Wednesday, April 28, 2010

26.04.2010

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menapak di bumi-Nya hingga ke tarikh ini.

Kami di Kelantan telah menghadapi hari-hari yang sangat panas sehinggakan saya yang mempunyai ketahanan dalam cuaca sebegini rasa gelisah walaupun pada waktu tengah malam. Terfikir bala Tuhan atas kami di bumi 'serambi Mekah ini'.

Namun, syukur, sehari menjelang tarikh 26.04. 2010, pemilik bumi ini telah mengirimkan air yang banyak kepada kami..syukur..moga ini petanda rahmat buat kami semua terutama saya yang menyambut ulangtahun kelahiran saya kali ini.

Mengimbau kembali pada tarikh tersebut, saya dan anak-anak telah ke Pesta Buku Kelantan yang bermula pada tarikh tersebut. Bagi pengunjung yang telah biasa ke Pesta Buku Kuala Lumpur, Pesta Buku Kelantan tersangat kecil dan tidak banyak barang atau buku di sini. Tetapi tak kisahlah, asalkan dekat dan ada banyak buku berhimpun pada satu tempat. Kali ini saya tidak bercadang memborong kerana koleksi buku yang ada pada saya masih belum habis berbaca. Cuma kali ini saya nak sangat mencari sebuah buku iaitu Lasykar Pelangi. Ini adalah kerana saya memikirkan isinya yang berkaitan dengan diri saya iaitu pendidikan di kawasan pedalaman. Semoga novel ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk menghadapi pelajar di sekolah kampung yang 'serba kekurangan ini.' Namun, saya sangat bahagia dan bersyukur ditempatkan di sekolah ini dan berharap saya akan dapat melakukan sesuatu yang berfaedah kepada anak-anak didik saya.

Lain-lain novel ialah koleksi sifu saya,Puan Azmah Nordin iaitu 'Dari Dalam Cermin, Sitti Arianna dan Kewujudan Maya'. Meskipun itu buku lama garapan beliau, saya ingin mendalami gaya pemikiran sifu saya ini.

Bahan-bahan bacaan lain ialah yang sesuai dengan anak atau anak-anak didik saya.

Sebelah malamnya anak saya Maryam telah membelikan sebiji kek coklat dan toaster. Pada masa sekarang dia ada di rumah, bercuti. InsyaAllah dia akan sambung tahun dua di UKM, bidang perubatan sem nanti. Anak-anak yang lain ialah Zahid yang akan menyambung pelajarannya di ALAM, Batu Rakit semester terdekat dalam bidang Marine engineering. Syamil di SK Wakaf Bharu, tahun lima dan si kecil Danial. Yang tidak ada di rumah ialah Afiq yang sedang meneruskan studi di Subang dan Hajar yang sedang belajar di SMKA Lati, Pasir Mas.

Syukur kepada Allah atas segala limpahan nikmat dan kurnianya. Kesihatan saya semakin baik. Mata saya pun semakin ok. Kalau ada yang tak ok tu kira dah cukup baik berbanding dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya yang tidak terhitung banyaknya.

Untuk tahun depan? Saya sekarang sedang mengusahakan 2 perkara besar. Pertama, saya merancang untuk membina rumah di sini. Sekarang sedang dalam proses melukis plan. Pada dasarnya rumah saya tu sungguh comel dan selesa untuk kami. Ala tropika kontemporari lagi. Sekarang tengah berfikir bajet agar saya akan lapang di kemudian hari. Menurut pengusaha rumah saya, kalau tidak ada aral, 8 bulan siaplah rumah ini. Orang yang paling gembira kalau rumah ini siap pastilah ibu saya. Sudah semestinya.. Ya saya mesti mengembirakan beliau yang sudah mencecah usia 82 tahun awal tahun ini. Projek kedua biarlah rahsia dulu. Oh..saya sedang berusaha agar kedua-dua impian saya itu dapat saya laksanakan dan menjadi hadiah tidak ternilai buat saya/kami menjelang ulang tahun saya yang akan datang..jadi, jom teruskan usaha!

Wednesday, April 07, 2010

The Memory Keepers Daughter


Sinopsis:
On a snowy winter night in 1964, Dr. David Henry rushes his pregnant wife Norah to the hospital, where, with help from her husband and nurse Caroline Gill, she delivers their son Paul. However, Dr. Henry discovers that his wife was carrying twins, and helps her deliver the second child, a baby girl named Phoebe. Shortly after Phoebe's birth, he finds that she has Down Syndrome, and hands her over to Nurse Caroline, explaining that the death of his ill sister nearly destroyed their mother and he doesn't want Norah to go through that. Instead, he instructs Caroline to take Phoebe to a nearby institution for the mentally ill, figuring the child won't live much longer, and tells Norah that Phoebe was a stillborn. However, after visiting the institution and seeing the state of the other patients, Caroline takes the baby home with her, stopping along the way to buy formula and diapers. With help from a truck driver named Al, Caroline begins to raise the baby as her own, while Dr. Henry develops an obsession for photography after his wife gives him the gift of a Memory Keeper camera.

Dalam versi B. Melayu, seorang doktor (David) menanti saat-saat kelahiran bayinya. Setelah lahir bayi lelaki, mereka dikejutkan dengan kelahiran bayi perempuan, kembar. Tetapi wajah si ayah berubah kerana bayi kedua mereka mengalami Sindrom Down. Si ayah gelisah dan teringat bagaimana suatu hari dahulu hidup ibunya menderita setelah kelahiran adik perempuannya yang sindrom down. Dia lalu berbohong kepada isterinya bahawa anak perempuan mereka meninggal sejurus dilahirkan. Dia tidak mahu isterinya(Norah) mengalami penderitaan yang dialami ibunya dahulu.

Si doktor/bapa telah menyerahkan bayi perempuan itu kepada seorang jururawat (Caroline) supaya meletakkan bayi tersebut di sebuah pusat pesakit mental tidak jauh dari kediaman mereka. Semasa ingin meninggalkan bayi yang diletakkan di dalam kotak di pusat itu, Caroline telah melihat ragam pesakit-pesakit di situ. Timbul rasa bimbang, dia mengambil balik bayi tersebut. Dia ke sebuah pasar raya dan membeli keperluan bayi tersebut. Tanpa diduga, keretanya kehabisan minyak, suasana malam pula bersalji. Pada masa itu muncul seorang pemandu treler jarak jauh (El) menghulur bantuan. Akhirnya mereka berkahwin dan sama-sama menjaga bayi itu (Phoebe).

Pasangan ini selalu berpindah randah kerana mengikut pekerjaan si suami. Mereka kerap menghantar gambar Phoebe dari semasa ke semasa kepada David. Sementara itu, David, isterinya dan anak lelaki mereka hidup dalam keadaan kacau. David sibuk dengan urusan kerja, kecenderungannya yang suka mengambil gambar dan dia tertekan dengan perbuatannya menyerahkan bayinya dahulu.Mereka berpisah akhirnya.

Diringkaskan cerita, David cuba menulis nota memberitahu bekas isteri tentang anak perempuan mereka, tetapi dia memadamnya balik. Setelah dia meninggal, bengkelnya dikemas dan 'digeledah' oleh bekas isteri dan anak lelakinya. Dan di situ mereka terjumpa gambar-gambar Phoebe. Melalui surat-surat, mereka dapat mengesan alamat Caroline. Akhirnya mereka berjumpa dengan Phoebe dalam suasana yang sungguh mengharukan.

Saya ingin mengulas sedikit movie ini (daripada pemerhatian saya). Isu di sini ialah anak luar biasa, Sindrom down. Pada masa itu(tahun 1964) anak-anak sebegini dipandang negatif oleh masyarakat dan masih dikenali sebagai mongoloid. Caroline memperjuangkan nasib anak angkatnya supaya mereka dapat diterima masuk ke sekolah biasa dan menjadi sebahagian masyarakat. Dia dan suami sangat menyayangi Phoebe dan sanggup berkorban masa dan tenaga mereka menjaga, mengasuh dan mendidik Phoebe. Phoebe akhirnya dapat berkomunikasi seperti orang normal. Apa yang dibuat oleh orang normal, dia ingin membuatnya. Dia berdikari. Biasanya golongan ini mempunyai watak yang jujur dan penuh kasih sayang. Kadang-kadang, mempunyai anak normal, ada peningnya. Mereka terlalu banyak berfikir tetapi jarang ingin berfikir yang 'remeh temeh' seperti kasih sayang dalam keluarga. Berbeza dengan golongan ini yang lebih mementingkan kasih sayang dan keluarga.

Yang mengharukan sangat menonton filem HBO adaptasi daripada novel ini ialah kegigihan Caroline dan El menjaga Phoebe. Bukan senang menjaga, mengasuh dan mendidik anak istimewa sehingga membentuk mereka mempunyai peribadi mulia, apatah lagi Phoebe bukan darah daging mereka.

Sungguh, insafnya saya apabila menonton movie tersebut. Anak kecil saya, Danial, perwatakannya agak lasak. Mungkinkah disebabkan kepalanya yang pernah dibedah sebulan selepas kejadian kemalangan tempoh hari. Dia juga sering demam panas. Suhu badannya boleh naik secara tiba-tiba, apatah lagi ketika cuaca panas sangat sekarang. Saya perlu banyak ingatkan qada’ dan qadar Allah kerana Allah Maha Mengetahui mengapa Dia jadikan segala sesuatu. Sedangkan pengetahuan kita terlalu cetek untuk mengerti segala hikmah ciptaan-Nya.

Saya harap pihak TV3, RTM dll dapat menyiarkan movie tersebut kerana terlalu banyak pengajaran yang tersirat yang boleh kita ambil sebagai iktibar...