Sudah lebih kurang 3 minggu saya berada di tanah kelahiran saya. Di sini saya menyewa sebuah rumah teres kecil yang terletak di Taman SBJ Putra Pasir Pekan. Walaupun kecil, tapi saya suka kawasan kejiranan ini sebab di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti nurseri untuk anak saya, dekat dengan sekolah rendah anak saya dan dekat dengan sekolah saya. Kedai makan, farmasi dan pelbagai kedai sangat dekat. Dengan rumah bonda saya pun sangat dekat, dan untuk ke Kota Bharu mengambil masa kira-kira 15 minit (jika tidak ada kesesakan).
Saya pun sudah berjinak-jinak dengan bandar Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas. Untuk pengetahuan, Pasir Pekan terletak di tengah-tengah daedah ini. Anak ke empat saya iaitu Siti Hajar bersekolah di SMKA Lati, Pasir Mas. Sekali pandang sahaja saya/kami suka sekolah ini kerana hampir menyerupai SMKA Pedas terutama dari segi pengurusannya. Kawasan yang lapang dan sekolah ini masih baru (dibuka 2006). Syamil bersekolah di SR Wakaf Bharu. Pada awal-awal dahulu Syamil risau kerana tidak ada kawan, tetapi, pada hari pertama sahaja sudah ada kawan yang membelanjanya makan! Nasi berlaukkan ayam (gulai) boleh dibeli dengan harga RM1 atau RM1.20. Dari segi makanan, saya akui di Kelantan makanannya lebih bnayak pilihan dan lebih murah. Mewah makanan!
Syamil juga sudah ada tempat fardhu ain, membaca Quran. Telefon rumah baru dipasang semalam dan Stremyx pula mungkin sehari dua ni. Saya masih terpaksa menggunakan internet di sekolah...Oh lamanya menunggu! Saya tidak sabar-sabar ingin menyambung aktiviti lama saya iaitu berkarya di Sastera dengan Sifu kami, Puan Azmah Nordin.
Dugaan lagi...
Tidak diduga, pada tengah hari Khamis yang lepas, anak saya Danial telah diserang demam panas. Setelah dianalisis, dia dikenalpasti menghidap jangkitan paru-paru. Dia dikejarkan ke Hospital Besal K. Bharu. Ramai juga kanak-kanak yang terkena demam panas seperti anak saya pada musim panas ini. Ini gara-gara Danial yang tidak suka makan ubat. Puas kami 'dera' dia nak bagi ubat, tapi dia akan tutup mulut, luahkan balik. Dia sudah demam, batuk hampir sebulan - demam, batuk - baik - demam, batuk - antibiotik pun tidak habis..dan pengakhir dengan jangkitan kuman di paru-paru. Dalam keadaan suhu yang stabil dia boleh demam panas tiba-tiba. Sekarang dia sudah ok, cuma kami berhati-hati kerana suhu boleh naik mendadak tiba-tiba...
3 comments:
Salam Cikgu Puan Salmah,
Dahulu saya juga memang sukakan kawasan kejiranan Sbj Pasir Pekan ni....tetapi sejak kebelakangnan ni sifat kejiranan itu telah hilang di telan masa begitu saja...dahulu lorong 14 begitu meriah dengan kekecohan kanak-kanak bermain dengan para ibu yang bersembang di waktu petang sambil memerhatikan si kecil bermain di luar rumah sementara menanti hari malam. setelah bertahun saya tinggal di sini, baru beberapa bulan lepas saya mengetahui jiran saya telah menjaja pelbagai cerita di kawasan Sbj...tetapi yang lebih memalukan cerita tentang aib diri sendiri yang di bawa kesan kesini...oh malang nya.
Waalaikum salam,
Sdr Khairul duduk kat SBJ ke? Saya selalu juga melalui lorong 14 tu.
Tentang 'jaja menjaja' tu nampaknya dah jadi amalan kebiasaan kpd para penghuni kawasan perumahan. Susah nak ubah walaupun masjid SBJ yg didirikan memang banyak menyediakan pelbagai kuliah agama.
Susah nak cakap. Saya sendiri jarang keluar bersembang atas pelbagai sebab. Sabar je lah.. Saya dalam proses membina rumah sendiri dalam kawasan kampung berdekatan.
Waalaikum salam Sdr Khairul,
sdr tinggal di lorong 14 ke? Saya lorong 15..
Sikap 'jaja menjaja' tu sukar nak ditangani terutama di kawasan perumahan. Tapi tang bawa mulut tu mmg susah nak cakap lah walaupun masjid SBJ sering diadakan kuliah2 keagamaan.
Saya jarang keluar bersembang atas sebab2 tertentu. Sabar je lah. Saya dalam proses membina rumah sendiri di kawasan kampung berdekatan..
Post a Comment