Thursday, December 01, 2011
Jom Memotivasikan Diri.
Cuti panjang. Bahagian inilah para guru berasa menang sedikit. Sekarang cuti sudah sampai minggu ke 2. Apa yang telah dibuat ya. Yang eloknya buat senarai sikit, sebab masa sekarang berjalan macam roket, rasa macam sekelip mata. Rasa baru sahaja menyambut sesi persekolahan 2011, sekarang sesi 2011 hampir berakhir.
Bagi diri saya pula, saya sedang mengikuti kursus dan sedang menfokus pada aktiviti penulisan di blog sastera yang dijayakan oleh Sifu kami iaitu Puan Azmah Nordin, penulis novel dan cerpen yang sudah menghasilkan lebih 50 buah novel. Sesiapa yang berminat bolehlah ke blog sastera azmahnordin.blogspot.com.
Pengisian kedua ialah bermuhasabah diri dengan mengikuti kuliah-kuliah agama sama ada berbentuk tulisan, video atau rakaman suara. Saya baru terjumpa blog Ustaz Pahrol Juoi dan tulisannya sungguh menyentuh hati. Terkini saya juga baru berjumpa satu blog yang diusahakan oleh Sdr Wazir yang merakamkan ceramah daripada pemotivasi terkenal tanah air masa kini iaitu Prof Dr. Muhaya bt. Muhammad. Terima kasih kepada IKIM yang kerap mengundang beliau untuk menyampaikan ceramah-ceramah yang begitu berkesan pada sanubari.
Saya bersyukur kehadrat Allah kerana intipati kuliah yang saya peroleh tepat pada masanya, bak si sakit mendapat vaksin. Itu semua adalah rahmat Allah juga.
Lain-lain? Huh. Mungkin perjalanan hidup saya sudah ditakdirkan dengan cabaran yang sengit. Tapi, seperti yang selalu diingatkan oleh penceramah/pengamal perubatan alternatif iaitu Us Sharhan, setiap penyakit pasti ada ubatnya, setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Justeru, jom mari kita memanfaatkan setiap masa yang ada dengan 'vaksin-vaksin', semoga segala penyakit, permasalahan akan terusir dan kita akan menjadi hamba-Nya yang boleh tenang, bahagia walaupun betapa banyak masalah yang meliliti badan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bestlah kak wan dapat bercuti dengan sebenar-benarnya...saya ni dah start pi sekolah membuat persiapan utk tahun hadapan. Kemudian 13 dis dah bermula penandaan kertas spm...tak dapat merasa cuti yg betul2 cuti...
Sabar Leha..pahala semua tu..
dah nak jadi cekgu, sape suruh hehehe.. hari sekolah cikgu, hari cuti pun cikgu..hidup Cikgu Leha!
Ada juga Kak Wan kena pergi ke sekolah, bertugas. Kak Wan ada buat kelas dengan pelajar tingkatan 2. Di samping tu Kak Wan buat bengkel penulisan cerpen untuk pelajar yg berminat, tak ramai 8 orang..sikit ok juga boleh fokus..
Post a Comment