Wednesday, August 05, 2009

Misteri Sepasang Mata (yang sakit)

!. Misteri sepasang mata.

Pada tahun lepas, iaitu pada bulan puasa, saya telah diuji dengan satu "penyakit misteri." Mata saya telah mengalami kesilauan yang melampau. Akibatnya saya sukar mencelikkan kedua-dua belah mata tidak kiralah di luar rumah atau di dalam rumah. Bukan silau saja yang saya hadapi tapi saya rasa mudah tertekan, berserabut, pening. Jika saya berhadapan dengan situasi yang menjadikan saya stres seperti berada di dalam kelas yang pelajar-pelajarnya bising, atau anak kecil saya berlari-lari di dalam bilik air, saya sudah tidak dapat mengawal mata dan kepala saya, rasa nak menjerit-jerit. Keadaan itu berterusan berbulan-bulan hingga sekarang.

Yang harunya apabila saya masuk ke kelas, saya terpaksa berusaha bersungguh-sungguh mengajar dan dalam masa yang sama mengawal keadaan stes saya. Dalam rawatan stres, dinasihatkan kurang bercakap atau jangan bercakap kuat-kuat. Tapi, bagaimana saya nak mengelak daripada tidak bercakap atau bercakap perlahan-lahan. Sukar untuk menggambarkan bagaimana teruknya perasaan saya jika anda tidak pernah mengalaminya.

Saya memakai cermin mata hitam walaupun ketika di dalam kelas. Bolehlah bayangkan bagaimana cikgu mengajar memakai kaca mata hitam.
Saya pergi ke hospital pakar di Seremban. Lama juga mata saya diperiksa oleh 3 orang doktor tersebut, didapati mata saya normal! Saya tentulah tidak berpuas hati kerana saya tidak mereka-reka betapa terganggunya saya dengan masalah mata saya itu. Doktor yang keempat datang lalu memberi nasihat dan memberi motivasi untuk masalah mata saya.

Oleh sebab tiada berkesudahan masalah mata saya, saya disyorkan ke satu perubatan mata alternatif. Dua kali saya ke sana (KL) dan kosnya bukanlah sedikit. Malangnya rawatan itu tidak sesuai dengan masalah mata saya. (Saya pernah sentuh tentang rawatan tersebut dalam entri edisi tahun lepas).

Seorang doktor (hospital) menasihatkan saya menempah cermin mata (yang baru). Saya telah membuat pemeriksaan mata sebanyak 4 kali di optometris, kali ke 4 barulah saya bersetuju untuk menempahnya. Saya juga telah membuat pemeriksaan mata yang rapi di sebuah universiti swasta (ada course optometris). Hanya satu kesan kecil yang terdapat dan beliau bertanya adakah saya pernah kemalangan, sebab ia kelihatan seperti sudah menjadi parut. Memang saya pernah kemalangan dan kepala saya terhentak dengan kuat di dash board.

Jadi, saya pun pergilah ke optometris untuk menempah cermin mata. Kali pertama cermin mata saya itu hanya untuk rabun jauh dan untuk rabun silau. Masalah rabun jauh saya rendah saja, jika dicampurkan mata kanan dan mata kiri tak sampai pun 250. Sebelum ini saya jarang memakai cermin mata kerana saya boleh melihat dengan selesa, juga saya boleh membaca jarak yang dekat dengan jelas tanpa memakai spek. Rabun silau saya pun lebih kurang angka itu juga, tapi yang hairannya, saya sukar mencelikkan mata dan memang tugas saya yang berhadapan dengan pelajar, mengajar dan mendisiplinkan mereka menjadi sukar. Memandu waktu malam mengelirukan kerana susah membezakan jarak.

Cermin yang saya tempah tadi nampaknya tidak bertahan lama sebab saya tidak meminta dimasukkan rabun dekat. Ini menjadikan saya terpaksa membuka atau mengangkat cermin mata jika ingin membaca dekat. Apabila berada di rumah, saya tidak selesa menggunakan cermin mata tersebut sebab kebanyakan penglihatan menggunakan jarak dekat dan saya boleh melihat dekat dengan baik. Jadi, saya tidak memakai cermin mata. Kesannya, apabila saya ke sekolah pada hari Isnin (pada hari yang berikutnya), kesilauan itu semakin serius.

Saya pun ke optometris sekali lagi dan menempah cermin yang "multi focal", untuk rabun dekat, rabun jauh, rabun silau dan warnanya akan berubah secara automatik jika terdedah pada cuaca panas. Harga cermin boleh tahanlah, tetapi oleh sebab ada offer, cerminnya menjadi RM700 asal RM1100. Bingkainya saya guna cermin mata yang lama (dahulu). Saya pun tidak tahu berapa lama tempoh mata akan mengalami pengubahsuaian dan pulih, tapi hingga sekarang sudah hampir 3 bulan memakai cermin mata baru, keadaan silau masih belum pulih.

