Thursday, July 23, 2009

Bapa Kartika reda dengan hukuman Mahkamah Syariah


KARTIKA SARI DEWI mengesat air mata pada sidang akhbar di Ipoh semalam yang turut dihadiri oleh anaknya dan bapanya, Shukarnor.


IPOH - Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, dan anak bongsunya yang berusia lima tahun.




Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

"Tiada siapa paksa (meminum arak), saya rela dengan hukuman sebat yang dijatuhkan,'' katanya.

Anak kelahiran Sungai Siput yang menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan rakyat republik itu didapati bersalah meminum arak kira-kira dua tahun lalu di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Shukarnor pula menyifatkan hukuman ke atas anaknya itu wajar dan tepat mengikut undang-undang Islam.

Beliau juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok.



Saya nak ucapkan tahniah kepada Kartika dan Shukarnor kerana begitu tabah, berani menghadapi kesilapan yang dilakukan. Kalaulah saya sendiri akan membuat seribu kali rayuan barulah, itu pun saya masih tidak sanggup dihukum begitu. Tetapi dalam kes ini mereka berdua sanggup menghadapi dugaan yang sangat berat ini. Begitu tingginya tingkat "takut" mereka akan hukum Allah. Allah Maha Pengampun, semoga Kartika diampunkan Allah dan hukuman yang bakal beliau jalani nanti akan membawa hikmah kepada kesalahan meminum arak dan undang-undang syariah di negara kita. Kepada beliau dan keluarga pula moga-moga mereka akan diingati Allah sebagai manusia yang taat, takut dan harap akan rahmat Allah (dan kita semua juga)

Sebenarnya apabila saya membaca berita ini saya berasa hairan. Saya banyak membaca betapa banyaknya orang yang meneguk air syaitan ini, lelaki, perempuan, bahkan pelajar sekolah. Remaja hari ini sudah tidak segan silu melahap air haram ini. Apa tindakan akan diambil terhadap mereka selepas ini? Jangan buat undang-undang double standard pula, atau hangat-hangat tahi ayam.

4 comments:

my passion said...

salam wan, tkasih singgah di blog akak yg tak seberapa tu..whoah..wan ni banyak betul blog..nama pun dah cikgu ya..
akak cuba2 pilih yg mana satu nak masuk..
betul kata wan..harap pihak yg berwajib tidak double standard dlm menjalankan undang2..tapi kalau tak di mulakan sampai bila tak jalan..

wan salmah said...

my passion,
terima kasih atas lawatan. saya dah buat link dgn blog akak (siapa lebih muda tak tau, blum taaruf kita), saya suka blog akak.

blog aya ni memang byk kategori..hehe masa tu tgh rajin..blog oh my home tu ttg rumah,konon nak buat rumah baru la, tak tau bila nak start, jd buat juga blog tu nak bagi motivasi bagi diri..nanti blh la ceduk idea dari blog akak tu ya..

ttg undang2 tu, kalau dah kenakan pada seorang, kenalah teruskan ya..tak kiralah siapa dia tu.. dan juga jenayah2 lain yg belum diambil tindakan, moga yg kena insaf, yg tengok pun insaf..

Anonymous said...

salam
kak
what about the one sitting on the power, throne yang meneguk sama tapi takde sapa berani ditangkap?
Dari level atasan?
Saya harap penguatkuasaan hendaklah dibuat cara sama rata.
Jangan jadi cam org Arab. Johnie Walker and whisky have that region as their main market. Dan org yang kaya boleh pergi buat menda ni suma ke negara barat. Tapi orang yg tak mampu kebanyakannya la kena dek double standdard sebab duduk kat dalam negeri.
Itu yang org barat mewarna dan mefsirkan bahwa kan golongan wahabi bermaksud di mata mereka:
buat sesuatu yang extreme yakni dinegara sendiri semua mengenai barat itu haram dan salah. Tapi bila nak buat benda yg haram disis Islam pegi kat negara mereka. IAITU berzina, minum berjudi dan makan benda yang tak sepatutnya diharamkan.
Tapi di negara mereka sendiri mereka boleh tunjukkan diri mereka seperti alim ulama dan sebahagian nya ditahta kuasa di sebahagian negara Arab.

Saya pegi makan di p... baru baru ini. sebelah ada kedai jual halal southern fried chicken. dua pintu belah kanan ada kfc.
saya lalu depan kfc arab perempuan anak beranak duduk meratah ayam kfc yang diketahui di uk memang takhalal. mereka ada pilihan ayam halal tapi mereka masuk jugak kfc. tapi mereka berjubah dan hijab. kesimpulannya jangan lah kita menuruti tingkah laku mereka ini. dinegara kita dari segi pelaksaan undang undang . orang kaya , berpangkat dan berharta mampu buat apa saja tanpa had tapi org kebanyakkan saja yang asyik ditangkap.
sampai org putih cakap kalau betul2 pelaksaan flogging, stoning 2 death dilaksanakan, makanya the keluarga kerabat saud dan sekutunya di uae, kuwait etc habis dulu .Nuazubillah ....

wan salmah said...

anonymous,
waalaikum salam,
hal2 kerabat tu nak sentuh pun susah esp yg di luar negeri.
bahagian penguatkuasaan tak cukup kaki tangan kot. siapa yg sepatutnya bertanggungjwb ni. minum arak ni bukan boleh dibuat main2,ibu maksiat.
tang kfc tu pun kontroversi, mcm hangat2 taik ayam jugak la. ada yg kata manager dia org melayu jadi nak tolong org melayu.