Saturday, November 29, 2008

Cuti?

Sebelum cuti dahulu saya telah membuat beberapa perancangan. Perancangan terpenting ialah tidur hingga 4, 5 hari (hahaha). Tapi, hingga hari impian murni saya itu belum tercapai. Macam-macam benda nak ataukena buat termasuklah pergi ke sekolah. Buat kelas untuk calon-calon SPM (tapi banyak yang ponteng..geramm!) dan juga mengemas kini bilik dokumen. Hasil kerja para ajk dan staf, bilik dokumen ini sudah banyak berubah. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung..semoga tahun2 depan kita semua boleh meneruskan kerja degan lebih sistematik terutama yang melibatkan dokumentasi..bersambung... ada budak kecik nangeh.

Rumahku sudah ada pembeli...

Syukur alhamdulillah, setelah mengiklankan rumah saya di beberapa tempat iaitu internet(mudah.com), di blog sendiri, akhbar, hebahan tak rasmi, akhirnya rumahku sudah ada pembeli!

Sebelum ini ramai jugaklah orang yang berminat pada rumah saya ini, tapi, tiada yang sangkut, takde jodoh.. Masa saya berkursus PTK di JB dulu pun ada juga yang call, sms tanya tentang rumah.

Bakal pemilik rumah ini ialah pasangan guru dan suaminya mengajar di SKUR dan pernah mengajar arwah anak saya Sarah. Pertama kali melihat mereka sekeluarga hati saya sudah merasakan bahawa inilah orangnya..

Saya mendoakan agar penghuni rumah ini akan aman dan bahagia hingga ke akhirat. Semoga segala urusan berjalan lancar dan mudah. Mengikut peguam, urusan jual beli mengambil masa lebih kurang 6 bulan.

Saya sayangkan rumah ini, tapi, kehidupan perlu diteruskan..

Saturday, November 22, 2008

Jualan motosikal jatuh, ekonomi Singapura memburuk

JOHOR BAHARU 21 Nov. – Jualan motosikal merosot dengan mendadak di negeri ini dan ia memberi petunjuk mengenai ekonomi yang kian memburuk di seberang Tambak Johor.

Semua pihak mengetahui bahawa kebanyakan pekerja Malaysia yang tinggal di sini tetapi berulang-alik ke republik itu setiap hari berbuat demikian menggunakan motosikal.

Sehubungan itu, jualan motosikal baru di sini mencerminkan keadaan ekonomi di Singapura.

Kebelakangan ini, angka jualan tersebut telah merudum dari kemuncak jualan 8,821 buah motosikal pada Julai, semasa harga petrol dinaikkan, turun kepada 5,000 buah motosikal pada Oktober.

“Ini merupakan kejatuhan jualan hampir 44 peratus dan saya tidak melihat angka itu meningkat naik untuk tempoh beberapa bulan akan datang,” kata seorang jurucakap Persatuan Pedagang Motor Johor Baharu.

Perangkaan menunjukkan jualan pada Ogos ialah 7,114 buah dan pada September angka itu merosot kepada 7,012.

“Dengan ketidaktentuan mengenai pekerjaan masing-masing, siapa hendak melabur membeli motosikal baru? Biasanya tempoh akhir tahun merupakan masa apabila para pekerja di Singapura membeli motosikal baru untuk menggantikan motosikal lama atau bertukar kepada motosikal yang lebih bertenaga.

“Perkara itu tidak berlaku sekarang ini. Sebabnya mudah sahaja. Pada masa ketidaktentuan ini, apabila semua pihak sedang bercakap mengenai langkah pemberhentian kerja telah menjadi satu kebiasaan, perkara terakhir yang mahu dipertimbangkan oleh para pekerja Malaysia di Singapura ialah untuk membeli motosikal baru.” kata jurucakap itu.

Singapura kini menghadapi masa hadapan ekonomi yang sukar berikutan krisis kewangan global sekarang ini dan para pekerja Malaysia di sana adalah antara mereka yang menerima kesannya, terutama sekali mereka yang bekerja dalam sektor pembinaan dan pengubahsuaian.

“Kebanyakan rakyat Malaysia itu yang berulang-alik setiap hari menggunakan motosikal. Tetapi, dengan jangkaan pekerjaan akan berkurangan, aliran trafik motosikal akan menerima kesan.

Harga minyak di bawah AS$50 setong

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Harga minyak mentah dunia telah jatuh ke paras terendah sejak tiga tahun lalu kepada AS$48.54 (RM174.74) setong berikutan kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan ekonomi dunia yang memberikan kesan kepada permintaan tenaga.

Di New York, kontrak hadapan minyak bermutu tinggi Light Sweet bulan Disember susut AS$4.00 (RM14.40) setong sebelum ditutup pada paras AS$49.62 (RM178.63) di New York Mercantile Exchange, semalam.