Ada juga kawan-kawan atau doktor yang saya kunjungi mengesyurkan saya berjumpa dengan doktor sekian sekian. Sekarang saya dah jadi macam fobia, sebab perubatan aternatif itu ramai orang sembuh dengannya, tapi tidak bagi saya. Pakai cermin mata pun tak banyak beza sementelah saya tidak suka memakai cermin mata.

Sekarang, di samping menghadapi mata silau, alergik saya semakin buruk. Menyapu rumah pun menyebabkan saya mudah selsema. Mengemas buku semasa cuti dulu menyebabkan saya demam dan batuk seminggu. Akhir-akhir ini keadaan alergik semakin teruk, mata mudah pedih dan gatal.
Saya sudah mencuba pelbagai cara. Saya juga cuba menghentikan makanan-makanan yang dikatakan aergik. Saya juga banyak mengambil makanan tambahan seperti jus kurma, jus manggis, spirulina dsb.
Saya banyak berdoa dalam usaha pemulihan. Bahkan bukan saya seorang yang berdoa, ada yang menyayangi saya mendoakankesihatan saya secara berterusan hingga sekarang.

Saya juga mohon diberi petunjuk atas "penyakit misteri" ini.

Dalam dua tiga hari ini, saya mula terfikir suatu perkara...

Ada SATU benda yang saya belum hentikan sejak misteri ini berlaku. Iaitu kosmetik yang saya gunakan... Mungkinkah ini puncanya? Logiknya saya telah menggunakan banyak bahan kesihatan dan memberhentikan penggunaan bahan-bahan yang alergik, cuma kosmetik yang saya gunakan saja yang saya terus gunakan...

Dalam seminggu dua ini, saya tidak sempat menggunakan krim malam. Saya pun tidak tahu mengapa saya tidak sempat gunakan sebab biasanya saya cuba cari masa juga. Apa yang saya rasa mata saya ada ringan sedikit...Jadi, saya pun meletakkan kosmetik saya tu sebagai suspek utama. Bermula pagi tadi saya sudah tidak memakai krim siang. Dan apabila saya bertanyakan sahabat saya yang menggunakan jenama yang sama, rupa-rupanya beliau sudah berhenti daripada menggunakannya. Beliau berhenti bukan kerana alergik tapi disebabkan rasa hairan kerana ketika membeli krim malam produk tersebut, krim itu tidak dipamerkan di atas rak bersama-sama produk yang sama, tapi di letakkan di bawah tempat kaunter, bukan baru sekali tapi sudah beberapa kali beliau mengalaminya.

Untuk makluman pembaca, produk ini berasaskan bahan semula jadi. Saya ada memberitahu doktor pakar suatu masa dahulu tentang produk ini. Menurut beliau, walaupun menggunakan bahan semula jadi, tapi tidak dapat tidak ia ada menggunakan bahan kimia dan boleh jadi berbahaya...

Saya harap penemuan ini benar. Saya sudah tidak sabar-sabar untuk melihat dan celik dengan sempurna, macam orang lain atau macam saya dulu dulu...

Masya Allah, betapa besarnya anugerah mata yang sering kita ambil ringan..

Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku...amin..

13 comments:

Ummuafiq Hashim said...

Produk apa tu kak wan, bagila tau...e-mail ke gee_lili@yahoo.com.penting tu....!

wan salmah said...

ummuafiq,
psst insya Allah akak e-mel..

siti said...

iyelah kak wan saya punnak tau juga. bagitaulah. manalah tau saya pun guna produk yg sama

wan salmah said...

ummuafiq,
akak dah e-mel ummu tapi asyik failure notice,
cuba ummu e-mel akak, nanti akak balas
wansalmah1594@yahoo.com

siti,
cuba siti e-mel akak, nanti akak bagitau. tak selesa pula nak sebut jenama tu secara direct di sini.

Anonymous said...

salam kak,
kalau bukan allergy pergi lah ke chiropractor macam saya cakap dulu. whiplaash buatkan kita punya urat di tengkuk dan leher dan kepla kita lari sikit dari kedudukan paksi yg sepatutnya. ni suma dari impact accident ni... takes time but insya Allah pergi la ke cuba chiropractor. insyAllah ok. saya punya mata tak seteruk dulu. cuma bila tengok kenderaan bergerak je raya mayong siikit.

nora

wan salmah said...

