Saturday, November 27, 2010
Gelombang Kedua Sudah Tiba..
Saya/ kami lebih bertuah kerana tinggal di Kg Pasir Pekan dan tidak dekat sangat dengan sungai Kelantan. Tanah di sini agak tinggi. Semasa kecil dahulu sekali rumah saya dinaiki air iaitu semasa bah merah. Saya kecil sangat masa itu (mungkin 9 tahun). Ibu saya membuka lantai yang diperbuat daripada kayu untuk mengambil air. Kerajaan selepas itu memperdalam sungai Raja Gali dan membaiki perparitan. Jadi selepas itu rumah dan sekitar kampung kami tidak dinaiki air lagi. Tetapi, kampung-kampung berhampiran banyak yang dijengah banjir ini.
Terukkah banjir ini? Kalau dahulu banjir dikaitkan dengan Kelantan atau atau negeri-negeri Pantai Timur. Tetapi sekarang banjir sudah sampai ke mana-mana tempat di Malaysia. Kami banjir kerana angin monsun timur laut yang berlaku sesi akhir tahun. Jadi kebanyakan kita sudah tahu bahananya banjir ini.
Hujan biasanya akan turun tidak berhenti-henti hingga 8-9 hari. Angin akan bertiup kencang menaikkan air dari hulu sungai. Angin inilah yang mempercepatkan air naik. Air bah sejuk sekali. Bah yang datang saban tahun ini sudah menjadi kebiasaan kepada para penduduk. Kebanyakan penduduk yang terlibat mempunyai perahu sendiri dan meletakkan kenderaan masing-masing di tempat selamat.
Musim bah ini beberapa makanan khusus untuk musim ini akan muncul. Contohnya ubi. Ada macam-macam jenis ubi; ubi badak (putih dan ungu), ubi itik, ubi tak rak, ubi kayu yang paling sedap ubi badaklah. Caranya ubi tersebut direbus dan makan cicah dengan kelapa parut digaul gula. Atau ikang kering goreng atau sambal ikan bilis. Kuih putu piring pun akan dibuat orang. Bentuk bulat diperbuat daripada ubi kayu dan tengah-tengahnya ada manisan (gula merah), dicicah dengan kelapa parut. Makan panas-panas ketika hujan wah sedap sekali.
Sesiapa yang bersalin pada musim ini agak sedihlah. Terutama pada masa dahulu ibu-ibu menggunakan kain lampin. Kain-kain terpaksa dikeringkan dengan menyalakan bara kerana selain hujan yang tidak berhenti-henti kadar wap air dalam udara begitu tinggi. Sejuk. Jika kain diseterikapun kain-kain itu akan sejuk kembali beberapa minit kemudian.
Juga kepada anak-anak yang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM, semoga tabah dan berhati-hati mengharung banjir. Jihad juga tu. Bukan mudah hendak mendapatkan kecemerlangan.
Saturday, November 20, 2010
Anak yang paling banyak diberi ujian. Dia masih tidak mengerti sebenarnya. Ujian-ujian mungkin lebih tepat untuk keluarganya, dan semua manusia di sekelilingnya. Dalam duka ada suka. Syukur kepada Allah atas segala anugerah dan mohon agar diberi petunjuk serta tidak kesesatan dalam mencari hakikat. Juga mohon kepada Allah agar diberi kekuatan dalam meredah segala onak dan duri kehidupan. "Dan selepas kesukaran itu ada kesenangan, dan selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan." "Dan sesungguhnya Allah sudah menetapkan segala sesuatu ada kadar-kadarnya." "Dan pahala bagi orang yang sabar itu tidak ada batasannya." Janji-janji Allah itu pasti benar...
Oh My Home!
Pada Rejab yang lepas, projek pembinaan rumah kami telah bermula. Bulan mulia, semoga semuanya selamat dan membahagiakan. Pelannya bukan sehari dua saya reka. Tapi, apabila dikemukakan kepada tukang pelan, lain pula pandangannya. Yalah, taman dalam rumah (baca: bukan sikit bajetnya). Mujur ada plan B. Sumbernya ialah daripada rujukan internet. Saya mengambil kira keselesaan kami, para penghuni, juga nyaman untuk para tamu.
Yang biasa; ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, kamar beradu, dapur (2 dalam satu), dan stor. Yang menarik bagi saya ialah ada ruang dobi; membasuh dan menjemur di dalam rumah, bila-bila masa!
Laman? Impian memang indah. Laman yang segar dihiasi water feature, kemboja pelbagai warna, cempaka, melur, toking, dan mawar. Perbot taman, wakaf, bahkan banyak lagi..oh citarasa! Tidak tertulis di sini nalurinya... Tapi bab landskap ini sudah terkira dalam fasa ke..entah ke 2 atau ke 3. Nak siapkan rumah induk dulu..fuluss.. Buat permulaan saya akan cuba menanam pokok-pokok buahan, sayuran atau tanaman herba. Itu penting, untuk kesejahteraan diri.
Rumah kami pembinaannya tergendala sekejap. Ya, selagi jantung berdegup, selagi itulah rintangan dan halangan datang melanda. Namun, hidup mesti diteruskan. Minggu ini kontraktor kami memberitahu pembinaan akan berjalan semula.. wah tak sabarnya, mendiami rumah sendiri.. Sistem air rumah kami ialah disedut dari dalam bumi (boring, eja tak pasti). Itu yang best sangat. Di taman perumahan sekarang, airnya sering keruh, walaupun sekarang sudah berkurang tapi air masih tidak jernih. Oh sedapnya meneguk air jernih mengalir daripada perut bumi...
Rancangan asal mengikut kontraktor rumah ini boleh siap Februari nanti. Tetapi, keadaan sudah berubah (sedikit). Apa-apapun, saya ingin menyambut ramadhan dengan penuh kesyahduan di sini insyaAllah dan menerima tetamu di hari lebaran di rumah baru..marhaban..
Nyawa remaja direntap ketika senja
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.
Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.
Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.
Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya.
Thursday, September 23, 2010
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
t
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
Tuesday, September 14, 2010
DUKA
Tragedi yang berlaku memang tidak boleh diterima sesiapa sahaja yang berfikiran waras. Mungkin disebabkan saya sebaya dengan mangsa, dan sama-sama mempunyai anak yang ramai, kes ini memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Tetapi, saya cuba mengawal emosi diri supaya stabil kerana saya tidak mahu tragedi yang sama berulang selepas tragedi Nurin kira-kira tiga tahun yang lepas.Terlalu sedih mengenangkan nasib Nurin (terbayangkan saat-saat dia tersiksa), saya lalu terkenangkan anak gadis saya yang ketika itu berusia 10 tahun. Walaupun ini semua sudah ditakdirkan, tetapi lebih kurang 3 bulan selepas itu anak gadis saya pula pergi akibat kemalangan jalan raya.
Namun, semua orang di dunia, terutama kita yang beragama Islam, tidak dapat menerima cara keempat-empat mangsa dilayan. Bagaimana seorang ibu yang mempunyai anak-anak remaja, juga mangsa-mangsa lain yang mempunyai isteri dan anak-anak yang masih kecil diperlakukan sedemikain rupa. Jika arwah seorang wanita menjadi lemah kerana dipukul, bagaimana mangsa-mangsa lelaki yang lain, yang kuat, sihat boleh juga dipukul dan disiksa sedemikian rupa? Siksaan taraf apakah yang mereka lakukan? Manusiakah mereka atau jembalang?
Mengapa perlu dipukul, dibunuh dan dibakar? Mengapa? Mengapa terjadi kepada ibu, bapa-bapa, isteri dan suami-suami?
Semoga keadilan dapat ditegakkan. Semoga mereka dapat diadili seadil-adilnya. Tragedi ini bukan setakat meruntun keluarga mangsa tetapi seluruh warga Malaysia.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Sedekahkan alfatihah kepada mereka.
Ya Allah, lindungilah kami daripada bala bencana yang disebabkan oleh manusia, jin, syaitan atau apa-apa sahaja yang menimpa tubuh badan kami atau harta benda kami...amin..
SUKA

anak-anak saudara, cucu- cucu saudara.
Semoga dipanjangkan umur dan dapat menyambut ramadhan dan raya lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah tahun hadapan kami akan menyambutnya dalam situasi yang berbeza/semakin baik..Semoga!
Sunday, September 05, 2010
MENGAPA TAWAF KE KANAN?
Tawaf , iaitu Tawaf haji yang disebut juga tawaf Ifadhah
Para Malaikat melakukan Tawaf dilangit mengelilingi sebuah binaan yang dinamakan " Baitul Makmur ". Baitul Makmur itulah tempat para Malaikat di langit bertawaf memuji dan mengesakan Allah. Selain para Malaikat di langit, ada juga para Malaikat yang bertugas di bumi, maka Allah telah memerintahkan para Malaikat di bumi mendirikan sebuah binaan yang sama fungsinya dan sejajar dengan Baitul Makmur di langit sebagai tempat tawaf para Malaikat di bumi. Dan didirikanlah sebuah binaan menurut perhitungan para Malaikat bersententangan dengan Baitul Makmur di langit dan dikatakan itulah kawasan Baitullah di Kota Makkah yang ada pada hari ini.
Apabila Adam a.s dan isterinya Siti Hawa diturunkan ke bumi, beliau telah menjelajah sehingga ke Kota Makkah dan dengan panduan Malaikat Jibril, Nabi Adam dan isterinya diperintahkan membangunkan Baitullah ditempat para Malaikat melakukan tawaf dan mendirikan bangunan (menurut perhitungan malaikat). Maka bertawaflah Nabi Adam di sekitarnya. Apabila diperintahkan Nabi Allah Ibrahim membangunkan semula binaan yang pernah dibangunkan oleh Nabi Adam a.s, maka Ibrahim diperintahkan bertawaf mengelilinginya.
Andaikata Kaabah diumpamakan seperti matahari, maka arus manusia yang mengelilinginya sama seperti planet yang mengelilingi matahari pada tiap-tiap orbitnya. Maka persamaan diantara aliran Tawaf manusia mengelilingi Kaabah dan tawaf (orbit) planet-planet mengelilingi matahari tentunya mempunyai hikmah yang besar. Mereka sama-sama bergerak melawan jarum jam (anti clock wise).
http://www.angelfire.com/id/idzwan/hikmah.html
2. HAJI SATU IBADAH YANG UNIK
Satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar masakan telah menyebutkan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan putaran jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.
Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik ikut larian lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH.
Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi.
Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.
Ibadah haji bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim AS dan amalan haji yang kita lakukan sehingga kini adalah juga amalan berupa fizikal. Dan setiap amalan itu membawa maksud yang tersendiri sehinggalah kepada displin yang ketat supaya rukun-rukun haji tidak dilanggar serta ada hukumannya. Hukuman (dam) itu pula tidak boleh ditangguhkan selepas habis musim haji.
http://isman9.wordpress.com/2008/12/07/haji-suatu-ibadah-yang-unik/
3. MEKAH PUSAT BUMI DAN IBADAH
04-24-2010, 12:35 PM
________________________________________
MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".
Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya.
Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.
Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah-Nya.
Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.
Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.
Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.
Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.
Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.
Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.
Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.
Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.
Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.
Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".
Arah kiblat
Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.
Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).
Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
Telah menjadi teori yang mampan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Mekah.
Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).
Kata Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).
Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".
Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.
Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yang lalu oleh kalangan Barat.
Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu solat.
Arah lawan jam
Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar kaabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.
Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.
Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.
Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.
Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.
http://berita-harian-online.com/forum/showthread.php?p=1913
4. TAWAF IS THE LAW OF COSMIC
Dalam ibadah haji atau umrah, satu ibadah yang dinamakan "tawaf" dimana ketika itu umat-umat islam mengelingi kaabah bermula di Hajaratul Aswad dan mengelingi kaabah dalam kedudukan putaran lawan arah jam. Namun tahukah anda, sebenarnya tawaf merupakan hukum alam semesta ini ? oleh itu, marilah kita mengembara dari benda yang sekecil-kecil atom sehinggalah ke sesuatu yg besar di angkasa lepas untuk membuktikan kehebatan tawaf dan hukum putaran lawan arah jam ini.....
Bermula dengan sesuatu yang paling kecil dalam alam semesta ini iaitu Atom...
Pada struktur atom, terdapat satu bahagian yang dinamakan electrons yg merupakan satu2 nya objek yg bergerak dlm atom, ianya mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan lawan arah jam. benda yang paling halus sekali pon sudah menunjukkan suatu kehebatan Allah dlm ibadah tawaf ini, jadi kita pergi ke objek yg lebih besar..
dalam sel, terdapat satu bahagian yg bernama cytoplasm yg berfungsi utk menyimpan bahan2 terlarut dlm sel, tpi tahukah anda sebenarnya sel sedang bergerak mengelingi nucleus dlm putaran lawan arah jam...
kemudian, bumi yang kita duduki ini juga berputar pada paksinya dlm kedudukan lawan arah jam dan beredar mengelingi matahari dlm kedudukan lawan arah jam
bulan juga melakukan benda yg sama, berputar dan mengelingi bumi & matahari dlm lawan arah jam...
bumi, bulan, masing2 berputar dan mengelingi matahari dgn penuh tertib....
http://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=986.0;prev_next=next
5. HUKUM PERGERAKAN KE KANAN
Hukum Pergerakan Ke Kanan
Posted by Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin on January 9, 2008
Setiap yang bertenaga akan melakukan pergerakan. Tenaga bergerak mengikut hukum. Hukum asas setiap pegerakan adalah bergerak ke kanan. Semua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil didapati melakukan pergerakan ke kanan. Lakukan apa saja dengan memulakan arah ke kanan. Mulakan sesuatu perbuatan dengan sebelah kanan.
