Friday, November 25, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah

1 Muharram = 27.11.2011/ Ahad
10 Muharram (Hari Asyura) =6.12.2011/ Selasa

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Doa Awal dan Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Sumber : Darulnuman

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka

maklumat lanjut sila layari: Al-Azim.com

kredit untuk Al Azim, Darulnuman, zanas wordpress.com

Wednesday, November 23, 2011

Ikhlas


Ikhlas..

Susahkah untuk ikhlas?
Mudahkah untuk ikhlas?
Kalau ikhlas mengapa bersedih?
Kalau ikhlas, mengapa marah-marah?
Kalau ikhlas, mengapa harus berasa kecewa?

Wednesday, November 16, 2011

Monday, November 14, 2011

Selamat Hari Lahir Ahmad Luqman Danial


Hari ini genaplah usia anak bungsu saya 4 tahun. Entri ini sekadar tanda kenang-kenangan akan perkembangannya.

Saya sudah sangat bersyukur kerana kosa katanya sudah bertambah. Saya tidak sepatutnya membandingkan pencapaiannya dengan kanak-kanak seusianya. Pada kes-kes tertentu saya terpegun sejenak kerana tidak sangka dia boleh berbuat demikian.

Awal bulan ini saya telah memasang sebuah rumah burung di sisi rumah kami, berhampiran dengan pokok akasia. Redup dan nyaman amat sesuai untuk 2 pasang serindit (love bird) kami. Hijau, kuning dan biru, sungguh comel. Tiga hari lepas, ketika saya dan Danial ke rumah burung tersebut, beria-ria Danial memberitahu (dalam bahasanya) makanannya (sekoi) telah habis. Saya perhatikan bekas makanan masih separuh berisi, tetapi dia berkeras mengatakan makanan sudah habis.

Sayalah yang teruk. Untuk makluman, bijirin sekoi berbentuk bulat halus. Serindit ialah sejenis burung yang teliti dalam bab pemakanan. Mereka akan bertenggek di bekas makanan dan mengupas/ menguliti bijirin itu dan memakan isinya sahaja. Yang terdapat dalam bekas itu hanyalah kulitnya (yang masih elok, tidak hancur).

Saya lalu mengambil bijirin itu lalu mengisikannya ke dalam bekas makanan. Oh, Danial lebih bijak daripada saya! Selama ini dia memerhatikan tabiat burung ini bersama-sama abangnya Zahid dan syamil..huhu..

Melahirkan Danial, menjaganya dan membesarkannya merupakan saat-saat paling mencabar bagi diri saya. Dia dilahirkan dalam kegelutan hidup kami. Dugaan hebat dan perit.

Pada malam saya ke hospital untuk bersalinkannya, itulah pertama kali saya menaiki ambulans. Kemudian, dia dimasukkan ke wad di Hospital Tampin sebanyak 2 kali kerana kuning. Semasa usianya 36 hari dia kemalangan, mengalami pendarahan beku di kepala. Sebulan lebih selepas itu dia dibedah 3 kali dan terlantar di HKL selama 7 minggu.

Perkembangan dirinya tidak seperti kanak-kanak lain. Kadang-kadang saya rasa bosan untuk membawanya bertandang ke rumah sesiapa. Sesiapa yang tidak memahami keadaannya akan membuat ulasan yang kurang sedap dihadam telinga. Karenah Danial pun satu, agak lasak.

Selepas berpindah dari N. Sembilan ke Kelantan, Danial diserang demam panas dan ditahan di wad pula. Pernah kakinya patah kerana ditimpa televisyen (dia jugak yang panjat)..

Semoga Allah mengampunkan saya kerana kadang-kadang bersungut. Saya perlu bergaul dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah sama. Berbincang meluaskan minda.


Sesekali saya berfikir setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya mempunyai 7 orang anak. Seorang sudah berpulang kepada pemiliknya dan yang tinggal dengan saya ialah Syamil dan Danial. Syamil akan menyambung pelajaran ke tingkatan 1 tahun depan. Kalau Syamil dapat ke sekolah berasrama, maka tinggallah saya berdua sahaja dengan Danial. Ya, itulah hikmahnya. Mengapa Allah kurniakan saya dengan Danial setelah 8 tahun usia Syamil dan ketika itu saya sudah berusia 43 tahun...

Saya perlu sedar bahawa setiap sesuatu yang Allah jadikan ada kadar kadarnya/had hadnya. Pelajaran Danial?, pekerjaan Danial? Masa depan Danial? Itu sudah dihitungkan Allah. Saya perlu bertadabbur, berusaha dan bertawakkal kepada Allah yang mencipta Danial. Dia lebih mengetahui akan ciptaan-Nya.

Friday, October 14, 2011

Delimaaa...



Musim Delima Datang Lagii..

Saya percaya banyak orang sedang teruja dan gembira sekarang melihatkan kebanjiran buah delima di pasaran. Kalau dulu RM10 hanya boleh dapat dua atau 3 biji sahaja sekarang dengan harga yang sama kita boleh dapat 7 biji. kalau yang bersaiz kecil boleh dapat 10 biji.

Khasiat delima ini bukan setakat pada isinya yang merah delima itu saja, bahkan pada kulit, daun, akarnya sekali. Tetapi, hendak minum air rebusan kulitnya kita fikir banyak kali pula, err..pahit.. Oklah, lagi pun sekarang musim delimakan..nak makan yang sedap sedap dan murah..nanti dah bukan musim delima barulah fikir nak minum air rebusan kulitnya..hmmm.

Mari kita teliti khasiat ar rumman ini yang 3 kali disebut dalam al quran..

KEISTIMEWAAN DELIMA


Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.


Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiat yang terdapat dalam buku perubatan Iran purba adalah:

  • Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
  • Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada normal
  • Membersihkan hati dan urethra
  • Memperkuatkan sistem penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah ‘morning sickness’
  • Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
  • Boleh meghilangkan kahak
  • Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Kajian perubatan moden mendapati delima mempunyai khasiat lain seperti berikut:

Mengandungi anti-oksidan yang tinggi
Mengurangkan pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah, mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit darah tinggi jika diambil sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Menghalang pembentukan sel barah payudara.

Dan, selepas musim buah delima, kita masih boleh mendapatkan khasiatnya yang boleh dinikmati daripada jus yang dijual oleh beberapa syarikat. Hehe bagi pengguna sekitar Kota Bharu boleh order dari saya juga kerana saya juga adalah pengguna jenama Giffarin, sedap rasanya, jangan risau.

Wednesday, October 12, 2011

I ASK FOR STRENGTH…



I ASK FOR STRENGTH…

We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!

I asked for Strength…
And Allah gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom…
And Allah gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity...
And Allah gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage...
And Allah gave me Danger to overcome.

I asked for Love...
And Allah gave me Troubled people to help.

I asked for Favours...
And Allah gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ...
I received everything I needed!