Wednesday, October 22, 2008

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,

Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam

Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Tuesday, October 21, 2008

La Tahzan

Kita ditimpakan dengan ribut dan taufan dan selepas hujan reda rupa-rupanya kita dihadiahi pelangi.
Saya tercari-cari di manakah pelangi saya dan apa yang saya rasakan ialah saya sering ditimpa rebut, taufan dan hujan dan hujan.. entah bila pelangi saya akan muncul..?

Itulah sekelumit dangkalnya pemikiran manusia...

Beberapa jawapan hasil daripada entri saya sebelum ini (oh dugaan)..

Pada hari Jumaat yang lepas saya ke sekolah dan memberitahu PT kami laptop saya tiba-tiba rosak. Kak Amy terus saja memberi pinjam laptop sekolah tanpa apa-apa soalan. (Hari Jumaat itu saya mengambil cuti rehat khas sebagai persediaan PTK) Saya juga membuat beberapa urusan pada hari tersebut. Hampir saya ingin menunda PTK saya sekali lagi disebabkan masalah penjagaan anak saya, namun, Zai memberitahu anaknya Wani sudah stabil, pendarahan sudah berhenti dan meminta saya pergi dengan senang hati. Pada pagi Sabtu sebelum bertolak barulah esei saya siap, itupun Danial tumpang tidur di rumah Zai malam tu..kesihan Danial..

Saya menaiki bas transnasional jam 9 pagi. Saya tidak bersendirian sebab bekas pelajar saya Amalina pun hendak ke JB kerana menyambung kursus jururawatnya. Perjalanan ke JB mengambil masa 5 jam. Setelah mendaftar saya bertemu dengan seorang sahabat yang sama-sama mengambil master di UKM, Sabariah. Kemudian jumpa pula dengan senior semasa di KIK dulu..kan saya dah ada kenalan..Room mate saya pun alhamdulillah, banyak membantu. Sarah banyak membawa nota sedangkan saya hanya membawa esei dan beberapa bahan lain.

Ceramah demi ceramah yang kami ikuti memang padat, masing-masing menumpu sepenuh perhatian sebab pada hari terakhir kami akan menghadapi peperiksaan. 3 hari ceramah, sehari 3 ceramah. Hari ke5 public speaking, ke6 persembahan power point dan ke7 ujian akhir. Kesimpulan yang saya dapat katakan berkenaan prestasi/performance saya ialah, saya bertarung mencari kekuatan diri. Saya memaafkan diri kerana kelemahan saya dan berterima kasih kerana berusaha dan berusaha. Saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan kerja-kerja saya. Juga terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi pelbagai pertolongan. Pernah saya rasa 'down' dan lemah, tapi ramai yang memberi sokongan. Adakah saya mengharungi segala keperitan ini dan natijahnya kegagalan? Tidak!

Allah telah memberi kita pelangi tetapi kita sebenarnya yang tidak mengenal pelangi kita. Walau susah saya memang banyak dibantu. Saya sangat tertarik dengan salah seorang penceramah, iaitu Hj Mohamad Ikhsan. Dalam banyak-banyak ceramah, saya terkesan dengan intro beliau iaitu berkaitan neuro. Beliau merupakan penulis dan motivator berkaitan minda/pemikiran. dan syukur sudi melayan sms, dan mengemel saya. Penerangan beliau tentang minda sangat relevan dengan keadaan saya sekarang. Insya Allah saya akan mencari buku tersebut dan mendalaminya. Ringkasnya yang saya dapat daripada beliau ialah kita hendaklah berfikir secara sistematik. Petua mengingat sesuatu ialah ingat kerangkanya seperti sebuah bangunan, kemudian baru pengisiannya. Cuba faham betul-betul konsepnya. Hafal beberapa frasa yang penting..bukan senang orang seusia saya nak belajar balik..tapi saya mencuba..Petua ini saya dapat bagaimana untuk mengingat berkoyan-koyan nota yang kami dapat dan mengingat ceramah-ceramah yang begitu padat.

Untuk menulis lebih banyak di sini saya rasa kurang selesa. Pertama masalah mata saya, silau dan kurang penumpuan. Semasa di dalam ballroom Hotel Selesa mengikuti ceramah dan persembahan tugasan, rasa rasa begitu rimas. Tak pasal-pasal saya terpaksa memakai sunglass saya tu, hingga menjadikan beberapa peserta kursus tertanya-tanya... rasa kelakar pun ada... dan sebelum berpisah ramai jugaklah yang berpesan supaya saya berjumpa pakar mata nanti...

Pagi tadi saya ke sekolah. Macam-macam agenda yang nak dibuat terutamanya menanda kertas peperiksaan akhir tahun dan nak ke klinik cek mata. Apa yang terjadi ialah selepas saya membuat jadual guru ganti kami didatangi pegawai JPNS. Esok ada pemarkahan untuk pertandingan lanskap MPV kami. Cikgu MPV (cg Rahman) berkursus jadi saya sebagai ketua bidang teknik dan vokasional kenalah membantu. Lanskap ala Bali beliau memang dah cantik, kami rasa boleh menang tapi kenalah buat sedikit touch up. Saya ke nursery di Tampin untuk mencari bahan-bahan tersebut. Ikutkan hati berat juga nak pergi tetapi dek kerana tugas pergilah juga. Tapi tak kisah sebab kalau bab lanskap saya memang suka. Anak tuan nursery menawarkan perkhidmatan lori apabila diberitahu saya ingin berpindah akhir tahun nanti. Sebenarnya saya banyak buat kerja 2 dalam 1, seperti masa pergi kursus PTK hari tu, bukan setakat 2 dalam satu, beberapa perkaralah saya dapat walaupun dalam keadaan tertekan begitu.

Balik dari nursey saya ke klinik. Doktor membuat temu janji untuk ke hospital Seremban. Oleh sebab keadaan mata yang sungguh tidak selesa sudah lebih 2 bulan, saya mengambil pilihan untuk pergi tengah hari itu juga ke HTJ.

(Saya memandu sendiri) Doktor menitiskan ubat untuk memeriksa saraf mata supaya kelihatan jelas. Kesimpulan daripada pemeriksaan doktor ialah, saya didapati normal... Saya memang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut kerana saya tidak mereka-reka cerita mata saya silau sehingga kadang-kadang rasa hendak menjerit kerana kepala saya pun sakit sama. Sebelum itu pun saya telah mengalami beberapa gangguan kesihatan. Saya tidak bermaksud menulis semua masalah kesihatan saya di sini cuma rumusnya menjadikan kehidupan saya agak terganggu.

Tapi, setelah beberapa orang doktor yang membuat pemeriksaan teliti terhadap saya, (dan sebelum ini), saya membuat rumusan yang besar iaitu, segala masalah gangguan kesihatan saya berpunca daripada s t r e s s yang keterlaluan. Biar saya ulang lagi..saya tidak sakit, cuma saya stress!

Mata saya masih kabur selepas dititiskan beberapa titik ubat tadi, tapi saya mesti memandu pulang ke rumah bersendirian. Saya mulakan pelajaran yang saya dapat, iaitu 'saya tidak sakit, saya sihat, saya boleh memandu sampai selamat pulang ke rumah' sambil berzikir 'la haulawala kuwwatailla billah'..hari hampir maghrib dan apabila sampai ke tempat Syamil di rumah gurunya, saya meminta Syamil melihat kenderaan untuk melintas kerana saya tidak dapat membezakan kenderaaan itu motor atau kereta, dekat atau jauh. Syukurlah kami sampai ke rumah dengan selamat.

Sebelum mengundurkan diri saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan doa pengunjung, sama ada yang saya sudah sedia kenal atau belum kenal. Sebenarnya doa kalian banyak membantu, kadang-kadang saya rasa buntu tapi anehnya saya dapat mengatasinya dengan baik..juga kepada Abu Rifaie yang telah mengubahsuai blog saya ini yang saya rasakan elegan dan tersendiri..syukran!) Saya akur..saya tidak bersendirian di dunia ini, ramai yang masih sayangkan saya...tak gitu?

Friday, October 10, 2008

Oh Dugaan...

Dugaan lagi..