Minyak mentah Brent North Sea juga berada di bawah paras psikologi AS$50 setong apabila jatuh AS$0.48 (RM1.72) kepada AS$47.60 (RM171.36) setong, dan ditutup rendah AS$3.64 (RM13.10) kepada AS$48.08 (RM173) setong semalam.

Kejatuhan harga minyak di bawah paras AS$50 (RM180) menguatkan dakwaan tentang kaitan pasaran minyak dengan permintaan.

''Pasaran sedar dengan keadaan kemelesetan ekonomi akan memberi kesan ketara kepada permintaan minyak di negara-negara pasaran baru yang meningkatkan pasaran minyak mentah,'' kata Jason Feer, penganalisis pasaran tenaga Argus Media Ltd. di Singapura.

Penganalisis itu berkata, sentimen diburukkan lagi dengan laporan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) negara pengguna minyak terbesar dunia.

Kadar pengangguran AS meningkat ke paras tertinggi sejak 16 tahun menguatkan lagi andaian bahawa negara ekonomi terbesar dunia itu berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Kesatuan Eropah (EU) juga sedang dihantui oleh kemelesetan ekonomi.

''Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan harga tenaga berada di bawah tekanan sepanjang malam, dan kerugian dipercepatkan lagi,'' kata John Kilduff penganalisis MF Global.

Kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi global dan kesannya kepada permintaan tenaga telah menyebabkan harga minyak menjunam daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM529) setong pada Julai lalu.

''Apa yang mengejutkan adalah.... kepantasan kejatuhan harga yang berlaku,'' kata Feer.

''Minyak mentah semakin sukar untuk dijual.

''Pasaran saham dunia yang menjunam terutamanya di Asia, tiada berita positif yang dapat mengembalikan keyakinan kepada pasaran minyak,'' kata Simon Wardell, penganalisis minyak dengan IHS Global Insight.

Para penganalisis berkata, mereka menjangkakan harga pasaran akan terus lemah.

Friday, November 21, 2008

Roti - Bahaya Dan Keperluan.

Roti: Antara Bahaya dan Keperluan...
Oleh,
S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.



Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau
Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau
Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau
Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari
Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat
Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk
Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti." (Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth About Bread," 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.

1. Terlalu Banyak Bahan Penambah

Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)

Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.

Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.

Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti.

Apa Lagi Dalam Roti Anda?

Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.

Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate, calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji (karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat dalam satu masa.

Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk memastikan bentuk bulat dan ringan.

Sesetengah pelembut doh yang dipanggil "agen pengoksidaan" (contohnya bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang lebih halus dan serbuk halus.

Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya Stearoyl-2-lactylate, melembutkan serbuk dan menguatkan doh. Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.

Pengemulsi: Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti menjadi hapak. Beberapa contoh adalah

Agen Pengurang: Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920), cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu binatang dan juga rambut manusia.

Bahan Pengawet: Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.


2 Terlalu Banyak Garam

Tahukah anda bahawa di
United Kingdom, kerajaan mengklasifikasikan roti yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perisa dalam roti.

Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.

Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.

3 Lemak Trans Tersembunyi

Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu membakar dan menyejukkan roti.

Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk proses membuat roti secara industri.

Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran - proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih tepu).
Lemak trans menyebabkan:
• Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
• Arteri tersumbat.
• Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk digunakan sebagai sumber tenaga). (Penentangan insulin dikaitkan dengan kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
• Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

4. Penggunaan Yis Berlebihan

Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan – tepung, air, garam dan ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 – 3 kali jumlah yis biasa berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida albicans dalam beberapa dekad yang lalu.


Yis diubah suai secara genetik:
Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik. Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian boleh didapati – satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori.)
Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik daripada organisma hidup – dalam perkataan lain, mengubah blueprint keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal. Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian, tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.

Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya mereka boleh makan dengan selamat.

Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang dinamakan methylglyoxai.

5. Enzim Meragukan

Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia diperolehi daripada sumber tumbuhan, binatang, kulat dan bakteria. Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.

Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden.. Malah, seluruh enzim digunakan dalam pembakaran. Namun ia dinamakan "bantuan pemprosesan," yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah, kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim tambahan.

Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang selepas pembakaran.

Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak berbanding dalam roti biasa.

Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutaminase, digunakan untuk menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.

Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen). Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: "The Shocking Truth About Bread," The Independent, 29 Ogos 2006).

Enzim diubah suai secara genetik:
Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan. Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar boleh menjadikan roti tahan lebih lama.

Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar. Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.

Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap kesihatan.

Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.

6 Tepung beracun

Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang kekal di dalam tepung itu.

Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.

Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai sifat yang menyerap dan menyimpan air.

Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut, tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.

Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.

Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300) boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai palsu.

Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah lazim digunakan.

Fakta mengenai tepung:
Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan.

Tidak seperti hari ini. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu, tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.

Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada kanji tidak putih.

Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat kaki makan air (athletes' foot).

Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden. Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan germa.

Vitamin E di dalam germa dimusnahkan – satu kehilangan disebabkan gandum tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.

7 Sisa racun makhluk perosak
Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan, juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual hari ini.

Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.

Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan endometriosis.

Dikesan dalam roti:

Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 "roti biasa" yang diuji, yang termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti "lain" (9).

Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk perosak bijirin yang disimpan).

Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun, sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti "lain" mengandungi 2 sisa racun.

Ini menimbulkan kebimbangan di
Britain memandangkan kesan jangka panjang ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta kanak-kanak kecil.

8 Logam berat

Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat. Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya jarang ditemui di dalam roti
Australia. Kadmium datang daripada baja fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria Australia 2003).

9 Tiada Nutrien

Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud "Roti putih yang diperkaya" seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan.

Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya sehingga 90% malah 100% nutrien.

Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus, lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam proses yang dinamakan "pengayaan."

Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E, 52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium, kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).

Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah "Kurang bermutu" (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.

10 Rambut manusia – Haram bagi umat Islam

Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk roti.

Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).

Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di
Malaysia. Menurut Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.

Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan kilang roti atau pelembut doh.

Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE

Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato' Seri Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh diperolehi daripada rambut manusia.

Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi L-cysteine, seperti roti,
pisa (dan juga perisa makanan lazat).

-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP).


Perkara ini telah menjadi isu lebih kurang 2 tahun yang lepas. Saya pun belajar buat roti sendiri... tapi.. mula-mula rajinlah buat roti sendiri, lepas tu dengan pelbagai alasan, kembali beli roti kat kedai..

Tapi, cuba tengok, kita selalu menganggap roti yang dah terkenal seperti roti Gardenia selamat dimakan, tapi, rupa-rupanya roti itu mengandungi propionik yang melebihi tahap yang dibenarkan.

Negara kitakan ramai umat Islam, yang graduate dalam bidang pemakanan pun banyak, tak bolehkah usahakan makanan/roti yang selamat dan suci, tanpa ragu-ragu untuk dimakan. Roti antara pilihan kegemaran selepas nasi. Penggemarnya tidak mengira usia dan kaum. Contoh mudah jika kita tidak sempat memasak untuk mengalas perut kita ambil roti dulu. Sarapan pagi dengan rotipun sudah memadai.

Itu baru roti. Belum dengan makanan segera, minuman bergas, pelbagai pencemaran, masalah sosial yang juga dikaitkan dengan masalah kesihatan ... tahap kesihatan kita semakin buruk hingga kanak-kanak bawah 10 tahun pun sudah menghidapi penyakit orang dewasa seperti darah tinggi, kencing manis dsb..

Kepada para graduan khususnya yang mencari-cari pekerjaan tu, baik fikirkan masalah ini, buat satu kiosk ke yang menjual pelbagai makanan yang menyihatkan ini. Lebih besar lagi kemudian boleh diluaskan lagi sko pasaran ke tempat-tempat lain. Makanan halal, tanpa perisa, pewarna, pengawet yang tidak dibenarkan (macam cerita Jepun 'oh my home' itu)


Monday, November 17, 2008

Tingkat keupayaan otak

BETAPA kuat sekalipun otak berfungsi, sesekali kita tetap lupa sedangkan otak juga perlukan ‘penyelenggaraan’. Bukan pembedahan atau melakukan sesuatu yang berbahaya kerana kajian mendapati otak mampu dipertingkatkan keupayaannya hanya menerusi beberapa langkah mudah.

Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu untuk meningkatkan fungsi otak:

Makan badam

Badam dipercayai boleh meningkatkan ingatan. Kombinasi minyak badam dan susu yang diambil sebelum tidur atau selepas bangun tidur dikatakan boleh menguatkan kuasa ingatan. Susu badam boleh disediakan dengan menghancurkan badam tanpa lapisan luarnya dan ditambah air dan gula.

Minum jus epal

Kajian Universiti Massachusetts Lowell, Amerika Syarikat menunjukkan jus epal meningkatkan pengeluaran pemancar sistem saraf yang penting, acetylcholine di dalam otak sekali gus meningkatkan kuasa ingatan.

Tidur dengan baik

Kajian mendapati ingatan jangka panjang diperkuatkan apabila seseorang itu memperoleh tidur yang baik.

Nikmati aktiviti mudah yang digemari

Tekanan boleh mengeringkan kekuatan otak. Amalkan aktiviti mudah yang digemari setiap hari untuk menyingkirkan tekanan daripada fikiran.

Sesetengah daripada aktiviti mudah ini bukan saja baik untuk otak malah tubuh dan jiwa seperti mendengar muzik yang digemari, bermain dengan anak dan melahirkan penghargaan kepada orang lain.

