Tuesday, July 08, 2008

Hanya bersaiz 'kebun'

Minyak atau petroleum sering menjadi alasan mereka yang tamak haloba untuk mengaut kekuasaan dan menghalalkan peperangan.


MALAYSIA hanyalah pengeluar minyak ke-25 dunia.


"Dunia dahagakan minyak. Siapa yang menguasai sumber ini, dia yang mencaturkan dunia," Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.

Lebih buruk lagi, harga minyak mentah di pasaran dunia kini bukan ditentukan oleh pengeluarnya, sebaliknya ia ditentukan di pasaran terbuka seperti pasaran niaga hadapan New York Mercantile Exchange (NYMEX). Persatuan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dahulunya pernah menunjukkan taringnya kini tidak mampu berbuat apa-apa. Dalam beberapa minggu ini, harga minyak di pasaran dunia naik hampir setiap hari.

"Kalau kita mahu membeli kereta, harga kereta ditentukan oleh pengeluarnya. Tetapi tidak bagi harga minyak. Harganya ditentukan di pasaran terbuka sekali gus membuatkan harganya tidak dikawal. Inilah akibatnya apabila satu pihak mendominasi sumber dengan sistem kapitalis dan liberal bermaharajalela," katanya yang yakin spekulasi di pasaran hadapan adalah faktor utama kenaikan.

Benar, minyak semakin berkurangan tetapi persoalannya, adakah sekarang kita sedang kekurangan bekalan minyak?

Wall Street Journal baru-baru ini memberitahu bahawa pedagang minyak mentah berkata, pasaran sedang 'menderita' bekalan yang terlalu banyak, bukannya terlalu sedikit!

Pengusaha industri, Harry C. Johnson pula menyatakan, beberapa pihak berpendapat harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini sebenarnya jika tanpa campur tangan spekulator hanyalah antara AS$50 hingga AS$60 dolar (RM196) setong!

"Ada kemungkinan juga, keadaan ini berlaku sebagai percaturan menggugat kebangkitan negara-negara yang sedang membangun. Saya melihat krisis ini amat besar sehingga akan mempengaruhi trifungsi sejagat iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerana ekonomi yang teruk, masyarakat menjadi susah dan akhirnya iklim politik di banyak negara berantakan," kata Md. Shukri.

Amerika Syarikat (AS) merupakan negara pengeluar minyak ketiga terbesar tetapi ia bukan pengeksport minyak yang besar, sebaliknya pengimport dan pengguna minyak nombor satu dunia. China merupakan negara membangun yang berada di tangga kedua pengguna minyak dunia. Bahkan dijangka, perkembangan keperluan minyak China akan lebih pantas daripada AS.

Harga minyak mentah dunia juga diukur mengikut dolar Amerika. Kerana nilai dolar Amerika yang tidak menentu akhir-akhir ini, kita terpaksa mengikut rentak kenaikan harga.

Justeru, berbalik kepada kenaikan harga minyak di negara ini, kita harus memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Tangan dunia pun terpasung untuk membetulkan keadaan ini, masakan kita mampu mengekangnya?" soalnya.

Benar, negara kita merupakan negara pengeluar petroleum, tetapi adakah ia begitu besar seperti yang 'dimomokkan'? Andai dilihat pada atlas, didapati sebahagian besar negara di dunia merupakan negara pengeluar petroleum. Kita cumalah negara pengeluar yang ke-25. Layakkah untuk kita membandingkan harga petrol di negara kita dengan negara Arab Saudi, Kuwait, Venezuela dan sebagainya?

"Minyak kita cumalah laksana 'kebun', 'ladang-ladangnya' nun jauh di Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Amerika Syarikat, Rusia dan sebagainya. Kenaikan harga minyak mungkin dilihat memberi kelebihan kepada negara pengeluar, tetapi ada timbal baliknya. Segala kos yang lain akan bertambah, kadar tanggungan import produk lain bertambah," katanya.




Mungkin apa yang membuatkan Malaysia menyerlah dengan petroleum ialah negara ini mempunyai sebuah syarikat pengurusan minyak terbaik, Petronas.

