Ketahuilah Oleh Mu ...
Jika kamu merasa lelah dan tak berdaya daripada usaha yang seperti sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kamu sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung air matamu.
Jika kamu fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kamu merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada di sampingmu.
Ketika kamu fikir bahwa kamu telah cuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kamu merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kamu dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kamu merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kamu dipenuhi ketakjuban ...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kamu memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi ...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa di manapun kamu berada atau ke manapun kamu mengadap...
Allah SWT TAHU .......
Syukur kerana memberi aku masa, kesihatan, ahli keluarga yang prihatin, sahabat yang sama-sama menangis waktu aku berduka, dan terlalu banyak nikmat kuperoleh hingga tidak terhitung... semoga umurku panjang dan diberkati, dimurahkan rezeki dan
impianku terlaksana..
14 comments:
HAPPY BIRTHDAY KAK WAN. SEMOGA APA YG DIHAJATI AKAN DIPEROLEHI. INSYAALLAH
Selamat hari lahir. Lambat wish :)
Moga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesihatan dan kesejahteraan agar dapat terus berbakti kepada-Nya.
Leha,
terima kasih atas doa..Leha pun macam tu jgak ya, moga kita sama2 memperoleh apa yg kita hajati..
Yus,
terima kasih, hari ulang tahun tak banyak beza dgn hari2 lain pun, cuma saya sangat2 berharap agar tahun ini merupakan tahun yg 'ada sesuatu yg istimewa buat saya/kami'...
semoga mendung akan berarak dan saya akan menikmati pelangi..namun,saya bersedia menerima apa saja takdir yg Allah tentukan.. kereana Allah Maha Tahu..
Salam
sehat dah kak? mata ok dah?
lama tak menjengah. sebuk exam dan keja dsbnya
hAPPY BITHDAY YE SEMOGA SIHAT TUBUH BADAN DAN DIMURAHKAN REZEKI.
Saya tinggal message atas nu tapi tak perasaan akak punya birthday.
baby sihat dah akak? Mak akak sihat?
take care
waalaikum salam,
alhamdulillah, akak, baby dah sihat, cuma akak ni masih ada skit2..
mak pula sihat cara org tua, dah dapat bibik baru yg rajin layan. biasanya akak telefon guna line tetap, tapi ari tu terfikir nak guna henset, eh ajaib sebab mak mudah dengar, tak macam dulu..kalu guna line biasa puas menjerit2 mak tak dengar.. heran jgk ya..
keluarga kat sana pulak mcmn..harap sihat2, makin baik lah..
ok la, terima kasih atas doa..
milikilah Allah, kerana Allah adalah segalanya. Segalanya tanpa Allah, tiada membawa apa-apa erti.....
salam kak, pakai henset sbb ada speaker phone tak? biasa la la kalau badan kena hempas dan tercampak memang la banyak tak kenanya. sakit badan.. tu.
Alhamdullillah bagus la mak akak sihat dan ada org melayannya.
salam
kak meen,
terima kasih atas ingatan tu...memang Allah lah segala-galanya bagi kita, cuma mslhnya iman ini bagai sungai juga..
anonymous,
badan akak alhamdulillah dah ok, cuma mata masih kureng..tapi alhamdulillah ada perkembangan positif..
mata masih kurang normal, silau, membawa kepada stres..kena terlalu byk sabar sebab kalau dah stres mata membawa kpd fening2 dan mudah tensyen..
terima kasih kerana masih ingat pada akak sekeluarga..
ingat kak cuma takde time nak online je. kat ofis tak le ke blog hoppg. blajar mana ada time. ok la kak saya doa kak sihat sekeluarga dan tercapai hajt di hati. doakansaya punya kerja dan course saya ok.
thnks
salam
n
Happy Belated birthday Cikgu Wan. Maaf terlepas pandang.
anonymous,
ish kira tabah dan cekal jgk cik adik ni, moga berjaya dlm semua kerja usaha..
Kakak,
tak kisah la, akak pun sesaja tulis tentang birthday tu .. tanda dah bertambah umur je buat muhasabah diri..
terima kasih atas tanda ingatan..
Post a Comment