Semoga kita semakin baik dari tahun ke tahun dari semua segi..insyaAllah.
Di bawah terdapat doa Akhir dan awal tahun
Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
PS..Hrmm tahun baru ini saya ada azam yang sangat-sangat besarnya..Maklumlah umur dah 4 dekad (lebih sikit)...wohoh..
Doa sumber daripada www.islam.gov.my
2 comments:
Assalamualaikum cikgu...salam awal muharram..semoga cikgu berjaya mencapai apa yang dicitakan..
Apakah azamnya itu Kak Wan? Meh le kongsi..
Post a Comment