Sunday, September 21, 2008

Gergasi ekonomi dunia ranap angkara riba

Oleh Abdurrahman Haqqi

KEKECOHAN berlaku di Bursa Saham di Sao Paulo selepas kehancuran Lehman Brothers, baru-baru ini.


Amalan mengaut faedah tanpa risiko nyata cetus ketidaktentuan sistem kewangan global

AYAT 279 surah al-Baqarah menegaskan maksudnya: "Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat)."

Bukti kebenaran wujud peperangan Allah dan Rasul-Nya terhadap pengamal riba dalam minggu ini adalah kehancuran Lehman Brothers dan Federal Housing Authority sebagai dua gergasi pengamal riba dunia berasal dari Amerika Syarikat (AS). Dan dalam hitungan hari selepas itu, Selasa lalu, satu lagi gergasi kewangan dalam sektor insurans yang beroperasi di 130 negara dan mempunyai 116,000 pekerja tidak termasuk pekerja separuh masa, American International Group Inc (AIG) sedang berada dalam proses untuk tumbang dan tinggal nama.

Bagaimanapun, ada 'tangan-tangan' yang berusaha untuk menyelamatkan AIG kerana ia dikatakan mempunyai keutamaan global sehingga 'pertolongan sesat' yang mulanya akan diberikan sejumlah AS$85 bilion oleh US Federal Reserve (Fed) sudah menjadi AS$500 bilion gabungan ta'awun 'ala al-itsm wa al-'udwan (bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan pencerobohan) bank-bank pusat Eropah, Britain, Jepun, Switzerland dan Kanada di samping Fed sendiri yang menambahkan jaminannya menjadi AS$265 bilion..

Jumlah wang yang begitu banyak yakni AS$500 bilion itu diperuntukkan untuk menyelamatkan satu sistem yang dimusuhi Allah yang mana jika ia diperuntukkan untuk kesejahteraan sebenar manusia sejagat sudah pasti akan lebih menguntungkan kepentingan kemanusiaan daripada kepentingan segelintir pengamal riba.

Penulis tertarik dengan komen yang dibuat oleh seorang profesor di Universiti New York, Nouriel Roubini terhadap 'double standard' kerajaan Amerika ke atas krisis Lehman Brothers dan AIG. Professor di Stern School of Business itu berkata, seperti dipetik Reuters, Khamis lalu: "�We're essentially continuing a system were profits are privatized and � losses socialized."

Sistem ekonomi kapitalis sebagaimana disifatkan Roubini ini adalah sistem orang kufur nikmat yang dianugerahkan Allah Ta'ala. Orang kufur nikmat yang tamak dan kemaruk harta dunia. Mari kita perhatikan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan mempunyai tabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut." (Surah al-Ma'arij: 19-21)

Firman Allah ini dijelaskan lagi dengan satu contoh dalam ayat yang lain maksudnya: "Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya. (Akibat syirik itu) jadilah mereka orang yang kufur nikmat yang Kami berikan kepadanya, dan (menjadi) orang yang hanya bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan." (Surah al-'Ankabut: 65-66)

Inilah yang berlaku dalam krisis AIG hari ini. Ketika mereka dalam keadaan memperoleh keuntungan sejak penubuhannya pada 1919 di China, mereka senyap dan berfoya-foya dengannya tanpa menghiraukan kepentingan orang lain. Tapi, ketika berlaku krisis yang berpunca daripada amalan riba yang diperangi Allah, mereka berteriak minta tolong sehingga seluruh dunia terkena kesannya termasuk mungkin insurans kereta anda dengan American International Assurance (AIA).

Pengalaman masyarakat antarabangsa moden membuktikan keburukan amalan riba sejak terjadinya krisis ekonomi 1929. Tapi mereka tidak serik-serik lagi kerana tujuan yang dicanangkan mereka belum wujud lagi. Tujuan yang akan membuat semua manusia menjadi hamba kepada segelintir manusia pimpinan Yahudi zionis seperti digariskan dalam protokol zionis dan pernah dikisahkan Shakespear dalam Merchant of Venice menerusi tokoh pengamal riba berbangsa Yahudi, Shelok.

Seorang pakar ilmu ekonomi, Prof G Haberler dari Universiti Harvard di AS menulis di dalam bukunya Kemakmuran dan Kemelesetan bahawa tiada suatu masalah yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan pakar ekonomi selain masalah yang berkaitan dengan nilai wang faedah atau faedah bank. Masalah ini masih suatu persoalan yang belum mencapai sebarang penyelesaian sehingga sekarang, dan ketika berlakunya kemelesetan terbesar di seluruh dunia kapitalis pada 1929, maka sistem perekonomian kapitalis hampir tumbang untuk selama-lamanya akibat merebaknya wabak pengangguran.

Pelopor dan pemimpin pakar ekonomi moden, Lord J M Keynes mengkritik sistem ekonomi klasik dan mengisytiharkan sikap bertaubatnya ke atas sistem itu, sambil melancarkan serangan yang tidak mengenal ampun terhadap faedah bank. Pandangan ini diikuti oleh muridnya, Sir Roy Harrod yang menerbitkan sebuah buku bertajuk Ke Arah Suatu Sistem Ekonomi Yang Bergerak Dinamik. Dalam buku ini, Harrod bukan saja membela pandangan Keynes, malah menokok tambah lagi dengan jelas dan terang dan beliau menyatakan bahawa sistem ekonomi bebas itu tidak boleh kekal dan tahan lama selagi masih wujud suatu puak tuan punya modal yang terus menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang melalui bank-bank di samping mengaut pendapatan yang dinamakan 'faedah' tanpa menghadapi sebarang risiko atau menjalankan suatu usaha dan pekerjaan yang membawa kebajikan. Puak itu menjadi beban yang terpaksa dipikul oleh penerima pinjaman yang terpaksa bekerja bertungkus-lumus menghadapi pelbagai bentuk risiko.

Oleh itu, Harrod berpendapat bahawa masyarakat perlu segera diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman kejahatan yang ditimbulkan oleh puak minoriti ini dengan cara melakukan suatu usaha berkesan yang akhirnya melakukan larangan dan pengharaman kadar faedah. Dan pada ketika itu semua pemilik wang terpaksa melaburkan wang mereka melalui pelbagai cara yang produktif yang memberi faedah kepada masyarakat. (Rujuk al-Jammal, Ensklopedia Ekonomi Islam, ii/432-3) Al-Quran al-Karim begitu tegas dan lantang sekali menyatakan hukum haramnya riba. Ia yang diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu sudah mengisytiharkan perang terhadap pengamal riba dan pada hari ini masyarakat antarabangsa dilanda wabaknya seperti diberitakan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW maksudnya: "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terbabit dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, dia akan terkena juga debu-debunya." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maka pada akhirnya, tidak ada jalan penyelesaian agar kita terselamat daripada bencana perang terhadap riba yang diisytiharkan al-Quran di atas selain sambungan ayat pada permulaan tulisan ini iaitu maksudnya: "Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." Dengan perkataan lain, sempena Nuzul al-Quran 1429 H ini mari kita hapuskan riba! Wallahu a'lam.

Saya sedang jenuh memikirkan bagaimana nak elakkan diri, keluarga daripada amalan riba ni. Mohon Allah beri petunjuk sempena bulan yang mulia dan penuh berkah ini...

Wednesday, September 17, 2008

Bukti Kebesaran Allah

Lafal Allah terdapat pada setiap Jantung Manusia.
Jika anda pergi jumpa dokter, cuba tanya dan lihat lagi dengan teliti
alur Urat yang terdapat pada jantung.

Mawar Merah di Angkasa
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak"
(Ar-Rahman: 37)
Gambar di atas adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih. Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu pada surah Ar-Rahman di atas.