Selain itu, berlari beberapa kilometer setiap hari, mengayuh basikal atau berenang juga elok diamalkan.

Senaman minda

Senaman fizikal memang penting untuk membina tubuh yang kuat namun senaman mental juga sangat diperlukan. Sedar atau tidak, kanak-kanak mempunyai kekuatan otak yang jauh lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Si kecil sentiasa bermain dengan fikirannya. Fikiran sedemikian menunjukkan kekuatan ingatan yang baik.

Untuk membuatkan fikiran aktif, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti bermain silang kata, berinteraksi atau melakukan kerja sukarela. Selain itu, mulakan hobi seperti menulis blog, membaca, melukis atau mempelajari kemahiran baru.

Mengurangkan pengambilan gula

Gula bukanlah makanan. Ia sejenis karbohidrat yang memberikan tenaga khayalan. Pengambilan gula berlebihan boleh mengakibatkan gejala kebimbangan yang keterlaluan.

Gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa takut apabila berada di tempat sempit, hilang ingatan dan masalah saraf lain.

Jika boleh, nikmati makanan tanpa perlu menambah gula.

Khasiat gandum penuh

Gandum penuh mengandungi lecithin. Bahan ini membantu untuk mengurangkan masalah pengerasan saluran darah yang lazimnya merosakkan fungsi otak.

Makan hidangan ringan pada waktu malam

Hidangan berat boleh menyebabkan seseorang itu sukar tidur dan tekanan emosi sewaktu tidur. Elok menikmati hidangan berat waktu siang ketika tubuh melakukan banyak pergerakan sekali gus memanfaatkan pengambilan yang banyak itu.

Pada waktu malam, nikmati hidangan ringan berserta buah-buahan untuk memudahkan tidur. Tidur yang baik boleh menguatkan otak.

Berimaginasi

Orang Yunani cukup mahir dari segi prinsip imaginasi dan kaitannya untuk mengingati apa saja. Teknik berkenaan memerlukan seseorang itu mencipta imaginasi jelas dan berwarna-warni yang boleh dikaitkan dengan objek yang diketahui.

Jika proses imaginasi itu turut disertai deria sentuh, rasa, bau, dengar dan melihat, seseorang itu boleh mengingatinya dengan lebih baik.


Kelebihan vitamin B kompleks

Vitamin B kompleks menguatkan ingatan justeru, nikmati makanan termasuk sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin B kompleks yang tinggi.

Dikesan genius sejak usia 2 tahun


BRANDY membaca nota dalam bahasa Inggeris sambil diperhatikan oleh ibunya, Minni Ang pada
Bengkel Pembangunan Kanak-Kanak Bagi Kanak-Kanak Pintar di UKM semalam.


BANGI - Berapa ramaikah di kalangan kita yang mengetahui bahawa dinosaur tidak mempunyai tulang patela (tempurung lutut)?

Perkara itu rupa-rupanya telah disedari oleh seorang kanak-kanak genius yang hanya mahu dikenali sebagai Brandy, 4, sejak dia berumur dua tahun lima bulan.

Menurut ibu Brandy, Dr. Minni Ang, dia terkejut apabila anak tunggalnya itu bertanya soalan kenapa dinasour tidak mempunyai tulang patela, ketika usianya begitu 'hijau'.

"Pada mulanya, saya fikir soalan itu tidak masuk akal dan hanya pertanyaan spontan, tetapi apabila saya menyelidik terbukti dinasour tidak mempunyai tulang patela,'' katanya menceritakan detik pertama dia sedar bahawa Brandy adalah seorang kanak-kanak yang genius.

Minni yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kanak-Kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM) berkata demikian ketika ditemui semasa Bengkel Pembangunan Kanak-Kanak Bagi Kanak-Kanak Pintar di sini semalam.

Walaupun Brandy mula mampu membaca pada usia dua tahun, dia tidak menyifatkan ia sebagai tingkah laku genius kerana mereka sekeluarga memang memberi didikan literasi sejak awal lagi.

"Pada usia tiga tahun dia telah membaca novel Lord of The Ring dan mampu mengingati semua watak dalam novel tersebut dan sering bertanya kepada saya soalan-soalan yang kadangkala sukar untuk saya sendiri menemui jawapannya.

"Pada hal, novel tersebut sangat tebal dan hanya layak dibaca oleh orang yang jauh lebih dewasa daripada usianya,'' ujarnya.

Stress Management..

1. Take frequent breaks from work - If you are working too hard, ensuring that you take a few minutes off every other hour is a good idea. Make sure that during the break time you do not discuss work with anyone and just sit back and close your eyes for ten minutes. Such short breaks are extremely recuperating. Initially you may feel uneasy since you have pending work lying on the table but if you learn to relax you will find that you are far more efficient after the break.

2. Reduce caffeine intake - Caffeine is a stimulant and even though it may seem that it helps you fight stress situations by keeping you more alert and ready, it is harmful in the long run. Don't resort to a cup of coffee in each break that you have. Opt for green tea in case you need to drink something.

3. Learn to say no - There are some people who just cannot say 'no' when they are asked for help. There are others still who seem to have a habit of steeping forward and taking on more work than they can possibly achieve at a specific time. Just because you feel that you can achieve something does not mean that you should take it on personally. After all there are only a certain number of hours in a day and you do need to adjust sleeping time, relaxation time and time for yourself and family in the same number of hours.

4. Exercise - Releasing some of the pent up energy that you have aids in relaxing the body and mind. Not only is exercise good for stress reduction, it keeps you in shape as well and makes you feel better about yourself. Exercise for about half an hour in the morning can leave you fresh and geared up to face the challenges of the day. The same time spent in the evening can help you get a good night's sleep.

5. Ensure adequate sleep - A sleep deprived person cannot perform in an optimized manner. There are obvious lapses that are likely to take place and these lapses at work or at home create situations that cause further stress. An eight hour sleep routine is a 'must', no matter the amount of work that you have pending!

6. Have fun - Sometimes we get so bogged down with the schedules and circadian of daily life that we forget to have fun. Laughter is indeed the best medicine for any issue and that holds for stress too. Try and watch movies and shows that are funny. Even slapstick comedy can engulf you in throws of laughter; something that is beneficial for your mental state and physical health.

7. Spend time with friends - Ensure that you take out some time for your friends. Speaking to people whom you can confide in is a great stress reliever. All of us have at some point or another felt easy after downloading a painful, irritating or frustrating event onto a friend.

8. Meditation - Meditation helps you to stay grounded and live in the moment. Majority of the stress that body encounters is not due to the situation as such but how we perceive it. Different people may react differently to a stressful situation. When you meditate regularly, you tend to develop lot of insight and a detached attitude. As a result, things that used to cause lot of stress earlier, may seem frivolous to you. As a result, you tend to become more calm and relaxed.

9. Eat well - A healthy body is more capable of handling stress than a fatigued or ailing body. Ensure that you consume a balanced diet and avoid indulging in fast foods and other foods that add to the toxicity of the body. Other than the quantity and quality of the food, the manner in which you consume food is also important. Ensure that you eat slowly and in a relaxed state of mind.

10. Adopt a hobby - Hobbies can be a great way to relieve stress. They are activities that you can do without the constant fear of someone evaluating you or being critical of you (as may be the case at work). While hobbies like listening to music and reading will take your mind of your worries, creative hobbies like painting, gardening and the like can help in increasing your self esteem too.

Stress is like a leaking tap. The earlier you attend to it, the better. Leaving it unattended will only make the matter worse. Sincerely following some, if not all of the above techniques is guaranteed to reduce your stress levels and prevent further complications.

Selamat bercuti...

Alhamdulillah..
Dalam banyak-banyak cuti ni, cuti kali ini rasa sungguh bermakna dan amat ditunggu-tunggu. Kini detik itu telah tiba dan saya akan cuba gunakan anugerah Allah yang tidak ternilai ini dengan sebaik-baiknya, insya Allah.

Pertama, saya kena buat senarai apa-apa yang perlu saya laksanakan sepanjang cuti ini. Agenda utama ialah, rehatkan fikiran, minda, badan dan buat sesuatu yang bermakna. Fokus utama tentulah diri dan keluarga. Setelah sekian lama berkejar sana-sini, kini bolehlah memanjakan diri dan keluarga pula. (ps masih ada lagi kena pergi sekolah dalam cuti tapi relaks sikitlah)

Ok, yang pertama ialah berubat mata. Mata silau. Maka saya telah berpakat dengan kakak saya Wan Kelthom yang menetap di Cheras untuk ke rumah beliau dan dari sana kami akan ke pusat rawatan alternatif untuk mata, iaitu Permata Hijrah. Kakak saya ni baru pencen tahun lepas dan memang saya cemburu tengok orang berpencen sebab banyak aktiviti impian boleh dibuat. Kak nik ni banyak mengikuti kelas agama dan saya gemar bersembang dengannya kerana sayapun akan mendapat info sama. Saya dan anak-anak relaks betul di sini dan rasa release juga tension.

Sebelum itu saya telah menghubungi kawan blogger saya iaitu Awwa yang tinggal di seksyen 11, PJ dan akan mengunjungi beliau. Dari satu kereta dah menjadi 2 kereta...kesihan Awwa kena buat persiapan lebih untuk kami ni.. Semua anak saya pergi kecuali Zahid yang menduduki SPM di SMKA Pedas. Kakak saya membawa sama anaknya Muhaimin dan adik iparnya Chah.

