Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Cuti Lagi..

Afiq, meraikan kejayaan dapat menjadi pelatih MAS
Hajar, Syamil, Danial dan saya
Anak saudara saya, Ahmad Ghazee dan Nur Asyikin
Saya dan bonda saya pada majlis menyambut menantu (anak saudara saya) Hari mula-mula Danial masih takut air, tengok saja dulu..

Alhamdulillah...
Setelah terasa cuak, fobia dan pelbagai kebimbangan untuk pulang ke kampung akibat tragedi berdarah lebih kurang 2 tahun lepas, alhamdulillah, saya dan 3 orang anak berjaya juga pulang bercuti di kampung kelahiran saya di Kelantan. Sebelum ini saya hendak menyambut Hari Raya Haji di kampung, tapi, apabila tiba masanya, ada pula aral datang melintang, terpaksalah saya batalkan. Tetapi, hajat kesampaian juga, dan kami pulang dari 10hb 12 hingga 17hb 12.

Perkara pertama yang menyambut kepulangan kami ialah betapa terharunya bonda saya menyambut kami berempat. Beliau yang sudah mencecah 82 tahun begitu lama memeluk saya, mungkin tidak menduga akan dapat berjumpa kami lagi. Dengan Danial yang pertama kali dilihatnya semasa berumur 36 hari kini sudah berusia 2 tahun.

Doa saya supaya kepulangan kali ini mengembirakan, nampaknya anak-anak sayalah terutamanya begitu gembira di sini. Syamil seronok kerana dapat bertukar angin, berjalan-jalan, dapat ke kolam renang (4x), makan-makan dan berakhir dengan Kem Menggilap Permata di masjid dekat rumah kami. Ada juga berita yang berat untuk ditelan, tapi, saya menerimanya sebagai satu daripada adat kehidupan. Syukur kerana Allah memberi saya/kami kekuatan dan, ramai yang sanggup bersusah bersama-sama kami dan meringankan bebanan kami. Saya tidak akan lupakan semua jasa2 yang dicurahkan, semoga Allah anugerahkan yang terbaik...

Jadi, kami akhiri tahun hijrah yang lepas dengan 'bahagia' dan syukur. Hari itu saya juga sempat menziarah kuburan anak saya, juga ayah saya (dll). Sudah dua tahun 1 bulan arwah anak saya bersemadi di sini. Tepat 2 tahun dia disemadikan, anak saya Maryam bermimpi berjumpanya dan arwah menyebut2 diri saya. Betullah roh balik ke dunia dan dapat melihat kita... Subhanallah!

Doa tahun baru hijrah kami dapat baca di dalam perut bas Transnasional 2 tingkat dari KB menuju Seremban. Azam tahun baru? Semalam ialah sejarah, hari ini ialah misteri, dan esok ialah harapan... Allah tahu kepada siapa Dia duga. Dia Tuhan Yang Maha Adil, Pengasih, Penyayang dan tidak sesekali menyusahkan hamba-hamba-Nya. Sedangkan makhluk-Nya yang begitu halus di dasar laut pun, Dia tahu, apa lagi kita makhluk-Nya manusia ini...

Tuesday, January 27, 2009

Wet World Pedas dan Sup Makaroni


Hajar, Danial dan Maryam



sedang gayat main air, nak ambil gambarpun tak nak posing..

Sekolah kami bercuti selama seminggu sempena cuti Raya Cina. Sekolah kami mempunyai ramai guru dan pelajar berbangsa Cina. Setahun belakangan ini saya amat menghargai cuti dan berharap masa ini dapat mengurangkan masa di sekolah..hehe sebenarnya masalah mata saya belum pulih betul lagi, masuk ke kelas saya masih terpaksa memakai kaca mata hitam, masih kurang selesa berhadapan dengan pelajar...

Sudah lama saya berhajat untuk membawa keluarga saya ke tempat rekreasi, sebagai aktiviti keluarga. Oleh sebab banyak sangat halangan, jadi, kami buat juga perancangan untuk mandi manda dan lepak-lepak di Wet World Pedas. Jauhnya dari rumah kami kira-kira 7.5 km saja.

Acara ini merupakan yang pertama kali diikuti oleh anak saya Danial. Mula-mula dia takut juga apabila dimasukkan ke dalam air. Lepas tu dia seronok. Dia memang suka main air.

