Thursday, August 28, 2008

Panas2!

Oleh sebab isu ni dah hangat sangat, rasa nak mencelah sikit jugaklah walaupun jika kita mengikuti politik Malaysia sedekad dua ini senarionya begitu memualkan.

Setelah jelas lagi terang parti pilihan rakyat, maka pihak pemerintah hendaklah peka dan faham apa hasrat rakyat sebenarnya. Buat pemimpin, anda sebenarnya memerintah di bumi yang rakyatnya jenis 'kami dengar dan kami patuh'.. Rakyat Malaysia bukan jenis memberontak seperti setengah-setengah negara jika terjadi sesuatu perkara deras betul tunjuk reaksi.

Namun, fenomena itu sudah berubah, dan yang mendidiknya anda sendiri. Rakyat Malaysia dari golongan muda pun sudah tahu menilai untuk masa depan. Bagus dan syabas.

Dan kepada pemimpin yang dipilih, sekarang anda sudah ada kuasa. Hargailah undi rakyat dan amanah yang disandarkan. Begitu banyak agenda tersenarai yang perlu digodek-godek dan dilangsaikan. Isu harga barang, rasuah, gejala sosial dll buat kita semua pening.. dan sekarang untuk anda mengotakan janji-janji anda. Dan rakyat sangat-sangat menunggu formula ajaib anda untuk memberesinya.

Kemenangan yang diperoleh merupakan satu petanda akan berlaku satu gelombang panas dan dahsyat bakal melanda politik Malaysia. Arus politik juga bak putaran jam ekonomi, tidak jumud dan akan berputar. PRU12 yang lepas merupakan permulaan tsunami bagi Malaysia dan nampaknya gelombang demi gelombang akan memukul pantai bahkan boleh merubah peta Malaysia!

Sebagai anak kelahiran Kelantan tsunami politik bagi kami tidaklah mengejutkan kerana kami sudah sering bermain ombak. Cuma kepada golongan yang leka berdondang sayang dan terus berangan tu, alamak padahlah jawabnya...

Rumusnya, kita semua menanti, mengikuti dengan penuh debar peristiwa demi peristiwa yang bakal melada negara kita selepas ini. Dan sudah tentulah...satu perubahan besar akan berlaku... tunggu..

12 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

dunia politik semasa negara telah berubah. memang betul telah berubah, tetapi melayu perlu berfikir dengan lebih pandai.

Apabila ramai yang mengundi PR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim (Pemimpin yang disegani oleh saya suatu massa dahulu... kini tidak lagi.. tapi, jasa beliau tetap saya ingat sebgai seorang yang meningkatkan darjat orang melayu).

Kini, PR mempunyai satu parti DAP yang sama perjuangan mereka dengan Singapore. Hatta, cara perjuangan PR juga saya masih ragu sehingga sekarang.

Saya, sampai skarang masih tidak puas hati lagi dengan isu Pemansuhan DEB di Pulau Pinang. atas alasan Kroni. Cuba cikgu fikirfkan... siapakah kroni itu? itu adalah anak melayu.. jadi, siapa seakrang dapat kontrak.. bukan anak melayu... tapi, ini tanah sape? Tanah melayu! So, apa salahnya jikalau melayu mendpat haknya... atleast. ada juga ekonomi kita pegang sebagai orang melayu. Kalau dah jadi macam ini, siapa yang nak pegang ekonomi. Bagi Cina. melayu... pengang ape? pertanian? Sampai bile? Saya masih lagi sedih dengan keadaan yang belaku di pulau pinang. Apa pemimpin melayu pegang disana? Hanya sebagai Jaga agama sahaja. Ekonomi? siapa yang jaga.. bukan melayu? Itu baru pegang satu negeri.. belum lagi negara... Sedih cikgu...

Bukan kita perlu pindah parti untuk meningkat kualiti kepimpinan, satu cara yang perlu dibuat adalah dengan memperbaiki parti itu sendiri. Lawan dengan pucuk pimpinan jika kita tidak puas hati dengan satu orang yang menganggotai parti atau mewakili kawasan cikgu.

Yakinlah dengan pucuk pemimpinan yang ada sekarang, kita Melayu berada di atas. "Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa". Bila saya terdengar lagu ini... saya memang sebak dalam hati saya. Memang betul... Kalau kita hilang kuasa.. kita berikan kepada mereka yang bukan dalam agama kita. Menangislah bangsa kita satu hari nanti....

