Friday, February 18, 2011

Samseng jalanan


gambar sekadar hiasan

Pada 2 hari yang lepas, sedang saya memandu dan berhenti di seuah persimpangan lampu isyarat, saya telah menyaksikan satu kejadian yang merisaukan.

Persimpangan lampu isyarat itu tidaklah sibuk sangat. Di hadapan saya terdapat sebuah kereta dan di sebelahnya ialah sebuah motorsikal. Saya perasan pemandu kereta tersebut asyik bercakap sesuatu dengan penunggang motorsikal, seorang gadis saya kira, berbadan kecil comel rambut mengurai berbaju t lengan pendek agak kemas di badan dan berseluar jeans. Saya nampak gadis tu macam tidak melayan pemandu itu yang beria-ria bercakap sesuatu sambil mengangkat-angkat telefon bimbitnya.

Setelah lampu isyarat bertukar hijau, kereta tadi bergerak perlahan (jalan tak sibuk), kemudian kawan di sebelahnya pula yang bercakap (macam minta sesuatu) daripada gadis tersebut sambil mengangkat-angkat telefon bimbitnya. Saya rasa sungguh geram, dan ingin hon saja, tapi, bimbang juga sebab saya memandu berseorangan. Buatnya mereka menyekat kereta saya, bagaimana? Bimbang dengan apa yang berlaku di hadapan saya, mulut saya membaca beberapa kali ayat kursi sambil menghembuskan ke arah gadis tersebut, ke arah lelaki-lelaki itu dan mendoakan agar dia selamat segala-galanya, juga diri saya. Gadis itu memandu perlahan (tidak layan), ingin saja saya laung suruh melencung ke kiri masuk ke arah kedai, tetapi dia terus memandu perlahan sehingga kereta di hadapan itu terlepas. Saya turut memandu perlahan dan tidak memotong. Tetapi oleh sebab kereta itu masih memandu perlahan, saya pun sudah terlewat pulang ke rumah, saya memotong kereta tersebut. Risau juga memikirkan jika kereta itu berpatah balik dan mencari gadis tersebut. Saya berdoa agar semua selamat, dia sempat melarikan diri tadi.

Semoga gadis-gadis atau wanita yang menunggang motorsikal di luar sana tu berhati-hatilah. Pakailah baju berlengan panjang, jaket dsb. Yang free hair tu ikat rambut anda kemas-kemas. Tunggang berkawan-kawan. Jika sesuatu yang buruk menimpa, siapa yang akan malang nanti?

Tidak takutkah membaca cerita/jenayah ngeri yang menimpa kaum wanita ini, tidak kiralah gadis, wanita dewasa atau kanak-kanak? Ngeri sekali sehinggakan tidak sanggup membacanya lagi.

Tuesday, February 15, 2011

Lagi Tentang Lawan Arah Pusingan Jarum Jam

Kajian Sains Mengesahkan Mekah Sebagai Pusat Bumi


Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Sanbung baca tentang misteri ini di sini...

Thursday, February 03, 2011

New Horizon



Cantik tak bunga ini. Pengusaha nurseri berbangsa Cina ini membawa pokok yang bernilai lebih RM100 sepasu ini sempena Tahun Baru Cina. Saiz bunganya tak sampai pun ukuran syiling 5 sen. Kalau kaya nak beli 5 pasu hehe...
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina..Tahun Arnab..saya suka tahun arnab, sebab saya dilahirkan pada tahun ini..Maybe this is my year...pelangi setelah ribut petir? Semoga!



Bagi gah sikit tajuk entri kali ini...2011 ni azamnya nak buat perubahan sikit, sama ada dalam keluarga atau kerjaya.


Kelihatan dari kiri Pengerusi UNIRAZAK cawangan kelantan, Pengetua sekolah kami iaitu ustaz Rozman Zakaria sedang berbincang dengan YB Tn. Hj. Che Abdullah iaitu ADUN Wakaf Bharu dan hujung kanan ialah Pengerusi PIBG sekolah, Tn Hj. Tengku Yusuf. Majlis di atas berlangsung pada 2 hb Februari sempena perasmian Majlis Motivasi Keibubapaan dan penyerahan buku-buku perpustakaan oleh YB.


Ini adalah sebahagian buku-buku motivasi oleh pengarang dan pemotivasi tersohor sumbangan ADUN kami, YB Tn. Hj. Che Abdullah. Sebahagian lagi ialah buku-buku rujukan.



Ini ialah projek KHB/Rekacipta sekolah kami. Kelihatan Isfarizal sedang mengangkat tin yang sudah berisi pokok bunga untuk digantungkan di dinding.


Tin tadi selepas dicat dan catnya sudah betul-betul kering, tebuk lubang-lubang untuk mengalirkan air di dasarnya. Kemudian tebukkan satu lubang untuk disangkutkan paku. Paku simen bersaiz 2 inci perlu dicacakkan pada dinding untuk digantungkan tin-tin ini.


Usaha meluaskan kawasan sekolah kami sedang giat dalam perundingan. Ini sahajalah kawasan atau bangunan sekolah kami. Sebelah kiri ialah kelas tingkatan 2 dan bilik guru, dan kantin. Sebelah kanan ialah bangunan dua tingkat menempatkan 3 kelas, pejabat, bilik pengetua dan bilik GPK.

Brave New World



Danial bergambar bersama-sama sahabat barunya di Tadika celik Minda.

Dua hari yang lepas, saya telah keTadika Celik Minda, Darul Nu'man yang terletak di Wakaf Bharu. Lokasinya adalah di tepi jalan menuju ke sekolah saya. Akhir tahun lepas saya sudah meninjau tadika ini. Tetapi menjelang awal tahun saya masih tidak memindahkan Danial. Hmm, macam2 masalah yang timbul. Terdahulu saya telah berbincang dengan pegawai perubatan. Menurut beliau, bagi anak2 yang menghadapi masalah pembelajaran, keperluan survival adalah lebih dahulu yang sepatutnya ditekankan. Biarlah mereka boleh berdikari dahulu, baharulah diajarkan ilmu2 lain.

Tetapi setelah beberapa orang sahabat saya menghantar anak-anak mereka ke tadika Celik Minda, paradigma saya telah berubah.
"Anak-anak mereka sudahlah petah dan bijak bercakap-cakap, hantar pula mereka di tadika. Sudahlah Danial ketinggalan, dihantar ke nurseri sahaja pula." saya bermonolog.

Lantas, saya pun berjumpa sekali lagi dengan bos tadika tersebut. Kami berbual dan berbincang panjang lebar. Lega saya mendengarkan semangat beliau dalam mendidik anak-anak, walaupun untuk kanak-kanak seperti Danial. Setelah mendaftar dan membayar yuran, kami diberikan beg sekolah, buku-buku dan alat tulis. Begitu bangga Danial mendapat bahan-bahan tersebut... Dan kini dia sudah gembira dengan sekolah barunya...