Oleh sebab rumah kami dekat, kami boleh sampai cepat dan balik pun agak cepat. Wet World kali ini memang ramai orang hinggakan nak sewa pelampungpun sudah kehabisan. Anak-anak main gelungsur gergasi tanpa pelampung, kena que lama sebab barisan yang tidak ada pelampung que panjang sangat, mereka dapat 2-3 pusingan saja. si Zahid pula (tiada dalam gambar), mengelat sikit, dia pandai mencelah-celah, jadi dapatlah berbelas-belas kali meluncur... Zahid pulang bercuti dari PLKN. Katanya sekarang jadual masih aktiviti teori/akademik, aktiviti lasak belum lagi kat PLKN (boringlah tu).

Balik je jam dah 2 lebih. Terasa nak makan makaroni pula. Haa..bagi yang baru nak belajar masak makaroni sup, ni ada resepi atau tips bagaimana nak bikin sup yang sodap..

Sup Makaroni (8 orang makan)

7 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah (dua-dua ditumbuk)
20 biji lada hitam (tumbuk)
hirisan ayam
udang
fish ball, fish cake,
sayur mayur spt carrot, kailan, kubis bunga, apa2 yg dusukai termasuk tomato
makaroni untuk 8 orang makan
air secukupnya

cara-cara
Tumiskan bawang, masukkan lada hitam, kemudian masukkan hirisan ayam, dah mesra masukkan air.

Masukkan sayur yang keras dulu, udang dan semua sayur(saya suka kailan) Jangan lupa masukkan garam..
Sementara tu panaskan air, masukkan makaroni, dah lembut angkat dan toskan..

Angkat kuah sup, masukkan daun sup, daun saderi..

Nak sedap lagi sediakan kicap pedas. Kicap pedas saya mudah saja, tapi best..

Kicap pedas;
Kicap (kipas udang manis)
asam limau (kasturi ke, limau nipis ke tak kisah)- perah dalam kicap tu, secukup rasa.
cili padi (hiris nipis-nipis)

Sebenarnya saya masak ala-ala profesional iaitu main hentam je, tiada sukatan khusus.. Tapi nak sup yang sedap ialah rahsianya jangan lupa : bawang putih, lada hitam, banyakkan bahan-bahan seperti ayam, udang, fish ball dan seumpamanya..walaupun tak bubuh serbuk perasa tapi rasanya memang kelas...
tip yg kelakar ialah biasanya kalau memasak saya suka doa, hehe kena jaga reputasi sebagai jurumasak.. kalau memang sedap tu kan jangan lupo kata alhamdulillah...

Petang ni insya Allah nak masak kue teaw sup pula (juga dikenali sebagai chinese kue teaw)

kue teaw sup/ chinese kue teaw (8 orang makan)
untuk kuah:
bawang putih ,bawang merah (macam tadi)
hirisan ayam, udang,
kiub/pati/serbuk ikan bilis
telur ayam
sayur mayur (carrot, kailan, bunga kubis, apa-apalah)
kue teaw (2 bungkus)

cara-cara
tumiskan bawang,
masukkan ayam,
dah mesra masukkan air,
masukkan kiub ikan bilis
masukkan semua sayur dan udang
masukkan telur, kacau tanpa henti supaya telur tu halus-halus.
Telur dah masak tutup api.

Sementara tu, panaskan air, celur kue teaw. Sekejap je,`angkat, toskan.
Hidang. Taburkan daun sup dan saderi. Sediakan kicap pedas juga.

Tips kuah yang sedap, jangan lupa kiub ikan bilis. Sebenarnya saya memasak tak suka guna bahan perisa, kecuali masak kue teaw sup dan nasi ayam. Nasi ayam dalam kuahnya saya masukkan serbuk lada sulah. Kalau dulu saya masukkan serbuk lada sulah aji shio.Guna serbuk lada sulah biasa pun dah ok..

Wednesday, December 17, 2008

Foto kenangan-kenangan


Gambar ni semasa kami di Cameroon Highland

Ni gambar Danial sehari dua selepas balik dari hospital, ala comeinya..

Sarah, Hajar dan Syamil masa kecil-kecil dulu...