Pemuda kene berfikir jauh... bukan berfikir untuk sekadar masa pendek sahaja... perlu kaji sedalam-dalamnya apa yang berlaku.. kenapa berlaku...

bagi saya, pemuda malaysia masih tertipu. Bukan semua pemimpin itu jahat. Yang jahat kita perlu betulkan mereka. Itu baru suara demokrasi.

Sedih cikgu, pernah saya terkeluar air mata bila terkenangkan nasib bangsa... kalau, satu hari nanti.. cina yang jaga negara kita? sapa nak jaga warisan bangsa kita? Kita dah x ade negara lagi... cikgu. Cina, boleh lari kenegara mereka..
Kita, nak lari kemana? terbang ke Arab Saudi? Indonesia? Sapa nak bayar? kalau hasil negara kita.. dah mengalir kengera lain.

Saya juga sedih berkenaan isu UiTM.. ramai yang setuju.. setuju.. jumlahnye berapa orang tue.. 10000 orang dan lebih... mana nak letak anak cikgu ke Universiti... sedara mara cikgu... X nak bagi peluang lagi ke mereka untuk belajar. Mungkin peluang itu sepatutnya ada di UiTM tapi, sekarang di mana. Walaupun saya bukan di UiTM... tapi, saya sayangkan UiTM....

Saya marah dengan DSAI hanya kerana dia mempermainkan isu bangsa untuk mengejar kereer politik dia. Adakah dia tidak mememtingkan diri sendiri? Dia sendiri pentingkan diri sendiri? Kenapa hendak jadi PM? Kenapa tidak bangkang apa yang dibuat yang bertentangan dengan bangsa di Parlimen? Beliau juga ada agenda tersebunyi yang ramai tidak tahu...

Untuk pengetahuan cikgu, Malaysia adalah salah sebuah negara yang boleh membeli alatan keteraan daripada Rusia yang lebih canggih daripada Amerika. Sampai, sekarang Amerika takut untuk serang malaysia kerana hubungan akrab malaysia dengan negara kuasa dunia yang lain. So, bagaimana cara serangan yang mereka lakukan terhadap Malaysia. Dengan politik la....

Tidak salah, memelilh pemimpin negara yang betul2x melakukan sesuatu kerana bangsa. Saya bukan bercakap kerana dibayar ataupun... demi kepentingan diri. Tetapi, demi kepentingan melayu. Fakta daripada sejarah dunia jelas menunjukkan negara kita sedang berperang dengan US yang sehingga sekrang bermusuhan dengan ISLAM. Selamai sejarah negara Afghanistan, Iraq. Akhirnya, negara itu... segala hasilbuminya diambil oleh Amerika.

AKhirkata cikgu selami la... makna lagu ini


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…

Salam berhujah..

*Warisan Anak Melayu*

Anonymous said...

bagi saya,apa kita kita tukar baru.tengok yang baru ni cara pemerintahan dia.kalo xbagus kita reject la bila PRU akan dtg.hehe

Anonymous said...

yup.. kalau tak bagus kita reject... untuk pengetahuan firdaus... kalao dah semua harta kita diambil untuk hak milik kekal mereka? senangkah kita untuk mendapat balik hak kita? memang susah.... sebab itu sudah menjadi hak mereka.

Senang citer, saya bagi contoh soal pelajaran anak melayu. jikalau dibiarkan anak melayu hilang keistimewaan hakmilik pendidikan anak melayu. Nak tunggu 5 tahun. selepas pilihan raya yang akan datang baru berubah.. semasa itu... sudah lebih daripada 10 000 orang (mengikut kouta 10% UiTM) pelajar bumiputera hilang pendidikan.

Inilah dikatakan melayu, terlampau bertolak ansur... lama-lama ditolak beransur-ansur di Tanah Air sendiri.

"Salam berhujah untuk kebaikan bangsa"

*Warisan Anak Melayu*

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullahiwabar akatuh,



Sejak akhir-akhir ini kita kerap mendengar tentang isu "political disaster" dikalangan parti politik orang Melayu. Apakah dengan berlakunya political disaster dikalangan ummat melayu ini menguntungkan Melayu? Perpecahan dikalangan ummat Melayu ialah suatu yang amat dinantikan oleh bangsa-bangsa bukan Melayu yang telah hampir 51 tahun penantian yang telah selama ini menjadi kenyataan dalam Negara kita. Hak melayu bukan lagi dijadikan satu hak ekslusif serta ianya dijadikan bahan tajuk utama forum-forum, diskusi serta sidang media dikalangan bukan Melayu yang kian lama kian berani bangun menyatakan keadilan tentang HAK mereka.

Saya amat tertarik dengan perkataan "PENDATANG" @ "IMIGRAN" yang di utarakan oleh salah seorang ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang kepada semua bangsa-bangsa bukan bumi. Mengikut kamus dewan, Pendatang membawa maksud orangyang bergerak ke suatu tempat dari tempat lain dengan sesuatu tujuan. Dalamerti kata yang lain, terdapat ramai pendatang di Malaysia dari pekerja asing, pelancong asing, rakyat asing hingga ke duta asing. Kalau kita teliti dengan lebih mendalam rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa yang melibatkan Melayu, Cina , India , Bumiputera Sabah & Sarawak.


Akan tetapi proses kepada pembentukan sebuah negara ( Malaysia ) melibatkan beberapa proses yang begitu unik dan tidak pernah dilalui oleh mana-mana negara di dunia. Mana mungkin rakyat sesebuah negara membuka kerakyatan "Citizenship" kepada bangsa lain, bukan sekadar menjadi rakyat, akan tetapi mereka-mereka ini boleh mengundi dalam pilihanraya umum malah boleh bertanding dalam pilihanraya serta menjadi anggota kabinet Malaysia dan menggubal dasar-dasar kerajaan Malaysia. Itulah cantiknya Bangsa Melayu dalammemberi ruang kepada bangsa-bangsa asing yang dahulunya menjadi buruh serta kerja di ladang. Tetapi pada hari ini mereka memegang ekonomi Malaysia , menjadi lebih kaya dari pribumi Malaysia .

Sistem jusoli yang membolehkan semua ini berlaku melihatkan betapa Melayu telah melakukan satu pengorbanan yang begitu besar sehingga sangup menerima bangsa asing menjadi RAKYAT Malaysia dengan harapan Agama Islam adalah agama Rasmi Malaysia, bahasa MELAYU (Bukan BAHASA MALAYSIA) adalah bahasa kebangsaan, Raja-raja Melayu serta Hak Istimewa Melayu menjadi hak eksklusif Ummat Melayu & Bumiputera di Malaysia. Namun pada hari ini kita melihat, bagaiman hak-hak Melayu mula dipertikaikan sehinggakan ada golongan yang didalangi oleh parti-parti politik bukan Melayu termasuk dalam yang bersama kerajaan meggelarkan diri mereka sebagai Dong Ziong @ Suqiu berani mempersoalkan sertai ngin memusnahkan hak –hak Melayu dan berkongsi kekayaan negara sebagai sama rata. Apakah kita mahu terus melihat ummat Melayu terus mejadi bahan balingan bola bangsa lain kerana takut akan hilang undi dalam pilihanraya? Apakah kuasa Melayu kian terhakis? Apakah kepastian yang membolehkan hak Melayu terus kukuh dalam Perlembagaan negara perkara 152 & 153?

Dimanakah kesilapan yang mengakibatkan Melayu diperlakukan sebegini rupa? Dimana kekebalan kuasa Melayu yang suatu masa dahulu merupakan benteng kuat kekebalan umat Melayu di Malaysia. Apakah Dasar Ekonomi baru itu merupakan suatu dasar yang menindas bangsa lain? Dasar ekonomi baru adalah sebahagian daripada hak Melayu. Perjanjian sistem Jusoli tidak perlu dipersoalkan kerana Malaysia adalah bumi Melayu. Mengapa ia mula dipersoalkan? Dalam erti kata lain, keseimbangan dalam ekonomi negara hanya akan stabil seandainya semua pihak berada di dalam keselesaan hidup. Malaysia sebuah negara yang kaya, mewah dan ada segalanya, Bangsa lain bebas berniaga serta mengaut keuntungan dalam segala aspek perniagaan dari runcit sehingga ke perdagangan antara negara. Contohnya dari segi aspek hiburan, perniagaan kelab malam serta kasino adalah milik bukan Melayu, sedangkan kita semua tahu perniagaan ini melibatkan "Cash Flow" dan bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau nak dibandingkan dengan projek membina bangunan kerajaan yang memerlukan kesabaran dalam perlaksanaan projek tersebut.

Orang Melayu hanya punyai projek-projek milik kerajaan sahaja, sedangkan bangsa-bangsa lain dengan projek pembangunan swastanya serta perniagaan hartanah yang sedang dikuasai oleh bangsa asing di Bandar-bandar besar. Apakah itu belum cukup untuk bangsa bukan Melayu hidup bahagia di Malaysia ? Kenapa perlu dipersoalkan? Mengapa UiTM juga dijadikan mangsa terbaru? UiTM adalah Hak Melayu!!! Apakah tidak cukup Matrikulasi dan MRSM dibuka 10% kepada bukan Melayu? Dah bagi betis nak paha pulak!!!