Ini bukan keluh kesah kerana saya sudah tidak terlarat untuk berduka atau menatapi nasib. Ini sekadar penulisan yang cuba untuk mencari kekuatan mencari semangat di sebalik kejerihan.

Untuk ke PTK di JB saya sudah belikan tiket bas. Sebelum itu saya sudah bertanya khabar sesiapa yang akan ke PTK sama, kot-kot bolehlah berteman...nampaknya saya sendiri lagi... Esei yang perlu disiapkan masih dalam proses walau ke saat akhir. Penat memikirkan mengapa saya begitu buntu kerana saya bukanlah tidak biasa dengan penulisan sebegini. Mungkin fikiran terlalu sarat dengan pelbagai arca dan ilusi...saya mengadap pengetua 2 kali dan beliau banyak memberi tips esei, juga dibantu oleh rakan-rakan lain, termasuklah mencari pelbagai bahan dari internet...

tup tup semalam, iaitu Khamis, anak kepada penjaga Danial telah 'diserang' sejenis penyakit yang kami tidak tahu apanya. Setakat hidung berdarah boleh tahan lagi tapi telinga pun berdarah. Doktor yang merawat memberitahu jika masih lagi keluar darah cepat-cepat pergi hospital dan mungkin akan dibawa ke HKL..huhuhu...sebelum ini kami sepakat untuk menumpangkan Danial dan Syamil di rumah mereka. Kalau Wani dimasukkan ke hospital, dan dijaga oleh ibunya, siapa akan menjaga Danial dan Syamil semasa saya ke PTK nanti? Sebelum ini saya sudah minta tangguh PTK 2 kali, kedua2 sebab anak yang sakit (di HKL)..
Pagi ni penjaga Danial-Cik Zai akan membawa Wani ke HB Tuanku Jaafar...moga dia tidak apa-apa...semoga!

Nak dijadikan cerita lagi...laptopyang saya gunakan untuk manaip segala tugasan tiba2 kong... langsung blank tapi berbunyi bising bila di on... ya Allah.. Henset pula masa tu juga hampir ko, 99% saja berfungsi untuk alarm..ya Tuhan... masa cuma tinggal sehari untuk saya setelkan segala-galanya...

Mujur Tuhan, ketika saya sedang lemah begini,Engkau datang menyapa dan menjadikan aku teringat pesanan-Mu.."Jangan berputus asa daripada rahmat Allah"...

Saya cuba mencari kekuatan..syukur pada semasa di sekolah llah gerakkan hati saya untuk memasukkan tugasan yanag belum betul-betulsiap tu ke dalam pendrive.. nak menjerit riangnya saya kerana harapkan laptop, laptop ko..

Saya akan berdoa dan terus berdoa..semoga pc ni tidak ko kerana setakat ini dia sudah ada menunjukkan tanda2 tidak normal... ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini.. Dalam sebulan lebih ini mata saya juga buat hal , rabun silau yang agak melampau, dalam rumahpun kekadang saya terpaksa memakai sunglass, jadi janganlah nampak pelikjika saya berkaca mata hitam di mana-mana ya..

oklah, sesiapa yang sudi, doakan semoga semua selamat dan berjaya..
tiada kekuatan melainkan kekuatan-Mu...

Thursday, October 02, 2008

Lagi foto rumah


Sweeping willow ditemani bird bath yang saya hiasi dengan teratai merah jambu.



Rumah kami dari sudut kanan, yang nampak separuh saja itu ialah pergola. Selain thumberghia saya juga ada tanam bunga toking, rupanya seperti gambar 'my profile' pada sudut atas blog saya..pengenalannya; gugusannya sungguh wangi mengharumi malam sang penghuni..
Anak-anak di depan sweeping willow, sayang kat pokok ni kalau boleh nak bawa sama pindah... tapi nampaknya dia serasi di sini. Semoga tuan barunya mengekalkan pokok ini.
'Bila dah rimbun dan tinggi boleh diletak bangku atau buaian di bawahnya..
(sebenarnya ni 'pokok keluarga' kami, di rumah baru nanti saya akan
menanamnya lagi, insya Allah)

Rumah Untuk Dijual


Kami masih sayang rumah ini kerana di sinilah kami sekeluarga telah menetap hampir 9 tahun yang lalu. Tidak ada masalahnya rumah ini tetapi kami terpaksa menjualnya kerana kami akan berpindah balik ke tempat/ negeri asal kami iaitu Kelantan. Di Tanah Adat ini kami sudah memijak bumi, menjunjung langit hampir 11 tahun.

