Alhamdulillah. Kami guru-guru dari seluruh Negeri Sembilan telah berkampung selama 3 hari 2 malam untuk pembengkelan novel yang bertempat di PSPN Port Dickson (dari 30hb 9, 1 dan 2hb 10 2009). Kira-kira 30 orang guru telah menghadirinya. Kami bertuah kerana pembimbing kami bukan calang-calang orangnya, iaitu Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridwan, Sdr Faisal Tehrani dan Pn. Nisah Hj. Haron.
Sebelum ini kami dikehendaki menyerahkan skrip Bab 1 kami beserta sinopsis untuk disemak oleh pembimbing kami.
Di sini saya turunkan beberapa panduan yang saya peroleh sepanjang sesi perbengkelan tersebut. Terlebih dahulu saya mohon maaflah sebab agak tidak tersusun sebab isi-isinya saya kutip daripada 3 pembimbing secara langsung dan tidak sempat diubah suai.
Tema
- Apa-apa saja asalkan menarik. Elakkan tema biasa, klise atau berita. Tapi, menurut Dk Dr Anwar, kalau hendak diketengahkan juga kisah biasa, angkatkan kisah tersebut, masukkan unsur-unsur kiasan, menarik supaya penampilannya luar biasa.
- Sdr Faisal Tehrani pula sering mengingatkan supaya sesebuah novel itu dikenang sepanjang zaman, maka cuba garapkan tema sejarah, agama atau politik. Kalau tema agama, pastikan isu agama dari awal hingga akhir. Kalau kisah kehidupan dan diberi suntikan ayat-ayat al Quran atau hadis, itu masih karya popular, macam novel Ayat-ayat Cinta.
- Bagi saya pula, buat permulaan, saya menulis drama kehidupan tapi unsur yang diterap mestilah mempunyai nilai murni dari segi isi atau bahasa. Setelah pembaca membacanya, saya harap mereka akan dapat sesuatu panduan... Nak terus tulis isu berat, rasa tidak terdaya.. insya Allah suatu hari nanti.
- setiap cerita, sebaik-baiknya memberi pengalaman baru, atau membijaksanakan isi yang sedia ada.
- Pastikan yang ditulis ialah watak-watak penting saja, yang tidak penting perlu dibuang.
- Watak utama-protagonis; biasanya ada perubahan rupa, sifat, sikap, dari segi pemikiran dsb. Watak protagonis boleh jadi baik boleh jadi jahat. Contoh watak Hang Jebat mengalami perubahan berbeza dengan watak Hang Tuah yang dari awal menunjukkan watak taat setia kepada pemerintah.
- Jelaskan semua ciri perwatakan. Dialog yang dituturkan perlu menggambarkan watak itu sendiri. Contoh seorang peguam mestilah bercakap sesuatu yang berkaitan kebenaran/ undang-undang. Berbeza dialog orang kampung dengan orang yang dididik secara bandar.
- Watak-watak perlu ada roh, kalbu, darah daging (emosi), kasih, riang, marah, jijik, kebinatangan, ada kenangan manis, pahit, peristiwa dsb.
- Watak antagonis - watak yang menjadi penentang watak utama. Biasanya manusia seperti Hang Tuah. Atau ada juga bukan manusia seperti unsur alam yang terdapat dalam "Ranjau Sepanjang Jalan."
- Watak yang disukai pembaca; kelihatan dramatik, istimewa, tekun, komitmen, kelakar, pintar/ ada daya tarikan. Kalau watak jahat jadi watak, pastikan ada daya penariknya seperti Hang Jebat.
- Watak tadi dirincikan seperti ada tabiat tertentu, gemar ulang perkataan tertentu...
- Boleh buat ikut kronologi atau mengikut urutan masa ; semalam , hari ini, esok..
- Boleh imbas kembali. Boleh guna teknik 3/4, 1/4, 2/4 dan peleraian (ini teknik Sifu Azmah Nordin).
- Kalau yang dah mahir seperti Faisal Tehrani boleh saja bermula dengan penghujung, kemudian 3/4, 2/2 dan 1/4.
- Rangkakan plot, sub plot dengan lengkap. Buat sinopsis lengkap untuk dihantar kepada penerbit. Juga sediakan pengakhir cerita. Kalau pun nak buat pengakhir yang tergantung, berikan klu atau metafora.
- Kenal pasti mana peristiwa penting, kurang penting. Peristiwa penting tulis secara terperinci, yang kurang penting tulis sepintas lalu saja.
- Seperti hendak membina rumah, perlu ada pelan, perancangan teliti. Atau, kepada guru, ada sukatan pelajaran. Kalau boleh buat ringkasan bab-bab secara lengkap, supaya jika kita terhalang untuk menaip kerana sesuatu kerja, nanti bila kita sambung nanti, kita dapat sambung dengan lancar, bila-bila masa.
- dari segi naratif
- dari segi dialog- mewakili watak, emosi watak, menggambarkan tahap pendidikan watak tersebut. Pastikan masukkan dialog yang benar-benar penting sahaja, yang dapat menguatkan tema atau plot. Buang dialog lewah seperti "Buat apa tu?" "Menjemur kain" dst.. Masukkan 40% dialog, 60% rincian. Ada penulis yang sudah mahir boleh saja bermain dialog sesuka hati mengikut kreativiti, ulang, sudah mahir...
- dari segi body language- gambarkan watak yang risau, marah, sedih, bukan secara telling tapi secara showing.
- Bahasa mestilah yang dapat menyampaikan makna (secara halus), yang emotif, yang mengharukan pemikiran. Seperti Hamka yang bijak bermain emosi sehingga pembaca menitiskan air mata, yang dapat membangkitkan daya fikir, atau dapat menghiburkan pembaca.
- Kalau karya kanak-kanak, gunakan bahasa mudah, kurangkan pengimbuhan supaya tidak mengelirukan kenak-kanak.
- Latar tempat, masa, masyarakat, rincikan. Bayangkan, buat imiginasi.
- Ada warna, suhu, panas, sejuk, perincian/gambaran waktu hujan dsb. Ini penting supaya pembaca dapat memasukkan diri dalam cerita, dan tidaklah terasa cerita seperti hitam putih atau kaku.
- Pertama - boleh saja cuma agak sukar dikembangkan watak, plot.
- Kedua
- Ketiga - Ada juga yang menggunakan beberapa watak ketika, contoh Bab 1 watak A, Bab 2 watak B, Bab 3 watak C. Ketiga-tiga watak gunakan aku. Bab 4 pusing balik pada watak 1 dsb.
- Ada 3 sudut - Sudut pertama, Sudut Kedua, Sudut yang benar (the ringht side)
- Eponim - ambil watak penting - Salina
- Pentarikhan - 1515 - Faisal Tehrani
- Pelataran tempat
- Emosi
- Dua Kata antonim - "War and Peace"
- serius
- komedi
- ringan
Kalau latar di bandar besar, gunakan bahasa ringkas, kalau latar di kampung, pantai, gunakan ayat-ayat panjang (ini ayat saya, harap betul ya Datuk)
Imbas muka
- Ramalan atau bayangan tentang apa yang akan berlaku. Contoh cerita klasik Inderaputera semasa lahir diramalkan akan 'hilang' dari pangkuan keluarga/istana ketika usia 7 tahun.
Lain-lain
- Menulis ikut kekuatan masing-maisng. Jika anda Seorang ahli bahasa, gunakan kemahiran berbahasa anda semaksimumnya. Jika anda suka berfantasi, berfantasilah dengan indah. Kekuatan yang ada pada penulis dapat membaca pembaca ke alam yang dicipta.
- Nak menulis tentang gejala sosial seperti pergaulan bebas, rempit, murtad? Sentuh sedikit sahaja secara tidak langsung, kerana ia tidak berguna dari segi pendidikan, pemurnian jiwa. Kita kena bertanggungjawab atas apa yang kita tulis. Highlightkan rasa keinsafan, pemurnian. Sebab, ada pembaca hanya membaca kisah-kisah buruk itu dan tidak pun membaca unsur baik. Mazhab Realisme - kita sebagai penulis bertanggungjawab membawa pembaca ke arah kebaikan, bukan memperkenalkan gejala negatif.
- Cliff hanger- setiap pengakhir bab, pastikan ada tarikan supaya pembaca akan membaca pada bab seterusnya. Jangan pula habis baca bab 1 pembaca sudah memberhentikan pembacaan, macam telenovela..
- Bab . Novel remaja/kanak-kanak setiap bab lebih kurang 10 muka surat. Dewasa 12 hingga 15 muka surat. Itu standard la. Kalau dah mahir macam Srengnenge tu lainlah, 1 helai pun boleh jadi satu bab.
- Realisme Magis - peristiwa ajaib- kalau nak buat unsur ajaib, pastikan dari awal sudah diperkenalkan.
- Dewa dari mesin, contoh; orang jahat akhirnya mati disambar petir - ini penutup atau kebetulan yang lemah. Stail penulisan gaya baru penulis kena berikan harapan.
- Blurb -ialah ringkasan di belakang buku cerita. Ini bukan sinopsis. Jika hendak dihantar kepada penerbit, tulis sinopsis lengkap, bukan blurp supaya penerbit faham setiap bab.
- Trivia -ciri-ciri novel popular - hero/heroin mesti kacak, cantik, kaya, menjadi tarikan dsb.
- Bab pertama - pengenalan - mesti paparkan yang terbaik sebagai daya penarik. Gunakan teknik "point of attack" iaitu pembukaan yang boleh menyerang atau menakluk minda pembaca.
- Ketika membaca novel atau apa-apa bahan, salin ayat-ayat atau diksi yang menarik, menyentuh perasaan.
- Hikayat Inderaputera masih bertahan sehingga sekarang disebabkan pemerian/ perincian latar, watak.
Terima kasih kepada Tuan Pengarah JPNS iaitu Dato' Abdullah bin Mohammad, Dato' Dr. Anwar Ridwan, Faisal Tehrani, Nisah Haron, Pengelola yang diketuai oleh Datin Hajah Azimah bt. Alis, semua AJK yang terdiri dari guru-guru SMK Dato' Sedia Raja, kaki tangan PSPN PD, semua sahabat guru yang telah memberikan idea bernas dan kesungguhan sepanjang pembengkelan ini. Juga kepada anak-anak kesayangan saya yang memahami...
(harap kepada peserta kursus yang ada gambar lain, bolehlah send kepada saya. bolehlah saya tambahkan nanti, insya Allah)
No comments:
Post a Comment