Monday, September 11, 2006

Roti High 5 - Cabaran Kepada Umat Islam

Dalam Berita Harian, Harian Metro (7 Sept) telah dijelaskan sebuah kilang roti berjenama terkenal diarahkan tutup selama 2 minggu kerana pembikinannya tidak bersih dan bahan lemak yang digunakan diragukan kehalalannya.

Dalam Edisi Siasat semalam pun ditunjukkan suasana kilang tersebut yang begitu kotor pengendaliannya. Bekas-bekas roti diletakkan di atas lantai begitu sahaja. Keadaan keseluruhan amat kotor.

Pagi tadi saya menerima SMS yang mengatakan roti High 5 sudah diputuskan tidak boleh dimakan kerana mengandungi lemak bab1 yang diimport dari Jerman. Kurang lebih 2 minggu lepas saya telah mendapat maklumat tersebut daripada laman web Persatuan Pengguna Islam, lantas saya menelefon kenalan saya yang bertugas di JAKIM. Beliau masih belum tahu tentang kedudukan sebenar perkara itu dan berjanji untuk menyiasat.

Saya sungguh marah, kesal kerana isu makanan halal ini. Setiap kali mengambil makanan, saya sedaya upaya meneliti label dan memastikan ada perkataan Halal JAKIM bertulisan jawi. Begitu juga anak-anak saya (walaupun sekali sekala mereka main redah makan gula-gula di belakang saya yang tidak bercop Halal JAKIM tapi kalau saya tahu siaplah kena khutbah).

Tapi, jika makanan yang telah diletakkan Halal JAKIM pada labelnya, tetapi tidak boleh dipercayai status halalnya, apa lagi yang harus kita percaya dan harap?

Saya betul-betul kecewa. Jika saya masuk ke kelas mengajarkan subjek ekonomi, saya akan mengingatkan hal ini kepada pelajar-pelajar saya dan mencabar; saya ingin melihat mereka menjadi usahawan Islam suatu hari nanti. Benar, usahawan ialah kerjaya pilihan. Buat apa berebut hendak makan gaji? Sedangkan sektor pekerjaan awam atau swasta sekarang begitu terhad. Siswazah setiap tahun dilahirkan dan pengangguran semakin bertambah. Jadi, mengapa tidak anda/kita bergabung tenaga dan mengguna segala kepandaian untuk menghasilkan produk makanan, yang halal, suci dan bersih? Jangan risau tentang permintaan, makanan yang halal dan bersih semua orang suka...

2 comments:

aNIe said...

Sekarang ni...nak membeli pun kene berhati2...hari tu kak lady dpt emel yang Pau Ahmad tu pun Bangsa lain yang buat....

Kenapalah di negara kita ...negara Islam...perkara ni boleh berlaku...

Idham said...

salammm :)

adess, itu roti kegemaran saya sekeluarga...loya la pulak rasa..

terima kasih kerana memberi tahu...

idham