Saya pernah melihat wajah fotonya tapi rupa sebenar beliau lebih cantik daripada gambar.. hehe jangan marah tapi ikhlas.. Suka tengok Awwa dan suami yang sehati sejiwa itu.. Sebenarnya kami ni walaupun tak pernah bertemu sebelum ini atau telefon, kami kerap beremel/ sms atau kunjung-mengunjungi blog. Rugi dak Hafiz tak ada, tidak cuti kata Awwa... Terima kasih Awwa dan suami kerana beria-ria melayan kami walaupun hari raya dah solosai lama dah.. (sebenarnya tahun ni saya tak berapa raya, jadi kunjungan-kunjungan ni macam rayalah kepada kami..)

Petang tu kami ke Permata Hijrah. Saya dan anak saya Maryam mendapat rawatan mata. Kami dibekalkan ubat titis, ubat spray. Kesihan Maryam sebab bacaan power untuk cermin matanya sudah 1000. Dia sudah 2 kali dilaser. Anak saya Hajar pun mempunyai masalah mata juga, begitu juga Zahid. Dan ubat yang kami peroleh itu boleh diguna bersama-sama. Allah suruh kita berusaha untuk kesejahteraan diri dan keluarga dan berserahlah kepada Allah untuk penyembuhannya. Lokasi pusat ini terletak di Gombak. Semoga kami sembuh dan masalah mata berkurangan.

Kami bertolak pulang dari rumah kakak jam 10 malam dan dekat jam 12 sampai ke Rembau balik. Terima kasih kepada kakak sekeluarga kerana telah melayan kami dengan begitu baik. Ya permulaan cuti yang sangat sempurna.

Hari ini Baby Danial dah berumur 1 tahun 3 hari.. masih dengan comelnya tapi mata merah sebelah (dapat dari saya). Badan susut sedikit baru lepas demam.. Ambil gambar tak banyak sebab pipi dia tembam semacam...orang tak sihat...

Sorilah penulisan saya kurang menarik. Itu kelemahan saya, tidak boleh mendengar muzik/sesuatu sambil menulis. Bolehkah fenomena ini diubah? Menikmati dan menghayati lagu-lagu kegemaran sambil menulis dengan penuh pengertian? Kalau boleh dibaiki bermakna saya telah berjaya dalam satu perkara. Haha lagu apa ya.. saya banyak copy lagu mp3 Alleycat, Robby William, nasyid pun ada, pelbagai lagu rock klasik, M. Nasir, Broery, Westlife... ceramah Pak Hamka pun ada.. dll lagu evergreen..caca merba ke.. sesekali layan dunia...

Monday, November 10, 2008

Cerita biasa-biasa..

Kami 6 orang guru dan seorang staf sekolah telah pergi ke SDAR seperti yang dirancang. Tujuannya nak melawat bilik dokumen sekolah tersebut..Pandangan pertama tentang sekolah tersebut ialah wah betapa bertuahnya dapat bersekolah di sini, lanskap menarik, udara segar, bangunan kondusif, warganya yang peramah (amboi2).

Bilik dokumen kami memang ada, luas jugak cuma perlu diubahsuai supaya sistematik. Jadi jika ada permintaan terhadap sesuatu dokumen contohnya ada lawatan jemaah nazir ke, apa-apa dokumen sepatutnya dapat disiapkan dalam tempoh kurang 7 minit...

Kami banyaklah mengambil gambar bilik dokumen tersebut dan kawasan sekitarnya, tapi sayang laptop saya masih di wad ICU.. PC ni nak menaip pun ambil masa yang lama, tiada kemudahan membaca kad memori, dan macam bom jangka sebab sudah diserang lebih 100 virus.. Jadi foto-fotonya tidak dapatlah disiarkan di sini ya..

Sampai ke sekolah belum pun sempat duduk Kak Norzi memberitahu yang GPK1 meminta saya ke SMK Gemas Isnin nanti, majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan lanskap..

Saya dibalut kesuspenan yang keterlaluan sebab hari itulah saya sepatutnya akan mendapat tahu saya dapat berpindah ke tidak, tapi laluan untuk mengetahuinya penuh ranjau.. PAR kami yang saya minta tolong sibuk sepanjang pagi.. jadi 'bila saya sampai ke rumahlah barulah saya boleh surf internet...

"Permohonan anda adalah gagal, namun anda boleh membuat rayuan"...

Sedihnya..namun saya isi borang rayuan online...

Saya menghubungi kakak saya, kata beliau, dah boleh agak akan kegagalan saya, yang terdaya kita buat ialah membuat rayuan kemudian terserah pada takdir, anggaplah ada hikmah di sebaliknya. Kita dah berbuat pelbagai cara untuk memohon berpindah...

