Tuesday, September 14, 2010

DUKA

Tragedi yang berlaku memang tidak boleh diterima sesiapa sahaja yang berfikiran waras. Mungkin disebabkan saya sebaya dengan mangsa, dan sama-sama mempunyai anak yang ramai, kes ini memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Tetapi, saya cuba mengawal emosi diri supaya stabil kerana saya tidak mahu tragedi yang sama berulang selepas tragedi Nurin kira-kira tiga tahun yang lepas.
Terlalu sedih mengenangkan nasib Nurin (terbayangkan saat-saat dia tersiksa), saya lalu terkenangkan anak gadis saya yang ketika itu berusia 10 tahun. Walaupun ini semua sudah ditakdirkan, tetapi lebih kurang 3 bulan selepas itu anak gadis saya pula pergi akibat kemalangan jalan raya.

Namun, semua orang di dunia, terutama kita yang beragama Islam, tidak dapat menerima cara keempat-empat mangsa dilayan. Bagaimana seorang ibu yang mempunyai anak-anak remaja, juga mangsa-mangsa lain yang mempunyai isteri dan anak-anak yang masih kecil diperlakukan sedemikain rupa. Jika arwah seorang wanita menjadi lemah kerana dipukul, bagaimana mangsa-mangsa lelaki yang lain, yang kuat, sihat boleh juga dipukul dan disiksa sedemikian rupa? Siksaan taraf apakah yang mereka lakukan? Manusiakah mereka atau jembalang?
Mengapa perlu dipukul, dibunuh dan dibakar? Mengapa? Mengapa terjadi kepada ibu, bapa-bapa, isteri dan suami-suami?

Semoga keadilan dapat ditegakkan. Semoga mereka dapat diadili seadil-adilnya. Tragedi ini bukan setakat meruntun keluarga mangsa tetapi seluruh warga Malaysia.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Sedekahkan alfatihah kepada mereka.

Ya Allah, lindungilah kami daripada bala bencana yang disebabkan oleh manusia, jin, syaitan atau apa-apa sahaja yang menimpa tubuh badan kami atau harta benda kami...amin..

No comments: