Saturday, July 09, 2011

Menyertai pertandingan menulis cerpen kanak-kanak sempena hari guru dan memenanginya untuk peringkat negeri Kelantan.

Dari kiri, lelaki ialah pemenang cerpen Bahasa Inggeris kategori guru, saya; pemenang versi Bahasa Melayu dan dua pelajar adik beradik di sebelah saya yang berkaca mata ialah si kakak pemenang cerpen Bahasa Inggeris menengah atas dan paling kanan adiknya pemenang cerpen Bahasa Inggeris menengah rendah.

Sebagai makluman, si kakak (Yin- maaf nama penuh terlupa) juga merupakan pemenang Tokoh Maal Hijrah tahun lepas kerana beliau mendapat A dalam Bahasa Arab PMR. Dia dapat menjawab dengan baik dan cepat apabila saya bertanyakan soalan dalam Bahasa Arab kepadanya.

Ini adalah sebahagian daripada jahitan felt saya...lawo dok..ehe kalu nak tempah boleh jugokk..
Ros jepun

Akasia dan buaian...

Friday, July 08, 2011



Maaf sebab sudah lama tidak mengupdate blog ini. Kak Wan sihat Ummu Afiq...

aktiviti menanam pokok-pokok bunga...maklum rumah baru...ros,
kalau dapat buat taman ros kan bagus..

jasmin, ditanam sebagai pagaran..







Tuesday, June 07, 2011


Mengapa berdendam?

Kamu membuat rencana danAllah juga membuat rencana, dan perancangan Allahlah yang terbaik.

Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan 2X

Ujian sakit hati itu adalah untuk menguji kesabaran kita.

Monday, April 25, 2011

Apa ada pada April..



Apa ada pada April? Semua orang ada kecenderungan masing-masing. Bagi saya bulan April ialah bulan keriangan sebagaimana bunga-bunga yang mekar di taman. Paling mudah bulan April menandakan musim bunga dan pesta buku ( Kelantan dan Kuala Lumpur).

Oh di sini biarlah gambar berbicara. Walaupun foto-foto yang dipaparkan tidak relevan dengan intro di atas, tetapi saya ingin kongsikan jua di sini.

Danial bersama-sama kawan-kawan sekelas di Tadika Darul Naim, Wakaf Bharu.



Rumah kami hampir siap. Ini ialah pandangan dari sisi kanan.


Ini ialah pokok akasia yang sedia tumbuh di halaman rumah kami. Pokoknya sedia tinggi dan pasti mengambil masa berbelas-belas tahun untuk mencapai ke tahap ini. Setakat ini hati saya cenderung untuk mempertahankannya. 'Save the World'.
Saya tertarik dengan julai-julainya yang cantik.
Pokok ini berfungsi meneduhkan rumah kami. Kami bertuah kerana rumah ini
bersebelahan dengan padang
sekolah yang membekalkan kami angin segar.

Semoga April tahun ini membawa makna yang indah kepada saya/kami, segah keindahan terpancarnya ke pelosok alam..

Wednesday, March 23, 2011

untuk renungan...

Friday, February 18, 2011

Samseng jalanan


gambar sekadar hiasan

Pada 2 hari yang lepas, sedang saya memandu dan berhenti di seuah persimpangan lampu isyarat, saya telah menyaksikan satu kejadian yang merisaukan.

Persimpangan lampu isyarat itu tidaklah sibuk sangat. Di hadapan saya terdapat sebuah kereta dan di sebelahnya ialah sebuah motorsikal. Saya perasan pemandu kereta tersebut asyik bercakap sesuatu dengan penunggang motorsikal, seorang gadis saya kira, berbadan kecil comel rambut mengurai berbaju t lengan pendek agak kemas di badan dan berseluar jeans. Saya nampak gadis tu macam tidak melayan pemandu itu yang beria-ria bercakap sesuatu sambil mengangkat-angkat telefon bimbitnya.

Setelah lampu isyarat bertukar hijau, kereta tadi bergerak perlahan (jalan tak sibuk), kemudian kawan di sebelahnya pula yang bercakap (macam minta sesuatu) daripada gadis tersebut sambil mengangkat-angkat telefon bimbitnya. Saya rasa sungguh geram, dan ingin hon saja, tapi, bimbang juga sebab saya memandu berseorangan. Buatnya mereka menyekat kereta saya, bagaimana? Bimbang dengan apa yang berlaku di hadapan saya, mulut saya membaca beberapa kali ayat kursi sambil menghembuskan ke arah gadis tersebut, ke arah lelaki-lelaki itu dan mendoakan agar dia selamat segala-galanya, juga diri saya. Gadis itu memandu perlahan (tidak layan), ingin saja saya laung suruh melencung ke kiri masuk ke arah kedai, tetapi dia terus memandu perlahan sehingga kereta di hadapan itu terlepas. Saya turut memandu perlahan dan tidak memotong. Tetapi oleh sebab kereta itu masih memandu perlahan, saya pun sudah terlewat pulang ke rumah, saya memotong kereta tersebut. Risau juga memikirkan jika kereta itu berpatah balik dan mencari gadis tersebut. Saya berdoa agar semua selamat, dia sempat melarikan diri tadi.

Semoga gadis-gadis atau wanita yang menunggang motorsikal di luar sana tu berhati-hatilah. Pakailah baju berlengan panjang, jaket dsb. Yang free hair tu ikat rambut anda kemas-kemas. Tunggang berkawan-kawan. Jika sesuatu yang buruk menimpa, siapa yang akan malang nanti?

Tidak takutkah membaca cerita/jenayah ngeri yang menimpa kaum wanita ini, tidak kiralah gadis, wanita dewasa atau kanak-kanak? Ngeri sekali sehinggakan tidak sanggup membacanya lagi.

Tuesday, February 15, 2011

Lagi Tentang Lawan Arah Pusingan Jarum Jam

Kajian Sains Mengesahkan Mekah Sebagai Pusat Bumi


Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Sanbung baca tentang misteri ini di sini...