Bukti Bahwa Bulan pernah Terbelah. Sekaligus ini membuktikan kebenaran dari Al-Qur'an surat Al-Qamar, ayat 1 :
"Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah "
(Q.S. Al-Qamar: 1)"

Lafaz Allah tertulis dengan Jelas di Tanah Africa, di lihat dari satelit.

Lafaz Allah di Tangan kita

Dua Tempat suci umat islam, di lihat dari atas satelit, berkilau.
Cuba download Google Earth, cari peta Arab Saudi,
cari titik yang bercahaya, anda akan dapat lihat sendiri kajaiban ini!


Kebesaran AL-QUR'AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur'an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah 'TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU'….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut

LANGSUNG TIDAK MENYENTUH 'HURUF-HURUF ASAL AL-QUR'AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB'…….SUBHANALLAAAH! !!!!!

MEKKAH BERKILAU --
Ini adalah hasil pencitraan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS. Masjidil Haram yang 'diintai' oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bagian Masjidil Haram saja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (NASA Astronomy Picture of The Day) (sumber : http://www.spaceima ging.com/ gallery/ioweek/ archive/01- 12-09/index. htm)SUMBER TELAH DIHAPUSKAN

Wednesday, September 10, 2008

JANGAN MENGELUH .

Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya. ...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!

QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

ihsan daripada emel mahligai/zaleha

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan datang lagi..

Syukur alhamdulillah...

kini kita sudah melangkah ke penghulu segala bulan. semoga kita sudah ada senarai apa yang hendak kita lakukan, sama ada dari segi fi'liyyah, qauliyyah atau batiniah..

ok lah, kita cuba buat yang terbaik seolah-olah inilah ramadhan terakhir kita...

(sedih pula sebut macam tu, teringat detik-detik ramadhan terakhir arwah sarah tahun lepas.. tahun ini apa khabarnya, saya percaya dia sering menjenguk kami di sini...mengenang saat-saat semasa bersama keluarganya...)

Thursday, August 28, 2008

Panas2!

Oleh sebab isu ni dah hangat sangat, rasa nak mencelah sikit jugaklah walaupun jika kita mengikuti politik Malaysia sedekad dua ini senarionya begitu memualkan.

Setelah jelas lagi terang parti pilihan rakyat, maka pihak pemerintah hendaklah peka dan faham apa hasrat rakyat sebenarnya. Buat pemimpin, anda sebenarnya memerintah di bumi yang rakyatnya jenis 'kami dengar dan kami patuh'.. Rakyat Malaysia bukan jenis memberontak seperti setengah-setengah negara jika terjadi sesuatu perkara deras betul tunjuk reaksi.

Namun, fenomena itu sudah berubah, dan yang mendidiknya anda sendiri. Rakyat Malaysia dari golongan muda pun sudah tahu menilai untuk masa depan. Bagus dan syabas.

Dan kepada pemimpin yang dipilih, sekarang anda sudah ada kuasa. Hargailah undi rakyat dan amanah yang disandarkan. Begitu banyak agenda tersenarai yang perlu digodek-godek dan dilangsaikan. Isu harga barang, rasuah, gejala sosial dll buat kita semua pening.. dan sekarang untuk anda mengotakan janji-janji anda. Dan rakyat sangat-sangat menunggu formula ajaib anda untuk memberesinya.

Kemenangan yang diperoleh merupakan satu petanda akan berlaku satu gelombang panas dan dahsyat bakal melanda politik Malaysia. Arus politik juga bak putaran jam ekonomi, tidak jumud dan akan berputar. PRU12 yang lepas merupakan permulaan tsunami bagi Malaysia dan nampaknya gelombang demi gelombang akan memukul pantai bahkan boleh merubah peta Malaysia!

Sebagai anak kelahiran Kelantan tsunami politik bagi kami tidaklah mengejutkan kerana kami sudah sering bermain ombak. Cuma kepada golongan yang leka berdondang sayang dan terus berangan tu, alamak padahlah jawabnya...

