Tuesday, January 27, 2009
Wet World Pedas dan Sup Makaroni
Hajar, Danial dan Maryam
sedang gayat main air, nak ambil gambarpun tak nak posing..
Sekolah kami bercuti selama seminggu sempena cuti Raya Cina. Sekolah kami mempunyai ramai guru dan pelajar berbangsa Cina. Setahun belakangan ini saya amat menghargai cuti dan berharap masa ini dapat mengurangkan masa di sekolah..hehe sebenarnya masalah mata saya belum pulih betul lagi, masuk ke kelas saya masih terpaksa memakai kaca mata hitam, masih kurang selesa berhadapan dengan pelajar...
Sudah lama saya berhajat untuk membawa keluarga saya ke tempat rekreasi, sebagai aktiviti keluarga. Oleh sebab banyak sangat halangan, jadi, kami buat juga perancangan untuk mandi manda dan lepak-lepak di Wet World Pedas. Jauhnya dari rumah kami kira-kira 7.5 km saja.
Acara ini merupakan yang pertama kali diikuti oleh anak saya Danial. Mula-mula dia takut juga apabila dimasukkan ke dalam air. Lepas tu dia seronok. Dia memang suka main air.
Oleh sebab rumah kami dekat, kami boleh sampai cepat dan balik pun agak cepat. Wet World kali ini memang ramai orang hinggakan nak sewa pelampungpun sudah kehabisan. Anak-anak main gelungsur gergasi tanpa pelampung, kena que lama sebab barisan yang tidak ada pelampung que panjang sangat, mereka dapat 2-3 pusingan saja. si Zahid pula (tiada dalam gambar), mengelat sikit, dia pandai mencelah-celah, jadi dapatlah berbelas-belas kali meluncur... Zahid pulang bercuti dari PLKN. Katanya sekarang jadual masih aktiviti teori/akademik, aktiviti lasak belum lagi kat PLKN (boringlah tu).
Balik je jam dah 2 lebih. Terasa nak makan makaroni pula. Haa..bagi yang baru nak belajar masak makaroni sup, ni ada resepi atau tips bagaimana nak bikin sup yang sodap..
Sup Makaroni (8 orang makan)
7 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah (dua-dua ditumbuk)
20 biji lada hitam (tumbuk)
hirisan ayam
udang
fish ball, fish cake,
sayur mayur spt carrot, kailan, kubis bunga, apa2 yg dusukai termasuk tomato
makaroni untuk 8 orang makan
air secukupnya
cara-cara
Tumiskan bawang, masukkan lada hitam, kemudian masukkan hirisan ayam, dah mesra masukkan air.
Masukkan sayur yang keras dulu, udang dan semua sayur(saya suka kailan) Jangan lupa masukkan garam..
Sementara tu panaskan air, masukkan makaroni, dah lembut angkat dan toskan..
Angkat kuah sup, masukkan daun sup, daun saderi..
Nak sedap lagi sediakan kicap pedas. Kicap pedas saya mudah saja, tapi best..
Kicap pedas;
Kicap (kipas udang manis)
asam limau (kasturi ke, limau nipis ke tak kisah)- perah dalam kicap tu, secukup rasa.
cili padi (hiris nipis-nipis)
Sebenarnya saya masak ala-ala profesional iaitu main hentam je, tiada sukatan khusus.. Tapi nak sup yang sedap ialah rahsianya jangan lupa : bawang putih, lada hitam, banyakkan bahan-bahan seperti ayam, udang, fish ball dan seumpamanya..walaupun tak bubuh serbuk perasa tapi rasanya memang kelas...
tip yg kelakar ialah biasanya kalau memasak saya suka doa, hehe kena jaga reputasi sebagai jurumasak.. kalau memang sedap tu kan jangan lupo kata alhamdulillah...
Petang ni insya Allah nak masak kue teaw sup pula (juga dikenali sebagai chinese kue teaw)
kue teaw sup/ chinese kue teaw (8 orang makan)
untuk kuah:
bawang putih ,bawang merah (macam tadi)
hirisan ayam, udang,
kiub/pati/serbuk ikan bilis
telur ayam
sayur mayur (carrot, kailan, bunga kubis, apa-apalah)
kue teaw (2 bungkus)
cara-cara
tumiskan bawang,
masukkan ayam,
dah mesra masukkan air,
masukkan kiub ikan bilis
masukkan semua sayur dan udang
masukkan telur, kacau tanpa henti supaya telur tu halus-halus.
Telur dah masak tutup api.
Sementara tu, panaskan air, celur kue teaw. Sekejap je,`angkat, toskan.
Hidang. Taburkan daun sup dan saderi. Sediakan kicap pedas juga.
Tips kuah yang sedap, jangan lupa kiub ikan bilis. Sebenarnya saya memasak tak suka guna bahan perisa, kecuali masak kue teaw sup dan nasi ayam. Nasi ayam dalam kuahnya saya masukkan serbuk lada sulah. Kalau dulu saya masukkan serbuk lada sulah aji shio.Guna serbuk lada sulah biasa pun dah ok..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment