Thursday, March 25, 2010
Jom layan gambar-gambar..
Pengetua lama saya, Datin Azimah dengan pelajar-pelajar SMKUR..
Ini ialah Kg Ulu Sepri. Saya suka setiap kali menyusuri jalan ini yang hijau dengan pokok-pokok dan bukit bukau. Kalau hujan lagi cantik. Kabus akan menyelubungi bukit2nya, awan kelihatan dingin dan basah..Kaki pelangi yang jelas juga sudah beberapa kali saya nampak di sini..
Ini ialah gambar kak Asiah, pengusaha Taska Assolihin. Beliau telah banyak menolong kami sekeluarga. Anak-anak saya iaitu Hajar, Sarah dan Syamil belajar fardhu ain di sini.
Ni dia foto pilot kami..sori gambar ko pilot tak jelas la..
Saya suka sungguh dengan gaya rumah ini dan seni tamannya..
Cantiknya rumah ala tropika kontemporari ini..kau sumber ilhamku..
Sekolah baru Syamil - SK Wakaf Bharu -nyaman..
Danial di nurseri barunya..
Ini pula ucap selamat tinggal kepada abe Afiq mereka..
Hajar, Syamil dan Danial di terminal bas KB wish bye bye kat Kak Ngah mereka..
Ni kasut ke apa ni?
Apa yang doktor dah buat pada tangan saya ni?
..mengapa badan saya syik rasa panas saja?
Syamil gembira sokmo..
Ini pandangan sisi sungai Kelantan, bestnya, suatu hari kami nak susuri sungai ini dengan bot menikmati bayu petang yang nyaman...
Ini pula pertandingan bowling botol pasir..
Hari sukan sekolah kami. Oleh sebab kawasan sekolah yang terlalu kecil dan tidak banyak kemudahan, inilah antara acara sukan di sekolah kami..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assallamualaikum,
Mama pun suka suasana kampung macam tu...kiri kanan hijua dan bagi inspirasi bila dapat melihat kaki pelangi..
nadz
waalaikumsalam,
memang best kan. kawasan pokok2, bukit bukau mmg memukau terutama selepas hujan..rugi tak sempat ambil gambar terutama kaki pelangi..rembau mmg istimewa kerana terletak di hujung banjaran titiwangsa..
Post a Comment