Banyak lagi perkara yang hendak dibangkitkan, namun masa mencemburui kita… Bangunlah wahai Melayu, Bersatulah wahai Melayu, Melayu akan hancur di Malaysia sekiranya kita sendiri tidak mampu mengawal bangsa sendiri, jangan menjadi pengkhianat bangsa hanya kerana pangkat, harta dan nama. Apabila Melayu hebat, Islam pasti hebat… Jangan biarkan bangsa lain bertakhta, kerana belum tentu Islam bahagia. Jangan sampai azan tidak kedengaran di bumi Malaysia …bersatulah Melayu.

Sekian, Wassalam

wan salmah said...

assalamualaikum,
insan yang prihatin nasib bangsa dan warisan anak melayu,

terima kasih atas huraian yang terperinci tentang kebimbangan nasib anak melayu sekarang.
sebagai guru saya juga gusar memikirkan masa depan anak bangsa kita pada masa akan datang. melalui pemerhatian saya, di sekolah-sekolah biasa, 10% anak melayu yang tahu mengapa mereka mesti ke sekolah, 15% tak tau mengapa mereka pergi kesekolah dan selebihnya kadang-kadang sedar kadang-kadang tidak akan kepentingan ilmu. jenuhlah cikgu nak dril,pujuk mereka supaya belajar. yang ponteng tu perkara biasa bahkan semasa peperiksaan awam pun sanggup ponteng. inilah bangsa kita.

saya sedar akan kebimbangan saudara. saya cuba mencari manifesto Parti Keadilan Rakyat ni, diringkaskan begini:

KeADILan Manifesto 2008

A New Dawn for Malaysia


Preamble


Part I - A Constitutional State for All
Upholding Unity, Integrity & Human Rights

Part II - A Vibrant, Prosperous Economy for All
Equitable Distribution for Better Competitiveness

Part III - A Safer Malaysia for All
A Cleaner Police Force for Safer Streets


Part IV - An Affordable Malaysia for All
Better Control of Prices for Petrol & Basic Goods

Part V - Better Education for All
Universal Access to Higher Quality Education

secara detailnya boleh rujuk
http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/539/

namapun sudah keadilan. keadilan untuk semua rakyat malaysia (tanpa mengira bangsa, agama)

jadi apa ikhtiar kita? harap ada penjelasan-penjelasan daripada mana-mana pihak.

itulah masalahnya kita orang melayu, ramai tapi tidak bersatu, tidak sehaluan. kita pakat-pakat solat hajat mohon diberi petunjuk akan kebenaran.
memang bimbang bila ingatkan masa depan anak2 cucu kita..apakah nasib mereka? tegakah kita nanti apabila kita dipersalahkan atas ketidakprihatinnya kita sebagai orang tua?

Anonymous said...

saya ada terbaca akhbar di sini pasal malaysia..Satu dunia hot pasal politik negara MaLAYSIA lebih2 lagi pasal Anwar baru2 ni.Macam2 diorg tanya saya,,,saya mampu sengeh jer..hehehe

Anonymous said...

bacalah buku "sistem politik ISLAM" keluaran Telaga Biru.
untuk menunetukan sistem politik islam yang sebenarnya.

Bagi saya, orang melayu sekarng telah belajar untuk membangkang apa yang dikatakan oleh pemimpin.. dan sebanarnya itu salah di sisi Islam. dan ada cara untuk menegur pemimpin... dan hasilnya.. lihatlah malaysia sekarang.

Islam itu indah...

wan salmah said...

saya tak taksub pada mana2 parti.. yg rasa nak perjuangkan islam, yg adil, yg berkhdmat utk msykt (dlm segala aspek) itulah yg menjadi pilihan.

payahnya banyak org mengaku merekalah yg terbaik. selagi kita lebih mementingkan diri atau ada kelompok2 tertentu, tidak mementingkan agama; mslh politik, ekonomi, sosial tak akan selesai sampai kiamat.

jika kita lihat zaman rasul saw dan zaman2 sahabat/dll selepasnya semua kaum dpt hidup bersatu padu. islampun menonjol dari segi sainsnya..tiada org miskin, mslh sosial/ekonomi kalau ada akan ditangani dgn segera sbb masing2 berpegang teguh dgn ajaran agama. islam itu syumul dan semua aspek ada cakupan. zaman khalifah abdul aziz tidak ada org miskin utk menerima zakat. islam itu agama fitrah, sesuai utk semua org/ makhluk.

mslhnya, siapa pemimpin yg betul2 islamik dan ingin berjuang secara lunas2 islam. kita org melayu/islam tak byk yg betul2 pakar/mahir dlm bidang2 sains sosial ni. ada yg mahir tp tak minat berpolitik, jd kuasa politik diambil oleh org yg berminat tp kurang kemahiran (ada tu..)

sebagai guru saya hanya boleh perturun ilmu dan menyokong sikit2 dlm politik (tak pandai berpolitik)..diharap antara kita yg muncul dgn pakej yg 'lengkap' dan memperjuangkan nasib anak bangsa kita.

tentu kita semua mengharapkan dapat memejamkan mata buat kali terakhir dgn jiwa yg tenang..

