Saturday, June 12, 2010

Cergas pada usia emas

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com



--------------------------------------------------------------------------------


SEPERTI lazimnya, dia akan bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk menghirup udara segar sambil memanjat kesyukuran kerana masih bernafas untuk meneruskan kehidupan.

Meskipun rutinnya agak ketat, dua keping roti serat disapu mentega dan sebiji pisang pasti akan dijamahnya sebagai sarapan pagi.

"Jika tidak pun saya akan makan biskut gandum dan minum secawan kopi. Semua ini menjadi kemestian bagi saya untuk memulakan hari dengan penuh tenaga," ujar penyanyi dan penghibur terkenal, Anita Sarawak.

Anak kepada pasangan seniman S. Roomai Noor dan Siput Sarawak yang mesra disapa sebagai Kak Nita itu telah menjangkau umur 58 tahun. Membiasakan rutin harian yang sibuk sejak karier seninya bermula ketika dia berumur 15 tahun, Anita mendakwa itu telah menjadikannya individu yang berdisiplin.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Dengar Ini Cerita tidak menafikan setiap manusia mendambakan kesempurnaan, kecantikan dan hidup sihat.

"Apabila kita menjangkau umur 50-an kita akan sentiasa risau. Idea penuaan mula membelenggu kita. Namun, sudah menjadi tradisi dan realiti bahawa setiap manusia tidak mampu lari daripada kitaran tersebut. Sekiranya bijak, kita mampu melambatkan proses tersebut," katanya.

Kalau ditanya apakah rahsia Anita yang kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenarnya, Anita menjawab, selain mengambil pendekatan menjaga kesihatan dalaman dan luaran, dia juga sering berfikiran positif.

Hakikatnya, tekanan dan rutin harian tidak pernah padam dalam kehidupan setiap orang. Tekanan membuatkan seseorang letih dan tidak bermaya.

"Maka, terapkan diri dengan kegembiraan. Ia bergantung kepada diri sendiri dan cara anda mengawalnya," terang Anita yang suka bercucuk tanam.




--------------------------------------------------------------------------------



Dalam diet sehariannya, penyanyi tersebut lebih menggemari makanan yang dibakar dan dikukus. Seminggu dalam sebulan dia akan mengamalkan diet sayur-sayuran.

Makanan yang mengandungi protein pula lebih banyak diambilnya berbanding karbohidrat. Pada masa yang sama, Anita jarang menyentuh menu daging.

Sebagai langkah menjaga pengambilan makanannya, Anita memberitahu bahawa dia tidak akan menjamah makanan selepas pukul 8 malam. Dia juga mengamalkan minum lapan hingga lima belas botol air mineral sehari dan memastikan sekurang-kurangnya terdapat sebotol air kosong di tepi sudut katilnya sebelum tidur.

"Untuk mencapai stamina semasa menjayakan persembahan, saya akan menghabiskan masa di antara 20 hingga 30 minit setiap hari menggunakan mesin kardiovaskular," ujarnya.

Melakukan aktiviti fizikal dan berpeluh amat penting kerana ia dapat menyingkirkan toksik dalam tubuh.

Bagi Anita, melakukan kerja rumah seperti menyapu atau mengemop lantai, mengemas rumah dan menaiki tangga juga adalah aktiviti yang menyihatkan daripada langsung tidak berbuat apa-apa.

Tambah Anita: "Setiap enam bulan sekali, saya akan menjalani pemeriksaan kesihatan. Kita hanya berjumpa doktor apabila kita sakit. Bukankah lebih baik jika kita dapat mencegahnya terlebih dahulu?"

Daya ingatan

Melihat dari perspektif figura lain, mungkin ramai yang ingin mengetahui rahsia sejarawan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mengasah daya ingatan yang kuat pada usia 73 tahun.


PEMAKANAN yang sihat dan seimbang mengikut kawalan tertentu adalah antara kunci kesihatan warga emas.

--------------------------------------------------------------------------------


"Sebenarnya, saya tiada jawapan kerana saya hanya membaca setiap hari. Dengan membaca, kita bukan sahaja mendapat banyak maklumat malah dapat menjana pemikiran.

"Otak akan bertindak menyimpan maklumat apabila ia membabitkan pemikiran kritis. Apa yang perlu adalah menfokuskan kepada sesuatu," katanya yang mahir dalam bidang sejarah selama enam dekad.

