Friday, May 15, 2009

MERIAH!

Nampaknya dunia pem'blog'kan sekolah saya sudah meriah. Lebih kurang sebulan dua yang lepas guru PSS kami iaitu Cikgu Azhar ada memberitahu ingin mengikuti kursus blog. Saya tertunggu-tunggu juga perkhabaran seterusnya, tapi rupa-rupanya beliau bekerja senyap-senyap, tup-tup beliau sudah tunjukkan blog PSS kami yang sudah terdapat pelbagai bahan bukan setakat bahan PSS, ikon-ikon yang menarik dan link dengan PSS lain.

Saya ketika itu berada dalam mesyuarat pengurusan sekolah bersama-sama dengan pengetua cemerlang, GPK 1, GPK Hem, GPK koku, Ketua-ketua bidang yang lain, guru cemerlang dan kaunselor telah ditunjukkan blog tersebut. Pengetua kelihatan begitu gembira dan mengharap kemahiran dalam ict ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sebagai cara berkomunikasi yang amat berkesan. Pelajar Cikgu Azhar iaitu AJK PSS pun nampak begitu teruja mempelajari pembikinana blog ini contohnya Adziem (saya mengajar kelasnya). Wah ini sudah bagus.

Tabik spring 17 kali perlu diberikan kepada semua guru PSS daerah Rembau, PKG Rembau yang macam api dalam sekam (apa ke peribahasa ni?), sebenarnya saya nak gambarkan keadaan mereka yang bekerja bertungkus lumus dan sekarang menunjukkan kejayaan yang sangat memberangsangkan! Tahniah!

Kemudian saya merenung diri sendiri, hmm, walaupun saya sudah agak lama dalam dunia blog ini, tapi pencapaian saya tidaklah sebagus mana. Saya pun kenalah buat pembaharuan sedikit. Apa pembaharuan ya...Jadi dalam tempoh sehari dua ni saya pun cubalah buat pembaharuan sikit-sikit...seperti yang anda boleh lihat. Background blog ni nak tukar sayang pulak, jadi saya tukarlah background di blog-blog lain saya seperti 'my sweet memories', 'alam sekitar'. Oh ya, saya dah boleh tukar background, kalau dulu saya meminta sahabat maya saya tolong buatkan...
kepada aashaku yang pernah bertanya dalam shoubox bagaimana nak tukar background, atau kalau sesiapa nak tau boleh emel saya, nanti saya ceritakan... wansalmah1594@yahoo.com

Pembaharuan lain mungkin dari segi kontensnyalah. Saya sedang mencari idea...

3 comments:

Azhiem said...

Name sye azhiem lah cikgu..bkan adziem..

Kakak said...

Selamat Hari Guru Cikgu Wan.... dan semua guru-guru yang membaca.
Seribu ucapan pun tak mungkin terbalas jasa guru-guru yang telah mencurahkan bakti kepada kita.

Ummuafiq Hashim said...

Assalammuaalaikum, kak wan.Sorilah lama tak jenguk blog kak wan.Tapi kali ni kak wan kena jenguk blog saya pulak sebab ada entry untuk kak wan.Datang ye!