Izinkanlah saya menyentuh sedikit hal-hal politik sementelah saya juga warga Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi, lagi mumaiyyiz..
PRU12 masih baru dan kita semua telah mengalami satu tsunami politik yang telah menukar iklim politik negara kita. Pelbagai wajah dan rasa yang boleh kita nampak dalam kalangan masyarakat kita; antara yakin dan cuak...
Kemudian kita menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Calon asal ialah parti pembangkang. Walaupun dalam hati kita mengatakan parti pembangkang bakal menang, tapi ada sedikit perasaan berhati-hati terselit di hati, dan, keputusannya, kemenangan diperoleh oleh parti pembangkang ini.
Dan semalam, PM kita, masih dengan slogan lama, mengatakan BN ada harapan cerah.. dan walaupun calon asal ialah daripada parti pemerintah, tapi, keputusan yang diumumkan semalam memberi senario besar kepada rakyat Malaysia..
"We want change!" Itu kata rakyat, aspirasi rakyat, detik hati rakyat..
Sebagai seorang guru di sekolah menengah biasa, saya hanya boleh memberi komentar dari sudut pandang saya sajalah secara peribadi. Rakyat sudah bijak menilai. Kuasa di tangan rakyat. Tolonglah si parti pemerintah, jalankan tugas kalian dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah. Jujur, amanah dan ikhlas sangat berkat, besar ertinya. Bayi, anak yang kecil, insan yang lemah meskipun binatang tahu siapa-siapa yang berlaku jujur, ikhlas dan amanah kepada mereka, apatah lagi rakyat jelata yang berada di zaman serba canggih ini!
Sebagai guru, ada satu ruang nuetral tertanam di benak saya. Walaupun saya memang berpegang teguh pada sesuatu parti, tapi saya tidak taasub. Saya mengundi parti yang benar-benar ikhlas, jujur, membawa kemajuan ekonomi dan kerohanian, prihatin nasib rakyat yang mengundi mereka dan sudah tentulah islamik! Dan kepada parti yang menang, anda sekarang berada di puncak. Pendayung sudah di tangan, ayuh, kayuhlah bahteramu mengikut amanah dan manifestomu!
No comments:
Post a Comment