Showing posts with label pokok bunga. Show all posts
Showing posts with label pokok bunga. Show all posts

Thursday, September 08, 2011



Pasu bunga panjang berbentuk curve ini betul-betul di bawah tingkap utama bersebelahan pintu masuk ke rumah. Saya letakkan di sini ros dan ros mini.

Ini plumeria merah. Ada sepohon lagi plumeria berona peach yang berbau segar harum sekali.

Tak silap nama pokok ini ialah tilapia. Pokok ini diberi oleh kakak saya yang
juga hantu pokok bunga.

Ini pula pokok iris yang juga diberikan oleh kakak saya.

Pokok drako..cantikkan.. Pokok ini kelihatan seperti pokok phony tail, tetapi tidak berbonggol di bahagian bawah. Batangnya lurus dan bercabang..memang cantik.

Sunday, April 19, 2009



Thumbergia

Pada bulan November tahun lepas saya telah mengisi borang tukar dari Negeri Sembilan ke Kelantan (online). Dukacita permohonan saya tidak berjaya. Saya membuat rayuan tetapi masih gagal.
Pada 1 April lepas saya sibuk mengisi borang tukar lagi, kali ini untuk DG29 dan DG41 saja yang isi secara online, saya DG44 isi secara manual. Apa cerita kali ini tak tahulah...kali ini saya betul-betul menyerahkan nasib kami anak beranak kepada perancang terbesar kita, Allah swt. Terlalu rumit untuk ditulis di sini, saya sudah buntu dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir setelah pelbagai usaha yang telah dilakukan. Rumah saya yang dulu sudah ada pembeli nampaknya takdir saya tidak semudah itu. Perkara ini masih hang, saya terpaksa mencari pembeli baru...Maaflah ya kalau anda rasa tak faham, saya pun dah tak terlarat sebenarnya nak fikir, tapi saya sentiasa mengharap belas kasih Allah kepada kami.

Baik la, mari cerita tentang pokok di atas tu...Saya pernah menceritakan bagaimana sukarnya saya mencari benih pokok di atas. Saya ke nursery Sg Buluh, tak jumpa, saya melawat taman botani di Putera Jaya, pokoknya ada tapi tak jual benih. Pergi mana-mana nurseri tak jumpa, akhirnya ketika saya ke Tanjung Aru, Sabah, saya terjumpa pokok itu dengan meriahnya menghiasi resort semasa kunjungan peserta Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan. Dengan penuh rasa teruja (dan tak malu), saya meminta ihsan staf di sana untuk memberikan sedikit benih pokok tersebut.. mereka sebaliknya melayan saya dengan baik dan berpesan supaya saya mencelupkan batang yang dipotong menyerong ke dalam penggalak akar. 2 daripada keratan itu hidup dan selepas 5 bulan saya terkejut kerana julurannya sudah mencapai pergola saya dan mengeluarkan bunga!

Jadi, sebagai persediaan untuk berpindah (bila berpindah tidak tahu...), saya pun memotong beberapa batang pokok tersebut, mencelup dalam penggalak akar dan mencucuk dalam bag polisterin. Selepas tu saya jadi budak-budak..hehe, lepas je 3 hari saya mula berulang melihat keratan-keratan tersebut..masuk hari ke 6 ada yang sudah mengeluarkan pucuk! Subhanallah! Memang saya ada banyak keratan tersebut dan mungkin akan membiakkannya lagi... Saya ada terbaca dalam Majalah Laman, ada pembaca yang membeli pokok tersebut tetapi tidak mengeluarkan bunga, yang banyak ialah daun (mabuk daun). Jadi, sesiapa yang berminat kepada spesies pokok di atas, bolehlah hubungi saya.. Marilah sesama kita berkongsi keseronokan ini ya.

Saya ada juga membiakkan pokok kemuning. Kali ini percubaan saya sudah masuk kali ketiga, tapi masih tidak menjadi, sedih juga ni...apa formula ya.. Buat pengetahuan anda, pokok kemuningnya mungkin spesies jasmin, berjambak, putih dan sangat wangi. Kalau berbunga biasanya penuh satu pokok..ni yang buat orang gila ni.. Saya pula menanamnya berhampiran ruang lepak kami dan dekat juga dengan ruang tamu..wuih..segar dan ringan rasa kepala..
Tapi, macam mana nak buat pokok ni tumbuh ya. Saya nak jadikan sebagai pagaran. Bayangkan kalau semuanya berbunga...