sambungan cerita cerituk..
Minta maaf ya para pelayar, rasa banyak benar cerita nak hamba tuliskan di sini hingga hamba rasa tidak terfokas. Jadi di sini saya tulis apa-apa yang terlintas di minda sajalah ya.
Jika anda pernah pernah membaca penulisan saya sebelum ini, saya pernah menyebut isu Wahabi, iaitu kajian kes yang merujuk isu hangat di kampung saya Pasir Pekan, Kelantan. Semasa saya di Mekah, maktab kami terletak sejauh 760 meter dari Masjidil Haram. Beberapa langkah dari maktab kami ada satu masjid Pakistan. Jadi, jika jemaah tidak larat ke Masjidil Haram atau tidak sihat, mereka boleh berjemaah di Masjid Pakistan. Dua-dua masjid ini guna mazhab yang sama, yang tak berqunut, berzikir beramai-ramai dsb. Tapi, sepanjang saya berada di kedua-dua masjid tersebut, hati saya rasa tenang pula dan terasa pula kedatangan kami ini diraikan, berbeza sangat bila dibandingkan dengan "anutan" di kampung saya tu . Kenapa ya?
Bagi saya kalau di Masjidil Haram jika tidak berzikir beramai-ramai tu ada logiknya sebab selepas saja sembahyang berjemaah, para hadirin sibuk dengan aktiviti sembahyang sunat, membaca al Quran, tawaf, saie dsb. Kalau dibuat macam tu kat tempat kita kan, saya rasa masing-masing nak bersembang atau balik umah macam tu je (termasuklah tengok tv dsb /walaupun memang ada yang sambung ibadah). Letih la fikir bab-bab ni. Cuba kita semak zikir ma'thusarat misalnya, kebanyakannya diambil daripada hadis sahih. Dibaca pula beramai-ramai, bagi saya la, kalau ramai yang mengaminkan sesuatu doa bukankah itu lebih diperkenankan?
Saya sebenarnya tidak suka bertikam lidah tetapi lebih suka berbincang dengan niat mencari yang haq. Islam sangat mementingkan perpaduan. Semua orang islam adalah bersaudara. Jika kita sudah beriktiqad sedemikian, mengapa kita sampai tergamak tuduh menuduh, bermasam muka dan sanggup menghalalkan darah? Jika kita rasa mereka saudara kita, mengapa kita tidak tegur mereka seperti saudara? Asalkan mereka mengucap kalimah syahadah, maka kita bersaudara. Jangan sampai jadi macam Iraq, bumi dan maruah tergadai. Cuma saya tidak kompromi dengan sesiapa yang mencaci para sahabat dan cucu Rasulullah saw. Jika dibaca sejarah perjuangan mereka, kita akan rasa terhutang budi dan nyawa dengan mereka yang rela syahid untuk agama kita. Cucu Rasulullah saw pula datang daripada zuriat yang sangat mulia, paling mulia dalam kalangan semua makhluk dan Rasulullah sangat menyayangi cucu-cucu baginda. Masya Allah! Marilah kita pakat-pakat mencari jalan supaya perpaduan tetap utuh di Malaysia dan negara kita akan kekal aman hingga kiamat.
Cerita tentang tanah suci memang banyak, Insya Allah akan saya tulis lagi jika ada perkara-perkara berbangkit.
Ha pagi tadi saya dah memulakan tugas saya di SMKA Pedas. Tugasan rasmi kira ok lah, tak berat sangat. Cuma tahun ini buat pertama kalinya saya mengajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (semua tingkatan). Subjek-subjeknya ialah PS (T1), BM (T2, T3), Ekon Asas (T4, T5). Saya saja mengambil cabaran ini kerana saja nak bertukar angin. Insya Allah. Tadi saya sudah memasuki kelas tingkatan 3, 4 dan 5. Tingkatan 5 forward dari tahun lepas. Tingkatan 3 dan 4 kebanyakan pelajar baru bagi saya, tapi saya rasa seronok dengan mereka. Tingkatan 3 saya suka sebab ramai juga meminati penulisan. Boleh bersembang-sembang dalam bab penulisan. Eh cikgu dengan pelajar boleh bertukar-tukar novel (itu sebahagian nikmat hidup!). Saya memang galakkan mereka membaca novel dan pengalaman saya pelajar yang banyak membaca, hasil karangan mereka akan mantap. Kalau ada hasil penulisan mereka yang baik saya akan cuba proceed ke mana-mana penerbitan.
Malam ni saya melayan diri dengan melayari internet dan menulis santai-santai. Besok lusa peluang ini mungkin sudah tidak ada.
Bermula esok saya cuba fokus pada pengajian master saya di UKM. Malu juga nak tulis di sini sebab saya belum menamatkan pengajian saya, sangkut pada bahagian kertas projek. Insya Allah, saya akan mulakan esok. Fokus! Saya juga kena fokus pada punca rezeki saya, terutama pelajar tingkatan 5 dan 3. SPM semestinya target seberapa banyak A dan minimum dapat kredit C5. Pelajar tingkatan 3 target tentulah semua A BM. Berat memang berat di samping saya kena menjaga keluarga saya yang merupakan perkara terpenting dalam hidup saya.
Oh ya, menyentuh tentang keluarga, saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah yang banyak membantu dan memudahkan hidup kami. Ketika saya berada di Mekah, anak saya Siti Hajar telah menyambung pelajaran di sekolah saya SMKA Pedas dengan keputusan UPSR 5A. Semasa di sana juga saya mendapat berita gembira, anak saya Zahid mendapat 9A dalam PMRnya. Saya tahu anak saya sangat menginginkan handset sebagai hadiah. Jadi, petang Ahad lepas, saya telah membawanya ke Seremban. Saya dengan senang hati memilih yang paling sesuai dengan cita rasanya kerana menghargai kecemerlangannya. Saya tidak biasa membeli hadiah mahal-mahal kepada anak-anak, tapi kali ini saya belikan juga jika sekiranya hadiah itu dapat memberitahunya bahawa "mama amat menyayangimu"
Ni cerita nak menghabiskan ink(?). Sepeninggalan saya ke Mekah, ros, petunia dan bunga kembang 3 bulan saya merana (rindulah tu)dan banyak yang dah jadi arwah. Sedih oo. Habis projek UKM nanti, insya Allah saya nak indahkan balik taman mini saya. Dan jika tidak ada aral, saya nak adakan pondok orkid, dah lama teringin, cuma tunggu masa yang sesuai. Oh saya dan bunga, jangan pisahkan.. lanskap menarik dengan bunga-bungaan memikat serta aromanya yang menawan sukma merupakan terapi minda yang menakjubkan..
wa ilal liqa', ma'assalamah..
No comments:
Post a Comment