Syarikat ini dianggap begitu gah sehingga ada yang menyenaraikannya dalam The Seven Sisters (satu gelaran bagi syarikat-syarikat minyak terulung di dunia) yang baru daripada lebih 100 syarikat minyak di dunia.

"Hakikatnya, itulah kebijaksanaan Malaysia. Bagaimana kita mampu mengurus sumber yang kita miliki walau dalam keadaan yang sedikit. Kita menubuhkan Petronas dengan usaha kita sendiri, tidak seperti Saudi Aramco yang dimiliki Arab Saudi, pengeluar terbesar minyak di dunia, tetapi ditubuhkan oleh AS.

Ekonomi kita bahkan lebih baik daripada beberapa negara OPEC seperti Nigeria. Bahkan, hampir 40 peratus daripada pendapatan negara kita adalah disumbangkan oleh syarikat ini," ujarnya.

Apa pun, sesuatu perlu diakui, minyak adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan minyak Malaysia dijangka akan habis tidak sampai 20 tahun lagi. Seandainya ini berlaku, dari manakah sumber pendapatan utama kita nanti?

Oleh itu, kita perlu beringat dari sekarang. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Keuntungan yang kita miliki hari ini tidak boleh dihabiskan kesemuanya sekarang. Sebahagian wang perlu dilabur demi memastikan keuntungan dan kemakmuran dapat dikecapi berpanjangan. Kesempitan yang kita terpaksa deritai ini adalah demi generasi akan datang. Kita harus berganding bahu dan bertolak ansur dalam mendepani krisis ini.

Setidak-tidaknya, kita perlu menerima hakikat bahawa inilah natijah daripada kehidupan yang harus dilalui pada zaman ini. Manusia telah melalui zaman batu, besi, gangsa, arang batu dan kini giliran minyak. Entah-entah apabila giliran tenaga solar menjadi sumber tenaga utama, matahari pun ingin dikuasai manusia!

Friday, July 04, 2008

??

Ie.. tak gembiranya!
template kegemaran saya tiba-tiba hilang dengan sekelip mata.. Dengan satu klik saja semuanya bertukar.. adus.. sedih tiada guna..
namun saya masih bersyukur sebab yang hilang hanya template, bukan isi kandungan. penulisan ini walaupun sedikit namun tetap berguna suatu hari nanti. lantas saya muhasabah diri.. ini baru urusan dunia, asal iman dan akidah kita tidak berubah, tertukar atau hilang...
nampaknya link-link kegemaran saya semua sudah hilang. jika tidak keberatan sesiapa yang sudi untuk dilink sila beri adres dengan url sekali..huhu..
(dulu x studen (akmal) yang tolong buat template tu, kalaulah ada sesiapa yg sudi membantu.. talian hayat..)

Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar

Dilulus terbit pada Saturday, February 03 @ 00:14:32 MYT oleh Din-Cryptos
Fikir Sejenak Oleh MARSHA TAN

JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.


"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan "bapa".

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun meminta bantuannya," tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri.


Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima mudah agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.

Komen anda bagaimana?

Saya ada meminta kawan yang mengerti bahasa Cina untuk menterjemah artikel berkenaan Zulhaidi ini yang disiar dalam suratkhabar Cina. Saya juga ada menggunakan online translator untuk menterjemahkan artikel online suratkhabar Guang Ming. Menurut artikel tersebut, Zulhaidi sejak remaja lagi telah teringin makan makanan ala Cina termasuk yang mengandungi babi dan arak. Oleh itu, walaupun beliau membesar dalam keluarga Melayu Islam tetapi beliau tetap cenderung kepada naluri Cinanya. Pada saya, inilah satu contoh jelas di mana keluarga memainkan peranan penting kerana Zulhaidi hanya seorang bayi apabila dibawa pulang oleh keluarga Melayu Islam tersebut. Lihatlah apa yang umat Islam sendiri lakukan kepada anak-anak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hisap dadah, cerai berai dan membiarkan anak-anak mencari makan sendiri pada usia muda. Allah SWT hendak menunjukkan kepada kita akibatnya jika umat Islam tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan anak-anak. Lihat sahaja anak Melayu yang tertukar dan menjadi anak keluarga Cina Teo Ma Leong itu, yang bernama Tian Fa, tidak berminat mencari keluarga Melayunya yang asal, mungkin sekali kerana keluarga Cinanya telah menjaganya dengan baik. Semoga kita mengambil pengajaran daripada kes ini.