Foto kenang-kenangan

Aidil Fitri 2008, kehadiran orang baru, Ahmad Luqman Danial (baby) di samping abang-abang dan kakak-kakak - Afiq(baju biru), Maryam (biru), Zahid (merun), Hajar (merun), Syamil (hijau muda).

Thursday, October 02, 2008

Lagi foto rumah


Sweeping willow ditemani bird bath yang saya hiasi dengan teratai merah jambu.



Rumah kami dari sudut kanan, yang nampak separuh saja itu ialah pergola. Selain thumberghia saya juga ada tanam bunga toking, rupanya seperti gambar 'my profile' pada sudut atas blog saya..pengenalannya; gugusannya sungguh wangi mengharumi malam sang penghuni..
Anak-anak di depan sweeping willow, sayang kat pokok ni kalau boleh nak bawa sama pindah... tapi nampaknya dia serasi di sini. Semoga tuan barunya mengekalkan pokok ini.
'Bila dah rimbun dan tinggi boleh diletak bangku atau buaian di bawahnya..
(sebenarnya ni 'pokok keluarga' kami, di rumah baru nanti saya akan
menanamnya lagi, insya Allah)

Aidil Fitri 2008

Saya dan anak-anak; berbaju biru ialah Maryam, Afiq, berbaju merah Hajar dan Zahid, berbaju hijau saya dan Syamil, berbaju dark blue oren Luqman Danial

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua pengunjung. Memanglah saya tau blog saya tidak ramai yang datang bertandang tapi sebenarnya yang datang itupun dah di luar jangkauan saya, maklumlah.. hehe..(you know me..)

Raya tahun ni agak berbeza bagi kami sekeluarga kerana pada tahun ini seorang ahli keluarga telah bertambah dan seorang ahli keluarga telah tiada. Pada mulanya saya tiada mood untuk menyambut raya tahun ini. Pergi kedai / pasar raya nampak baju anak perempuan, pergi mana-mana nampak bebayang arwah. Semasa saya ke the Store Ampangan (dulu Ocean) hati saya terharu sangat sebab tempat tu dulu kami selalu kunjungi. Masa tu anak-anak masih kecil, berlari ke sana-ke sini. Lepas membeli-belah kami melepak kat A&W. Sudah lama kami tak nikmati suasana sebegitu. Tahun ni ikutkan hati tidak mahu buat baju raya, masih tiada kemahuan untuk bermeriah. Tapi kedua-dua anak perempuan saya beria-ria memujuk saya menempah baju raya. Untuk meraikan mereka saya belilah 2 pasang. Raikan mereka yang ada, doakan yang tiada, dan saya 'mohon' 'Tuan' anak saya menyediakan pakaian cantik untuk arwah di sana..

Perbezaan kedua ialah (99%) ini merupakan kali terakhir kami beraya di Negeri Sembilan. Ya.. kami dalam proses untuk berpindah negeri, balik ke kampung..bagai seluang pulang.. eh lupa pulak peribahasa ni.. buat pengetahuan pengunjung, saya ni musafir kelana. Saya telah merantau sejak tingkatan 2 lagi, saya bersekolah di Terengganu (ape kabor oghang teganung? saya best sangat kat sana), kemudian ke Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS), kemudian lagi ke UM, KL. Sambung KPLI di Jitra Kedah. Posting pertama di Serdang Kedah, kedua ke SMKA Irshad Kepala Batas, minta tukar ke N. 9.. duduk di N. 9 pun dah nak masuk 11 tahun..

Banyak juga indahnya merantau ni, boleh kenal negeri orang. Setakat ini kenalan/ jiran-jiran melayan kami dengan sangat baik. Macam di N. S ni ada yang dah rasa macam adik beradik (sedihnya masuk part ni). Kawan-kawan bersedih ramai di sini.. tapi tu lah, tinggal merantau ni bagai never ending story.. Saya berhajat berjalan ke rumah-rumah sahabat/ jiran/ kenalan, mungkin ini kunjungan kali terakhir..

