Wednesday, May 31, 2006

Assalamualaikum,

Ketemu sekali lagi setelah penulisan saya sebelum ini terhenti. Semoga blog atau laman sesawang yang banyak ini boleh dijadikan sebagai wadah kita dalam menimba ilmu, bertukar-tukar pandangan dalam dunia tanpa sempadan ini.

Sekarang cuti pertengahan tahun sudah bermula. Kepada para calon yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM akan menggunakan sebaik-baik cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran.

Kepada para guru, nampaknya cuti ini kita masih bekerja walaupun kita di rumah. Ada yang kena berkursus, menanda kertas Pep. Pertengahan Tahun dan pelbagai kerja sekolah yang kita bawa balik. Apa yang hendak dikesahkan? Kita baru menyanyikan lagu keramat kita pada Hari Guru lepas dan teruskan usaha kita mendidik anak bangsa kita, kerana mereka ialah harapan kita semua.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...
saya, nurul Izzah bt Abdul Samad, student cikgu dulu..
cikgu ape kabar?saya amat harap agar cikgu sentiasa sihat sejahtera, dan gembira selalu..
saya nak ucapkan selamat Hari Guru, harap belum terlambat lagi..
terima kasih atas didikan cikgu, sokongan dan dorongan yang cikgu berikan...
Alhamdulillah, saya hampir menjadi 'orang' sekarang ini...
saya harap, dapat jumpe cikgu lagi..tapi, biarla Tuhan yang menentukan waktunya..hehe
tapi, i wonder, do you still remember me or not?hoho
nanti, kalau sempat, saya post gambar ye!
cikgu masih tinggal di rumah dulu lagi, kan?
okla, harap dapat keep in touch with you..
maafla, sebab bahasa saya broken-malay.
bye, salam.

fazza said...

assalamualaikum.cikgu...nak tanya cikgu di smka Al-Irshad bila. tahun 1992/93 cikgu dah or masih kat sana ke. tq.