Friday, June 20, 2008

Cerita cerituk

Hrmm,
dok asyik cerita sedih dan geram dengan pelbagai krisis sejagat, mari kita sama-sama kongsi cerita kategori gembira sikit ni.

Pertama si Syamil.anak bujang saya yang berada dalam darjah 3 tu. Tadi saya ke sekolahnya untuk pertemuan 3 penjuru, itupun sebab teman terdekat saya beritahu ada perjumpaan. Suspens jugalah nak tahu dapat nombor berapa maklumlah esok periksa pun hari ni dok bermain-main lagi. Kata nak baca buku kira bertuah la. Haa.. dapat nombor 4, tak percaya pulak. Dalam akademik Syamil ni setakat ni agak 'low profile', tapi hairannya kadang-kadang dia boleh selesaikan masalah yang orang lain tak terfikir nak buat. Pagi-pagi dia tolong buka pintu pagar rumah dan panaskan enjin kereta. Budak ni saya rasa ada bakat jadi engineer.

Kedua ialah tentang anak kedua saya Maryam yang baru habis matrik. Semasa lepas SPM dulu dia minta macam2 institusi dan dapat matrik (9A 3B). Di matrikulasi saya suruh dia minta sains hayat. Alhamdulilah dia skor cemerlang. Sekarang dia dapat dua tawaran iaitu menyambung studi di UK dan bila pulang nanti akan menjadi pensyarah di matrikulasi. Tawaran kedua ialah jurusan perubatan di UKM dan kedua-dua perlukan jawapan terdekat. Kalau fikir faedah jangka panjang saya rasa baiklah ambil medik. Hati dia masih berbolak balik, saya serahkan pada dia membuat keputusan setelah dibuat analisis SWOT terlebih dahulu dan munajat kepada Allah agar tak menyesal kemudian hari.

2 comments:

aNIe said...

Salam wan salmah...kalau akaklah...akak suka anak perempuan akak jadi pensyarah...macam cikgu lah pulak....

Tapi apa2 pun serahkan pada dia untuk buat keputusan...dan suruh dia buat solat istikhorah...

Anak akak sikecik tu kene amik buku rekod dia hari khamis...berdebar jugak ni

Anonymous said...

waalaikum salam kak lady,
anak saya tu istikharah, mula2 nampak sedang bukak klinik, kali ke2 istikharah nampak jadi cekgu...

skrang ni hati dia lebih condong nak ambik medic.. mmg berat tapi semua kerja berat, jd cikgu biasapun teruk juga, balik rumah cepat sikitpun dok fikir hal kerja. mula2 berat jd doktor ni tp dah 2, 3 thn ok lah skit (diorang kata)..

anak kak lady pandai2.. jgn berdebar sangat..