Ada berita tak berapa best raya kali ini iaitu seminggu lepas raya saya kena berkursus PTK di JB. Ada ke macam tu? 8 hari ! Nak tolak dah tak sampai hati. Sebelum ini dah 2 kali saya tolak iaitu pertama saya menjaga anak sakit di HKL. Kali kedua walaupun kami dah berada di rumah tapi anak-anak masih tidak betul-betul sihat. Tak salah kebimbangan saya iaitu ketika pada hari Isnin (panggilan ke2 yang saya tolak) anak saya Syamil yang darjah 3 tu, guru KAFAnya telefon, dalam nada cemas dia memberitahu Syamil kejang. Macam nak melayang saya pergi mendapatkannya. Syukurlah di Klinik Rembau ada x ray. Dapatannya bahu anak yang patah dulu sudah bercantum tapi tidak betul. Impaknya timbul kekejangan di leher, bahu dan muka.. syukurlah dia pulih dalam sehari dua. Cuba bayangkan kalau saya pergi berkursus di JB saya dapat call sebegitu? ..

Jadi raya ni orang dok sibuk buat persediaan raya saya dok merangka kerja kursus dan menaip. Saya pilih tajuk yang direct iaitu 'usaha-usaha meningkatkan Kokurikulum di sekolah anda' (lebih kurang begitu tajuknya). Pengetua syorkan saya ambil tajuk ke 2 iaitu tentang motivasi, bagus jugak tajuk tu tapi dalam masa yang singkat nak buat tajuk yang terlalu umum dan memerlukan banyak rujukan baru, terpaksalah saya ketepikan..sementelah saya suka juga bab koku ni..bolehlah letak gambar-gambar yang ada sebagai lampiran..(hehe)

Tapi, janganlah kata saya sibuk sangat sampai tak bersedia menyambut tetamu..meh meh , jemputlah ke rumah kami.. resepi bikinan sendiri? haha (gelak besar tuh).. tapi yang pastinya juadah yang kami sediakan mengikut selera orang muda..(ikut anak)..

okey dulu lah. Nak sambung berkemas. Kami berkemas 2 dalam satu iaitu untuk sambut raya dan untuk 'bungkus' yakni persediaan untuk berpindah negeri..

Monday, August 18, 2008

Alahai Danial..

Pada 14 Ogos lepas genaplah umur anak kecil saya 9 bulan. "Bagaimana dia sekarang, apa khabar dia, apa dia dah boleh buat?"

Itulah soalan-soalan yang sering diajukan tentang Danial. Secara amnya, dia bayi comel, suka manja manja macam bayi-bayi seusianya, cuma ada beberapa perkara yang agak berbeza.
Rakan sebayanya sudah laju merangkak, sudah hendak memanjat, sudah tumbuh beberapa batang gigi, sudah boleh memanggil beberapa panggilan selain mama.

Danial mencuba mengangkat badannya seperti hendak merangkak tapi jatuh balik, cuba dan jatuh balik hingga saat ini. Tapi semalam dia cuba memanjat dan berdiri. Tapi kaki dia masih tidak kuat. Sekejapan dia akan jatuh dan perlu dipegang sentiasa. Gusi pun dah rasa "tajam", biar baru sebatang tapi itu sudah okey.

Saya tahu walaupun dia agak pendiam (low profile...) tapi semangat dia kuat. Saya tidak boleh memaksa dia supaya pencapaiannya seperti bayi-bayi lain. Dia baru 9 bulan. Doktor kata dia baru nak belajar sesuatu disiplin ilmu, dia sakit, dan sakit... 7 minggu terlantar di hospital bukan tempoh yang sebentar.

Yang penting dia terus menunjukkan perkembangan positif dari sehari ke sehari. Kalau dulu dia boleh demam berterusan (hingga 3 minggu) dan bikin saya memanjang cemas, tetapi sekarang keadaan sudah agak stabil. Baru-baru ni demamnya sudah normal seperti kanak-kanak lain.

Satu yang saya suka tentang dia lagi ialah dia penyabar, dan suka dengar zikir di Astro Oasis, dan menikmati bacaan-bacaan termasuk ayat-ayat suci. Semasa di dalam kandungan lagi saya banyak berdoa dan bermunajat untuk dia (anak-anak lain jangan cemburu, yang lain-lain pun saya baca juga, cuma situasi riwayat hidupnya berbeza daripada yang lain). Semoga dia dapat menjadi pejuang agama Allah seperti yang saya harap-harapkan.