Banyak istimewanya rumah ini. Hampir 9 tahun tinggal di sini jarang saya rasakan 'panas'. Udara di sini nyaman, dikelilingi kehijauan alam semula jadi suasana kampung jauh daripada hiruk pikuk bising kota atau jalan raya. Dari segi pengudaraan rumah ini sungguh memuaskan.

Dari segi fizikalnya, rumah ini 1 1/2 tingkat, 5 bilik tidur, 1 bilik bacaan, 3 hall, 4 bilik air, dapur basah dan dapur kering, car porch berkembar. Keluasan tanah 10 000+ kaki persegi. Ada pergola, ada sedikit seni taman. Jika pemilik selepas ini berminat saya akan tinggalkan aksesori taman ini sebab untuk memunggahnya dengan lori rasanya kurang sesuai. Saya cuma akan mengambil baka/benih pokok2 yang sukar saya peroleh seperti thumbergia.

Gambar di atas ialah pandangan depan rumah kami. Nanti insya Allah saya paparkan sudut-sudut lain pula.

Jika ada sesiapa berminat sila hubungi saya. Harga boleh dirundingkan.
0192623219 tq

Aidil Fitri 2008

Saya dan anak-anak; berbaju biru ialah Maryam, Afiq, berbaju merah Hajar dan Zahid, berbaju hijau saya dan Syamil, berbaju dark blue oren Luqman Danial

Empayar Amerika goyah





Gagal tangani penentangan di Iraq, Afghanistan: Ahmadinejad

NEW YORK: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata 'empayar Amerika' semakin menghampiri kejatuhan dan negara kuasa besar tunggal dunia itu patut menamatkan pembabitan tenteranya di negara lain.

Beliau memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam keganasan sedang merebak dengan cepat di Afghanistan ketika 'penjajah' masih berada di Iraq hampir enam tahun selepas Saddam Hussein disingkirkan.

Katanya kehadiran Amerika dan tentera Nato di Afghanistan menyumbang kepada peningkatan mendadak keganasan dan pengeluaran bahan narkotik di negara itu.

"Empayar Amerika di dunia sudah berada di penghujung jalan dan pemerintah selepas itu mesti mengehadkan campur tangan kepada sempadan mereka sendiri," katanya.

Beliau juga menuduh Amerika memulakan peperangan di Iraq dan Afghanistan bagi mendapatkan undi dalam pilihan raya dan menyalahkan 'beberapa kuasa pembuli' kerana cuba menghalang program nuklearnya.

"Beberapa kuasa pembuli cuba mewujudkan halangan terhadap kegiatan nuklear untuk tujuan keamanan yang dilaksanakan Iran dengan mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negara ini," katanya.

Ahmadinejad turut mengecam Israel dan berkata "rejim Zionis berada di jurang kemusnahan dan tiada jalan untuk keluar dari lubang jahanam yang dicipta sendiri bersama penyokongnya."

Presiden Iran itu menuduh satu kelompok kecil penipu dikenali Zionis mendominasi pusat kewangan dan pembuat keputusan di beberapa negara Eropah dan Amerika.

Ucapan beliau dibuat beberapa jam selepas Presiden Amerika George W Bush menyampaikan ucapan ke lapan dan terakhir beliau pada perhimpunan PBB itu dengan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap program nuklear Iran dan Korea Utara.

Bush diberi tepukan kurang 10 saat selepas ucapannya itu yang turut menggesa pemimpin dunia mengambil pendirian terhadap serangan bunuh diri. � AP

Tak sabar nak tengok apa yg akan terjadi.. terutama kpd Bush dan diktator ekonomi dan politik dunia ni.. semua orang Islam tak akan memaafkan segala kekejaman mereka..