Thursday, January 15, 2009

'Zionis anggap bangsa lain binatang'

Oleh SAHBULAH DARWI

JOHOR BAHRU 14 Jan. - Seorang rakyat Palestin yang sedang menuntut di sini berharap suatu hari nanti negaranya dapat mencontohi Malaysia yang aman dan damai walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Pelajar jurusan seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Amer Abdul Karim Muhammad, 23, berkata, perpaduan padu masyarakat negara ini adalah kunci kestabilan dan kedaulatan yang dicari-cari oleh negara yang bergolak seperti Palestin.

"Rakyat Palestin mahu hidup dengan aman dan diberikan kedaulatan untuk menentukan nasibnya sendiri seperti negara berdaulat termasuk Malaysia.

"Tetapi apa yang berlaku sekarang, Palestin tidak mempunyai semua itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Amer Abdul Karim yang berasal dari Akka, utara Palestin berkata, dia dan rakyat Palestin lain bagaimanapun berpendapat keamanan di tanah airnya tidak dapat dicapai dalam tempoh yang singkat akibat kebiadapan Israel.

Menurutnya, tentera Israel membunuh tanpa perikemanusiaan kerana doktrin Zionis menganggap bangsa lain selain Yahudi adalah binatang atau lebih rendah daripada anjing.

Katanya, tentera Israel tidak mempedulikan kutukan masyarakat dunia kerana mereka tidak pernah berasa bersalah melakukan pembunuhan yang dianggap dilakukan terhadap binatang.

Lebih membimbangkan, katanya, dia dimaklumkan oleh keluarganya bahawa tentera Israel kini mengepung pintu masuk sempadan Palestin bagi menghalang kemasukan bantuan makanan dan perubatan antarabangsa kepada penduduk Palestin.

"Realitinya, Israel tidak pernah menganggap bangsa lain seperti manusia. Sebab itu mereka memandang rendah rakyat Palestin, penduduk dan pemimpin dunia serta tidak menghormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau agama lain," katanya.

Beliau berkata, doktrin itu menyebabkan peranan masyarakat dunia mengutuk kekejaman Israel menjadi sia-sia, sebaliknya rakyat Palestin terus 'dibersihkan' dari bumi Semenanjung Gaza.

Menurutnya, Israel menggunakan bom kimia, bom berangkai dan pelbagai senjata berkuasa tinggi yang diharamkan penggunaannya bagi memastikan hasrat menguasai tanah Palestin berjaya.

"Saya amat bimbang keselamatan saudara mara di Palestin kerana mereka memberitahu, Israel mahu menjadikan Gaza sebagai penjara yang besar untuk menindas penduduk Palestin," katanya.

Utusan Malaysia 15 Mac 2009

2 comments:

Unknown said...

nate yahudi...meme nate......

sedih tengok kanak2 tak berdosa mati..dan sedih melihat bagaimana keadaan mrk hendak menyelamatkan diri dgn mendukung adiknya...barangkali emak dan ayah mrk sudah tiada..ya Allah..tak tau nak cakap apa kak wan..mengalir air mata setiap kali tengok berita ni..tp tak apa kerana mrk mati syahid...kanak2 tak berdosa syurgalah tempatnya.....

wan salmah said...

mmg bangsa yahudi ni dilaknat Allah dari dulu sampai skrg, dari zaman nabi hingga hari kiamat, sama saja, tak berhati perut..nabi pun sanggup dibunuh apalagilah manusia biasa..