Kay Kim berpendapat, mengkaji dan menghayati sejarah itu mampu menambah kecerdasan seseorang. Akal seseorang akan menjadi semakin tajam, berpandangan jauh, cekap dan sentiasa memikirkan kesan jangka panjang bagi setiap tindakan, isu dan peristiwa.

"Otak kanan yang terlibat dengan imaginasi dan pemikiran kreatif mampu diasah dengan fakta sejarah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya," kata Kay Kim.

Bahan bacaan sejarah juga membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Secara tidak langsung, ia membantu meningkatkan kemahiran logik dan kreativiti.

Rasional dalam menentukan atau menyingkap rahsia panjang umur sukar untuk didefinisikan memandangkan sifatnya yang subjektif. Namun, amalan pemakanan sihat antara penyumbang atau faktor ke arah matlamat tersebut.

Diet sihat

"Pemakanan yang mengikut konsep piramid makanan hakikatnya memenuhi keperluan diet sihat manusia. Pada masa yang sama, ia mengelakkan kekurangan atau pengambilan zat berlebihan yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit," kata Pakar Kesihatan Usia Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh.

Apakah makanan yang sesuai untuk warga emas? Golongan tersebut, kata Rajbans, seharusnya mengambil pelbagai jenis makanan kerana tiada satu jenis makanan pun yang boleh membekalkan kesemua zat keperluan tubuh.

"Makanan yang mengandungi kanji seperti nasi, roti, mi dan ubi dapat membekalkan tenaga. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula dapat membekalkan vitamin, mineral dan serat bagi mencegah masalah seperti sembelit.

"Apabila usia meningkat, tulang mudah reput. Jadi makanan yang tinggi kalsium seperti susu rendah lemak, ikan bilis, tauhu, tempe dan sayuran berdaun hijau perlu diambil. Pada masa yang sama, nasihat daripada pakar pemakanan masih diperlukan dalam menentukan corak diet tersebut," terangnya.


ANITA (kanan) masih menunjukkan persembahan dan aksi yang bertenaga, sama seperti gandingannya, Sheila Majid, mengalahkan artis-artis lain yang jauh lebih muda daripadanya.

--------------------------------------------------------------------------------


Sayur-sayuran bertindak sebagai antioksida dan merupakan zat penting yang dapat mengurangkan kesan negatif radikal bebas. Radikal bebas itu bertindak sebagai bahan reaktif yang berupaya memusnahkan sel membran, tisu dan organ.

Selain itu, pengambilan multivitamin boleh membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih yakin.

"Bagi memastikan tubuh menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen dalam bentuk multivitamin. Apabila umur menjangkau 50 tahun, pengambilan nutrisi perlu selaras dengan gaya hidup," ulas Rajbans.

Perubahan gaya hidup turut mempengaruhi motivasi seseorang untuk bersenam. Meskipun begitu, masih belum terlambat bagi mereka yang berumur lebih 50 tahun untuk mengekalkan kecergasan mereka dengan melakukan aktiviti yang sesuai dengan usia mereka.

"Pada peringkat permulaan, aktiviti berjalan kaki dan melakukan aerobik (berintensiti rendah) di antara 10 hingga 15 minit sudah memadai," kata Ahli Fisioterapi Persekutuan Bola Sepak Malaysia, Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin.

Walaupun senaman penting untuk kesihatan, seseorang perlu tahu keupayaan badan dan tidak perlu terburu-buru untuk mencapai kecergasan yang maksimum terutama apabila sudah berusia.

Secara ringkasnya, manfaat daripada bersenam adalah sebagai pelengkap rawatan dan menjadi agen pengawal semua penyakit gaya hidup.

"Selain melancarkan aliran darah, mengawal tekanan dan paras gula dalam darah, senaman juga mampu meningkatkan daya ingatan dan membuatkan seseorang itu kelihatan awet muda," tambahnya.

Thursday, June 10, 2010

Boikot Israel



Mari boikot barang Israel/ Yahudi!

Saturday, May 15, 2010

Hari Guru 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru. Semoga tekad kita untuk mendidik para pelajar semakin subur. Juga kita diberi ketabahan dalam menghadapi karenah anak-anak didik yang kian mencabar...
Di sini saya ingin kongsikan satu hadis untuk renungan semua.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Ini adalah kali pertama saya menyambut Hari Guru di sekolah baru/ di Kelantan. Antara acara yang dirancang ialah:
1. Acara wajib - perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dll
2. Acara dewan - pertandingan antara guru (termasuk pelajar)
- persembahan pelajar
- tayangan filem "Lasykar Pelangi"
4. Jamuan

Monday, May 10, 2010

Selawat Tafrijiyyah dan doa Solat sunat Dhuha

SELAWAT TAFRIJIYYAH


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

DOA SOLAT DHUHA

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Wednesday, April 28, 2010

26.04.2010

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menapak di bumi-Nya hingga ke tarikh ini.

Kami di Kelantan telah menghadapi hari-hari yang sangat panas sehinggakan saya yang mempunyai ketahanan dalam cuaca sebegini rasa gelisah walaupun pada waktu tengah malam. Terfikir bala Tuhan atas kami di bumi 'serambi Mekah ini'.

Namun, syukur, sehari menjelang tarikh 26.04. 2010, pemilik bumi ini telah mengirimkan air yang banyak kepada kami..syukur..moga ini petanda rahmat buat kami semua terutama saya yang menyambut ulangtahun kelahiran saya kali ini.

Mengimbau kembali pada tarikh tersebut, saya dan anak-anak telah ke Pesta Buku Kelantan yang bermula pada tarikh tersebut. Bagi pengunjung yang telah biasa ke Pesta Buku Kuala Lumpur, Pesta Buku Kelantan tersangat kecil dan tidak banyak barang atau buku di sini. Tetapi tak kisahlah, asalkan dekat dan ada banyak buku berhimpun pada satu tempat. Kali ini saya tidak bercadang memborong kerana koleksi buku yang ada pada saya masih belum habis berbaca. Cuma kali ini saya nak sangat mencari sebuah buku iaitu Lasykar Pelangi. Ini adalah kerana saya memikirkan isinya yang berkaitan dengan diri saya iaitu pendidikan di kawasan pedalaman. Semoga novel ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk menghadapi pelajar di sekolah kampung yang 'serba kekurangan ini.' Namun, saya sangat bahagia dan bersyukur ditempatkan di sekolah ini dan berharap saya akan dapat melakukan sesuatu yang berfaedah kepada anak-anak didik saya.

Lain-lain novel ialah koleksi sifu saya,Puan Azmah Nordin iaitu 'Dari Dalam Cermin, Sitti Arianna dan Kewujudan Maya'. Meskipun itu buku lama garapan beliau, saya ingin mendalami gaya pemikiran sifu saya ini.

Bahan-bahan bacaan lain ialah yang sesuai dengan anak atau anak-anak didik saya.

Sebelah malamnya anak saya Maryam telah membelikan sebiji kek coklat dan toaster. Pada masa sekarang dia ada di rumah, bercuti. InsyaAllah dia akan sambung tahun dua di UKM, bidang perubatan sem nanti. Anak-anak yang lain ialah Zahid yang akan menyambung pelajarannya di ALAM, Batu Rakit semester terdekat dalam bidang Marine engineering. Syamil di SK Wakaf Bharu, tahun lima dan si kecil Danial. Yang tidak ada di rumah ialah Afiq yang sedang meneruskan studi di Subang dan Hajar yang sedang belajar di SMKA Lati, Pasir Mas.

Syukur kepada Allah atas segala limpahan nikmat dan kurnianya. Kesihatan saya semakin baik. Mata saya pun semakin ok. Kalau ada yang tak ok tu kira dah cukup baik berbanding dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya yang tidak terhitung banyaknya.

Untuk tahun depan? Saya sekarang sedang mengusahakan 2 perkara besar. Pertama, saya merancang untuk membina rumah di sini. Sekarang sedang dalam proses melukis plan. Pada dasarnya rumah saya tu sungguh comel dan selesa untuk kami. Ala tropika kontemporari lagi. Sekarang tengah berfikir bajet agar saya akan lapang di kemudian hari. Menurut pengusaha rumah saya, kalau tidak ada aral, 8 bulan siaplah rumah ini. Orang yang paling gembira kalau rumah ini siap pastilah ibu saya. Sudah semestinya.. Ya saya mesti mengembirakan beliau yang sudah mencecah usia 82 tahun awal tahun ini. Projek kedua biarlah rahsia dulu. Oh..saya sedang berusaha agar kedua-dua impian saya itu dapat saya laksanakan dan menjadi hadiah tidak ternilai buat saya/kami menjelang ulang tahun saya yang akan datang..jadi, jom teruskan usaha!

