Majoriti masyarakat Malaysia, tak kira golongan marhaen atau pertengahan mengeluh. Banyak juga yang dalam kekeliruan apa nak jadi masa depan kita.
Malaysia yang selama ini sebuah negara yang dikatakan aman dan harmoni kini nampaknya semakin goyah. Kemelut politik yang semakin hari semakin kalut, gejala sosial yang cukup merisaukan, keselamatan kanak-kanak yang tidak terjamin, anak-anak remaja yang hilang dan menghilangkan diri. Sehari dua ini kita cukup risau dengan masalah kenaikan harga minyak dan menyebabkan kenaikan harga barang-barang pengguna. Kenaikan kali ini sungguh ganas kerana melibatkan barang-barang keperluan utama dan melibatkan semua orang.
Tentu semua masih ingat fenomena rakyat Malaysia yang membanjiri stesen-stesen minyak bila harga minyak akan dinaikkan jam 12.01 malam tersebut. Namun, walaupun tangki diisi penuh, berapa hari sajakah kereta itu boleh beroperasi?
Pemilik stesen minyak pun tak gembira. Selepas kenaikan harga minyak, terjadi penurunan pembelian 31 peratus minyak petrol. Semua orang sudah berbajet. Pengguna sudah semakin bijak, bukan setakat berhati-hati dan peka dalam isu politik tetapi juga dalam hal-hal ekonomi. Harga makanan semakin naik, jadi masing-masing semakin berjimat. Contoh mudah di sekolah saya, pengusaha kantin sudah mengeluh kerana kekurangan pelanggan. Dan apabila saya memasuki bilik guru saya dapati masing-masing membawa bekal, walaupun berupa roti. Jika kita ke pasar tanipun suasana agak lengang. Kesihan tengok penjual ayam, maklumlah harga sudah RM6.80 sekilo. Anak-anak yang 'hantu ayam' kena dibiasakan dengan ikan kecil-kecil. Atau makan apa saja yang dihidangkan, tak semestinya nasi, mi dsb.
Perbelanjaan harian pun banyak dicatu. Anak saya sudah dipotong wang saku dan digantikan dengan bekal. Kalau ke kedai atau pasar raya kami hanya boleh berbelanja barang-barang penting sahaja. Keropok ke kira minta mahaplah. Ini juga boleh menjaga kesihatan. Kalau ingin membeli sesuatu, kena plan betul-betul. Kalau boleh beli masa perjalanan pulang dari sekolah atau rancang pergi beberapa tempat dalam satu perjalanan.
Ish apa lagi yang boleh dijimat atau diubah lagi ni.. (Hehe soalan ni mesti dijawab dengan senyuman oleh parti pembangkang). Jenuh juga kita nak bajet ni. Saya selalu terfikir apalah nasib golongan yang berpendapatan rendah atau bekerja sendiri, peniaga dsb. Bagaimana mereka nak survive. Kita yang makan gaji kerajaan pun dah singkek. Jangan pula terjadi seperti yang dirisaukan oleh Tok Guru, jtakut ika berlaku pertambahan dan peminta sedekah, kecurian atau rompakan!
Wahai kerajaan yang 'budiman', fikir-fikirkan nasib kami semua.
ps.. sempena Hari Pengguna 2008, KPDN & HEP menganjurkan pelbagai pertandingan seperti menulis esei, melukis kartun, fotografi dan banyak lagi yang sesuai untuk semua golongan/ peringkat umur. Jadi, cubalah rebut peluang ini kot-kot ada rezeki bolehlah menang dan hadiah lumayan juga. layari: www.mypengguna.com
No comments:
Post a Comment