Selamat Hari Lahir Danial. Ahmad Luqman Danial. Dia sudah genap 3 tahun kini. Mengapa nampak muram di hari lahir? Demam? Oh dia demam panas. Kesihan.
Anak yang paling banyak diberi ujian. Dia masih tidak mengerti sebenarnya. Ujian-ujian mungkin lebih tepat untuk keluarganya, dan semua manusia di sekelilingnya. Dalam duka ada suka. Syukur kepada Allah atas segala anugerah dan mohon agar diberi petunjuk serta tidak kesesatan dalam mencari hakikat. Juga mohon kepada Allah agar diberi kekuatan dalam meredah segala onak dan duri kehidupan. "Dan selepas kesukaran itu ada kesenangan, dan selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan." "Dan sesungguhnya Allah sudah menetapkan segala sesuatu ada kadar-kadarnya." "Dan pahala bagi orang yang sabar itu tidak ada batasannya." Janji-janji Allah itu pasti benar...
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Saturday, November 20, 2010
Wednesday, September 09, 2009
Salam Semua
Hmm, sekadar nak memeriahkan tarikh 09.09.09..
Kepada anak-anak yang menjalani UPSR semalam, makcik ucapkan selamat menjawab, semoga anak-anak akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti ya.
Kalau anak makcik Sarah masih ada, tentu dia juga teruja menjawabnya. Itulah salah satu sifatnya, iaitu macam seronok sangat menghadapi ujian atau peperiksaan. Banyak perkara yang mengujakan anak makcik; seperti kalau ada pertandingan sama ada di sekolah pagi atau sekolah fardu ain pun arwah suka untuk menyertainya.
Sebenarnya ada juga makcik terfikir hendak ke sekolah arwah, mengucapkan selamat maju jaya kepada teman-teman arwah. Makcik tidak lupa semasa arwah berada di darjah 3 lagi sekolah mereka telah menggalakkan study group. Pelajar dalam kumpulan 5/6 orang akan berkumpul pada hujung minggu di rumah salah seorang pelajar. Mereka akan membuat bersama-sama kerja sekolah, buku skrap dsb. Yang selalu menawarkan diri untuk jadi tuan rumah ialah Liana. Keluarga Liana pun rajin layan arwah. Makcik sungguh terhutang budi kepada Liana dan keluarga.
(Dan semua guru-guru SKUR, kawan-kawan Sarah dan keluarga masing-masing). Tetapi makcik tidak ke sekolah anak makcik. Ada beberapa perkara yang makcik masih belum bersedia untuk menghadapinya. Makcik rasa makcik tak begitu kuat untuk melihat kamu semua menjalani peperiksaan itu. Makcik dapat rasakan anak makcik sayangkan kamu semua, itulah yang makcik tidak sanggup berhadapan dengan kamu semua pada saat-saat ini.
Makcik doakan kamu semua berjaya dengan cemerlang ya. Insya Allah.

Sunday, March 15, 2009
Kenangan Danial
CTscan. Saya pun sudah tidak terkira berapa kali Danial sudah diCT scan sama ada di Hosp Temerloh, Hosp Tuanku Jaafar atau HKL
Nampak kan tiub di belakang kepala Danial. Itulah sambungan tiub yang dipasang untuk membuang saki baki 'subdural emphyma' selepas pembedahan. Untuk rekod, sepanjang Danial sakit, dia sudah dibedah 3 kali dan kalilah tiub itu dipasang di kepalanya.
Beberapa jam selepas dibedah, muka Danial membengkak. Darah turun ke muka. Kejadian ini mengambil masa 2-3 hari.
Selepas pembedahan kali ketiga, sebaik dia sedar dari dibius. Kelihatan di kulit kepalanya seperti bergelung. Itu merupakan tiub yang dipasang untuk mengalirkan lebihan 'subdural emphyma' yang dideritainya.Ini ialah sebahagian kisah tentang Danial. Gambar-gambar yang terakam di dalam telefon bimbit saya baru dapat disedutkan ke dalam laptop saya. Masalah bluetooth.
Subscribe to:
Posts (Atom)