Thumbergia
Pada bulan November tahun lepas saya telah mengisi borang tukar dari Negeri Sembilan ke Kelantan (online). Dukacita permohonan saya tidak berjaya. Saya membuat rayuan tetapi masih gagal.
Pada 1 April lepas saya sibuk mengisi borang tukar lagi, kali ini untuk DG29 dan DG41 saja yang isi secara online, saya DG44 isi secara manual. Apa cerita kali ini tak tahulah...kali ini saya betul-betul menyerahkan nasib kami anak beranak kepada perancang terbesar kita, Allah swt. Terlalu rumit untuk ditulis di sini, saya sudah buntu dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir setelah pelbagai usaha yang telah dilakukan. Rumah saya yang dulu sudah ada pembeli nampaknya takdir saya tidak semudah itu. Perkara ini masih hang, saya terpaksa mencari pembeli baru...Maaflah ya kalau anda rasa tak faham, saya pun dah tak terlarat sebenarnya nak fikir, tapi saya sentiasa mengharap belas kasih Allah kepada kami.
Baik la, mari cerita tentang pokok di atas tu...Saya pernah menceritakan bagaimana sukarnya saya mencari benih pokok di atas. Saya ke nursery Sg Buluh, tak jumpa, saya melawat taman botani di Putera Jaya, pokoknya ada tapi tak jual benih. Pergi mana-mana nurseri tak jumpa, akhirnya ketika saya ke Tanjung Aru, Sabah, saya terjumpa pokok itu dengan meriahnya menghiasi resort semasa kunjungan peserta Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan. Dengan penuh rasa teruja (dan tak malu), saya meminta ihsan staf di sana untuk memberikan sedikit benih pokok tersebut.. mereka sebaliknya melayan saya dengan baik dan berpesan supaya saya mencelupkan batang yang dipotong menyerong ke dalam penggalak akar. 2 daripada keratan itu hidup dan selepas 5 bulan saya terkejut kerana julurannya sudah mencapai pergola saya dan mengeluarkan bunga!
Jadi, sebagai persediaan untuk berpindah (bila berpindah tidak tahu...), saya pun memotong beberapa batang pokok tersebut, mencelup dalam penggalak akar dan mencucuk dalam bag polisterin. Selepas tu saya jadi budak-budak..hehe, lepas je 3 hari saya mula berulang melihat keratan-keratan tersebut..masuk hari ke 6 ada yang sudah mengeluarkan pucuk! Subhanallah! Memang saya ada banyak keratan tersebut dan mungkin akan membiakkannya lagi... Saya ada terbaca dalam Majalah Laman, ada pembaca yang membeli pokok tersebut tetapi tidak mengeluarkan bunga, yang banyak ialah daun (mabuk daun). Jadi, sesiapa yang berminat kepada spesies pokok di atas, bolehlah hubungi saya.. Marilah sesama kita berkongsi keseronokan ini ya.
Saya ada juga membiakkan pokok kemuning. Kali ini percubaan saya sudah masuk kali ketiga, tapi masih tidak menjadi, sedih juga ni...apa formula ya.. Buat pengetahuan anda, pokok kemuningnya mungkin spesies jasmin, berjambak, putih dan sangat wangi. Kalau berbunga biasanya penuh satu pokok..ni yang buat orang gila ni.. Saya pula menanamnya berhampiran ruang lepak kami dan dekat juga dengan ruang tamu..wuih..segar dan ringan rasa kepala..
Tapi, macam mana nak buat pokok ni tumbuh ya. Saya nak jadikan sebagai pagaran. Bayangkan kalau semuanya berbunga...
12 comments:
Cantiknya bunga Thumbergia cikgu Wan. Suka saya tengok. Sejuk mata memandang.
Kakak,
memang cantik pun, kalau berminat jomlah ke sini, sambil2 gi wet world pedas 10 minit je dari rumah ni, anak semaian tu banyak lagi..
Kak wan, cantik jugaklah bunga tu. teringin juga nak tanam. pokok tu jenis menjalar ke?
kak wan... ala salah pulak. sayalah yang bertanya itu....siti zaleha
Leha,
pokok tu jenis menjalar. kalu ada para/ pergola memang cantik sebab nanti nampak bunga dia turun ke bawah macam tu.
cepat dan mudah biak. jom la.
suka pokok bunga ye!bolehla geng.ini first visit saya ke blog ni.
pokok tu yang bunganya warna ungu lembut ke?
ummuafiq,
mmg kita boleh geng pun, sama2 gile bunga dan.. anak sulung akak nama afiq...
ya bunga tu mmg ungu lembut, kembang waktu pagi, bila panas layu, bila petang dia segar, malam dia gugur.. bergugus2 macam anggur...waduh waduh..
oh...kalau bunga tu saya pun suka,kalau buat gerbang kat taman atau pondok kat taman (beranganla tu)guna pokok ni sebagai bumbungnye mesti best..
Saya selalu berangan ada taman yg indah he..he.. kat syurga kot!
nak juga tu cikgu wan, kalau ada kesempatan, bolehlah balik bawa bunga...cantikknya!
ok no hal punya, datang la ya...
019 2623219
time kasih cg wan.
Post a Comment