Masya Allah..
Kepada semua warga Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam marilah kita sama-sama berdoa untuk kedaulatan agama, dan bangsa kita. Tidak perlu bertanya awak parti apa, undi apa.. yang penting kita semua Islam, dan umat Islam adalah bersaudara. Bila masuk bab agama semua orang tahu itu. Tapi bila masuk bab politik, kita masing-masing seperti dari planet Marikh atau planet Pluto... Masing-masing merasakan kitalah yang terbaik.
Siapa yang untung dalam bab ni, dan siapa akan menang? Walau apapun parti kita, marilah kita kembali kepada Quran dan Hadis jika kita berselisih pendapat. Susah benarkah untuk berbuat demikian? Susah jika kita tafsirkan al Quran dan Hadis mengikut idea kita sendiri. (Atau saya yang tidak betul. Contohnya pencuri tak rasa dia bersalah kerana itu salah satu cara mencari duit. Kalau semua pencuri tahu mencuri itu berdosa, menyusahkan orang, takkan mereka hendak mencuri. Uh.. bukan setakat mencuri, sebesar-besar dosa pun orang sudah tidak takut untuk melakukannya lagi..)
Ya Allah, bimbangnya saya, apa nak jadi pada Malaysia nanti? Jauhilah negara kita daripada menjadi Bosnia, Iraq dsb.
Jangan lupa tonton Debat Perdana malam ini, jam 9.00 di Astro Awani 501. Dan pendebat (juga penyokong) tolong jangan emosi. Kita semua orang Islam, semua perbalahan ada jalan penyelesaian. Malaysia negara kaya dan makmur, uruskan dengan berhemah. Warga negara yang sopan (masih banyak yang sopan), didiklah dengan sebaik2nya. Negeri yang cantik dan memiliki antara pulau yang terindah di dunia. Apa lagi yang kita mahu?
2 comments:
saya tengok keadaan malaysia skarang semakin sedih pulak,politik,ekonomi dah berkecamauk,dibandingkan dengan dekat sini,hidup aman je, x masalah,korea xde sumber mineral tapi boleh maju,Malaysia banyak sumber,tp masalah pengurusan...perlu diperbaiki
memang sedihlah.. kat sana boleh ikuti debat tu tak? tengok kat rakaman youtube@ tranungkite online ada kot.. nak ulas maleh la.. politik kita skrg ntah apo2..
harap2 bijak pandai masa depan dapat uruskan negara dgn baik..
Post a Comment