Anonymous said...

ya betul itu cikgu, saya sokong dengan pandangan itu... itulah juga pandangan saya....

memang susah kita nak buat keputusan... kita tidak mengetahui... Allah maha mengetahui....

hihi.. itulah sebabnya saa suka sangat baca buku.. berkenaan dengan sistem politik islam.. disitu, hasrat saya untuk mengkaji.. bagaimana halusnya islam itu dalam politik.

Seringkali, bagi saya andaikata saya menjadi pemimpin... kenape tidak mengikut cara islam sepenuhnya... mengekalkan hukum hudut... (itu yang paling penting skrang kerana kadar jenayah dikalangan umat islam bertambah) dan keadaan ini amat memalukan diri saya sebagai orang islam. Tapi, orang bukan islam pun ada jugak.. tapi, lantakla.. itu bukan agama kita...

Tahla.. cikgu, kenape negara kita tak macam Germen... waktu malam jer.. sunyi sepi jer.. semua ade kat rumah masing2x... sehinggakan bunyi flush pun kedengaran sehingga keluar... Budaya 24jam kat negara kita nie... sebenarnya budaya yang tidak elok.

Takyah la.. operasi sampai 12 pagi... kalau kite tutup kedai sebelum maghrib pun dah o.kdah...
pagi2x pukul 8 bukak la balik.

haha saya dah merapik dah nie


-warisan anak melayu-

wan salmah said...

setuju setuju..

mungkinlah tempoh merdeka 51 tahun masih baru..
hala tuju masih terumbang ambing, belum mantap..kita hendak membangun dgn pesat, kilang2 tumbuh di sana sini, mmg memberikan peluang pekerjaan yg byk dan cepat kpd penduduk, mslhnya backupnya tidak selaras.. anak2 yg lahir dan membesar tidak mendapat pendidikan sebagaimana pesatnya pembangunan fizikal di malaysia.

pengalaman mengajar di sekolah menengah biasa di port dickson dan rembau ni (2 contoh mudah)ni cukup menginsafkan. lebih separuh pelajar yg hadir main2 di sekolah, ditangkap ponteng di cc, tak bawa buku, macam2 lah mslh disiplin. kalau saya pilih utk 'jaga kesihatan' dan tidak mempedulikan mereka, maklumlah kena menjerit2, berfikir demi berfikir macam mana nak atasi masalah ni, nak biar je mrk ponteng, tak buat kerja sekolah, mengacau ketenteraman pelajar lain, biar je ke mereka fail dlm exam..? oh tidak..

kita cuba tunaikan tanggungjawab masing2 walau apa profesyen kita. insya Allah pelajar yg dilahirkan berkualiti kelak bakal menerajui negara dan mengubah masa depan sistem negara kita.

harap pelajar2 yg minat politik ni isilah dada dgn ilmu byk2.. akan byk cabaran yg bakal kalian tempoh nanti..

Anonymous said...

kami, sentiasa ingat kenape kami disini... untuk belajar dan membela anak bangsa
pelajar harus didedahkan kepada isu politik. kerana itu adalah masa depan pelajar dan warisan anak itu sendiri. tapi pelajar itu harus ingat... berpada-pada!. tentang cabaran,nak taknak... pelajar harus tempoh dengan keimanan yang tinggi.. bukan dengan hawa nafsu. Itu gunenye kita belajar sejarah


salam aidilfitri, maaf zahir dan batin

wan salmah said...

kepada warisan anak melayu,

salam aidil fitri jugak, dan maaf zahir batin..

lega lah baca kesungguhan anak2 muda sekarang..walaupun golongan yg 'celik' tak sebanyak golongan yg 'lena', kita harap sangat2 kalian dpt jadi pejuang agama, bangsa dan tanah air nanti..
semoga berbahagia walau di mana berada (kat German ke..ada blog?, boleh baca cerita kat sana. org German dimomokkan dgn askar yg kasar oleh tentera amerika (dah tengok movie bikinan amerika), tp mrk ada kelebihan tersendiri..