Thursday, October 02, 2008

Rumah Untuk Dijual


Kami masih sayang rumah ini kerana di sinilah kami sekeluarga telah menetap hampir 9 tahun yang lalu. Tidak ada masalahnya rumah ini tetapi kami terpaksa menjualnya kerana kami akan berpindah balik ke tempat/ negeri asal kami iaitu Kelantan. Di Tanah Adat ini kami sudah memijak bumi, menjunjung langit hampir 11 tahun.

Banyak istimewanya rumah ini. Hampir 9 tahun tinggal di sini jarang saya rasakan 'panas'. Udara di sini nyaman, dikelilingi kehijauan alam semula jadi suasana kampung jauh daripada hiruk pikuk bising kota atau jalan raya. Dari segi pengudaraan rumah ini sungguh memuaskan.

Dari segi fizikalnya, rumah ini 1 1/2 tingkat, 5 bilik tidur, 1 bilik bacaan, 3 hall, 4 bilik air, dapur basah dan dapur kering, car porch berkembar. Keluasan tanah 10 000+ kaki persegi. Ada pergola, ada sedikit seni taman. Jika pemilik selepas ini berminat saya akan tinggalkan aksesori taman ini sebab untuk memunggahnya dengan lori rasanya kurang sesuai. Saya cuma akan mengambil baka/benih pokok2 yang sukar saya peroleh seperti thumbergia.

Gambar di atas ialah pandangan depan rumah kami. Nanti insya Allah saya paparkan sudut-sudut lain pula.

Jika ada sesiapa berminat sila hubungi saya. Harga boleh dirundingkan.
0192623219 tq

3 comments:

Anonymous said...

boleh saya tahu dimanakah alamat rumah ini..(tempat).

wan salmah said...

terima kasih kerana menaruh minat.
buat pengetahuan sdr rumah ini sudah ada pemberi.

wan salmah said...

terima kasih atas perhatian yg diberikan. utk makluman sdr rumah ini sudah ada pembeli.