Tenaga tidak terhapus tetapi berubah bentuk, dialirkan dan dipindahkan. Begitulah sifat tenaga yang menyamai tenaga hayat semulajadi manusia sebenarnya begerak arah ke kanan yang tidak akan terhapus. Tetapi menggunakan tenaga yang sudah dipindahkan umpama memakai batu cincin atau berbagai jenis tangkal yang tidak diketahui asal-usul tenaganya adalah patut dielakkan kerana tenaga yang berada oada sandaran itu adalah pergerakan ke kiri yang merendahkan sipemakainya.
Asas Hukum Tenaga Yang Telah Diprktikkan Sejak Terciptanya Alam Dan Kelahiran Manusia
Tenaga kimia daripada tumbuhan, manusia dan haiwan melakukan kerja dan gerakan hukum ke kanan. Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga melakukan pergerakan hukum ke kanan.
Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintesis adalah juga menggunakan prinsip hukum ke kanan iaitu dari konsep luaran ke dalam.
Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.
Sistem pemakanan dalam melakukan sistem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila tenaga terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas. Begitulah semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari konsep luaran sebenarnya melakukan proses penerimaan getaran ke kanan.
Kekuatan tangan kanan tiada bandingan dengan tangan kiri.
Pergerakan ikut jam sebenarnya bergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh menggagalkan setiap cetusan ilham. Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu.
Secara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekelian menusia juga ditulis dari kanan ke kiri.
Sesuatu yang kurang elok sebenarnya pergerakan atau langkah kaki kiri.
Kanan turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak.
Pergerakan tawaf di kaabah adalah pergerakn dari kanan ke kiri.
Idea barat terlalu banyak membuat hukum pergerakan yang merugikan iaitu pergerakan ke kiri.
Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan.
Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.
Lakukan apa saja dengan bermula ke arah kanan.
Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.
Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.
Pergerakan ovom juga bergerak ke kanan.
Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik begerak di dalam wayar atau fiber optik berada dalam kitaran ke kanan.
Pantulan semula gelombang ke kanan menghasilkan warna.
Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot elektron mendapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.
Matahari dan bulan bergerak mengilingi bumi mengarah ke kanan.
Atom yang dianggap sebagai satu sistem suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan elektron beredar atau melakukan pergerakan mengikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke akan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya menggambarkan seluruh tubuh manusia).
Putaran puting beliung dan juga putaran air dan juga amat laju kekanan.
Pergerakan radar dan inframerah dapat mengesan pergerakan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin puting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.
Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.
Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet hukum ke kanan.
Penerimaan pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar dari arah kanan.
Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang tidak dikehendaki iaitu pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau pergerakan tenaga di luar kawalan.
Imej DNA yang ditunjukkan di dalam warna jelas menunjukkan ia adalah konsep tenaga yang pasti mengikut hukum ke kanan.
Prinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan semulajadi seperti pegerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan dan balik semula ke kiri.
Pemain cakera padat yang menggunakan konsep cahaya dan warna sehingga terhasilnya bunyi juga bergerak ke kanan.
Konsep Jam Arah Ke Kanan
Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.
KEBENARAN mengatasi KESILAPAN
KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN
KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN
http://surerich-ustaz77.blogspot.com/2010/06/jam-tangan-xcel-anti-clockwise-merujuk.html
walaupun bumi dan bulan mengelingi matahari, namun matahari juga berputar dlm kedudukan lawan arah jam....
sehinggalah kepada kesemua planet2 dlm sistem suria yg mengelingi matahari secara tawaf lawan arah jam....
ketika atom, cell, bumi, bulan, planet dan matahari berputar,, ketika inilah seluruh sistem suria juga bergerak mengelingi pusat sistem suria... disini kita dapat melihat kebesaran Allah menjadikan sesuatu itu dgn penuh teratur,, daripada benda yg plg kecil sehingga yg plg besar, masing2 menunjukkan tanda bagi org yg beriman....
Tawaf ialah hukum alam semesta.... tawaf is a law of cosmic... semoga dgn penerangan ini dpt menambahkan ketakwaan terhadap Allah SWT.
Wallahu'alam.
Sebenarnya terdapat banyak gambar dalam artikel-artikel ini, tetapi jenuh saya godek tapi gambar-gambar tidak mahu keluar. Moga2 lain kali dapat keluar juga. Kepada artikel yang saya ambil daripada blog atau laman sesawang mereka, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.
