Saturday, November 20, 2010

Danial dan abangnya Syamil semasa mengikuti rombongan
sekolah saya ke Muzium Negeri Terengganu.

Dari putih bertukar kepada plaster hijau, lebih ringan tapi lasak.

Apo kono kaki ko jang? Kaki Danial sejurus disimen.

14 November 2010...Danial genap tiga tahun..
Selamat Hari Lahir Danial. Ahmad Luqman Danial. Dia sudah genap 3 tahun kini. Mengapa nampak muram di hari lahir? Demam? Oh dia demam panas. Kesihan.

Anak yang paling banyak diberi ujian. Dia masih tidak mengerti sebenarnya. Ujian-ujian mungkin lebih tepat untuk keluarganya, dan semua manusia di sekelilingnya. Dalam duka ada suka. Syukur kepada Allah atas segala anugerah dan mohon agar diberi petunjuk serta tidak kesesatan dalam mencari hakikat. Juga mohon kepada Allah agar diberi kekuatan dalam meredah segala onak dan duri kehidupan. "Dan selepas kesukaran itu ada kesenangan, dan selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan." "Dan sesungguhnya Allah sudah menetapkan segala sesuatu ada kadar-kadarnya." "Dan pahala bagi orang yang sabar itu tidak ada batasannya." Janji-janji Allah itu pasti benar...

No comments: