Monday, February 08, 2010

hal pindah lagi...

Ni dah masuk macam siri 'man verses wild.' Barang yang hendak dibongkar sudah dibongkar sedang yang hendak digeledah masih banyak yang belum digeledah. Balik rumah si kenit pun minta dilayan juga, merengek-rengek. Saya mula diserang flu. Dalam hati bertarung macam-macam rasa terutama apabila si kenit mula buat hal. Beliau ni tak boleh tengok saya sibuk, mulalah nak menyibuk sama...
Aish macam mana ni, rasa-rasa nak kena ambil CRK ni..tahun lepas tidak pernah ambil CRK atau MC..Sehari tak apalah kot..

Lori Peladang akan mengangkut barang pada pagi Sabtu. Kami pula akan berangkat meninggalkan Rembau bumi indah permai ini pada pagi Ahad. Doa-doakanlah semua berjalan lancar, dipermudahkan segala kerja, dan semuanya selamat... Insya Allah..

Terima kasih kepada Bidang Teknik dan Vokasional yang telah menganjurkan majlis makan tengah hari dan sudi menghadiahi cendera mata petang tadi.. Kenangan indah di SMKUR insya Allah sentiasa dalam kenangan..

1 comment:

jomstory said...

hai cikgu... ingat sy lg x?? cikgu pernah aja saya tahun lepas. saya budak uress.. kelas 1 eris 2009.. lame x dengar khaba... cikgu sihat??