Friday, September 21, 2007

Salam untuk segala-galanya..

Tajuk entri kali ini agak sukar dimengertikan..tapi, sudah adat permainan hidup. Resam hidup tidak ada yang kekal.

Kepada pelayar yang sudi singgah, tersinggah, saya ucapkan selamat berpuasa dan semoga puasa kita kali ini penuh dengan mujahadah. Masing-masing punya mujahadah dan penuh mengerti akan bawaan diri memasing.

Sebenarnya emosi saya agak tersentuh dengan beberapa isu, dan terbaru tentang tragedi yang menimpa anak kecil, gadis sunti Nurin. Gadis malang itu merupakan rentetan tragedi sadis yang menimpa anak-anak kecil dan gadis-gadis Malaysia. Setiap kali peristiwa sebegini berlaku, hati kita akan disayat sembilu..bilakah ia akan berakhir? Sedang anak-anak lain sedang bergelak ketawa dengan keluarga dan kawan-kawan... semoga kedua-dua ibu bapa Nurin dan mangsa-mangsa keganasan yang lain ditabahkan hati. Tidak ada perkataan lagi untuk saya teruskan kisah pilu di atas..semoga roh kalian dicucuri rahmat Illahi..

...

Berbalik kepada kisah saya, nampaknya saya terpaksa mengubah plan yang dah ada. Saya telah menanda kertas percubaan SPM pelajar-pelajar saya dan hasilnya amat mencemaskan. Hei tidak sanggup aku meninggalkan keadaan gawat ini dan membawa diri ke sekolah baru, dan apa akan jadi pada result SPM sekolah lama saya nanti? Pelajar-pelajar yang gagal tak nampak takut, saya/ para guru pula yang lebih-lebih..Pengetua memujuk supaya saya teruskan lagi di sini sehingga akhir bulan 10 ini... Saya menerima usulan beliau dengan hati terbuka kerana jika pelajar gagal seorang pun (di sekolah lama saya) saya sudah tidak senang duduk, apa lagi peratusan lulus sekolah ini bagi subjek saya untuk tahun lepas cuma 38%. Keadaan fizikal saya akhir-akhir ini juga agak kurang baik, dan pelbagai dugaan lagi yang saya hadapi, menjadikan ramadhan kali ini agak luar biasa..

Saya tidak pasti bilakah entri ini akan bersambung lagi, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, atau tahun depan, 3 tahun lagi...i'm taking 3 - 5 years to recover myself/family..sob sob..

Jadi, jikalah entri ini tidak tahu bila akan bersambung, pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat untuk segala-galanya, lailatul qadr, nuzul Quran, juga hari lebaran... juga kepada pelajar saya, ex student, do your best, hidup hanya sekali, jangan tersilap langkah...kepada yang duduk dekat-dekat, jomlah ke rumah, atau smslah sebagai penyambung silaturrahim...

Kepada yang mengenali saya, salam sayang buat kalian...walaupun jauh, namun kalian tetap dekat di hati..Maaf dan ampun jika ada tersilap, tersalah kata, terguris perasaan, juga jutaan terima kasih atas segala bantuan yang diterima sama ada cedukan info, ilmiah, nasihat dsb, May Allah bless us...

2 comments:

Yussamir Yusof said...

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada cikgu.Dan saya turut bersedih dengan kematian adik nurin,sehinggakan ibu saya menetiskan air mata apabila menonton berita tentang beliau.Moga Allah menempatkannya bersama mereka yang berbahagia dan melaknat penjenayah yang membunuh adik nurin....dan saya doakan cikgu terus sukses,.,.,

Rasha_rz said...

Ila dah link kan adress blog kak wan ni di blog ila. senang2 singgahlah tengok. Salam syawal dan lebaran untuk kak wan sekeluarga.