Astaghfirullahal adzim..

Kisah ini memang menyedihkan. Tapi, tidaklah menghairankan sangat, sebab orang Melayu sekarang yang dijaga oleh keluarga Melayu sendiri pun banyak yang dah tunggang langgang. Sembahyang, puasa kemana. Arak, judi, zina, murtad dan semua larangan, mana yang orang 'Melayu' tak berani buat...



Saturday, June 28, 2008

Dinar Emas

Patutlah Mahathir Suruh Pakai Dinar Emas (dipetik dari TranungKite Online)

Oleh Jongos_Dungun "Apa pendapat korang?????Kalau camtu duit banyak dalam bank pun no point lah gak... takut siot.......dahlah takde harta, poket kosong, bank kosong.....nak beli tanah pun takde duit....Pakar2 ekonomi dunia meramalkanakan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg bolehhancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapisekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuksokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam ygmerujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkanperkara ini pasti akan terjadi)Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.

Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni takmungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia niChristian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan buktiberupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor diHavard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih terukdaripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTUREFASTFOWARD.Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nakjumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dahnak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duitemas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat diDubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku,org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalamakaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya DrM dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapikehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentukangka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentukangka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung dirumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruksekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pundi masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasalmoney creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasalni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia(i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kitahanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangantengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macamni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, WeeklyCommentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh diaccess via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, akubuat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapattahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg adaair mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak. Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di USdan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepadanegara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asalusul bank) Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas ygmenurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudianhari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THEDEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dankemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemardengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. MiddleEast dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidakada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bum ini hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaganuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapikekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlmbank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikanpada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagihadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertasdan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebabkepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia1997 angkara George Soros dulu.

Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan barutahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUITKERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapattahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duitkertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negaralain di mana tiga per empat daripada dolar sekarangsedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masauntuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolarAmerika). Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a largeimbalance of growing indebtedness by the US is a risknot only for the US economy, but for the world economy.Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas overtime there is only one direction for the dollar to golower.Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : weview them as TIME BOMBS both for the parties that dealin them and the economic system.Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,we have a 75% chance of a crisis within 5 years.Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskanpemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat akuni, terpulang lah. Wallahualam"

article ni sangat bagus dan ada benarnyer....untuk makluman bagi sesiapa yg ada lebihan kewangan, elok lah beli gold bullion di bank negara (kijang emas) ada 3 saiz, 1oz, 1/2 oz dan 1/4 oz... 1oz = 31.05gram.... oz adalah sukatan emas utk troy ounce.... harga emas sekarang ni tengah mendatar dan di jangka akan naik x lama lagi.... sekarang average kijang emas utk 2 minggu kebelakangan ni dalam RM 3050/oz.... di jangka harga emas akan kembali meningkat mulai july/ august nanti... banyak faktor yg mempengaruhi turun naik harga emas ni.... x caya, buka website BNM, & tengok statisktik harga emas utk 5 tahun.... kalau nak tengok international market, surf lah website http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page1? [www.mineweb.com] subscribe dier nyer newsletter pun free jer.... dier akan update latest news berkaitan emas & other base metal macam platinum, silver, copper, zinc, paladium dll.... tetapi secara average, pulangan emas adalah at least 20%-30% setahun.... lebih menguntungkan dari simpan dalam ASB.... kalau pun apa yg dikatakan di artikel atas tu x jadi, sekurang2 nya kita ada simpanan emas yg boleh digunakan kemudian hari.... ada pulak yg kata x liquid sebab. susah nak jual... kalau aku kata bodoh marah pulak.... kalau kat tangan ko dah ader 1troy ounce emas 99.999% pure gold 24k, ko ketuk mana2 kedai goldsmith, meleleh air liur apek tu nak beli..... tapi kena beli yg bullion la jgn beli barang kemas.... barang kemas tu biasanya emas 916(22/23k).... 916 ni maknanyer 91.6% kandungan emas, selebihnya elemen tambahan.... dari segi nilai pula barang kemas ni ada susut nilai sedikit sebab harga yg kita beli tu termasuk workmanship charges.... so nak selamat, beli emas 999/24k dalam bentuk gold biscuit or gold bullion....lagi satu advantage simpan emas ni kita kurang belanja sebab kena jual dulu baru dapat duit.... at least savings kita terjamin & emas ni pun kita tau x der susut nilai.... cuba kalau kita simpan nilai cash yg sama, baper lama leh tahan??? sebulan ??? dua bulan??? hati mesti meronta2 gatal nak guna jugak duit tu..... betul tak???? Tapi jangan lupa bayar zakat emas tau....selamat melabur....

