Hmm, sekadar nak memeriahkan tarikh 09.09.09..
Kepada anak-anak yang menjalani UPSR semalam, makcik ucapkan selamat menjawab, semoga anak-anak akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti ya.
Kalau anak makcik Sarah masih ada, tentu dia juga teruja menjawabnya. Itulah salah satu sifatnya, iaitu macam seronok sangat menghadapi ujian atau peperiksaan. Banyak perkara yang mengujakan anak makcik; seperti kalau ada pertandingan sama ada di sekolah pagi atau sekolah fardu ain pun arwah suka untuk menyertainya.
Sebenarnya ada juga makcik terfikir hendak ke sekolah arwah, mengucapkan selamat maju jaya kepada teman-teman arwah. Makcik tidak lupa semasa arwah berada di darjah 3 lagi sekolah mereka telah menggalakkan study group. Pelajar dalam kumpulan 5/6 orang akan berkumpul pada hujung minggu di rumah salah seorang pelajar. Mereka akan membuat bersama-sama kerja sekolah, buku skrap dsb. Yang selalu menawarkan diri untuk jadi tuan rumah ialah Liana. Keluarga Liana pun rajin layan arwah. Makcik sungguh terhutang budi kepada Liana dan keluarga.
(Dan semua guru-guru SKUR, kawan-kawan Sarah dan keluarga masing-masing). Tetapi makcik tidak ke sekolah anak makcik. Ada beberapa perkara yang makcik masih belum bersedia untuk menghadapinya. Makcik rasa makcik tak begitu kuat untuk melihat kamu semua menjalani peperiksaan itu. Makcik dapat rasakan anak makcik sayangkan kamu semua, itulah yang makcik tidak sanggup berhadapan dengan kamu semua pada saat-saat ini.
Makcik doakan kamu semua berjaya dengan cemerlang ya. Insya Allah.
3 comments:
kak bersabar lah.... redha kan kak pemergiannya
(Nora?),
Insya Allah akak redha. Namun sebagai ibu tentulah sukar melupakan semua kenangan itu. Ada bbrp bahagian yg masih belum boleh 'terima'. Dulu kalau pergi kedai tengok baju budak perempuan akak dah rasa semacam. Sekarang dah ok sikit. Akak mengelak utk jumpa kawan2 anak secara beramai2. Itu masih sukar sebab arwah sgt pentingkan sekolah/kawan2 studi grup.
kak, lepas kemalangan saya beritau mak, yg saya kena cardiac arrest dan taksedarkan diri. saya cuma beritau mak bila dah sihat. saya cakap- apa yg berlaku, kemudian saya cakap, takpe mak kalau dah ditentukan redhakan. Mak saya kata - iyalah kalau dah waktu..
sebab ini adalah kemalangan jln raya yg kedua bagi saya dalam masa setahun. july 07 dan july 08.
saya faham perasaan akak.
n
Post a Comment