Hikmah pertama ialah anak-anak saya.. kalau saya balik ke Kelantan, dah jauhlah saya daripada mereka (yang berada di Subang dan UKM).. selama ini rumah inilah tempat mereka lepak2, menghilang penat sepanjang kerja atau belajar..kalau saya dah jauh daripada mereka, kesihan jugak ya pada mereka ni.. dan ada lagi hikmah2 lain..(tapi tau tak, selagi tak pindah, cerita saya ni macam never ending story..) doa sudah usaha sudah, bismillahi tawakkaltu alallah...

Isnin 10.11.2008 (selamat hari lahir Zahid yang akan SPM esok)

Pukul 7 pagi saya dah bersiap untuk ke SMK Gemas. Pergi bersama-sama ialah 2 orang pelajar MPV lanskap kami dan pembantu lanskap kami. Pagi ni mata saya masih problem, macam mana saya nak memandu, tambah teruk kerana semalam Danial demam dan saya berjaga, mata saya jadi penat. Kalau tiada pilihan saya terpaksa redah, maka cerita 'si Buta dari Gua Hantu akan menjadi dorongan saya untuk memandu dengan selamat ke destinasi..Ketika menghampiri kereta saya tiba-tiba Yati iaitu pembantu lanskap kami menawarkan diri untuk memandu.. Alhamdulillah.. syukur.. satu masalah besar selesai.. tetapi duduk di seat penumpang sebelah depan menjadikan saya gayat dan trauma (semasa kemalangan dulu saya berada di depan dan setiap kali kereta bergerak saya rasa kereta yang saya naiki akan terbabas). Saya cuba ingatkan kata-kata kakak saya iaitu hidup kita 'masih panjang', enjoy the journey/yourself.. saya memejam mata jika saya takut, dalam hati berdoa, di mulut saya melayan borak dengan Yati. alhamdulillah kami selamat sampai ke SMK Gemas tepat pada masanya..

Pemenang pertama pertandingan lanskap bagi peringkat negeri Sembilan ialah SMK Gemas, kedua ialah sekolah kami; SMK Undang Rembau, ketiga SMK Dato' Undang Musa. Landskap SMK Gemas ialah taman nusantara. Lamannya agak luas. Ada kolam kecil, ada kolam memanjang ala-ala anak anak sungai. Beberapa ekor ikan kap berwarna warni yang agak besar menari-nari girang.. Bunga-bungaan pelbagai warna menghias di sana sini menjadikan suasana sungguh meriah..bonus juga kepada 2 batang buluh yang dijadikan pancuran semula jadi.. Saya banyak mengambil gambar tapi itulah, macam saya katakan di atas tadi, PC ini tidak dapat memaparkan gambar dari kad memori. Doakan laptop saya kembali pulih ya..

Jika saya banding-bandingkan, taman kami tidak kurang menariknya. Cuma laman kami lebih kecil. Konsep taman kami ialah Bali Nusantara. Ini hasil kerja cikgu MPV lanskap iaitu cikgu A. Rahman dengan pelajar-pelajar tingkatan limanya dan pembantunya Pn Norhayati. Pengetua kami, Hj. Rafiei sangat mengambil berat tentang taman ini. Konsep taman ini yang terletak bersebelahan kantin sekolah ialah sebagai tempat bersantai, berehat, makan-makan, menikmati pemandangan taman. Pokok-pokok terpilih ialah jenis hijau pelbagai tona disesuaikan dengan rumput karpet. Batuan sungai dan pemijak kami disusun dengan begitu rupa persis taman di Bali. Kami mempunyai banyak bangku dan meja simenfero. Memang cantik, material yang dipilih memang berkualiti, kemas dan halus buatannya..

Namun sebagai pemerhati saya hormati keputusan pengadil. Pertandingan ini sebenarnya memberi peluang keemasan kepada pelajar lanskap. Pelajar MPV ialah pelajar yang tidak terpilih ke aliran sains, ekonomi. Mereka ini telah dilatih dengan kemahiran yang sesuai dengan jiwa dan kerjaya. Apa yang membanggakan, mereka sudah berjaya menghasilkan sesuatu yang besar dan hebat. Mereka juga membuat persembahan power point tentang lanskap mereka. Sesungguhnya usaha mengetengahkan bidang MPV seterusnya membuat pertandingan sebegini sangat besar manfaatnya kepada para pelajar ini dan mereka sudah nampak peluang di depan mereka.

