Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua pengunjung. Memanglah saya tau blog saya tidak ramai yang datang bertandang tapi sebenarnya yang datang itupun dah di luar jangkauan saya, maklumlah.. hehe..(you know me..)
Raya tahun ni agak berbeza bagi kami sekeluarga kerana pada tahun ini seorang ahli keluarga telah bertambah dan seorang ahli keluarga telah tiada. Pada mulanya saya tiada mood untuk menyambut raya tahun ini. Pergi kedai / pasar raya nampak baju anak perempuan, pergi mana-mana nampak bebayang arwah. Semasa saya ke the Store Ampangan (dulu Ocean) hati saya terharu sangat sebab tempat tu dulu kami selalu kunjungi. Masa tu anak-anak masih kecil, berlari ke sana-ke sini. Lepas membeli-belah kami melepak kat A&W. Sudah lama kami tak nikmati suasana sebegitu. Tahun ni ikutkan hati tidak mahu buat baju raya, masih tiada kemahuan untuk bermeriah. Tapi kedua-dua anak perempuan saya beria-ria memujuk saya menempah baju raya. Untuk meraikan mereka saya belilah 2 pasang. Raikan mereka yang ada, doakan yang tiada, dan saya 'mohon' 'Tuan' anak saya menyediakan pakaian cantik untuk arwah di sana..
Perbezaan kedua ialah (99%) ini merupakan kali terakhir kami beraya di Negeri Sembilan. Ya.. kami dalam proses untuk berpindah negeri, balik ke kampung..bagai seluang pulang.. eh lupa pulak peribahasa ni.. buat pengetahuan pengunjung, saya ni musafir kelana. Saya telah merantau sejak tingkatan 2 lagi, saya bersekolah di Terengganu (ape kabor oghang teganung? saya best sangat kat sana), kemudian ke Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS), kemudian lagi ke UM, KL. Sambung KPLI di Jitra Kedah. Posting pertama di Serdang Kedah, kedua ke SMKA Irshad Kepala Batas, minta tukar ke N. 9.. duduk di N. 9 pun dah nak masuk 11 tahun..
Banyak juga indahnya merantau ni, boleh kenal negeri orang. Setakat ini kenalan/ jiran-jiran melayan kami dengan sangat baik. Macam di N. S ni ada yang dah rasa macam adik beradik (sedihnya masuk part ni). Kawan-kawan bersedih ramai di sini.. tapi tu lah, tinggal merantau ni bagai never ending story.. Saya berhajat berjalan ke rumah-rumah sahabat/ jiran/ kenalan, mungkin ini kunjungan kali terakhir..
Ada berita tak berapa best raya kali ini iaitu seminggu lepas raya saya kena berkursus PTK di JB. Ada ke macam tu? 8 hari ! Nak tolak dah tak sampai hati. Sebelum ini dah 2 kali saya tolak iaitu pertama saya menjaga anak sakit di HKL. Kali kedua walaupun kami dah berada di rumah tapi anak-anak masih tidak betul-betul sihat. Tak salah kebimbangan saya iaitu ketika pada hari Isnin (panggilan ke2 yang saya tolak) anak saya Syamil yang darjah 3 tu, guru KAFAnya telefon, dalam nada cemas dia memberitahu Syamil kejang. Macam nak melayang saya pergi mendapatkannya. Syukurlah di Klinik Rembau ada x ray. Dapatannya bahu anak yang patah dulu sudah bercantum tapi tidak betul. Impaknya timbul kekejangan di leher, bahu dan muka.. syukurlah dia pulih dalam sehari dua. Cuba bayangkan kalau saya pergi berkursus di JB saya dapat call sebegitu? ..
Jadi raya ni orang dok sibuk buat persediaan raya saya dok merangka kerja kursus dan menaip. Saya pilih tajuk yang direct iaitu 'usaha-usaha meningkatkan Kokurikulum di sekolah anda' (lebih kurang begitu tajuknya). Pengetua syorkan saya ambil tajuk ke 2 iaitu tentang motivasi, bagus jugak tajuk tu tapi dalam masa yang singkat nak buat tajuk yang terlalu umum dan memerlukan banyak rujukan baru, terpaksalah saya ketepikan..sementelah saya suka juga bab koku ni..bolehlah letak gambar-gambar yang ada sebagai lampiran..(hehe)
Tapi, janganlah kata saya sibuk sangat sampai tak bersedia menyambut tetamu..meh meh , jemputlah ke rumah kami.. resepi bikinan sendiri? haha (gelak besar tuh).. tapi yang pastinya juadah yang kami sediakan mengikut selera orang muda..(ikut anak)..
okey dulu lah. Nak sambung berkemas. Kami berkemas 2 dalam satu iaitu untuk sambut raya dan untuk 'bungkus' yakni persediaan untuk berpindah negeri..
No comments:
Post a Comment