Wednesday, March 10, 2010

Ok tak Ok..

Setelah lebih tiga minggu memutuskan buat sementara talian telefon dan sekaligus streamyx, malam semalam kami sudah dapat kembali aliran komunikasi ini..syukur..saya sedang merangka masa untuk menyambung balik kerja-kerja yang tergendala..tapi, sehari dua ini (dah seminggu), seperti yang saya telah sebut dalam entri lepas, demam anak saya Danial masih belum baik. Baik - demam - baik - demam.. (demam panas)..moga dia sihat dan pulih dan dapatlah saya meneruskan aktiviti harian yang sudah tergendala ini..

9 comments:

Riesna Zasly said...

salam kak

lama tak dengar berita akak
moga sihat selalu sekeluarga

memang musim demam skrg ni...
cuaca pun kemarau...

miss u sis

siti zaleha said...

kak wan...cuba beri sup ketam dan air kelapa muda...

siti zaleha said...

kak wan....cuba buatkan dia sup ketam....dan juga bagi minum air kelapa muda....

wan salmah said...

Riesna,
salam rindu juga, mmg dah lama tak dpt melayari internet dan membaca kisah kawan2 maya ni,
insyaAllah lepas ni akak sambung balik aktiviti lama..

wan salmah said...

Leha,
nanti kakwan cuba usahakan..
kesihan, dalam sehari sampai 3,4 kali panas mendadak, tidur pun tak boleh lena..

Ghazali Lateh said...

Tahniah kerana dapat balik ke negeri asal. Apa-apapun, teruslah menulis.

Faridrashidi said...

Salam,

Semoga dipermudahkan urusan ya.

Apa khabar cikgu? Lama tak nampak?

Boleh exchange link. http://www.faridrashidi.com

wan salmah said...

Ghazali Lateh,
terima kasih atas kunjungan. ya, saya sangat bersyukur kerana dapat juga balik ke negeri asal saya..
saya sedang meneruskan aktiviti saya dan bercita2 utk berjaya dlm bidang penulisan spt sdr..

wan salmah said...

Sdr Faridrashidi,
kami di sini alhamdulillah, cuma jrg2 update blog sbb mslh line yg selalu meragam jg halangan masa..
terima kasih atas kunjungan, saya dah ada link sdr..