Balik dari Gemas, rehat dan sambung kerja sedikit kami ada guru pula.. Sudah akhir tahun begini banyaklah perkara yang perlu dibuat... Adus..sudah beberapa bulan rasa tak cukup rehat..Semasa mesyuarat, saya dan kawan sempat berpakat iaitu cuti je nanti nak ambil 3, 4 hari nak balas dendam tidur...hehe

Friday, November 07, 2008

suspens lagi..

err sebenarnya bukanlah suspens sangat bagi sesetengah orang tapi bagi saya suspens jugaklah..
Hari ini 7 .11. kami diberitahu jawapan permohonan pertukaran online antara negeri boleh diperoleh - lihat di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan syaratnya pula melalui internet explorer saja.
Saya pun dek kerana terlalu teruja ingin tahu, dari semalam lagilah bersedia melayari portal ini. Dapat buka laman ni tapi bila klik bahagian pertukaran main senyap aje..sampailah berkali-kali..

Pagi ni saya terjaga awal kot-kot dah boleh surf.. ergh.. lagilah langsung tak boleh surf pun laman ni..

Ish tak faham betullah apa masalahnya...

Ujian bersabar? Hmm pagi ni saya dan 7 orang guru dan staf sekolah akan ke SDAR untuk lawatan sambil belajar ke bilik dokumen mereka. Saya jadi penyelaraslah. Jadi pagi ni saya tidak sempatlah ke pejabat dan mengadap pc sekolah. Sudah minta tolong staf pejabat tolong tengok-tengokkan untuk saya dan hubungi saya walau apapun jawapannya..penting ni bagi saya! Lagi pula hari ni hari Jumaat, esok Sabtu sudah cuti.. Kalau dapat alhamdulillah, tunggu surat untuk tahu tempatlah pula nanti. Doakan saya dapat sekolah yang dekat rumah bonda saya ya, dapatlah saya selalu berada di sisi beliau. Kalau tak dapat (gagal) kenalah buat rayuan dengan cepat. Saya difahamkan permohonan untuk masuk ke Kelantan ialah lebih seribu guru tapi tempat kosong ialah seratus lebih saja...

Oish..hidupku ini penuh kesuspenan..sabar je la... tentu ada hikmah di sebalik semua ini.. apa-apapun, doakan untuk kemudahan segala urusan saya ya..rabbi yassir wala tu'assir...
(pc ni tiada perisian jawi)

Monday, November 03, 2008

Syukurlah walaupun keadaan tidak banyak berubah tapi ada cahaya di sebalik kegelapan. Berkat rahmat dan kasih sayang-Nya serta orang-orang yang mengasihi saya, banyak masalah yang dialami terungkai sedikit demi sedikit.

"Setiap perkara ada jangka masa tertentu dan kita hendaklah bersabar. akan sampai detik itu"

Ingat lagi tak saya pernah menyebut sebelum ini, seorang penceramah PTK tempoh hari, Hj Mohamad Ikhsan, (sebenarnya naib pengetua IPDA tempat saya mengambil kursus KPLI dulu). Percaya tak jika saya katakan saya sudah mendapat satu naskhah asal penulisan beliau "Mengoptimumkan Potensi Minda?. Sebahagian buku tersebut sudah saya baca. Buku tentang sains neuron, tentang motivasi kendiri, supaya tidak mudah berputus asa kerana kita mempunyai organ/minda yang sangat ajaib ciptaannya. Otak berkeupayaan untuk sembuh walaupun terkena stroke dan jaringan antara sel otak yang tidak rosak berupaya terus hidup melintasi kawasan yang rosak. Ketika saya ditimpa masalah dan kebuntuan, terlintas di fikiran saya, kemanakah perginya semua sel otak saya? Never give up. Jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah. Kita mampu bekerja dengan cemerlang hingga ke akhir hayat kita.

Setelah membaca sebahagian buku tersebut, saya rasa semangat saya hampir pulih dan saya mesti buat sesuatu yang terbaik dalam hidup saya. Semoga Allah memanjangkan umur saya dan memberkati usia saya.

Saya juga tertarik dengan artikel bekas pelajar saya iaitu Fizi "Ya Allah, letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku". Jika kita berfikir alangkah susahnya untuk direalisasikan, maka susahlah jadinya. Bagi saya, agak susah.. tapi kita mesti mencuba, kerana selagi dunia itu terpenting bagi kita, kita tidak akan mendapat ketenangan abadi. Lihatlah para rasul (terutama Rasulullah saw), para sahabat yang hanya menjadikan dunia sebagai alat untuk menuju kesejahteraan akhirat. Kita mesti mencuba dan sentiasa berusaha..

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu kesenangan, dan selepas kesusahan itu kesenangan" -annasyrah.. (terima kasih kepada kakak saya wan kelthom yang sentiasa mengingatkan saya dan menghulur bantuan semasa kami kesusahan..)

S
ama ada kesenangan itu akan kita nikmati dalam jarak terdekat, lambat atau di akhirat kelak, itu urusan Allah. Yang pasti ialah Allah akan menunaikan janji-Nya, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil...