Katanya, Iraq telah mencapai kemajuan yang ketara tetapi keganasan puak dan pembunuhan oleh pelampau Islam telah mewujudkan situasi yang lebih rumit.

“Dan secara jujurnya, negara kita tidak mempunyai pengalaman dalam mencuba untuk mengenakan kawalan dan hasrat kita ke atas pemberontak yang tidak mempunyai tentera, tidak mempunyai tentera laut, tidak mempunyai tentera udara dan beroperasi dalam bayang-bayang,” katanya.

Menurut Rumsfeld, presiden dan setiausaha pertahanan yang baru akan terus melakukan pelarasan di Iraq tetapi memberi amaran berurusan dengan pelampau Islam memerlukan kesabaran dan ketabahan sama seperti perjuangan menentang komunis ketika Perang Dingin.

Peletakan jawatan Rumsfeld secara mengejut dilakukan sehari selepas pilihan raya AS yang melucutkan penguasaan Republikan di Kongres, berpunca daripada kemarahan pengundi mengenai Iraq.

Ditanya mengenai gred yang beliau berikan untuk prestasi sebagai setiausaha pertahanan, Rumsfeld berkata: “Oh, saya akan membiarkan sejarah yang menentukannya”.

– AFP

Umat Islam seluruh dunia tidak akan memaafkan Rumsfeld, Bush dan konco-konconya. Semasa saya di sekolah rendah dahulu saya kenal Iraq kerana Taman Tergantung di Babylonnya (daripada subjek sejarah). Saya juga pernah bercita-cita ingin menjadi arkitek kerana keindahan dan keajaiban taman tersebut. (Tapi hasrat saya itu terbengkalai kerana saya tidak mengambil PS (tidak ditawarkan di sekolah saya) di peringkat SRP atau PMR. Negara Iraq, maruah, tamadun, kegemilangan, artistik Iraq musnah begitu sahaja. Kutuk Bush dan Rumsfeld!!!
6 jalani ujian DNA -- Termasuk bapa mangsa bagi bantu siasatan kes bunuh Altantuya
Oleh: RUHAIDINI ABD KADIR dan SOPI SAMAILE

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Sampel darah daripada enam orang diambil hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam Altantuya @ Aminah Abdullah, 28, model Mongolia yang dipercayai mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor lebih dua minggu lalu.

Antara mereka yang menjalani ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) itu ialah bapa mangsa, Shaariibuu Mash-Muj, 50-an, ibunya, Altantsetseg, 50-an, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, seorang anggota polis berpangkat cif inspektor, seorang lans koperal wanita dan seorang konstabel lelaki.

Sumber polis memberitahu Utusan Malaysia, sampel darah keluarga mangsa itu diambil untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang beberapa hari lalu.

Polis mahu memastikan cebisan mayat itu benar-benar adalah Altantuya.

“Siasatan kes pada waktu ini menjurus kepada kehilangan Altantuya dan tertumpu kepada cebisan daging, rambut dan tulang-tulang yang dikutip di Empangan Tasik Subang.

“Pada peringkat ini, polis mahu memastikan sama ada cebisan daging, rambut dan tulang-tulang itu adalah milik Altantuya. Sebab itu polis minta bapa mangsa datang dari Mongolia,” kata sumber itu ketika dihubungi sini hari ini.

Beliau menegaskan, pihak polis tidak akan melakukan ujian DNA untuk menentukan siapa bapa kepada anak mangsa.

“Unit forensik cuba memadankan sampel DNA untuk mengetahui identiti mangsa dan bukan menentukan siapa bapa kepada anak mangsa,” katanya sambil menambah bahawa anak mangsa, Altanshagai, yang berusia 16 bulan tidak dibawa ke negara ini.

Ditanya mengapa sampel darah orang selain keluarga mangsa turut diambil, sumber itu memberitahu, selain DNA mangsa, unit forensik turut menemui beberapa profil DNA berlainan di tempat kejadian.

“Ada kebarangkalian beberapa profil DNA yang ditemui di tempat kejadian itu sama dengan profil sampel darah mereka yang ditahan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, polis menemui mayat yang dipercayai seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam keadaan berkecai di tepi Empangan Tasik Subang.

Cebisan tulang dan daging mangsa yang dipercayai dibunuh dua minggu lalu dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat diletupkan dengan bahan peledak.

Mangsa yang tiba di negara ini pada 8 Oktober lalu dilaporkan hilang oleh rakan karibnya, Namiraa Gerelmaa, 22, di Balai Polis Jalan Travers pada 20 Oktober lalu.

Bapa Altantuya, Shaariibuu MashMuj, tiba di ibu negara bersama bapa saudara mangsa malam tadi. Pada pukul 8 pagi ini mereka dibawa menjalani ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur.

Bapa mangsa turut membawa sampel darah ibu mangsa, Altantsetseg yang diambil oleh pihak berkuasa kesihatan Mongolia.

Perkara itu disahkan oleh Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi kepada Utusan Malaysia.

Selepas beberapa jam menjalani ujian DNA di HKL, Shaariibuu yang ditemani Syed Abdul Rahman berhasrat untuk melihat cebisan mayat anaknya yang berada di bilik mayat HKL.

Dia yang menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dengan nombor pendaftaran satu digit dilihat berada di tempat duduk belakang kereta itu bersama Syed Abdul Rahman.

Mereka tiba di hadapan bilik mayat hospital berkenaan pada pukul 1.30 tengah hari.

Bagaimanapun, hasrat Shaariibuu untuk melihat sendiri cebisan rambut, daging dan tulang anaknya tidak kesampaian apabila beliau menukar fikiran selepas melihat terlalu ramai wartawan dan jurugambar berkerumun di depan bilik mayat HKL.

Kereta itu diserbu oleh jurugambar yang ingin merakamkan gambar ayah Altantuya, tetapi pemandunya berpatah balik lalu keluar dari pekarangan bilik mayat.

Sementara itu, Abdul Razak tiba di wad kecemasan HKL pada pukul 11.55 pagi ini bersama tiga tahanan reman lain menggunakan dua buah kenderaan yang diiringi sebuah kereta peronda.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) itu memakai kemeja lengan panjang warna merah jambu dan berseluar hitam sama seperti yang dipakainya semalam.

Beliau yang bergari kelihatan tidak terurus, tidak bermaya dan dikawal rapi oleh beberapa anggota polis yang bersenjata.

Selepas dua jam menjalani ujian DNA, kesemua mereka dibawa keluar oleh polis melalui pintu belakang unit trauma hospital itu pada pukul 1.45 petang bagi mengelak dikesan wartawan dan jurugambar yang menunggu sejak awal pagi.

Huh, masa cinta engkaulah bulan engkaulah bintang. Masa tak nak, main letup-letup macam anak ayam. Yang herannya ramai pulak yang sanggup nak tolong..ni mesti kes jarang tengok CSI. Ada satu prinsip mengatakan 'sesuatu yang berlaku pasti akan meninggalkan kesan'