Sunday, May 20, 2012

Rejab > Syaaban > Ramadhan almubarak...

Selamat Datang Rejab 

 

Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

Wallahu a'lam..

*Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi


Ya Allah, sungguh aku inginkan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik untukku. Kumohon agar kaupanjangkan usia kami, kurniakan kami kekuatan untuk membersih segala jiwa kami bagi mencari keredhaan-Mu. Jadikan Rejab dan Syaaban adalah latihan untuk menggapai Ramadhan yang mulia.

3 comments:

Anonymous said...

asmkm, kak sihat? lama tak singgah blog akak. Mak akak sihat? harap dia gembira dan bahagia akak dekat dgn dia. Mak saya kembali ke rahmatullah hari khamis 17 may 9pagi. Setelah tenat buat beberapa bulan.
wasalam

wan salmah said...

waalaikum salam,
terima kasih kerana sudi ke sini.. akak simpati dan akak doakan mak (nora?) ditempatkan bersama ruh2 para anbiya orang2 beriman dan dikasihi Allah..amin..

Mak akak sakit org tua (85thn). Akak dah buat rumah, duduk dgn famili, rumah mak tak jauh selalu pergi. 4 hari lepas adik mak pula meninggal..

wan salmah said...

waalaikum salam,
terima kasih kerana sudi ke sini.. akak simpati dan akak doakan mak (nora?) ditempatkan bersama ruh2 para anbiya orang2 beriman dan dikasihi Allah..amin..

Mak akak sakit org tua (85thn). Akak dah buat rumah, duduk dgn famili, rumah mak tak jauh selalu pergi. 4 hari lepas adik mak pula meninggal..