Wednesday, April 07, 2010

The Memory Keepers Daughter


Sinopsis:
On a snowy winter night in 1964, Dr. David Henry rushes his pregnant wife Norah to the hospital, where, with help from her husband and nurse Caroline Gill, she delivers their son Paul. However, Dr. Henry discovers that his wife was carrying twins, and helps her deliver the second child, a baby girl named Phoebe. Shortly after Phoebe's birth, he finds that she has Down Syndrome, and hands her over to Nurse Caroline, explaining that the death of his ill sister nearly destroyed their mother and he doesn't want Norah to go through that. Instead, he instructs Caroline to take Phoebe to a nearby institution for the mentally ill, figuring the child won't live much longer, and tells Norah that Phoebe was a stillborn. However, after visiting the institution and seeing the state of the other patients, Caroline takes the baby home with her, stopping along the way to buy formula and diapers. With help from a truck driver named Al, Caroline begins to raise the baby as her own, while Dr. Henry develops an obsession for photography after his wife gives him the gift of a Memory Keeper camera.

Dalam versi B. Melayu, seorang doktor (David) menanti saat-saat kelahiran bayinya. Setelah lahir bayi lelaki, mereka dikejutkan dengan kelahiran bayi perempuan, kembar. Tetapi wajah si ayah berubah kerana bayi kedua mereka mengalami Sindrom Down. Si ayah gelisah dan teringat bagaimana suatu hari dahulu hidup ibunya menderita setelah kelahiran adik perempuannya yang sindrom down. Dia lalu berbohong kepada isterinya bahawa anak perempuan mereka meninggal sejurus dilahirkan. Dia tidak mahu isterinya(Norah) mengalami penderitaan yang dialami ibunya dahulu.

Si doktor/bapa telah menyerahkan bayi perempuan itu kepada seorang jururawat (Caroline) supaya meletakkan bayi tersebut di sebuah pusat pesakit mental tidak jauh dari kediaman mereka. Semasa ingin meninggalkan bayi yang diletakkan di dalam kotak di pusat itu, Caroline telah melihat ragam pesakit-pesakit di situ. Timbul rasa bimbang, dia mengambil balik bayi tersebut. Dia ke sebuah pasar raya dan membeli keperluan bayi tersebut. Tanpa diduga, keretanya kehabisan minyak, suasana malam pula bersalji. Pada masa itu muncul seorang pemandu treler jarak jauh (El) menghulur bantuan. Akhirnya mereka berkahwin dan sama-sama menjaga bayi itu (Phoebe).

Pasangan ini selalu berpindah randah kerana mengikut pekerjaan si suami. Mereka kerap menghantar gambar Phoebe dari semasa ke semasa kepada David. Sementara itu, David, isterinya dan anak lelaki mereka hidup dalam keadaan kacau. David sibuk dengan urusan kerja, kecenderungannya yang suka mengambil gambar dan dia tertekan dengan perbuatannya menyerahkan bayinya dahulu.Mereka berpisah akhirnya.

Diringkaskan cerita, David cuba menulis nota memberitahu bekas isteri tentang anak perempuan mereka, tetapi dia memadamnya balik. Setelah dia meninggal, bengkelnya dikemas dan 'digeledah' oleh bekas isteri dan anak lelakinya. Dan di situ mereka terjumpa gambar-gambar Phoebe. Melalui surat-surat, mereka dapat mengesan alamat Caroline. Akhirnya mereka berjumpa dengan Phoebe dalam suasana yang sungguh mengharukan.

Saya ingin mengulas sedikit movie ini (daripada pemerhatian saya). Isu di sini ialah anak luar biasa, Sindrom down. Pada masa itu(tahun 1964) anak-anak sebegini dipandang negatif oleh masyarakat dan masih dikenali sebagai mongoloid. Caroline memperjuangkan nasib anak angkatnya supaya mereka dapat diterima masuk ke sekolah biasa dan menjadi sebahagian masyarakat. Dia dan suami sangat menyayangi Phoebe dan sanggup berkorban masa dan tenaga mereka menjaga, mengasuh dan mendidik Phoebe. Phoebe akhirnya dapat berkomunikasi seperti orang normal. Apa yang dibuat oleh orang normal, dia ingin membuatnya. Dia berdikari. Biasanya golongan ini mempunyai watak yang jujur dan penuh kasih sayang. Kadang-kadang, mempunyai anak normal, ada peningnya. Mereka terlalu banyak berfikir tetapi jarang ingin berfikir yang 'remeh temeh' seperti kasih sayang dalam keluarga. Berbeza dengan golongan ini yang lebih mementingkan kasih sayang dan keluarga.

Yang mengharukan sangat menonton filem HBO adaptasi daripada novel ini ialah kegigihan Caroline dan El menjaga Phoebe. Bukan senang menjaga, mengasuh dan mendidik anak istimewa sehingga membentuk mereka mempunyai peribadi mulia, apatah lagi Phoebe bukan darah daging mereka.

Sungguh, insafnya saya apabila menonton movie tersebut. Anak kecil saya, Danial, perwatakannya agak lasak. Mungkinkah disebabkan kepalanya yang pernah dibedah sebulan selepas kejadian kemalangan tempoh hari. Dia juga sering demam panas. Suhu badannya boleh naik secara tiba-tiba, apatah lagi ketika cuaca panas sangat sekarang. Saya perlu banyak ingatkan qada’ dan qadar Allah kerana Allah Maha Mengetahui mengapa Dia jadikan segala sesuatu. Sedangkan pengetahuan kita terlalu cetek untuk mengerti segala hikmah ciptaan-Nya.

Saya harap pihak TV3, RTM dll dapat menyiarkan movie tersebut kerana terlalu banyak pengajaran yang tersirat yang boleh kita ambil sebagai iktibar...

Thursday, March 25, 2010

Jom layan gambar-gambar..


Pengetua lama saya, Datin Azimah dengan pelajar-pelajar SMKUR..


Ini ialah Kg Ulu Sepri. Saya suka setiap kali menyusuri jalan ini yang hijau dengan pokok-pokok dan bukit bukau. Kalau hujan lagi cantik. Kabus akan menyelubungi bukit2nya, awan kelihatan dingin dan basah..Kaki pelangi yang jelas juga sudah beberapa kali saya nampak di sini..


Ini ialah gambar kak Asiah, pengusaha Taska Assolihin. Beliau telah banyak menolong kami sekeluarga. Anak-anak saya iaitu Hajar, Sarah dan Syamil belajar fardhu ain di sini.


Ni dia foto pilot kami..sori gambar ko pilot tak jelas la..


Saya suka sungguh dengan gaya rumah ini dan seni tamannya..


Cantiknya rumah ala tropika kontemporari ini..kau sumber ilhamku..


Sekolah baru Syamil - SK Wakaf Bharu -nyaman..


Danial di nurseri barunya..


Ini pula ucap selamat tinggal kepada abe Afiq mereka..


Hajar, Syamil dan Danial di terminal bas KB wish bye bye kat Kak Ngah mereka..


Ni kasut ke apa ni?


Apa yang doktor dah buat pada tangan saya ni?


..mengapa badan saya syik rasa panas saja?


Syamil gembira sokmo..


Ini pandangan sisi sungai Kelantan, bestnya, suatu hari kami nak susuri sungai ini dengan bot menikmati bayu petang yang nyaman...


Ini pula pertandingan bowling botol pasir..



Hari sukan sekolah kami. Oleh sebab kawasan sekolah yang terlalu kecil dan tidak banyak kemudahan, inilah antara acara sukan di sekolah kami..

Wednesday, March 10, 2010

Ok tak Ok..

Setelah lebih tiga minggu memutuskan buat sementara talian telefon dan sekaligus streamyx, malam semalam kami sudah dapat kembali aliran komunikasi ini..syukur..saya sedang merangka masa untuk menyambung balik kerja-kerja yang tergendala..tapi, sehari dua ini (dah seminggu), seperti yang saya telah sebut dalam entri lepas, demam anak saya Danial masih belum baik. Baik - demam - baik - demam.. (demam panas)..moga dia sihat dan pulih dan dapatlah saya meneruskan aktiviti harian yang sudah tergendala ini..