Rumusnya, kita semua menanti, mengikuti dengan penuh debar peristiwa demi peristiwa yang bakal melada negara kita selepas ini. Dan sudah tentulah...satu perubahan besar akan berlaku... tunggu..

Thursday, August 21, 2008

Pra Ramadhan

Kira-kira 10 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut bulan raja segala bulan. Ramadhan al mubarak. Saya pasti ramai antara kita yang sudah mula melipatgandakan ibadah bermula bulan Rejab, atau mungkin awal Syaaban, atau sempena nisfu Syaaban. Atau ada yang belum bermula? Jom mulakan sekarang. Setiap sesuatu perkara yang besar perlukan rehearsal kerana kita mahukan agenda itu berjalan dengan sempurna/positif. Mungkin Ramadhan ini Ramadhan terakhir kita?

Marilah kita membuat sedikit homework atau muhasabah apa target yang ingin kita laksanakan sepanjang bulan mulia ini. Mungkin dari segi ibadah yang nampak seperi solat sunat, tadarus, zikirullah, sedekah, selawat dsb. Atau ibadah yang tersembunyi seperti rasa tawaddu', harap, patuh, rindu, kasih dsbnya kepada pencipta kita.

Jom kita senaraikan.

Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup

Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian."

Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya."

Disuarakan oleh bijak pandai: "Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji."

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu." (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: "Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan." (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: "Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar."

Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: "Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya."

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Sabar, ringan di mulut tapi berat untuk dilaksanakan, dan ganjaran bagi sesiapa yang bersabar tiada batasannya, tiada sifir atau formula. Apa-apa dugaan yang dihadapi adalah daripada Allah juga dan kita hendaklah kembali kepada-Nya untuk sebarang jalan penyelesaian.

Monday, August 18, 2008

Alahai Danial..

Pada 14 Ogos lepas genaplah umur anak kecil saya 9 bulan. "Bagaimana dia sekarang, apa khabar dia, apa dia dah boleh buat?"

Itulah soalan-soalan yang sering diajukan tentang Danial. Secara amnya, dia bayi comel, suka manja manja macam bayi-bayi seusianya, cuma ada beberapa perkara yang agak berbeza.
Rakan sebayanya sudah laju merangkak, sudah hendak memanjat, sudah tumbuh beberapa batang gigi, sudah boleh memanggil beberapa panggilan selain mama.

Danial mencuba mengangkat badannya seperti hendak merangkak tapi jatuh balik, cuba dan jatuh balik hingga saat ini. Tapi semalam dia cuba memanjat dan berdiri. Tapi kaki dia masih tidak kuat. Sekejapan dia akan jatuh dan perlu dipegang sentiasa. Gusi pun dah rasa "tajam", biar baru sebatang tapi itu sudah okey.

Saya tahu walaupun dia agak pendiam (low profile...) tapi semangat dia kuat. Saya tidak boleh memaksa dia supaya pencapaiannya seperti bayi-bayi lain. Dia baru 9 bulan. Doktor kata dia baru nak belajar sesuatu disiplin ilmu, dia sakit, dan sakit... 7 minggu terlantar di hospital bukan tempoh yang sebentar.

Yang penting dia terus menunjukkan perkembangan positif dari sehari ke sehari. Kalau dulu dia boleh demam berterusan (hingga 3 minggu) dan bikin saya memanjang cemas, tetapi sekarang keadaan sudah agak stabil. Baru-baru ni demamnya sudah normal seperti kanak-kanak lain.

Satu yang saya suka tentang dia lagi ialah dia penyabar, dan suka dengar zikir di Astro Oasis, dan menikmati bacaan-bacaan termasuk ayat-ayat suci. Semasa di dalam kandungan lagi saya banyak berdoa dan bermunajat untuk dia (anak-anak lain jangan cemburu, yang lain-lain pun saya baca juga, cuma situasi riwayat hidupnya berbeza daripada yang lain). Semoga dia dapat menjadi pejuang agama Allah seperti yang saya harap-harapkan.