Nora ya,
terima kasih kerana masih ikuti perkembangan akak.
masa nora cadangkan rawatan itu dulu akak sedang mencuba perubatan alternatif yg ada akak sebutkan tu. rawatan tu memang ambil masa. kemudian gunakan kaedah yg biasa dilakuka jika mata bermasalah iaitu doktor syorkan pakai cermin mata yg sesuai. itu pun setelah 4 kali cek sebab power mata berubah2.

sekarang akak bagi masa sebulan utk lihat apa masalah mata ni.dah 4 hari tak guna langsung produk tu. (berhenti sikit2). mmg mata rasa ada ringan sikit. kalau dulu pakai spek hitam pun mata berkerut2 lagi, sekarang dah ok sikit.akak nak cari suplement yg sesuai utk alergik dan mata. sebelum ni mmg ada makan ubat resdung dan ambil suplement, tapi kurang berkesan.
krim malam yg akak gunakan tu ada rasa pedih2 sikit kat mata. ingatkan itu fenomena biasa.

kalau lepas ni masih tidak baik, akak akan ikhtiar. kat mana nak cari chiropractor tu? kat seremban ada kot?
thanks

Anonymous said...

salam,
di melaka ada satu, seremban tak tau , kl pun ada. rega akak buat spek mata ect etc tu dah bleh cover dah treatment akak.
nanti kalau saya tau di kl di mana saya beritau akak.

Anonymous said...

Health & Medicine
Home : Health & Medicine : Chiropractor


Ampang Chiropractor & Sports Injury Clinic
Lot 6, Level 4, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur


Phone : 03-4257-8002
Fax : 03-4257-8005
Email : physicalmedicinecentres@yahoo.com




Bangsar Chiropractic
4-1 Jalan Telawi 2
Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur


Phone : 03-228 29975
Fax : 03-22829975
Email : tlimdc@yahoo.com
Website : http://www.bangsarchiropractic.com



Chiropractor & Natural Health Care Centre
11 & 11A Jalan 14/5
46100 Petaling Jaya

Phone : 03-7955-0208
Fax : 03-7957-3213

Sports injuries, family healthcare, work injuries and full spinal care.


Damansara Chiropractic
Vigour Arena Sdn. Bhd.
Dr. John Hunt, DC, Phileo Damansara 1
Block A, Unit 205, 2/F
9 Jalan 16/11, off Jalan Damansara
46350 Petaling Jaya

Phone :: 03-7660-5733/1
Email : johnehunt@hotmail.com




Ampang Chiropractic
Lot 6, Level 4, Great Eastern Mall,
303 Jalan Ampang
50450 KL

Phone : 03-4257-8002



Green Chiropractic Centre
257, 2/F Jalan Tun Sambanthan
Brickfields
50470 Kuala Lumpur

Phone : 03-2272-5318



Kan Chiropractic
S19, 2nd Floor, Centrepoint
Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor

Phone : 03-7491-0818/19
Fax : 03-7491-0820
Email : mhhlee@hotmail.com
Website : http://www.geocities.com/dr_mhhlee/Kan_chiropractic.html



Optimum Chiropractic & Physiotherapy Centre
M-1-12 Plaza Damas, Sri Hartamas,
Kuala Lumpur 50480

Phone : 03-6201-8933
Email : chiropractormalaysia@gmail.com
Website : http://www.chiropractormalaysia.com



Premier Chiropractic Centre
6 Mezzanine Floor
Jalan SS2/63
47300 Petaling Jaya

Phone : 03-7877 0168
Fax : 03-7877-4598



Spinal Inc. Chiropractic Mont Kiara
B-06-08/9, Plaza Mont Kiara, No.2 Jalan Kiara,
Kuala Lumpur, 50480

Phone : 03-6201 5168
Fax : 03-6201 5268
Email : mhhlee@hotmail.com

Anonymous said...

http://www.usj.com.my/bulletin/upload/archive/index.php/t-9930.html

Anonymous said...

Melaka Chiropractic Centre
9955 Jalan Penghulu Abas,
Bukit Baru, 75150 Melaka
Tel : 606-286806

Anonymous said...

http://www.klic.com.my/cms/main.php?m=Content&op=page&id=196

http://melakachiropractic.wordpress.com/

contact the association below to ask the nearest recomended clinic.

http://chiromalaysia.wordpress.com/

wan salmah said...

Terima kasih Nora atas paparan tempat-tempat tu siap dgn adres dan no telefon lagi.
Kalau keadaan memerlukan Inya Allah akak menghubungi pusat tersebut.
sehari dua ni mata rasa ringan sedikit, moga semakin pulih. Insya Allah.

Anonymous said...

cubalah usahakan mana yang boleh ..
semoga kembali pulih