Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Kepada semua warga pendidik, Selamat Hari Guru diucapkan walau di mana-manapun anda berada. Setelah setahun berhempas pulas dengan tugas masing-masing, hari ini kita rileks sebentar, sama-sama meraikan hari khas buat kita.

Tahun 2006 saya meraikan hari guru di SMKA Pedas, 2007 di SMK Pasir Panjang dan tahun ini di SMK Undang Rembau. 3 sekolah dengan 3 cara sambutan yang berbeza. Sudah tentulah di SMKA Pedas yang paling meriah kerana di situ terdapat sebuah dewan besar yang cantik dan orang kata ada feel lah. Semua pelajar tinggal di asrama dan aktiviti bisa diatur dengan lebih mudah. Di SMKPP dan SMKUR pun ada kelebihannya juga. Seperti biasalah, ada acara padang dan acara dewan. Tahun ni mood untuk bergembira masih belum pulih. Masih kelelahan. Tak sakit tapi saya menapak agak sederhana buat permulaan ini. Lebih menumpukan kepada aspek akademik dan meng'cover' apa-apa yang saya tertinggal selama ini.

Oklah, saya ingin menceritakan serba sedikit seputar yang berlaku di sekolah kami pagi tadi. Setiap pagi Jumaat kami mulakan hari dengan majlis bacaan Yaasin Tapi hari ini agak istimewa sebab yang mengetuai bacaan Yaasin ialah Pengetua sendiri. Saya sungguh berbesar hati kerana bacaan, makhraj, tajwid beliau saya beri A. Acara Hari Guru seperti biasa diisi dengan bacaan ucapan Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran Malaysia. Akhir sekali Pegetua mendeklamasikan sajak bertajuk "Terima Kasih Cikgu". Best betul Pengetua ni, ada sense seni dan kreatif jugak.

Acara pagi diserikan dengan persembahan kompang berformat, macam kawad berformasilah. Pertama kalilah saya lihat pertunjukan sebegini. Pasukan kompang sekolah kami yang diberi nama 'Pasukan Kompang Anak Harimau" menggabungkan seni kompang, seni tarian, formasi. Memang menarik dan menghiburkan. Saya beri A- , tanda tolak sebab masih belum betul-betul kemas lagi. Sebenarnya mereka masih dalam sesi latihan untuk pertandingan minggu depan. Pelajar sekolah ni ramai jugalah yang berjaya ke peringkat kebangsaan terutama dalam sukan, olahraga, permainan, pidato juga. Tahniahlah kepada pasukan sekolah dan tenaga juru latih, Cikgu Shima dan lain-lain..

Kira-kira jam 4 petang tadi, rumah saya dikunjungi kira-kira 30 orang pelajar ex SMKA Pedas batch 2005. Mereka hari ini berkumpul di sekolah untuk memeriahkan sambutan hari guru. Kemudian menziarah guru-guru. Saya memang seronok jika mereka berkumpul di rumah sebab, seronok tengok memasing sudah menyambung pelajaran di pelbagai institusi. Seronok kedua ialah saya rasa macam anak saya tiba-tiba menjadi ramai pula! Yalah, menumpang kasih anak-anak orang. Huhu..kan best jadi cekgu..

Tadi semasa pulang dari menghantar Syamil ke kelas fardu ain, saya dapati ada sebuah beg plastik di hadapan pintu rumah saya, "Selamat Hari Guru daripada Kelab Pengguna SMKA Pedas"... terima kasih, masih ingat kat saya ya. Tahun lepas mereka menang negeri, saya ada pantau mereka sikit-sikit... Dapat 2 set tupper ware (bukan tipu ware)... Tapi, (hehe) pesanan kepada budak-budak kuiz Podeh, anda semua mesti bersungguh-sungguh, sebab kalau tidak ada orang lain nak celen ni... bak kata orang putih "Best Man Win"...

5 comments:

Anonymous said...

bila baca posting cikgu kali ni,rasa cam bes je jadi cikgu,teringat balik kenangan kuiz pengguna dengan cikgu...(terharu rasanya)^-^

wan salmah said...

yelah. ke mana pun saya pergi saya cuba menghidupkan budaya kuiz pengguna dan kelab pengguna.

tapi saper ni ye?

wan salmah said...

Berita terkini;
Bebudak kompang tu menang negeri, nak berlatih utk kebangsaan pulak...
do the best ye..

sasterawan_muda said...

shafiq@ruler smkur (bdk kompang)

bie terjumpe blog cikgu ....tetibe rindu plk kt semua....cikgu sihat? cikgu mengajar dimne? harap klu ade iin alah dpt la jmpe cikgu lg...

wan salmah said...

sasterawan_muda (shafiq),
terima kasih kerana berkunjung...
sebenarnya dah lama betul saya tak ke blog saya (hu3).. tapi bila shafiq hantar comment nostalgia kat smkur tiba2 menjelma...ruginya tak ambil gambar kumpulan kompang ni.. suka tengok semua orang bersemangat dan dapat bekerjasama membuat persembahan yg sungguh menghiburkan...