Wednesday, June 25, 2008

Ustaz Aiman yang dedikasi...
Pelajar khusyuk mengaminkan doa..
budak2 koperator yang ceria..
Guru Kanan Teknik dan Vokasional hmm nak mencelah jugak.

Wah hebat jugak cikgu2 bidang teknik ni ya.. (bisik pengetua dalam hati)
Macam pelancaran filem Sepi...

Wow, roket naik dengan cantik dan tinggi! (kalau bertanding boleh menang ni..)
Kredit kepada En. Ramdhan dan En. Kamarulzaman.


Pelajar membuat persediaan untuk pelancaran roket.

Ucapan Guru Penolong Kanan 1, Encik Abdul Rahman































































Minggu Teknik dan Vokasional SMKUR 2008

Pengetua Cemerlang SMK Undang Rembau, Tn Hj. Rafiei melancarkan majlis perasmian Minggu Teknik dan Vokasional 2008
Pada 23hb Jun lepas, sekolah kami telah melancarkan Minggu Teknik dan Vokasional. Kali ni kami bergabung dengan koperasi sekolah yang juga melancarkan Hari Koperasi Sekolah. Pengetua kata, elok juga, konsep koloboratif. Perasmian dan pelancaran 2 dalam 1.





Friday, June 20, 2008

Cerita cerituk

Hrmm,
dok asyik cerita sedih dan geram dengan pelbagai krisis sejagat, mari kita sama-sama kongsi cerita kategori gembira sikit ni.

Pertama si Syamil.anak bujang saya yang berada dalam darjah 3 tu. Tadi saya ke sekolahnya untuk pertemuan 3 penjuru, itupun sebab teman terdekat saya beritahu ada perjumpaan. Suspens jugalah nak tahu dapat nombor berapa maklumlah esok periksa pun hari ni dok bermain-main lagi. Kata nak baca buku kira bertuah la. Haa.. dapat nombor 4, tak percaya pulak. Dalam akademik Syamil ni setakat ni agak 'low profile', tapi hairannya kadang-kadang dia boleh selesaikan masalah yang orang lain tak terfikir nak buat. Pagi-pagi dia tolong buka pintu pagar rumah dan panaskan enjin kereta. Budak ni saya rasa ada bakat jadi engineer.

Kedua ialah tentang anak kedua saya Maryam yang baru habis matrik. Semasa lepas SPM dulu dia minta macam2 institusi dan dapat matrik (9A 3B). Di matrikulasi saya suruh dia minta sains hayat. Alhamdulilah dia skor cemerlang. Sekarang dia dapat dua tawaran iaitu menyambung studi di UK dan bila pulang nanti akan menjadi pensyarah di matrikulasi. Tawaran kedua ialah jurusan perubatan di UKM dan kedua-dua perlukan jawapan terdekat. Kalau fikir faedah jangka panjang saya rasa baiklah ambil medik. Hati dia masih berbolak balik, saya serahkan pada dia membuat keputusan setelah dibuat analisis SWOT terlebih dahulu dan munajat kepada Allah agar tak menyesal kemudian hari.