Sunday, May 20, 2012

Rejab > Syaaban > Ramadhan almubarak...

Selamat Datang Rejab 

 

Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

Wallahu a'lam..

*Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi


Ya Allah, sungguh aku inginkan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik untukku. Kumohon agar kaupanjangkan usia kami, kurniakan kami kekuatan untuk membersih segala jiwa kami bagi mencari keredhaan-Mu. Jadikan Rejab dan Syaaban adalah latihan untuk menggapai Ramadhan yang mulia.

Thursday, January 26, 2012

Gambar Pemegang Kunci Untuk Projek KHB












Cantik-cantik kan gambar pemegang kunci ni. Tahun rasa-rasa nak buat tempat gantung anak kunci pula untuk calon-calon PMR ni. Tahun-tahun lepas buat 'kotak serba guna'.

Tema: Penyimpanan.

Pengenalpastian masalah: Saya selalu menghadapi masalah apabila ingin menghidupkan suiz motorsikal. Begitu juga untuk mencari anak kunci rumah atau kereta.

Justeru, saya bercadang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara membuat sebuah tempat menggantung anak kunci supaya anak-anak kunci tersebut berada di suatu tempat dan mudah untuk mendapatkannya.

ps : Terima kasih kepada Google image dan tuan punya website...