Kita ditimpakan dengan ribut dan taufan dan selepas hujan reda rupa-rupanya kita dihadiahi pelangi.
Saya tercari-cari di manakah pelangi saya dan apa yang saya rasakan ialah saya sering ditimpa rebut, taufan dan hujan dan hujan.. entah bila pelangi saya akan muncul..?
Itulah sekelumit dangkalnya pemikiran manusia...
Beberapa jawapan hasil daripada entri saya sebelum ini (oh dugaan)..
Pada hari Jumaat yang lepas saya ke sekolah dan memberitahu PT kami laptop saya tiba-tiba rosak. Kak Amy terus saja memberi pinjam laptop sekolah tanpa apa-apa soalan. (Hari Jumaat itu saya mengambil cuti rehat khas sebagai persediaan PTK) Saya juga membuat beberapa urusan pada hari tersebut. Hampir saya ingin menunda PTK saya sekali lagi disebabkan masalah penjagaan anak saya, namun, Zai memberitahu anaknya Wani sudah stabil, pendarahan sudah berhenti dan meminta saya pergi dengan senang hati. Pada pagi Sabtu sebelum bertolak barulah esei saya siap, itupun Danial tumpang tidur di rumah Zai malam tu..kesihan Danial..
Saya menaiki bas transnasional jam 9 pagi. Saya tidak bersendirian sebab bekas pelajar saya Amalina pun hendak ke JB kerana menyambung kursus jururawatnya. Perjalanan ke JB mengambil masa 5 jam. Setelah mendaftar saya bertemu dengan seorang sahabat yang sama-sama mengambil master di UKM, Sabariah. Kemudian jumpa pula dengan senior semasa di KIK dulu..
Ceramah demi ceramah yang kami ikuti memang padat, masing-masing menumpu sepenuh perhatian sebab pada hari terakhir kami akan menghadapi peperiksaan. 3 hari ceramah, sehari 3 ceramah. Hari ke5 public speaking, ke6 persembahan power point dan ke7 ujian akhir. Kesimpulan yang saya dapat katakan berkenaan prestasi/performance saya ialah, saya bertarung mencari kekuatan diri. Saya memaafkan diri kerana kelemahan saya dan berterima kasih kerana berusaha dan berusaha. Saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan kerja-kerja saya. Juga terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi pelbagai pertolongan. Pernah saya rasa 'down' dan lemah, tapi ramai yang memberi sokongan. Adakah saya mengharungi segala keperitan ini dan natijahnya kegagalan? Tidak!
Allah telah memberi kita pelangi tetapi kita sebenarnya yang tidak mengenal pelangi kita. Walau susah saya memang banyak dibantu. Saya sangat tertarik dengan salah seorang penceramah, iaitu Hj Mohamad Ikhsan. Dalam banyak-banyak ceramah, saya terkesan dengan intro beliau iaitu berkaitan neuro. Beliau merupakan penulis dan motivator berkaitan minda/pemikiran. dan syukur sudi melayan sms, dan mengemel saya. Penerangan beliau tentang minda sangat relevan dengan keadaan saya sekarang. Insya Allah saya akan mencari buku tersebut dan mendalaminya. Ringkasnya yang saya dapat daripada beliau ialah kita hendaklah berfikir secara sistematik. Petua mengingat sesuatu ialah ingat kerangkanya seperti sebuah bangunan, kemudian baru pengisiannya.
Untuk menulis lebih banyak di sini saya rasa kurang selesa. Pertama masalah mata saya, silau dan kurang penumpuan. Semasa di dalam ballroom Hotel Selesa mengikuti ceramah dan persembahan tugasan, rasa rasa begitu rimas. Tak pasal-pasal saya terpaksa memakai sunglass saya tu, hingga menjadikan beberapa peserta kursus tertanya-tanya... rasa kelakar pun ada... dan sebelum berpisah ramai jugaklah yang berpesan supaya saya berjumpa pakar mata nanti...
Pagi tadi saya ke sekolah. Macam-macam agenda yang nak dibuat terutamanya menanda kertas peperiksaan akhir tahun dan nak ke klinik cek mata. Apa yang terjadi ialah selepas saya membuat jadual guru ganti kami didatangi pegawai JPNS. Esok ada pemarkahan untuk pertandingan lanskap MPV kami. Cikgu MPV (cg Rahman) berkursus jadi saya sebagai ketua bidang teknik dan vokasional kenalah membantu. Lanskap ala
Balik dari nursey saya ke klinik. Doktor membuat temu janji untuk ke hospital Seremban. Oleh sebab keadaan mata yang sungguh tidak selesa sudah lebih 2 bulan, saya mengambil pilihan untuk pergi tengah hari itu juga ke HTJ.
(Saya memandu sendiri) Doktor menitiskan ubat untuk memeriksa saraf mata supaya kelihatan jelas. Kesimpulan daripada pemeriksaan doktor ialah, saya didapati normal... Saya memang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut kerana saya tidak mereka-reka cerita mata saya silau sehingga kadang-kadang rasa hendak menjerit kerana kepala saya pun sakit sama. Sebelum itu pun saya telah mengalami beberapa gangguan kesihatan. Saya tidak bermaksud menulis semua masalah kesihatan saya di sini cuma rumusnya menjadikan kehidupan saya agak terganggu.
Tapi, setelah beberapa orang doktor yang membuat pemeriksaan teliti terhadap saya, (dan sebelum ini), saya membuat rumusan yang besar iaitu, segala masalah gangguan kesihatan saya berpunca daripada s t r e s s yang keterlaluan. Biar saya ulang lagi..saya tidak sakit, cuma saya stress!
Mata saya masih kabur selepas dititiskan beberapa titik ubat tadi, tapi saya mesti memandu pulang ke rumah bersendirian. Saya mulakan pelajaran yang saya dapat, iaitu 'saya tidak sakit, saya sihat, saya boleh memandu sampai selamat pulang ke rumah' sambil berzikir 'la haulawala kuwwatailla billah'..hari hampir maghrib dan apabila sampai ke tempat Syamil di rumah gurunya, saya meminta Syamil melihat kenderaan untuk melintas kerana saya tidak dapat membezakan kenderaaan itu motor atau kereta, dekat atau jauh. Syukurlah kami sampai ke rumah dengan selamat.
Sebelum mengundurkan diri saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan doa pengunjung, sama ada yang saya sudah sedia kenal atau belum kenal. Sebenarnya doa kalian banyak membantu, kadang-kadang saya rasa buntu tapi anehnya saya dapat mengatasinya dengan baik..juga kepada Abu Rifaie yang telah mengubahsuai blog saya ini yang saya rasakan elegan dan tersendiri..syukran!) Saya akur..saya tidak bersendirian di dunia ini, ramai yang masih sayangkan saya...tak gitu?
Tuesday, October 21, 2008
La Tahzan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment