Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina..Tahun Arnab..saya suka tahun arnab, sebab saya dilahirkan pada tahun ini..Maybe this is my year...pelangi setelah ribut petir? Semoga!
Kelihatan dari kiri Pengerusi UNIRAZAK cawangan kelantan, Pengetua sekolah kami iaitu ustaz Rozman Zakaria sedang berbincang dengan YB Tn. Hj. Che Abdullah iaitu ADUN Wakaf Bharu dan hujung kanan ialah Pengerusi PIBG sekolah, Tn Hj. Tengku Yusuf. Majlis di atas berlangsung pada 2 hb Februari sempena perasmian Majlis Motivasi Keibubapaan dan penyerahan buku-buku perpustakaan oleh YB.
Ini ialah projek KHB/Rekacipta sekolah kami. Kelihatan Isfarizal sedang mengangkat tin yang sudah berisi pokok bunga untuk digantungkan di dinding.
Tin tadi selepas dicat dan catnya sudah betul-betul kering, tebuk lubang-lubang untuk mengalirkan air di dasarnya. Kemudian tebukkan satu lubang untuk disangkutkan paku. Paku simen bersaiz 2 inci perlu dicacakkan pada dinding untuk digantungkan tin-tin ini.
2 comments:
Amboi K.wan dah tukar konsep nampak...ingatkan nak letak red roses...tapi yg ni pun nampak klasss...gitu
red roses mmg lah cantik..
tapi saja nak samakan dengan tajuk baru 'selagi jantung berdegupp' hehe
Post a Comment